Adsense

Sabtu, 1 Oktober 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Miera tak jujur – Lash

Posted:

Miera tak jujur – Lash

Miera tak jujur – Lash


LASH tidak mahu isu ini terus berpanjangan.


JOYAH perlu memberi keadilan kepada pelakon Lash Mokhtar yang dikatakan cukup kecewa dengan penangan yang dibuat oleh bekas kekasihnya, Miera Liyana.

Sebelum ini, Pancaindera ada tulis berkenaan Lash yang dikatakan kecewa teruk sebab Miera mempermainkan cintanya seperti sampah.

Memang macam sampahlah bila bercinta bagai nak rak, bila putus boleh diam-diam saja dan tup-tup bercinta dengan orang baru. Miera pergi tanpa pesan, sudahnya menjaja cinta baru di media kononnya sedang berbahagia dengan mamat baru, Shahz Jaszle. Kalau Joyah, memang sudah lama makan 'sup selipar'.

Beberapa minggu mencari, akhirnya Lash Mokhtar sudi bercerita kepada kawan Joyah, Syed Mussaddad dan jurugambar Amin Farij. Di sini, Joyah ceritakan balik apa yang telah diulas oleh Lash panjang lebar.

"Saya memang terkejut dengan tindakan mereka dan sejujurnya saya akui agak kecewa. Tapi tak sampai 'frust menonggeng'. Apa-apapun mungkin itu yang terbaik buat mereka," luah pelakon Lash Mokhtar ketika diminta mengulas mengenai Shahz Jaszle yang dikatakan 'menyapu' kekasihnya, Miera Liyana.

Tidak mahu terus mengeruhkan keadaan, Lash seboleh-bolehnya mahu isu ini diselesaikan segera. Bukan niatnya tampil untuk mengeruhkan keadaan tetapi dia hanya mahu membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dalam hal ini.

Dalam nada yang cukup merendah diri, Lash tidak mahu terus bersembunyi daripada rasa yang mencengkam lubuk hatinya.

Namun dia sekali-kali tidak mahu terus menyalahkan mana-mana pihak biarpun ramai yang tahu dia berada di pihak yang benar.

"Dalam lima bulan juga kami rapat. Memang hubungan kami cukup mesra seperti mana yang diketahui umum. Cuma ada satu ketika dia minta time off pada saya. Dua kali dia cakap perkara yang sama dan akhirnya ini yang terjadi.

"Kalau nak kata saya mengongkong dia tak juga. Sebab kami jarang juga berjumpa. Jadual dia macam ni, jadual saya macam tu, jadi masa yang kami ada memang agak terbatas sebenarnya.

"Bila dia minta time off saya pelik. Akhirnya bila keluar cerita cinta mereka di surat khabar, baru saya tahu apa yang dah jadi.

"Siapa yang tak rasa kecewa tapi bukan bermakna hidup saya sudah hancur musnah. Ini mungkin ujian buat saya kali ini dan saya sedia hadapinya. Lagi pun masalah ini bukan besar mana kalau nak banding dengan masalah orang lain," luah Lash mengatur ayat satu persatu.

Sebelum ini Lash menggambarkan Miera sebagai wanita yang cukup matang walaupun masih berusia belasan tahun. Namun persepsi Lash terhadap Miera sedikit berubah apabila berlakunya insiden ini.

Baginya Miera telah membuatkan dia terdiam seketika dengan 'peralihan' cinta tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah.

"Industri ini kecil sahaja. Kalau nak bergaduh kerana hal ini, baik tak payah. Banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan daripada terus meratapi cerita macam ni.

"Famili saya memang cukup terkejut dengan cerita mereka. Apa yang saya boleh buat? Kalau itu pilihan terbaik Miera, saya hormati keputusannya. Rasa kecewa tu ada bila mengenangkan cara Miera putuskan hubungan.

"Cuma saya selalu mahu bertindak profesional. Bila cerita tu keluar, Miera tidak pernah menerangkan apa yang terjadi pada saya. Sama juga dengan Shahz. Ada kata nak jumpa, tapi sampai ke hari ini belum datang.

"Kalau saya boleh profesional dalam hal ini, saya juga mahu mereka profesional. Datang jumpa dan terangkan hal ini. Itu sahaja. Lepas tu apa yang nak jadi pada mereka saya tak kisah," luahnya kesal.

Lash yang akan membintangi drama bersiri Bicara Hati menafikan yang dia tidak serius dalam hubungan cinta. Tanpa ragu-ragu Lash mengaku dia cukup serius dalam hubungan yang dibina dan seboleh-bolehnya mahu ia berakhir di jenjang pelamin.

"Semua itu dah jadi sejarah. Buat apa nak ungkit lagi kisah-kisah tu. Kepada mereka saya doakan mereka semoga berbahagia dan berkekalan," luah Lash ringkas.

Alah, kalau macam tulah sikapnya,Joyah fikir, tak ke mana juga cinta si Miera dengan Shahz tu. Kita tengok sajalah nanti ya. Masa tu, kalau Miera cari Lash balik, pandai-pandai sajalah nak pulangkan 'paku buah keras' ya.

Maaf, ikhlas atau tidak?

Posted:

Maaf, ikhlas atau tidak?

Maaf, ikhlas atau tidak?

Katarsis Kualong


Irma Hasmie


SAYA menghormati Nabil, sebab itu saya takkan datang," demikian jawapan pelakon Irma Hasmie kala diaju soal apakah dia akan hadir ke majlis pernikahan bekas kekasihnya Nabil, baru-baru ini.

Saya 'tabik' dengan jawapan ringkas dan bersahaja yang diberikan Irma.

Kita dapat melihat adanya sisi-sisi keikhlasan dalam penjelasan itu dan Irma juga tidak memperlihatkan 'kebodohan' dirinya sendiri kala memberi jawapan kepada persoalan yang kadangkala boleh memerangkap, kalau tak kena dengan caranya.

Irma juga memberitahu, pada ketika ini dia masih menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga Nabil. Jadi, dia tidak mahu hubungan yang baik itu retak hanya kerana satu sebab yang tak munasabah.

Lalu saya teringat cerita yang sudah berlangsung hampir 10 tahun lalu.

Bagaimana seorang pelakon popular membisikkan ke telinga saya "Waktu I tengah gembira bersanding, bekas suami I datang, siap menepung tawar, habis hilang mood I nak bersanding."

Itu pengakuan jujur pelakon berkenaan kepada saya. Katanya dia menjemput bekas suami kerana tidak mahu dikatakan membelakangkan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya itu, tetapi dengan harapan dia tidak hadir. 'Ajak-ajak ayam' sajalah ni.

Sebaliknya bekas suami hadir dan sebagai insan biasa, dia masih terkesan dengan kehadiran itu.

"Nanti kalau tak jemput, orang kata kita ni bermusuh pula. Bila jemput tu, harap dia tak datang. Tetapi dia datang juga dengan muka selamba, geram jugalah I," kata pelakon itu lagi.

Justeru, pilihan Irma Hasmie untuk tidak menyertai majlis besar Nabil adalah tepat kerana ia boleh memberikan pelbagai pandangan.

Kalau sudah putus tu, eloklah dibuang jauh-jauh saja. Tak perlulah hendak 'terhegeh-hegeh' muncul di depan mata, nanti orang fikir kita ni penyibuk saja atau saja-saja hendak mencari publisiti.

Pelakon Abby Abadi juga tidak menghadiri majlis pernikahan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang gegak gempita itu.

Pun, Abby memberikan restu dengan cara menghantar dua anaknya, untuk bersama-sama meraikan hari bahagia Norman di kampung Memey pada minggu lalu.

Kita melihat kejujuran dan keikhlasan hati Abby di situ. Bagaimanapun keadaan berubah apabila pelakon jelita itu mula memberikan pelbagai komen yang pada pandangan banyak orang agak sensitif.

Ramai peminat mula memarahi Abby kerana memberi gambaran buruk kepada Norman terutamanya menjelang hari pernikahan.

Banyak yang mempersoalkan kenapa Abby tergamak untuk menghantar mesej ke laman sosial sambil meminta supaya Norman membayar hutang hantaran pernikahannya dahulu, pada hari ketika Norman mahu menjabat tangan tukang nikah?

Ada yang cakap seolah-olah dengan sengaja cuba mengaibkan bekas suami, entahlah.

Pun dari sisi lain, saya faham, Abby berada dalam tekanan yang dahsyat sebelum ini dan dia sudah tidak kisah apa pun yang mahu orang perkatakan ketika ini.

Apa lagi ditinggalkan pada ketika anak-anak masih kecil, Abby melayan kehidupan dengan sendu dan airmata. Justeru, kebanyakan peminat menyebelahi Abby dan membenci Norman gara-gara keadaan itu.

Pun dengan tingkah Abby akhir-akhir ini, banyak yang sudah mula mempersoalkan, apakah Abby memang belum memaafkan bekas suaminya itu?

Kalau ya pun mahu meminta hutang , tidak adakah cara lain? Kenapa tidak kemukakan saja kepada pihak mahkamah? Kenapa memilih pada hari bahagia Norman? Bukankah membuka aib orang itu tidak elok? Tidakkan Abby risau kelak hari, aib sendiri bertebaran di muka bumi?

Kerana kesilapan yang sedikit, orang yang menjadi kawan kita pada hari ini boleh menjadi musuh pada hari esok. Lebih baik kalau Abby diam-diam saja dan buat hal sendiri, terutamanya buat masa sekarang. Orang pun akan terus hormat dan sayang kepada Abby kalau kekal dengan sikap tenang seperti itu. Jangan marah ya Abby di atas teguran yang penuh dengan kejujuran ini. Selamat beristirehat.