Adsense

Sabtu, 8 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Profile Search

Posted: 07 Oct 2011 08:00 PM PDT

Tentang SEARCH :
SEARCH ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 25 album yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang mendapat sambutan hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia.

SEARCH pic

Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an. Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit dan Bumi (1986) dan Mentari Merah di Ufuk Timur dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka semakin mendapat perhatian peminat muzik Malaysia.

Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang diterbitkan pada tahun 1986. Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu.

Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember), diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.

"Fenomena" Search
Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya. Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.
Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.

Search membuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma. Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia. Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cinta Isabella, yang diilhamkan oleh lagu "Isabella". Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy. Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi. Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.

Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru. Pada tahun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai, sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.

Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage, yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble dan mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung.

Pada tahun 1995, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album.

Search

Perpecahan
Pada tahun 1998, selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya.
Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal. Pada tahun 1999, penyanyi Moq dan gitaris Shah dibawa masuk ke kugiran ini untuk menyempurnakan Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search, sebelum kugiran itu dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 sewaktu album himpunan Rockestra dikeluarkan.

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

Search

Bersatu semula
Setelah beberapa tahun tak bersua, nama Search dihidupkan kembali dengan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004. Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut.

Pada awal tahun 2006, media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya. Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings.

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur.

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan. Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac. Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang. Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat. Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.

Diskografi
• Cinta Buatan Malaysia (1985)
Lagu-lagu Hits:
1. Kejora
2. Isi Atau Kulit
3. Cinta Buatan Malaysia
4. Balada Pemuzik Jalanan

• Langit dan Bumi (1986)
Lagu-lagu Hits:
1. Rozana
2. Meniti Titian Usang
3. Langit dan Bumi
4. Bisa

• Mentari Merah di Ufuk Timur (1987)
Lagu-lagu Hits:
1. Fantasia Bulan Madu
2. Mentari Merah Di Ufuk Timur
3. Gadisku
4. Pelesit Kota

• Fenomena (1989)
Lagu-lagu Hits:
1. Isabella
2. Pawana
3. Fenomena
4. Gadis Misteri
5. Bencana
6. Mencari ( Instrumental dari KID )

• Karisma (1990)
Lagu-lagu Hits:
1. Teguh
2. Melastik Ke Bintang
3. Orang Timur

• Rampage (1992)
Lagu-lagu Hits:
1. Nigina
2. Asli & Tulus
3. Nirmala

• Double Trouble (gabungan dengan Wings, 1992)
Lagu-lagu Hits:
1. Gemuruh
2. Seribu Satu Natijah
3. Ikutkan Saja

• Gema di Timur Jauh (1995)
Lagu-lagu Hits:
1. Laila Namamu Teratas
2. Cintaku Hilang Bisanya
3. Andaiku Miliki Semalam

• Rock N Roll Pie (1997)
Lagu-lagu Hits:
1. Seroja
2. Diari Habil & Qabil
3. Rock N Roll Pie
4. Satu Bangsa Satu Arah
5. Panggung Khayalan

• Double Trouble 2 (gabungan dengan Wings, 1998)
Lagu-lagu Hits:
1. Yale Yale

• Bikin Wilayah (1999)
Lagu-lagu Hits:
1. Nur Nilam Sari
2. Zen ( Bikin Wilayah )
3. Bayangan Baiduri

• Selepas Banjir (2000)
Lagu-lagu Hits:
1. Kejoraku Bersatu
2. Selepas Banjir

• Gothik Malam Edan (2006)
Lagu-lagu Hits:
1. Gothik Malam Edan
2. Lara Tari Pencinta

EP
• Empire Garden (tidak diterbitkan, 2003)
Lagu Hits
1. Ying & Yang

Album live
• Gema di Timur Jauh Unplugged (1995)
• Search Rock N Roll Pie, Live N Loud (1997)

Album kompilasi
• Di Pintu Sepi (1988)
Lagu-lagu Hits:
1. Di pintu Sepi
2. Setelah Hujan

• Berpaling (1988)
Lagu-lagu Hits:
1. Berpaling
2. Mungkinkah Tertawa

• Search Sepuluh Tahun (1991)

• Search Terbaik (1994)

Anugerah dan penghargaan

  1. Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian (1987)
  2. Penyanyi Berkumpulan Popular
  3. Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian (1989)
  4. Penyanyi Berkumpulan Popular
  5. Anugerah Juara Lagu (1989)
  6. Lagu Terbaik (Isabella)
  7. Persembahan Terbaik (Isabella)
  8. Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)
  9. Album Terbaik (Gema Di Timur Jauh "Unplugged")
  10. Album Rock Terbaik (Gema Di Timur Jauh)
  11. Anugerah Industri Muzik ke-6 (1999)
  12. Album Rock Terbaik (Search & Awie – Bikin Wilayah)
Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Gambar Amy Search Berbaju Melayu di Aidilfitri
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9
  • Noorfara Atilia Pemenang Estee Lauder Model Search Grand 2011
  • Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Ditunda
  • One In A Million Musim Baru Kembali Lagi
  • Profile RIO REIFAN
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Gambar Search di Konsert Search Di Awan Biru Seberang Jaya
  • Saida Sah Bercerai Talak Satu

    Posted: 07 Oct 2011 07:17 PM PDT

    Saida Sah Cerai, Tebus Talak RM1,000

    KUALA LUMPUR: Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian.

