Adsense

Sabtu, 1 Oktober 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Gambar perkahwinan Nabil ( Raja Lawak ) dan Nazirah

Posted: 30 Sep 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

SELEPAS melalui pelbagai kontroversi, pelakon Nabil (Raja Lawak) akhirnya selamat bernikah dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub. Kedua mereka selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar pada Jumaat

PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, "playbook", alat solek, pewangi dan dibalas sembilan hantaran iaitu coklat, kasut, "PlayStation 3", I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad ini di I-City Shah alam berkonsepkan "fairy tale" dan persandingan dalam taman.

/// mstar ///

Noraniza Idris Akhirnya Bergelar Isteri Kepada Bilal Masjid

Posted: 30 Sep 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.

Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.

Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.

Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun