Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Shahir & Adira Ada Apa Apa Ke? Posted: 30 Sep 2011 08:20 AM PDT Walaupun pakai tak sedondon semasa hadir di Rumah Terbuka Astro baru-baru ini, namun kemesraan antara penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Shahir & Adira ini masih terpancar jelas. Kalau Budiey tak silap, Shahir dan Adira juga pernah digosipkan satu ketika dulu semasa mereka sama-sama keluar dari AF8. Sekarang ni macamana pulak hubungan diorang ni? Mmm… saje je nak usik-usik, manalah tahu ada cinta berputik. Hanya mereka je yang tahu. Terbaru, Budiey dapat tahu yang Shahir menafikan yang dia akan meninggalkan dunia seni hiburan seperti mana yang dihebohkan baru-baru ini. Padahal yang sebenarnya berlaku, Shahir hanya bercuti rehat selama 3 bulan kerana mahu berehat akibat dari kecederaan semasa jatuh di rumahnya. Elok gak tu, tak lah Adira tak keseorangan. Dengar-dengar, Shahir ada 'pendam' sesuatu dari Adira? Haa, jangan panik ya sebab sebenarnya Shahir sekarang ni kan tengah hot dengan lagu Pendam dan kini sedang hangat diputarkan di radio. Best tak lagu tu? Budiey rasa, lagu tu memang ada tarikan tersendiri sebab dengar pun macam lagu balada pop dari Indonesia je. Adira pula bakal muncul dengan single terbaru berjudul Sakura dalam masa terdekat ini. Adakah lagu ini ditujukan kepada seseorang? Mmm Budiey pun belum dengar lagi, so tak boleh la nak komen lebih-lebih. Budiey: Jom kita gi Konsert Suria FM esok, jom! Tags: Adira AF8, Shahir AF8Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |