Adsense

Jumaat, 30 September 2011

Zon Artis

Zon Artis


Nabil (Raja Lawak) Sudah Bergelar Suami Kepada Nazirah Ayub

Posted: 30 Sep 2011 03:56 AM PDT

GAMBAR NIKAH NABIL RAJA LAWAK DAN NAZIRAH AYUB

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23. Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang tadi.

Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan. Nazirah Ayub menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin yang bernilai RM5,000. Wang hantaran pula sebanyak RM15,000.

GAMBAR KAWHIN NABIL RAJA LAWAK DAN NAZIRAH AYUB

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, Playbook, alat solek, pewangi dan dibalas dengan sembilan hantaran antaranya coklat, kasut, PlayStation 3, iPad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Dengan ini, kami seluruh warga kerja Zon Artis mengucapkan tahniah kepada Nabil dan juga Nazirah kerana sudah sah menjadi suami isteri. Kami doakan semoga masjid yang kalian bina ini akan berkekalan buat selama-lamanya dan selamat berbahagia.

*Kedua-dua foto kredit kepada mStar Online

Related Posts with Thumbnails