macam macam hiburan terkini |
Bob Lokman Akui Tidak Sebar Fahaman Politik Posted: 11 Oct 2011 07:45 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Mohd Hakim Lokman atau Bob Lokman,47, menjelaskan kehadirannya di sebuah masjid di Sungai Lui adalah untuk memberi ceramah mengenai agama semata-mata untuk mendidik umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dan bukannya menyebarkan fahaman politik. Pelakon itu berkata kehadirannya tidak mempunyai agenda terselindung ataupun mahu mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu. "Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor atau meraih populariti. "Tambahan pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah di sisi agama," katanya ketika dihubungi mStar Oline, di sini, Selasa. Gambar kenangan Bob bersama Allahyarham Din Beramboi dan Afdlin Shauki ketika menjadi juri Gelanggang Raja Lawak musim keempat. Bob Lokman diminta menjelaskan laporan portal The Malaysian Insider yang melaporkan dia ditahan kerana dipercayai menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Hulu Langat dekat sini malam Isnin. Penulis lagu Isabela nyanyian Amy Search itu ditahan selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui dan telah disoal siasat oleh Jais pada Selasa. Sebelum ini dia pernah membuat kontroversi dengan mendakwa tidak mempercayai lagi dunia hiburan yang dianggap sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya. Langkah itu menyebabkan dia menyertai Pas. Tindakan Bob Lokman tersebut menyebabkan pelakon Awie (Wings) menempelak beliau dengan berkata pelakon itu juga pernah mencari rezeki sebagai artis dan tidak wajar membuat tuduhan sedemikian sekiranya mahu meninggalkan dunia hiburan. |
You are subscribed to email updates from Lebih 1 juta pageviews dari pembaca blog | tq To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |