Adsense

Selasa, 4 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Go Green-eco-friendly 8TV FUN HUNT

Posted: 04 Oct 2011 11:05 PM PDT

Pelbagai ragam dapat dilihat apabila aktiviti seperti `Mencari Harta Karun' dijalankan. Begitulah yang terjadi apabila stesen TV hip di Malaysia 8TV buat pertama kalinya menjayakan aktiviti yang berjaya menarik minat pelbagai bangsa, untuk menyertai 'Go Green-eco-friendly 8TV FUN HUNT' dalam usaha untuk menjaga alam sekitar di samping mengutamakan konsep kitar semula. 8TV FUN HUNT telah diadakan pada 1 Oktober 2011 yang lalu, bertujuan mendekatkan selebriti, media dan orang ramai untuk bersama-sama menjayakan aktiviti menarik ini disamping memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

8TV FUN HUNT mempunyai konsep yang lebih kurang sama seperti 'Mencari Harta Karun' juga telah diolah menjadi lebih menarik kerana terdapat pelbagai elemen yang mengelirukan dan mencabar minda seperti kebolehan untuk merungkai teka teki, mencari artikel, lokasi dan tempat yang tersorok dan juga cabaran-cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Perbezaan di antara 8TV FUN HUNT ini dengan aktiviti mencari harta karun lain ialah keseronokkan dalam setiap cabaran yang dihadapi peserta-peserta yang terlibat!

Aktiviti yang bermula dengan sessi pendaftaran pada jam 6.00pagi, diikuti dengan sessi taklimat dari pihak pengurusan dan Jabatan Keselamatan Negeri. Seterusnya tepat jam 9.00pagi sebanyak 60 buah kereta yang siap dihias cantik dilepaskan dari perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Antara senarai aktiviti menarik yang telah disusun dan menguji tahap kesedaran peserta tentang alam sekitar seperti 'Bin There, Dump That!', 'Can it!' dan 'the Environ-mental Challenge!'.

Bayaran pendaftaran sejumlah RM25.00 dikenakan kepada setiap peserta yang telah menyertai aktiviti ini dan sebanyak RM5000.00 telah berjaya dikutip dan disumbangkan kepada Zoo Negara Malaysia. Malaysian Zoological Society iaitu sebuah badan bukan kerajaan juga merupakan sebuah organisasi yang menjaga kebajikan Zoo Negara Malaysia yang kini berusia 48 tahun dan merupakan zoo pertama di Malaysia.

Dengan bertemakan angka '8' iaitu selari dengan sambutan ulang tahun ke-lapan yang akan disambut pada tahun hadapan 2012, 8TV telah menyediakan pelbagai hadiah termasuk wang tunai sebanyak RM1,888.00 bagi pemenang tempat pertama, tempat kedua dengan RM888.00 dan pemenang tempat ketiga mendapat wang tunai sebanyak RM488.00.

Untuk pemenang tempat pertama iaitu kumpulan Josy and the Puddy-tats, selain dari hadiah wang tunai, mereka juga menerima baucer RM200.00 sumbangan BHPetrol, baucer karaoke bernilai RM500.00 dari Facekara dan juga sebuah kerusi urut bernilai RM7,500.00 sumbangan 1Borneo Mall, sementara tempat kedua yang telah dimenangi oleh kumpulan Big Bang pula, juga membawa pulang wang tunai, baucer RM200.00 sumbangan BHPetrol dan sebuah TV Plasma Sony 42', dan tempat ketiga menerima wang tunai dan baucer bernilai RM200.00 sumbangan BHPetrol yang telah dimenangi oleh kumpulan Bukan Team Cilok.

Selain itu, peserta-peserta juga telah diberikan hadiah-hadiah menarik seperti vaucer bernilai RM200.00 sumbangan BHPetrol, baucer RM500.00 sumbangan Facekara, Pakej Percutian dari Golden Escapade Club dan dua kad PLUS Touch and Go bernilai RM100.00 setiap satu bagi 8 kategori lain yang telah dianjurkan oleh 8TV seperti 'best decorated car', 'most creative group name', 'earliest team to register', 'fastest team', 'slowest team', 'most stylish team', 'best mascot' and 'who knows 8tv best'. Lebih menarik lagi apabila peserta juga menerima pelbagai hadiah-hadiah lain dalam acara cabutan bertuah.

"Di samping menjalani aktiviti menarik dan penuh keseronokkan ini, 8TV FUN HUNT ini juga telah menjadi batu locatan kepada aktiviti-aktiviti lain kerana telah memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan peranan kita sebagai manusia untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih dari pencemaran" kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7 Cik Airin Zainul.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Treasure Hunt Khas Untuk Golongan Saudara Baru
  • Dog the Bounty Hunter
  • Gambar Farhan di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Amanda Amani di Green Cheongsam Showcase
  • CATS & DOGS CARNIVAL AT TROPICANA CITY MALL
  • Gambar Amber Chia di Green Cheongsam Showcase
  • New MBO Cineplex @ Batu Pahat
  • True Story of Hannibal Hunt for the Samurai Sub
  • Gambar Faezah Ilai dengan Green Cheongsam Salikin Sidek
  • Gambar Farahdhiya di Green Cheongsam Showcase
  • Pembersihan Persisiran Pantai Antarabangsa

    Posted: 04 Oct 2011 10:58 PM PDT

    Perubahan besar bermula dengan langkah kecil

    Vincent van Gogh pernah berkata, "Sesuatu yang hebat datangnya daripada rangkaian peristiwa yang kecil". Pernyataan ini dengan tepatnya menerangkan inisiatif "Pembersihan Persisiran Pantai Antarabangsa" (International Coastal Cleanup, ICC), suatu aktiviti sukarela tahunan yang terbesar di dunia.

    Program ICC yang diketuai oleh pertubuhan Ocean Conservancy menampakkan setengah juta sukarelawan dari lebih 100 negara menjalankan aktiviti mengutip sampah dan membersihkan pantai dan kawasan perairan. Aktiviti yang dijalankan pada bulan September setiap tahun ini merupakan salah satu projek pemuliharaan sukarela yang terbesar dan paling bermakna di dunia. Lebih menggembirakan, bilangan penyertaan sukarelawan meningkat dari tahun ke tahun.

    L1050160

    Sampah laut merupakan salah satu masalah pencemaran yang paling berleluasa pada zaman ini. Namun begitu, ia boleh dicegah. Bagi peserta program ICC, walaupun hasil kutipan sampah yang banyak membayangkan keadaan laut semakin tercemar, ini tidak memudarkan komitmen mereka untuk memuliharakannya. Dengan membersihkan pantai, warga Malaysia yang prihatin dapat melindungi laut daripada ancaman perubahan cuaca, pencemaran, kemerosotan hasil perikanan, serta kerosakan habitat marin. Di Malaysia, program ini diterajui oleh The Body Shop®, jenama kosmetik beretika, dengan sokongan padu oleh Syarikat Coca-Cola selaku penaja rasmi.

    Tahun ini merupakan tahun ke-26 program pembersihan ICC dilangsungkan. Aktiviti pembersihan persisiran pantai Malaysia diadakan pada 24hb September 2011 di Sutra Beach Resort & Spa, Merang, Terengganu, dengan menarik penyertaan seramai 150 sukarelawan dari syarikat The Body Shop dan The Coca-Cola Company serta pelajar SMK Lemboh Bidong di Setiu.

    Melalui aktiviti ini, sebanyak 395.6kg sampah telah dikutip dalam masa dua jam. Tiga bahan buangan yang paling banyak ialah rokok dan penapis rokok (11.7%), beg plastik (9.2%) dan botol mimuman plastik (8.5%).

    Menurut Cik Jesse Siew, pengurus besar Rampai Niaga Sdn. Bhd, beliau berasa gembira dengan sambutan sukarelawan yang menggalakkan, tetapi sedih melihat jumlah sampah yang dikutip. "Setelah bertahun-tahun menganjurkan program ICC di Malaysia, saya berasa terkilan apabila mendapati jumlah sampah yang dikutip bertambah setiap tahun. Akan tetapi, saya amat kagum dengan peningkatan bilangan sukarelawan yang menyertai aktiviti ini. Diharapkan aktiviti ini akan mencetuskan perubahan dalam diri kita untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik lagi," kata beliau.

    "Saya mengambil kesempatan ini untuk menekankan ancaman plastik buangan terhadap hidupan laut. Baru-baru ini, kami berjaya merawat dan melepaskan tiga ekor penyu Hawksbill kembali ke laut, dan saya mendoakannya selamat. Saya amat berharap keselamatan penyu-penyu muda ini tidak akan terancam akibat tercekik atau tertelan beg plastik buangan," tambah beliau.

    Pengarah Francais Coca-Cola Far East Limited (Malaysia), Encik Agustinus Gunadharma mengulas, "Syarikat Coca-Cola amat komited dalam usaha perlindungan and pemuliharaan sumber air. Oleh itu, kami telah menjadi rakan global ICC selama 14 tahun berturut-turut. Kami berharap sokongan berterusan yang diberikan kepada program ICC dapat mengatasi ancaman alam sekitar ini. Di Malaysia, sikap bertanggungjawab dalam pembuangan sampah penting untuk menjaga alam. Amalan kitar semula harus digalakkan di kalangan warganegara, tidak kira muda ataupun tua."

    Selain membersihkan kawasan perairan, aktiviti ini juga membantu pihak Ocean Conservancy untuk memperoleh data tentang pencemaran laut. Maklumat tentang bahan buangan di laut dan sumber air yang lain dapat menentukan punca pencemarannya.

    Dengan menerbitkan laporan yang terperinci, Ocean Conservancy berhasrat untuk mendidik anggota masyarakat agar menghindari daripada perbuatan mencemarkan air dan mengancam hidupan laut. Mereka turut digalakkan untuk mengatasi isu pencemaran bersama pihak kerajaan tempatan dan juga pihak swasta.

    P9245293

    P9245285

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Keriangan Pantai dan Lautan di Thistle Port Dickson Resort
  • Rebiu Hotel Legend Resort Cherating
  • Iconic Vacation Club di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • Fezrul Khan & Elly Mazlein dalam Drama Ulek Mayang
  • Ashraf Muslim, Fizz, Zul Huzaimi Bintangi Drama Gerak PGM TV9
  • Henry Golding Hos Without Boundaries Islands & Beaches
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Gambar Kahwin Nik Sayyidah Fatiha Yazib Mek Pantai Timur Kahwin
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary