Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Bukan kekasih lamaSELEPAS menjalinkan hubungan cinta secara serius selama enam bulan, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 28, akhirnya nekad membuat keputusan bernikah dengan Nazirah Ayub, 23. Johan Raja Lawak musim ke-3 itu bagaimanapun menolak bahawa perkahwinannya bersama Nazirah untuk menutup segala kisah kontroversi yang melanda dirinya. "Saya ikhlas memperisterikan Nazirah. Bukan niat untuk tutup segala kontroversi. Sudah lumrah dunia artis berdepan dengan pelbagai gosip dan kontroversi. "Tidak bermakna seseorang yang sudah berkahwin itu tidak dilanda kontroversi namun selepas menjadi suami saya janji akan setia padanya," katanya Nabil tersenyum tetapi bernada serius. Suasana majlis akad nikah yang sedikit serius bertukar menjadi riuh-rendah apabila nama Nabil acap kali dilaung kanak-kanak yang hadir melihat kelibat pelawak, pelakon dan pengacara itu. Nazirah yang kelihatan anggun mengenakan busana Wazira Zainal sambil diapit oleh rakan baiknya, penyanyi terkenal Jaclyn Victor hanya tersenyum melihat reaksi Nabil membalas laungan kanak-kanak tersebut. Tepat pukul 5.15 petang, dengan dua kali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Nazirah sah menjadi milik Nabil. "Alhamdulillah, syukur akhirnya saya berkahwin juga," ucap Nabil kepada media selepas selesai majlis ijabkabul Nabil dan Nazirah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ditanya pula perasaan Nazirah terhadap Nabil, kata Nazirah: "Saya sudah fikir masak-masak sebelum berkahwin dengannya. Lagipun saya sudah lama mengenali dirinya. Nabil yang dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd. Redza Ahmad menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas tujuh dulang hantaran. Antara barangan hantaran yang diterima Nabil ialah coklat, kasut jenama Tod's, PS3, IPad, al-Quran, cincin, sirih junjung, kek fondant dan buah-buahan. Pihak Nazirah pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu cincin berlian, tepak sirih, kasut jenama Stuart Weitzman , Playbook Blackberry, alat solek jenama Chanel, barangan kecantikan jenama Laura Mercier, telekung dan al-Quran. PASANGAN pengantin bergambar kenangan bersama ibu bapa pengantin lelaki. Dua hari selepas diijabkabulkan, Nabil dan Nazirah diraikan dalam resepsi bertemakan Wonderland di I-City, Shah Alam, Selangor. Dilimpahi dengan cahaya lampu I-City, pasangan ini tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk melayari kehidupan suka dan duka sebagai suami isteri selepas ini. Nabil juga merancang untuk membawa isterinya ke Mekah menunaikan umrah nanti sekali gus menyambut bulan madu mereka di sana. Kenal tapi tak cinta Menceritakan detik perkenalan Nabil dan Nazirah, mereka mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu. "Saya sudah kenal Nazirah sejak enam tahun lalu. Ketika itu saya masih bekerja sebagai despatch. Dia merupakan adik ipar kepada rakan saya. "Kerap kali juga kami berjumpa tetapi tidak bercinta. Dia tak suka saya ketika itu. Kami mulai seriuspun enam bulan lalu," akui Nabil. Ditanya kepada Nazirah adakah dia menyukai Nabil kerana populariti yang dikecapi lelaki berasal dari Negeri Sembilan itu, jawab Nazirah, dia tidak mengenali Nabil sebelum ini. Katanya, dia ada berjumpa Nabil tetapi jarang berbual-bual dengannya. "Selama ini saya tidak pernah ambil tahu pasal dia dan tidak tahu mengenai gosip yang melanda dirinya. Selepas mengenali dirinya barulah saya suka dia. Dia seorang yang kelakar dan romantik serta mengambil berat terhadap diri saya," tutur Nazirah. Cinta pasangan ini lebih mekar tatkala minat kedua-duanya selari bersama. Nabil yang sememangnya minat menunggang motosikal berkuasa besar memberitahu, Nazirah juga mempunyai minat yang serupa dengannya. Butik pakaian Apabila ditanya kepada Nazirah apakah perkara paling kelakar yang pernah dibuat oleh Nabil untuknya, bekas pramugari itu memberitahu: "Nabil membuat aksi wheelie didepan saya." Nabil juga mengaku lebih selesa memperisterikan Nazirah yang bukan daripada kalangan artis dan berharap isterinya itu tidak terjebak dengan dunia seni. NABIL pada awalnya mengenali Nazirah sebagai adik ipar seorang rakannya. Mana-mana institusi perkahwinan pastinya ada geloranya, inikan pula melayari bahtera perkahwinan bersama artis. Memahami keadaan dirinya yang berkahwin dengan orang popular, Nazirah mengaku perlu banyak bersabar dan memahami pekerjaan suaminya itu. Nabil juga secara berterus-terang memberitahu, Nazirah hanya pandai memasak menu sardin goreng dan ayam masak kicap. Namun, dia yang sememangnya orangnya tidak kisah apa jua juadah yang bakal dimasak isterinya itu nanti. "Saya orang yang simple. Apa sahaja dia masak walaupun telur goreng sekalipun saya akan makan," katanya ketawa. Beralih pula soal cahaya mata, pasangan ini mengambil keputusan untuk merancang dahulu cahaya mata. "Buat masa ini, untuk tahun pertama kami ingin hidup berdua dahulu. Insya-Allah untuk tahun kedua nanti baharu kami merancang mendapatkan anak," kata Nabil sambil dipersetujui oleh Nazirah. Nabil dan Nazirah juga sepakat untuk memperoleh tiga cahaya mata. Meneruskan kehidupan bahagia sebagai suami isteri, Nabil akan kembali sibuk dalam dunia seninya manakala Nazirah pula merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian wanita satu hari nanti. | ||
Posted: Bipasha nafi bakal kahwin
SEJAK akhir-akhir ini, gosip pernikahan Bipasha Basu dan Rana Daggubati sering menjadi topik perbualan media. Entah dari mana, tiba-tiba tersebar luas mendakwa mereka ingin segera berkahwin. Namun, Bipasha dengan pantas memberi kepastian bahawa gosip itu palsu. "Setelah membaca tentang gosip perkahwinan saya itu, ingin saya tegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali," sangkalnya dalam laman sosial Twitter miliknya sebagaimana dilaporkan apunkachoice.com. Kenyataan padat dan jelas itu dengan spontan telah menukar pandangan umum tentang berita tersebut dan berharap perkhabaran ini akan melenyapkan tanda tanya sama ada ia benar mahupun tidak. Sebelum ini, Bipasha telah menjalinkan hubungan cinta yang panjang bersama aktor kacak John Abraham. Namun, sayangnya, hubungan selama lapan tahun itu berakhir apabila muncul khabar Bipasha telah menjalinkan hubungan bersama Rana yang merupakan gandingannya dalam filem Dum Maaro Dum. | ||
Posted: Taruhan Super Duper LoverOleh KHAIRUL AMRI HASSAN BARISAN pelakon dan karyawan filem Super Duper Lover bergambar dengan David Teo (dua dari kiri). WAJAH baharu mengemudi produksi filem Super Duper Lover terbitan Metrowealth Pictures mungkin percubaan berani untuk menghasilkan produk setanding kutipan terdahulu umpamanya Adnan Sempit. Bukan hanya pelakon, malah pengarahnya juga diangkat daripada seorang pengarah seni yakni Ollyyn Kadri menandakan pertaruhan ini bukan dibikin main-main. Sementara, barisan pelakonnya pula menggandingkan hero filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura, Aeril Zafrel dengan aktres telemovie Impian Raya Emelyn, Nuremy Ramli, selain pelakon drama Fezrul Khan. Menurut penerbitnya, David Teo, filem yang memulakan penggambaran pada bulan lalu itu mungkin akan masuk panggung menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan. "Filem ini merupakan buah tangan ke-14 daripada 19 filem Metrowealth Pictures pada tahun ini dan sasaran kita untuk ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 memandangkan senarai filem yang berjaya masuk panggung sepanjang suku pertama tahun depan sudah dikeluarkan Wajib Tayang," katanya yang ditemui ketika Majlis Perasmian filem Super Duper Lover di Wisma MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Tidak teragak-agak untuk meletakkan pertaruhan hebat kepada pengarah dan pelakon baharu untuk menggalas beban filem ke-64 terbitan MIG itu, ujar David lagi usaha itu sejajar dengan pembangunan modal insan yang dilakukannya dari semasa ke semasa. "Kalau tak bagi artis-artis baharu tonjolkan bakat macam mana kita hendak tahu potensi mereka, lagipun jika kita ambil artis yang sudah popular mereka mungkin sukar untuk bahagi komitmen masa dan bayaran berlakon mungkin juga tinggi," ujarnya yang percaya akan kematangan penonton memilih karya berkualiti berbanding populariti artis.
Begitu juga pemilihan pengarah baharu yang melonjak naik menerusi telemovie Korban Kasih Abah di TV9, Ollyyn Kadri atau empunya nama Ahmad Rusli Mohd. Khadri yang dilihat mampu membawa nama MIG ke tahap lebih tinggi. Kata Ollyyn: "Selepas tamat penggambaran filem X yang dibintangi Pierre Andre, Intan Ladyana dan Diana Amir, David mencabar saya sekali lagi untuk mengarahkan filem Super Duper Lover dan saya menyahut cabaran itu." Cabaran berbeza dalam lapangan berbeza, itu luah Ollyyn yang kini mengembangkan bakatnya dari batas pengarahan seni ke ladang pengarahan filem. "Kalau dulu setiap keputusan saya akan ditapis oleh bos iaitu pengarah tapi kini semuanya terletak di tangan saya, salah pilihan kecundanglah jawabnya," katanya yang menjadi pengarah seni sebanyak 17 buah filem termasuk Bini-Biniku Gangster yang baru saja menjejak panggung. Namun, lain pula cabarannya buat pendukung watak utama, Aeril Zafrel, 23, yang baru kali ketiga diangkat menjadi hero filem daripada empat buah naskhah lakonannya. "Bukan senang sebenarnya nak jadi hero sebuah filem, kalau filem sebelum ini (Tujuh Petala Cinta) saya memainkan perwatakan yang agak serius, filem ini pula saya seolah-olah melakonkan siapa diri saya sebenar, seorang yang nakal, ganas tapi pada masa yang sama manis," katanya yang popular menerusi filem Aku Tak Bodoh. Super Duper Lover yang memilih pelakonnya menerusi siri uji bakat itu mengisahkan perjalanan cinta dua insan iaitu Mukhlis (Aeril Zafrel) dan Murni (Nuremy Ramli) yang bertitik tolak daripada hubungan sebagai sahabat atau juga disebut cinta paltonik. Dalam pada usaha mencari cinta sejati buat diri masing-masing, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya Murni bertemu dengan Iqwal lakonan Fezrul Khan yang berkesudahan dengan konklusi yang tidak terjangka. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |