Harian Metro: Rap |
Posted: 30 Sep 2011 07:52 AM PDT MENONTON lakonan mantap aktres jelita Korea, Yoon Eun-hye menerusi drama Princess Hours, The Vineyard Man, The 1st Shop of Coffee Prince, My Fair Lady dan terbaru, Lie To Me, si manis ini nyata tidak mempertaruhkan keayuan wajahnya semata-mata. Gadis kelahiran Seoul, berusia 26 tahun itu sangat bertuah kerana memiliki bakat yang besar. Dia bukan saja popular sebagai pelakon, tetapi Eun-hye turut dikenali sebagai penyanyi, penghibur dan model. Terbaru, dia juga berani tampil dengan imej seksi apabila buat julung kalinya sanggup menolak perasaan malu dan membuktikan dirinya seksi dengan menjayakan fotografi eksklusif untuk majalah fesyen, Dazed and Confused edisi Oktober 2011. Ternyata Eun-hye memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Kepercayaan terhadap pesona dirinya yang bertubuh menawan berjaya ditonjolkan Eun-hye menerusi pelbagai aksi berani di hadapan lensa kamera pada sesi penggambaran dilakukan di Hotel Mansfield, New York City, Amerika Syarikat (USA).
Mengenai jalan cerita Tong Que Tai, ia diadaptasi daripada novel Romance of the Three Kingdom. Kisah berkisar kepada seorang wanita cantik yang ditanam hidup-hidup bersama Laksamana Cao-Cao iaitu salah seorang tokoh sejarah China. Mengetengahkan latar belakang era Dinasti Han dan berpaksikan tiga kerajaan, filem hebat ini diilhamkan pembikinannya berpandukan misteri pusara Cao-Cao. Kedua-dua mayat itu ditanam dalam satu tempat yang sama. Sehubungan itu, karakter Cao-Cao tentunya menjadi milik Yun Fat, manakala Tamaki Hiroshi sebagai pejuang dikenali Mu Shun dan Alec Su dengan watak Kaisar Xian dari Dinasti Han. Pembikinan penggambaran filem ini dilakukan di lokasi seperti Beijing, China. Cukup sinonim dengan watak gadis ceria yang bijak berdikari dalam drama lakonannya, Eun-hye berkata dia sebenarnya sentiasa berusaha sedaya-upaya dan sebaik mungkin berlakon dengan berkesan demi menjaga hati ibu bapa tersayang. "Saya tidak mahu melihat ibu bapa dan keluarga sedih apabila membaca laporan berita yang buruk mengenai diri ini dari segi mutu lakonan ditonjolkan. Oleh itu, saya lebih selesa memastikan semua karakter diterima akan dilakonkan bersungguh-sungguh. "Setakat ini, saya berjaya membuatkan ibu bapa gembira dan itu adalah kejayaan yang sangat besar. Cuma, sekarang saya akui dibelenggu kebimbangan berikutan transformasi diri dilakukan. Saya akui, perubahan tidak mudah diterima," katanya. Menurut Eun-Hye, perubahan harus dilakukannya kerana tidak mahu asyik terikat dengan karakter yang sama. Ujarnya dia sedar setiap perubahan dibuat memerlukan masa yang panjang untuk diterima, malah kadang kala akan ada hati yang terluka. "Apapun, tak tahulah apa akan terjadi dan saya takut. Terlalu banyak suara harus didengar dan pelbagai pandangan perlu diambil kira. Justeru, saya sangat berharap dapat menghadapinya dengan tabah walaupun kritikan yang hebat daripada penonton. "Dalam soal ini, saya berusaha menjadi seorang wanita yang matang mengikut peningkatan usia. Apa yang pasti, saya mahu menonjolkan semua bakat yang ada dalam diri walaupun perlu melalui kegagalan. Bagi saya, kegagalan bukan kehancuran hidup. "Ia sebenarnya permulaan dalam kehidupan untuk seseorang itu bangkit dengan semangat baru dan terus berjuang. Kegagalan, pada saya ialah satu pengalaman yang mendorong untuk berusaha ke arah mencapai kejayaan. Jangan takut untuk gagal," katanya. Eun-Hye berkata dia sangat mengharapkan peminat tidak akan berhenti memberi sokongan kepadanya walaupun pernah melakukan satu kesalahan. Jelasnya, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan itulah cabaran dalam kehidupan. Berbicara mengenai karier nyanyiannya, Eun-hye yang pernah menganggotai kumpulan Baby V.O.X pada 1999 hingga 2005, mengakui dia kini selesa memberi tumpuan pada karier lakonannya. Apapun, Eun-hye ada membantu penghasilan mini album bekas rakan kumpulannya, Kan Mi Youn. PROFIL: NAMA: Yoon Eun-hye DRAMA TV: Antaranya Rainbow Romance (2005), Princess Hour, The Vineyard Man (2006), The 1st Shop of Coffee Prince (2007), Take Care of the Young Lady (2009), Personal Preference (2010), My Fair Lady, Lie To Me (2011) FILEM: The Legend of Seven Cutter / Escaping from Charisma (2006), My Black Mini Dress (2011) ANUGERAH LAKONAN: Antaranya KBS Drama Awards: Best Couple Award, Popularity Award (2009), 44th Baeksang Awards: Best Actress Award (2008), MBC Drama Awards: Top Excellence Acting Award (2007), The Grime Awards: Best Actress, KBS Acting Awards: Best New Actress Award, KBS Acting Awards: Best Couple Award, MBC Drama Awards: New Actress Award (2006) ANUGERAH MUZIK: Antaranya Hallyu Award: 15th Seoul Music Awards (2004), Korean Music Awards: Best Singer Award (2003),SBS Music Awards: Representative Award (2002), Award Model Line: Best Dressed Singer (2001), 10th Seoul Music Awards: Best Singer Award (1999) MODEL IKLAN: Antaranya DHC Korea, LG Telecom, Samsung Happy Together, Green Tea, Domino's Pizza, MPLE, JOINUS, Levi's, Philips Satinelle Ice Premium, CK dan KT Mega TV. |
Posted: 30 Sep 2011 07:33 AM PDT BERDASARKAN kejayaan menerbitkan konsert Inilah Sharifah Aini tahun lalu dan disiarkan di RTM, ZGB Media Sdn Bhd diberikan ruang oleh stesen televisyen milik kerajaan itu menghasilkan rancangan hiburan konsep sama sebanyak 13 episod. Menggunakan judul Inilah..., rancangan yang mula bersiaran 4 Oktober, setiap Selasa, jam 9 malam di TV1 itu menampilkan penghibur popular era 70-an dan 80-an seperti Khatijah Ibrahim, Latif Ibrahim, Datuk Malik Ridzuan, Zur Eda, Uji Rashid dan Hail Amir, Jay Jay, Francesca Peters, Aris Ariwatan, Azlina Aziz dan Liza Aziz.
Turut serta artis popular tahun 90-an antaranya Adibah Noor, Zamani, Ning Baizura dan Tomok. Pengarah Urusan ZGB Media Sdn Bhd, Zohara Ghani Mohd. Bathusha berkata rancangan Inilah... bagaimanapun tidaklah sebesar atau sehebat Konsert Sharifah Aini yang diterbitkan sebelum ini memandangkan rancangan Inilah... sebanyak 13 episod ini disiarkan hanya 30 minit.
"Walaupun tidak ramai ahli muziknya tetapi mereka sangat bagus dan berpengalaman," katanya. "Hendak dikira dari sudut kepuasan memanglah tidak puas, memandangkan kekangan tempoh masa siaran rancangan diberikan sangat singkat. "Disebabkan itu juga setiap artis tidak dapat mendendangkan banyak lagu. Hanya dalam enam atau tujuh lagu. "Bagaimanapun tumpuan diberikan terhadap persembahan. Mereka juga mengendalikan rancangan itu sendiri," katanya. Menjelas lebih lanjut membabitkan pemilihan artis menjayakan program diadakan kata Zohara, ia dilakukan berdasarkan kredibiliti mereka dan memang digemari ramai. "Tidak dinafikan ada antara mereka menjayakan rancangan Inilah... adalah artis kegemaran saya sewaktu muda. "Begitupun kekuatan mereka sebagai penyanyi tidak pula kami pandang enteng. "Contohnya Aris Ariwatan, dia saya sifatkan seorang penyanyi lelaki yang memiliki kekuatan vokal jantan. Sudah lama kita tidak menyaksikan dia mengadakan persembahan dan atas alasan itu juga saya menjemputnya menjayakan rancangan dihasilkan," katanya. Adibah Nor juga turut menampilkan kekuatan vokalnya sewaktu menjayakan rancangan ini. Malah peminat juga dapat menghilangkan kerinduan mereka terhadap beberapa penyanyi hebat yang lama menyepikan diri seperti Azlina Aziz dan Liza Aziz. Ditanya mengenai pembabitan Tomok dalam rancangan ini, kata Zohara, penyanyi utama kumpulan New Boyz itu dipilih berdasarkan pembabitannya yang agak lama dalam industri muzik. "Seperti umum ketahui, Tomok bukan popular sekarang malah sejak dulu sewaktu dia menganggotai kumpulan New Boyz. Seingat saya, dia sudah mewarnai industri seni tempatan akhir 90-an. Pembabitan Tomok dalam rancangan ini masih sesuai konsep," katanya. Zohara turut berterima kasih kepada Latif Ibrahim yang sudi menjayakan rancangan dihasilkan walaupun baru saja keluar daripada hospital kerana mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). "Saya hormati dan mengagumi semangat orang seni seperti Latif Ibrahim. Walaupun uzur dia tetap datang ke studio menjalani latihan bersama pemuzik. "Bukan itu saja apabila dia memegang mikrofon dan beraksi di pentas, dia begitu bersemangat. Malah kita tidak akan sedar yang dia sebenarnya kurang sihat," katanya. Inilah... diarahkan Nik Ramzi Nik Hassan dan dibantu Rabi'atul Adawiyah, Khairul Azam dan Siti Shafizah Shahrani, dan Zohara sebagai penerbit eksekutif. Pada majlis pelancaran itu juga beberapa artis yang terbabit dalam rancangan Inilah... seperti Malik Ridzuan, Uji Rashid dan Latif Ibrahim hadir memeriahkan suasana dengan dendangan lagu popular mereka. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |