Adsense

Sabtu, 8 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


Saida Dan Suami Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 07 Oct 2011 04:52 PM PDT

GAMBAR SAIDA BERSAMA SUAMI
Gambar kenangan – Saida bersama bekas suami, Mohd Ghazali

Akhirnya, konflik rumahtangga Saida dan suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak dapat diselamatkan lagi apabila mereka akhirnya sah bercerai talak satu kelmarin (Jumaat – 07 Oktober 2011) selepas Saida menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 terhadap Mohd Ghazali.

Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian. Mungkin dia masih memerlukan Saida dalam hidupnya.

Mohd Ghazali turut menyifatkan dirinya sebagai seorang suami yang dayus jika menuruti permintaan Saida untuk diceraikan. Walaupun begitu, rumah tangga yang mereka bina pada 14 Disember 1996, yang kalau dihitung kasar hampir 15 tahun nyata tidak dapat diselamatkan lagi. End!

Sedikit kronologi sebelum Saida dan suami sah bercerai:-

Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 atas alasan tiada persefahaman selain tidak tahan dengan sifat suaminya yang menyakitkan hati dan mengongkong.

Pada prosiding 18 Mac lalu, mahkamah juga dimaklumkan antara alasan Saida mahu dilepaskan adalah kerana Mohd Ghazali tidak menghormati arwah bapanya, Tarudin Ismail yang telah meninggal dunia pada 15 Februari 2009.

Mohd Ghazali yang sebelum itu tidak begitu gemar membuka mulut mengenai masalah rumah tangganya, akhirnya bersuara pada 12 Mei lalu dengan mendakwa bahawa Saida sedang 'angau' dengan rakan sekerjanya bernama Hafiz Che Mat.

Dia juga mendakwa, pernah berjumpa Saida dan lelaki itu di dalam sebuah kereta di Balakong dan pernah membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) perkataan sayang dan rindu pada telefon bimbit Saida selain bil telefon menunjukkan mereka berbual dalam tempoh berjam-jam.

Mohd Ghazali seterusnya menambah, 'anasir luar itulah' yang telah menyebabkan Saida mahu bercerai dan bertindak keluar daripada rumah kelamin mereka di Alam Damai, Cheras.

Keengganan Mohd Ghazali menceraikan Saida juga menyebabkan mereka melalui proses hakam sebanyak tiga kali dan semuanya gagal mencari jalan penyelesaian dan berpendapat perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan lagi.

Meskipun telah beberapa kali naik turun mahkamah, Mohd Ghazali tetap berkeras bahawa dia tidak akan melepaskan Saida dan berhasrat mahu membawa isterinya menunaikan umrah. Bagaimanapun, pelawaan itu ditolak oleh Saida sehinggalah mereka akhirnya sah bercerai talak satu.

Related Posts with Thumbnails