    Mohd Ghazali, 41, turut menyifatkan dirinya sebagai seorang suami yang dayus jika menuruti permintaan Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, untuk diceraikan. Pada prosiding itu, Mohd Ghazali juga menolak saranan yang diutarakan oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi supaya kedua-dua pihak bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dibuat kerana berpendapat perkara itu tidak perlu dilakukan.

    Bagaimanapun, Saida menuruti saranan tersebut dan terus menuju ke arah Mohd Ghazali serta menghulurkan tangan untuk bersalaman, namun ia tidak disambut oleh suaminya.

    "Sampai hati awak buat macam itu kepada saya," kata Mohd Ghazali manakala Saida yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam hanya mendiamkan diri.

    Mohd Ghazali akhirnya akur dengan arahan Mohd Suhaily dan Saida berpeluang mencium tangan suaminya sebelum kembali semula ke tempat duduknya.

    Prosiding mahkamah juga tidak berjalan dengan lancar selepas Mohd Ghazali beberapa kali menegaskan bahawa dia tidak mahu Saida membuat sebarang tuntutan terhadap hak jagaan empat anak dan harta mereka, atas dakwaan perceraian itu disebabkan oleh kecurangan wanita terbabit.

    Melihatkan kedegilan Mohd Ghazali, Mohd Suhaily seterusnya menasihatkan bekas jurutera kaji bumi itu untuk memfailkan permohonan baru di mahkamah sekiranya berasakan dirinya telah teraniaya kerana setiap individu berhak untuk mendapatkan keadilan.

    Mohd Ghazali bagaimanapun, dilihat masih tidak berganjak daripada pendirian itu selagi kemahuannya tidak dituruti meskipun dinasihatkan oleh Mohd Suhaily yang memetik surah Al-Quran.

    "Saya masih menghormati encik dan tidak akan menghalau kamu keluar daripada mahkamah ini. Berkenaan harta, mahkamah tiada masalah jika plaintif (Saida) bersetuju dengan permohonan itu. Tetapi haram kalau dipisahkan ibu dengan anak-anak mereka. Saya tidak boleh benarkan mahkamah berbuat begitu," tambah Mohd Suhaily.

    Saida ketika ditanya mengenai permintaan Mohd Ghazali mengakui dia tidak mempunyai bantahan jika semua hartanya diserahkan kepada suaminya, tetapi akan berasa sedih dalam hal yang melibatkan anak-anak.

    Selesai sahaja prosiding mahkamah, Mohd Ghazali bergegas untuk meninggalkan mahkamah manakala Saida yang hadir dengan peguam syarie Ahmad Nazib Johari enggan memberikan sebarang komen.

    Pasangan tersebut bernikah pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi itu di Kuala Lipis, Pahang dan dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4.

    Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 atas alasan tiada persefahaman selain tidak ditahan dengan sifat suaminya yang menyakitkan hati dan mengongkong.

    Saida

    Gambar kenangan ketika Saida bahagia bersama bekas suaminya

    Pada prosiding 18 Mac lalu, mahkamah juga dimaklumkan antara alasan Saida mahu dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang di materai sejak 15 tahun lalu adalah kerana Mohd Ghazali tidak menghormati arwah bapanya, Tarudin Ismail yang telah meninggal dunia pada 15 Februari 2009.

    Mohd Ghazali yang sebelum itu tidak begitu gemar membuka mulut mengenai masalah rumah tangganya, akhirnya bersuara pada 12 Mei lalu apabila mendakwa Saida sedang 'angau' dengan rakan sekerjanya bernama Hafiz Che Mat.

    Dia juga mendakwa, pernah berjumpa Saida dan lelaki itu di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini dan pernah membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) perkataan sayang dan rindu pada telefon bimbit isterinya selain bil telefon menunjukkan mereka berbual dalam tempoh berjam-jam.

    Mohd Ghazali seterusnya menambah, 'anasir luar itulah' yang telah menyebabkan Saida mahu bercerai dan bertindak keluar daripada rumah kelamin mereka di Alam Damai, Cheras.

    Keengganan Mohd Ghazali menceraikan Saida juga menyebabkan mereka melalui proses hakam sebanyak tiga kali dan semuanya gagal mencari jalan penyelesaian dan berpendapat perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan.

    Meskipun telah beberapa kali naik turun mahkamah, Mohd Ghazali tetap berkeras bahawa dia tidak akan melepaskan Saida dan berhasrat mahu membawa isterinya menunaikan umrah, bagaimanapun pelawaan itu ditolak oleh Saida. via Mstar Online

    Saida
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pelakon Wan Sharmila Bercerai Talak Satu
  • Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6
  • Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3
  • Gambar Saida di Pelancaran Album Lentera Timur
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Quote of The Day: Nora Danish Stress
  • Saida Nekad Mahu Bercerai
  • Gambar Terbaru Saida Bersama Anak
  • Azharina Bercerai Dengan Datuk Sukri
  • Gambar 14 Pelajar Akademi Fantasia 6