Zon Artis |
(Gambar) Azad Jazmin & Eira Syazira Sudah Bergelar Suami Isteri Posted: 16 Sep 2011 05:44 PM PDT Pasangan pelakon, Azad Jazmin, 35, dan Eira Syazira, 27, kini sudah bergelar suami isteri. Mereka selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga Eira di Putrajaya, semalam (16 September 2011). Pemilik nama Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri sah menjadi isteri kepada pelakon Cinta Balqis itu dengan hanya sekali lafaz. Pasangan yang bercinta sejak tiga tahun lalu ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Shuhaimi bin Haji Acheh dengan disaksikan kira-kira 200 tetamu yang hadir. Eira menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala jumlah wang hantaran terpaksa dirahsiakan atas permintaan pihak keluarga. Pada majlis pernikah itu, Eira menerima sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, iPad 2, beg tangan Tod's, minyak wangi dari Mekah, telekung dan sejadah, jam tangan Fossil, kasut Charles & Keith serta sireh junjung. Manakala pihak lelaki pula menerima 11 buah dulang antaranya jam tangan Police, kasut Aldo, sireh junjung, sejadah dan persalinan baju Melayu, coklat, dompet dan tali pinggang Polo, minyak wangi Davidoff, jersey dan topi Chelsea, buah-buahan dan cincin. Untuk yang masih tak tahu, Azad dan Eira akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang. Tahniah kami ucapkan kepada Azad dan Eira. Semoga perkahwinan yang dibina ini dirahmati serta kekal bahagia sehingga akhir hayat. Psstt: Ada sesiapa nak menginap kat Hotel Lastel kat Jepun ni? Cambest woo! |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |