macam macam hiburan terkini |
- Mamat (Sepah) Masih Kabur Penerimaan Maaf Fida
- Norman & Memey Masih Rasa Kekok
- Alyah Jalani Pembedahan, Berehat Dua Minggu
- CCTV rakam gambar hantu
- Acara melukis pada tubuh badan
- Berkhemah di sekitar Wall Street
- Adira Mahu Fikirkan Kerjaya Daripada Hafiz
- Yusof Haslam Akhirnya Guna Telefon Bimbit
- Keluarga Jadi Keutamaan Sheila Majid
- Cukup Tidur Petua Terbaik Alyah
Mamat (Sepah) Masih Kabur Penerimaan Maaf Fida Posted: 03 Oct 2011 09:14 AM PDT PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat memberitahu masih kabur sama ada kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim telah memaafkan dirinya berhubung konflik melibatkan mereka berdua. Mamat berkata, melalui satu perbualan dengan Fida baru-baru ini, kekasihnya itu telah memaafkannya secara lisan tetapi tidak pasti sama ada ia lahir daripada kejujuran hati pelakon itu atau tidak. "Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya. "Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Mamat sebelum ini secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya dan gambar tersebut telah tersebar luas di internet. Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapannya itu kerana telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar. Dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Fida membuat kenyataan enggan memaafkan Mamat kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan maruahnya. Dalam pada itu, Mamat memberitahu buat masa ini dia tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kejadian itu kerana enggan kes tersebut terus panas dengan pelbagai kenyataan balas daripada kedua belah pihak. "Perkara telah terjadi dan tidak ada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya tidak mahu menghangatkan keadaan dan terpulang kepada individu dan masyarakat untuk menilai," ujarnya. Mamat dalam penjelasannya memberitahu gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain. Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memak |
Norman & Memey Masih Rasa Kekok Posted: 03 Oct 2011 09:14 AM PDT TATKALA masuk sahaja ke dewan majlis resepsi pasangan popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Hotel Crowne Plaza Mutiara Rabu lalu, mata tetamu terus tertumpu ke hiasan dewan yang berkonsepkan warna hitam dan putih ala New York Look itu. Cantik dan elegan dekorasi hiasannya ditambah pula lantai dewan yang ditabur dengan kelopak bunga ros putih, majlis perkahwinan pasangan mempelai ini tampak mewah. Memey dan Norman kelihatan anggun dan kacak dengan busana yang ditaja oleh jenama barangan kemas terkemuka, Rafflesia dan Lord's Taylor. Dan seperti umum tahu, majlis pasangan merpati dua sejoli ini ditaja sepenuhnya oleh dua jenama popular berkenaan yang berjumlah RM12 juta. Dalam pada itu, selama seminggu sudah bergelar isteri kepada Norman, Memey berkata dia masih lagi kekok dengan gelaran 'isteri orang' selain mula merasakan tanggungjawab besarnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga. "Alhamdulillah, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami baik di kampung saya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan di Crowne Plaza. "Bagaimanapun, seminggu bergelar isteri, terasa kekok sangat. Biasalah, sebelum ini apabila berdepan dengan keluarga atau keluar bersama, kami tidaklah begitu rapat atau berpegangan tangan. "Selepas berkahwin, lupa pula yang kami sudah mempunyai ikatan yang sah. Sampaikan saudara mara bertanya, 'kenapa duduk jauh-jauh? Kan dah kahwin...' "Alhamdulillah kami masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan fasa baru perhubungan kami ini. Saya harap kami dapat melalui 'kemanisan' rumah tangga sehingga ke akhir hayat," kata Memey. Tambah Memey, dia juga kini sudah memikirkan menu makanan yang perlu dimasak buat suami tercinta memandangkan Norman seorang yang kuat makan. Selain itu, pasangan ini juga ingin membina rumah tangganya menjadi lebih sempurna dengan mempunyai seramai empat orang anak. "Kalau nak diikutkan, kami tidak merancang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini, tetapi rezeki adalah ketentuan Tuhan bukan. Cuma pada masa akan datang kami merancang untuk memperoleh seramai empat orang cahaya mata," ujar Norman pula. Minggu ini OopStarz! memaparkan foto-foto menarik khas buat pembaca sepanjang berlangsungnya majlis resepsi persandingan Norman dan Memey. Kedua-dua mereka sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 24 September lalu. |
Alyah Jalani Pembedahan, Berehat Dua Minggu Posted: 03 Oct 2011 09:13 AM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Alyah telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara pada Ahad lalu kerana mengalami penyakit Apendiks. Menurut pembantu peribadinya, Hafiz Redza, Alyah menjalani pembedahan kecil pada pukul 11 pagi hari yang sama dan terpaksa berehat selama dua minggu sebelum memulakan kerja nyanyiannya semula. "Alhamdulillah, dia telah selamat menjalani pembedahan tersebut dan kini sedang berehat. "Berkemungkinan besar dia dibenarkan pulang dari hospital dalam masa dua hari lagi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Kata Hafiz, penyanyi yang kini popular dengan lagu Kisah Hati itu terpaksa membatalkan kesemua aktiviti nyanyiannya pada hari tersebut apabila mula rasa sakit perut yang teruk. Kemudian, selepas membuat pemeriksaan di hospital berkenaan, Alyah terus ditahan oleh pihak hospital kerana penyakit yang dilalui penyanyi itu semakin serius. "Sebenarnya Alyah tidak terfikir pun yang dia akan mengalami sakit Apendiks. Setelah melakukan ujian ultrabunyi baru dia tahu punca penyakitnya yang sebenar. "Nasib baik dia cepat sedar akan penyakitnya itu, takut semakin melarat pula. Mengikut nasihat doktor dia mungkin boleh melakukan aktiviti seninya selepas dua minggu berehat," ujarnya. |
Posted: 03 Oct 2011 09:12 AM PDT LONDON - Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube. Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen. Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam. Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut. Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire. - Agensi |
Acara melukis pada tubuh badan Posted: 03 Oct 2011 09:11 AM PDT BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 20 model dan 20 artis mengambil bahagian dalam acara melukis lukisan pada tubuh badan di sini. Acara itu diadakan pada Jumaat lalu dan dianjurkan oleh Tzikbal. Semua model itu mempunyai lukisan unik yang dilukis di bahagian muka, tangan dan anggota tubuh mereka yang lain. - Agensi |
Berkhemah di sekitar Wall Street Posted: 03 Oct 2011 09:10 AM PDT NEW YORK - Polis membuka semula jambatan Brooklyn tengah hari kelmarin selepas lebih 700 penunjuk perasaan anti-Wall Street telah ditahan kerana menghalang lalu lintas dan berarak tanpa kebenaran di bandar raya New York. Tangkapan itu dibuat apabila sekumpulan besar penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perarakan anjuran pergerakan yang dikenali sebagai Occupy Wall Street di laluan pejalan kaki jambatan tersebut yang menuju ke jambatan berkenaan. "Lebih 700 saman dan surat perintah hadir ke mahkamah dikeluarkan berhubung tunjuk perasaan di jambatan Brooklyn pada lewat tengah hari selepas beberapa amaran polis diberikan kepada para penunjuk perasaan yang masih berada di laluan pejalan kaki dan jika menggunakan laluan itu, mereka akan ditahan. "Beberapa orang sahaja yang mematuhi arahan dan mereka yang menggunakan laluan pejalan kaki tidak ditahan," kata seorang jurucakap polis. Pergerakan itu mencetuskan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu dengan mendirikan khemah dan tidur di kawasan sekitar Wall Street. Anggota-anggota kumpulan itu menentang ketamakan pengamal Wall Street dan menuntut keadilan ekonomi. Mereka tidur di atas tilam, menggunakan komputer dan bermain dram. Para anggota penunjuk perasaan itu juga menggunakan tandas di restoran makanan segera McDonald's. Dalam sehari, mereka akan berarak beberapa kali ke Wall Street yang menempatkan bursa saham New York dengan menjerit: "Adakah ini rupa demokrasi." Menurut seorang penunjuk perasaan, Jesse Wilson: "Apabila semua wang skim penyelamat dibelanjakan untuk bonus dan setiap kakitangan berasa marah, tetapi tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu kerana tiada seorang pun yang beranggapan mereka boleh melakukannya." "Sudah tiba masanya untuk kita datang bersama bagi menyedari kita berada dalam satu pergerakan massa," tambahnya. Beberapa poster yang dibawa para penunjuk perasaan itu membawa mesej kapitalisme itu adalah jahat. - Agensi |
Adira Mahu Fikirkan Kerjaya Daripada Hafiz Posted: 03 Oct 2011 09:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) mengakui masih berkawan baik dengan Hafiz (AF7) namun enggan mendedahkan sejauh manakah perkembangan hubungan mereka berdua. Adira yang ditemui mStar Online baru-baru ini berkata dia lebih memikirkan bagaimana untuk memberi perhatian terhadap kerjayanya sebagai penyanyi berbanding kisah cinta. Ditanya mengenai status sebenar hubungannya dengan Hafiz sekarang, Adira menyifatkan hubungan mereka sebagai 'kawan baik'. "Saya masih berkawan baik dengan Hafiz dan kami masih berjumpa seperti biasa memandangkan kami di bawah naungan syarikat rakaman yang sama. "Sebolehnya ketika ini saya tidak mahu terlalu serius memikirkan mengenai hubungan kami kerana buat masa ini kerjaya menjadi keutamaan saya," ujarnya. Dalam pada itu, menyentuh mengenai konflik tercetus melibatkan Hafiz dengan seorang pengurus pentas wanita yang dikenali sebagai Z, beberapa bulan lalu, Adira berkata dia telah melupakan peristiwa itu dan mengakui ada berbincang dengan Hafiz bagi menjelaskan situasi sebenar. "Kejadian itu telah lama berlaku dan saya tidak mahu lagi fikirkannya dan kami ada berbincang mengenai perkara itu," ujarnya. Tambahnya lagi, dia tidak mahu perkara peribadi menggagu gugat perjalanan dan tumpuan kerjaya seni baik dirinya atau pun Hafiz buat masa ini. "Saya ada cita-cita begitu juga Hafiz. Jadi saya tidak mahu perkara-perkara remeh temeh sebegini mengganggu perjalanan karier kami yang masih baru," katanya. Sementara itu, Adira gembira apabila "single" terbarunya berjudul Sakura bakal dilancarkan pada minggu hadapan ciptaan Audi Mok dan Omar K. Masih belum mempunyai album lengkap, Adira memberitahu dia teringin untuk mempunyai sebuah album sendiri tetapi tidak mahu terburu-buru. "Sudah tentu saya akan berasa seronok jika mempunyai sebuah album kerana itu akan menjadi pelengkap kepada kerjaya saya tetapi saya tidak mahu terburu-buru kerana masih banyak perkara perlu diberi perhatian," katanya. |
Yusof Haslam Akhirnya Guna Telefon Bimbit Posted: 03 Oct 2011 09:09 AM PDT PETALING JAYA: Produser filem Skop Production, Datuk Yusof Haslam akhirnya telah 'melanggar pantang' apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit selepas diminta oleh isterinya Datin Fatimah Ismail. Yusof berkata, dalam masa yang sama ia dapat memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan selain selepas ditegur oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sukar menghubunginya. "Saya dah guna telefon bimbit hampir setahun. Bukannya apa, selama ni susah wartawan nak hubungi saya. Lagi pun Dr Rais pun pernah tegur," katanya. Menurut Yusof, selama sepuluh tahun tidak menggunakan telefon bimbit membuatkan dirinya bebas dengan sebarang gangguan selepas waktu pejabat. Segala urusan penting katanya memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat ataupun di rumah. Bagaimanapun apabila terlalu banyak rungutan termasuklah daripada pihak media yang sukar mendapatkan beliau, akhir sekali isterinya menasihatinya supaya menggunakan kemudahan berkenaan. "Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon "cap ayam" cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan," katanya. Jelas Yusof, talian telefon bimbit itu hanyalah untuk diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan orang media sahaja dan tidak sesekali diberikan kepada artis-artis. Katanya, ia disebabkan beliau tidak mahu timbul salah faham sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga hampir-hampir merosakkan rumah tangganya. "Terus terang saya katakan apabila saya pakai telefon bimbit, hubungan saya dengan pihak media semakin rapat. Mereka senang nak cari saya. Malah isteri saya pun tak melarang saya lagi. "Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi," ujarnya. Yusof tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas dia diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon. Kejadian itu menimbulkan perselisihan faham di antara beliau dengan Fatimah sehinggalah beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi telefon bimbit sebagai bukti kesetiaan dan cinta kepada isterinya. |
Keluarga Jadi Keutamaan Sheila Majid Posted: 03 Oct 2011 09:08 AM PDT TAHUN lalu menyaksikan kegemilangan ratu jaz negara, Datuk Sheila Majid apabila menyambut ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik tanah air. Tambah manis apabila ia diraikan dengan sebuah konsert khas selama tiga hari di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu khas buat peminat setianya. Konsert yang mendapat sambutan hangat itu tidak terhenti di situ apabila syarikat rakaman Sony Music mengeluarkan sebuah album berjudul The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid khas untuk peminat penyanyi berusia 47 tahun. Menghimpunkan semua lagu terbaiknya di dalam sebuah album menerusi muzik live semasa konsert tersebut adalah seperti Aduh Sayang, Gemilang, Nada, Cobalah Bertahan, Jeritan Batinku, Embun, Pengemis Muda, Emosi, Ku Mohon, Warna, Legenda dan Sinaran. Nyata peminat masih belum jemu terhadap Sheila apabila set lapan buah albumnya diulang cetak bagi memenuhi permintaan peminat yang rindukan kehadiran penyanyi genit ini. Tahun ini Sheila masih mempunyai sebab untuk tersenyum kerana dia dicalonkan untuk empat kategori dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) yang bakal berlangsung November depan selepas sedekad tidak dicalonkan dalam anugerah tersebut. Tidak pernah terfikir untuk dicalonkan, Sheila yang ditemui OopStarz! baru-baru ini ternyata gembira dan terharu dengan pencalonan diterimanya itu. "Sejujurnya saya menerbitkan album tersebut khas untuk peminat yang tidak dapat menghadiri konsert di DFP sempena ulang tahun ke-25 penglibatan dalam dunia muzik pada tahun lalu. "Saya langsung tidak menjangkakan akan menerima pencalonan dalam AIM tahun ini apatah lagi untuk kategori album terbaik," ujarnya. Tambah manis, lagu ciptaannya Ku Mohon yang pernah dipilih sebagai Lagu Terbaik pada anugerah sama pada tahun 2000 sekali lagi dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. "Ku Mohon adalah lagu pertama yang saya tulis liriknya dan kemenangan pada tahun 2000 dalam kategori Lagu Terbaik adalah saat indah dalam hidup saya. Sekali lagi ia dicalonkan dalam kategori lain 10 tahun kemudian adalah sesuatu tidak dijangkakan," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran, Memori dan Cinta Jangan Kau Pergi ini. Selain Ku Mohon, lagu Dengarkanlah ciptaannya dan suami, Hashridz Murshim atau Acis turut menerima pencalonan dalam kategori Lagu Pop Terbaik selain Jeritan Batinku dalam kategori Susunan Lagu Terbaik. Suami memahami Jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan, Sheila memberitahu dia bukan sengaja menjauhkan diri daripada industri muzik tetapi tumpuannya kini adalah kepada keluarga selain membesarkan empat cahaya matanya. Sheila berkata, dirinya semakin terisi dan seronok dapat meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga dan anak-anak malah memberitahu jika usianya masih mengizinkan, dia dan suami mahu menambah seorang lagi cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga mereka. "Tumpuan saya kini lebih kepada keluarga kerana mereka adalah segala-galanya. Itu adalah alasan kenapa saya jarang dilihat di majlis-majlis hiburan. "Bagaimanapun saya masih menerima persembahan tertutup, di majlis korporat dan persembahan amal walaupun jarang berita mengenai saya dipaparkan sejak akhir-akhir ini," ujar ibu kepada Nur Khaleda, 20, Megat Abd Majid, 17, Khadeja Zaireen, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5. Dalam pada itu, Sheila memberitahu selain sibuk dengan rumah tangga dia juga turut tidak menang tangan untuk menguruskan tiga perniagaanya iaitu Studio Akarkarya, Spa Jentayu dan produk kecantikan Jernih. Menyentuh sedikit mengenai hubungan dengan suaminya, Acis, Sheila memberitahu dia bertuah kerana suaminya sangat memahami dirinya dan banyak membantu dalam banyak perkara terutamanya berkaitan dengan muzik. "Saya bukan seorang yang tahu mengenai aspek teknikal apabila berada di studio tetapi dia banyak membantu dan apabila bekerja bersamanya kami sangat profesional dan cuba untuk tidak mencampuradukkan soal peribadi dan kerja. "Jika ada apa-apa isu berkaitan kerja kami menyerahkan kepada pengurus masing-masing untuk berkomunikasi dan menyelesaikannya," ujarnya yang telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Kali terakhir muncul depan album Cinta Kita pada tahun 2004, Sheila berkata dia rindu untuk merakamkan album baru tetapi sedikit kecewa dengan keadaan industri yang semakin lesu ekoran penjualan album tidak memberangsangkan dan faktor peminat lebih gemar memuat turun lagu secara percuma dari Internet. Bagaimanapun, Sheila memberitahu dia dan suaminya ada merancang untuk menghasilkan single dalam waktu terdekat bagi mengubati rindu peminat terhadapnya. |
Cukup Tidur Petua Terbaik Alyah Posted: 03 Oct 2011 09:07 AM PDT NAMA penyanyi Alyah, 30, semakin meniti di bibir peminat muzik selepas kemunculan lagu-lagu popularnya seperti Tak Mungkin Kerna Sayang, Realiti Dewi, Kau Bisu dan Kisah Hati. Bukan sekadar lagu yang menyentuh perasaan, vokalnya yang mantap berjaya memukau pendengar tempatan sehingga ada yang tidak jemu meminta lagu-lagu tersebut diulang siar di radio semata-mata mahu mendengar suara Alyah. Biarpun pernah dihambat dengan gosip liar kononnya mempunyai disiplin yang teruk dan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa berita, Alyah kembali bangkit dan berjaya membuktikan bahawa karier seninya masih teguh manakala lagu-lagu nyanyiannya diterima ramai. Bukan sekadar menumpukan kepada kerjayanya, bermula Oktober ini, Alyah akan memperkenalkan sebuah kumpulan wanita yang digelar Chocolate. "Kumpulan ini bernaung di bawah pengurusan syarikat saya, Like Music Entertainment. Saya akan mempromosikan single terbaru bersama mereka berjudul Boomerang yang digubah oleh Audi Mok dan Omar K manakala liriknya ditulis oleh Ad Samad. "Saya juga sibuk menjalankan promosi lagu-lagu kumpulan itu di Singapura. "Kebelakangan ini, saya agak sering ke Singapura untuk urusan promosi dan publisiti termasuk perbincangan dengan wakil di sana. "Pada 26 hingga 30 September lalu, saya ke Singapura untuk trip promosi merangkumi media cetak dan radio. Promosi ini akan berterusan selepas ini untuk stesen televisyen dan juga persembahan-persembahan di sana," katanya kepada OopStarz! Selain bercerita tentang karier, baru-baru ini nama Alyah turut dikaitkan tentang kisah cintanya dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS. Seperti yang pernah dijelaskan dalam media-media sebelum ini, Alyah akui hubungan mereka sekadar kawan yang sama-sama bekerja dalam industri yang sama. Beralih kepada dunia kecantikan, penyanyi yang dilahirkan di Gelang Patah, Johor ini akui tidak mengamalkan sebarang petua tradisional sebaliknya lebih banyak mempraktikkan tidur dan rehat yang cukup serta menjaga pemakanannya. "Cara penjagaan kecantikan saya sederhana sahaja dan jika ada kelapangan, saya akan mengunjungi pusat kecantikan seperti spa dan salun untuk memanjakan diri," katanya lagi. Apabila memandang wajah Alyah, ramai yang tertarik dengan cara dia menata rias wajahnya. Walaupun solekannya tampak tebal, tetapi wajahnya tidak kelihatan pelik dan sesuai dengan solekan sebegitu. "Saya selalu menggunakan khidmat jurusolek artis yang sama iaitu Bosco atau Chomel kerana mereka lebih memahami bentuk wajah saya. Tapi biasanya saya hanya akan menggunakan mekap yang tebal untuk program-program tertentu sahaja," beritahunya. Dengan kombinasi fesyen yang lain dari lain, Alyah sebenarnya tidak meletakkan fesyen sebagai simbol dirinya walaupun kadangkala dia menjadi trend-setter kepada remaja masa kini. "Fesyen saya sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan semasa. Pada saya, sesiapa sahaja takkan terikat pada satu fesyen sahaja. Ia akan berubah mengikut tuntutan lagu dan semuanya bergantung kepada kesesuaian sesebuah konsep lagu itu," jelasnya lagi sebelum menutup bicara. |
You are subscribed to email updates from hampir 1 juta pembaca blog | tq To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |