macam macam hiburan terkini |
- Zizie Ezette: Belum ada rezeki
- Guna pencungkil gigi bina replika Teluk San Francisco
- Stacy mengaku rapat dengan Akim
- (Gambar) Fasha Sandha yang seksi dan cantik sekali (2011)
- Shila kekok jumpa Sharnaaz
- Cipta rekod makan makanan sarapan pagi paling banyak
- Penternak ikan rakam gambar raksasa
- Belut masuki pundi air kencing lelaki
- Kura-kura gergasi dirampas
- Gambar wanita kuku terpanjang dunia
- Sorok Perkahwinan Dahulu Beri Pengajaran Pada Norman Hakim
- Wan Sharmila Mahu Buka Pusat Jagaan Kanak-Kanak
- Lagu Aliff Satar Guna Khidmat Komposer Tempatan
- Lisa Surihani 'Tawan' Hati Yusry Dengan Kain Samping
- Norazlina Redzuan Kembali Jadi Pengacara
- Watie (Elite) Keliru Mahu Kahwin Joey
- Marsha Beransur Pulih, Tolak Tuduhan Bunuh Diri
- Awal Kurang Senang Hinaan Zarina Ann-Julie
- Safura, Sharonizam Masih Sedih Kehilangan Anak
Zizie Ezette: Belum ada rezeki Posted: 15 Sep 2011 07:39 PM PDT PERKAHWINAN mereka pada 16 Disember, 2009 lalu sempat menimbulkan kontroversi. Namun masa berlalu, kini tiada lagi kontroversi. Aktres putih gebu, Zizie Ezette,32, sebaliknya nyata sedang diulit kebahagiaan bersama suami tercinta, Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin. Sementelah, usia perkahwinan mereka kini hampir mencecah dua tahun, Zizie tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga. Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini, akui Zizie yang kelihatan anggun dalam persalinan ungu, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mempunyai anak pada waktu tertentu. Malah, ungkap Zizie, dia sendiri sebenarnya sangat teruja menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, Zizie dan suami menganggap mereka masih belum ada rezeki untuk menimnang anak buat masa ini. "Saya akui yang kami pernah menjalani pemeriksaan (perubatan) bersama-sama dan keputusan yang diterima adalah masing-masing tidak ada masalah kesihatan yang mampu menghalang kami untuk memperoleh anak. "Walaupun kami memang inginkan sangat menimang cahaya mata, tetapi itu semua adalah kehendak dan ketentuan Allah. Bagi saya, mungkin ada hikmah di sebaliknya atas situasi yang kami alami ini," luah pemilik nama sebenar Zizie Izette Abd. Samad ini. Walaupun mengakui sangat gembira dan selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang, Zizie nyata tidak menolak untuk bergelar ibu. "Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu pada bila-bila masa sahaja," ujarnya. Suami bukan penghalang Menyentuh tentang suami, justeru pasti ada yang tertanya-tanya adakah itu faktor di sebalik kenapa Zizie tidak aktif berlakon sekarang ini. Memulakan karier lakonan sejak usia belasan tahun lagi, sehingga kini sudah puluhan drama serta telefilem yang pernah dilakonkannya. Bagaimanapun, setelah berkahwin boleh dikatakan kemunculan anak kepada pelakon Khaty Fauziah ini di kaca televisyen dilihat semakin kurang berbanding sebelum berumah tangga dahulu. Justeru, adakah pelakon yang mula dikenali menerusi filem sulungnya, Kekasih Awal Dan Akhir itu sudah berhenti menjadi anak seni atau tidak lagi mendapat mendapat keizinan suami untuk bergelar pelakon. Zizie bagaimanapun menjelaskan, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang yang telah menaikkan namanya. KELUARGA besar. Zizie bersama sebahagian keluarganya. " Saya masih lagi berpegang teguh kepada prinsip untuk tetap setia dengan dunia lakonan. Lagipun, inilah satu-satunya punca rezeki saya selama ini memandangkan saya telah berlakon sejak remaja lagi. "Suami saya sendiri langsung tidak pernah menghalang dan tetap memberikan sokongan dan keizinan untuk saya terus berlakon. Namun, saya akui sejak berumah tangga ini waktu saya memang agak terbatas," jelas pemenang Aktres Harapan Festival Filem Malaysia Ke-11 (1994) menerusi filem sulungnya itu. Tambah Zizie, jauh di lubuk hati dia sememangnya sangat rindu untuk berlakon kerana minatnya yang tidak pernah pudar dan dia sangat bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang sudi menawarkannya berlakon. Menurutnya, walaupun suami tercinta masih lagi memberi keizinan untuk terus berlakon, tetapi ada tawaran yang terpaksa ditolak kerana faktor masa atau watak yang diberikan kurang sesuai. "Walaupun suami seorang berfikiran terbuka dan begitu memahami kerjaya saya sebagai anak seni, namun terlebih dahulu saya akan tetap berbincang dengan suami mengenai tawaran yang diterima. "Mengenai watak pula kalau boleh saya mahu diberikan watak-watak yang sesuai dengan usia dan status saya sebagai seorang isteri. Misalnya watak seperti wanita korporat, berkerjaya ataupun watak seorang ibu," jelasnya. ZIZIE melayan tetamu yang hadir ke majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri pada minggu lalu. Menariknya, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini memberitahu suaminya juga adalah penggemar setia kepada drama atau telefilem yang dilakonkan dan tidak pernah ketinggalan untuk memberi sebarang komen mengenai lakonannya. "Saya menganggap suami merupakan pengkritik utama saya dan akan menerima dengan hati terbuka sebarang komen yang diterima. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan satu panduan untuk saya lakukan yang lebih baik lagi selepas ini," ujarnya. Ditanya mengenai aktivitinya sepanjang menjadi isteri kepada seorang wakil rakyat, Zizie menjelaskan dia lebih banyak menemani suaminya turun padang untuk beramah mesra dengan penduduk-penduduk di bawah parlimen suaminya itu. "Saya lebih banyak menghabiskan masa di Sabah memandangkan suami saya perlu menjaga kawasan yang diwakilinya di Kinabatangan. Kalau ada sidang parlimen barulah saya akan pulang ke Kuala Lumpur. "Memang saya mengaku pada mulanya agak kekok untuk bergelar isteri kepada Yang Berhormat, tetapi kini saya sudah semakin dapat membiasakan diri dan tidak kisah kalau terpaksa menemani suami melawat ke kampung yang terletak di pedalaman," ujarnya lagi. Kasihan dengan Sam Bayangkan diri menjadi kakak kepada seorang adik yang sama-sama menceburkan diri dalam dunia lakonan tetapi si adik langsung tidak meraih tawaran lakonan? Itulah yang pernah dialami Zizie dan adiknya, Shaheizy Sam suatu ketika dahulu. MANJA. Pasangan bahagia ini tidak merancang zuriat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Sam ketika ini adalah antara pelakon yang paling diminati ramai dan setiap filem lakonannya sering memberikan keuntungan kepada penerbit. Sebagai seorang kakak, Zizie menyatakan yang dia sememangnya sangat bangga dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh adiknya itu dan menyifatkan Sam adalah pelakon yang sangat berbakat. "Dia sama seperti saya yang sudah mula berlakon ketika masih remaja lagi. Namun, dia agak kurang bernasib baik kerana bakat yang dimilikinya itu masih lagi tidak dipandang ketika itu. "Sehinggakan saya pernah berasa kasihan melihatnya kerana tidak memiliki sebarang pekerjaan. Sedangkan dia mempunyai kesungguhan dan jiwa yang cukup mendalam terhadap bidang lakonan," luahnya. Namun, kini selepas masing-masing sudah mencipta nama, Zizie bagaimanapun menegaskan adalah sesuatu perkara yang agak mustahil untuk dirinya bergandingan dengan Sam dalam sebuah produksi yang sama. Ujarnya lagi, sepanjang dirinya dan Sam bergelar pelakon, hanya sekali sahaja mereka bergandingan bersama-sama iaitu menerusi filem yang berjudul Sama Tak Serupa pada tahun 1995. "Saya sendiri sebenarnya tidak yakin untuk berlakon dengannya kerana kami berdua mempunyai sikap yang sama iaitu suka menyakat. Saya risau kalau kami tidak dapat mengawal sikap tersebut ketika di set penggambaran," katanya. Meskipun begitu, menurut Zizie, Sam akan bekerjasama dengan dirinya itu menerusi sebuah filem. "Filem belum berjudul itu bakal diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi milik saya iaitu BZ 2121 Production," ujar Zizie. |
Guna pencungkil gigi bina replika Teluk San Francisco Posted: 15 Sep 2011 07:36 PM PDT SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam. Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli. Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan. Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi |
Stacy mengaku rapat dengan Akim Posted: 15 Sep 2011 07:35 PM PDT UMURNYA baru menginjak 21 tahun pada tanggal 18 Ogos lalu. Justeru, bagi anak kelahiran Penampang, Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama Stacy, dia masih belum puas untuk menikmati usia mudanya. Merangkul gelaran juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada 2008, nama Stacy dilihat masih kukuh di persada seni tanah air biarpun nama rakan-rakan seangkatannya tenggelam di bawa arus dek gagal menempatkan diri dalam dunia seni tempatan. Tiga tahun berdiri kukuh antara penyanyi wanita popular tempatan, Stacy akui, pelbagai pahit maung dihadapinya dan dia juga tidak terlepas daripada kontroversi terutamanya percintaannya dengan bintang AF7, Akim. Mendekati gadis lincah dan periang itu ketika majlis pelancaran album keduanya yang diberi judul Stay-C di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, Stacy memberi penjelasan sebaik mungkin kepada rakan media yang hadir. Masih berkawan MULAI rapat dengan Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 20 ketika sama-sama mengadakan persembahan bersama bintang-bintang AF yang lain dua tahun lalu, Stacy akui, jejaka kelahiran Johor Bahru, Johor itu begitu serasi dengannya. Apatah lagi dengan perwatakan Akim yang sentiasa ceria dan pandai berjenaka, Stacy mengatakan, ia cukup membuatkan hatinya tertarik untuk mengenali pemuda itu dengan lebih rapat. Lantaran dari momen itu, dia suka berhubungan melalui telefon bimbit, sama ada membuat panggilan atau pun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). "Sekarang, sudah dua tahun kami mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, tiada hubungan cinta yang wujud antara kami berdua. "Ia sekadar hubungan rakan sesama artis, cuma kami lebih akrab. "Sebab itulah, timbul gosip yang mengatakan kami sebagai pasangan kekasih," kata Stacy menjelaskan perkara sebenar. Namun, kebelakangan ini timbul pula khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah tidak lagi berkawan gara-gara Stacy dikatakan telah mempunyai teman istimewa yang lain. Tidak terperanjat dengan dakwaan itu, Stacy menafikan spekulasi berkenaan lalu menerangkan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka berdua. Tegasnya, dia bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membuang kawan apabila menemui cinta hati. Tambahnya, dia dan Akim masih lagi berkawan seperti biasa dan dia juga menepis dakwaan bahawa dia telah mempunyai kekasih baru. "Saya berkawan baik dengan Akim dan masih berhubungan melalui SMS atau telefon. "Buktinya, salah sebuah lagu saya, Cemburu adalah hasil karya Akim selaku penulis lirik. "Cuma kebelakangan ini jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti seni. "Saya sibuk dengan proses rakaman lagu baru untuk dimuatkan dalam album kedua saya, manakala Akim pula sibuk dengan persembahannya. "Tambahan pula, Akim aktif sebagai penulis lirik dan komposer. Saya tidak mahu mengganggu Akim di kala rezekinya dalam bidang ini semakin berkembang. "Ketika proses rakaman lagu Cemburu, dia ada datang memberi sokongan," jelasnya panjang lebar menceritakan kebenaran. Tidak kisah peluk Islam DALAM pada itu, Stacy diutarakan soalan adakah dia bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya bertemu pujaan hati yang beragama Islam? Tanpa perlu mengambil masa yang lama, Stacy menyatakan persediaannya untuk bergelar mualaf jika jodoh menyatukannya dengan pemuda beragama Islam. Tambah Stacy, agama Islam bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya mahu pun keluarganya kerana ada saudara maranya yang berkahwin dengan orang Melayu yang beragama Islam. "Jadi, tidak timbul sebarang masalah kepada saya atau famili apabila saya memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan jejaka Melayu. "Tetapi itu tidak bermakna saya sudah bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya seni. "Saya masih belum mendapat kepuasan optimum dalam bidang ini. Saya meletakkan had masa sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk memikirkan bab kahwin," jawab Stacy terlebih dahulu sebelum sempat Hits bertanyakan mengenai rancangan perkahwinannya. |
(Gambar) Fasha Sandha yang seksi dan cantik sekali (2011) Posted: 15 Sep 2011 07:31 PM PDT |
Posted: 15 Sep 2011 09:45 AM PDT SUATU masa dulu dia dikenali sebagai Shila Tekno. Ketika itu dia masih kecil dan sentiasa ditemani ayahnya, penyanyi dan pelakon N D Lala. Meniti usia remaja dan semakin matang, Shila Tekno hanya tinggal sejarah dan kini semua peminat mengenalinya sebagai Shila Amzah. Apa yang membanggakan, sejak menyertai pertandingan One In A Million 2, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, dilihat semakin hebat dan vokalnya kian mendapat pujian. sebelum selepas Malah, ada berpendapat dia tergolong dalam kelompok artis muda Malaysia yang mempunyai vokal terbaik dan ia terbukti dalam lagu Memori Tercipta dan kini lagu berkumpulan, Beribu Sesalan bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Terbaru pula, Shila mempertaruhkan single mutakhirnya, Patah Seribu. Ironinya, walaupun judul Patah Seribu sekali dengar seperti judul sebuah lagu Irama Malaysia, ia sebenarnya lagu pop kontemporari yang ada elemen 'country & western'. Menariknya, lagu itu ciptaan Shila sendiri dengan susunan muzik oleh penggubah handalan, Aubery Suwito. Keputusan yang penting juga dibuat Shila apabila dia tidak lagi diuruskan syarikat Monkey Bone Records dan The 8 Unit selepas memilih menamatkan kontrak dengan mereka. Shila memilih ber�naung di bawah syarikat milik keluarganya sendiri, Urustabil Sdn Bhd kerana lebih selesa. "Retak Seribu menjadi lagu pertama untuk album penuh saya kelak yang bakal diterbitkan sendiri oleh Urustabil. Lagu ini sebenarnya sudah dihasilkan sejak tiga tahun lalu tapi saya kurang berani untuk memasarkannya. Saya menunggu dulu sedangkan apabila diperdengarkan kepada kawan-kawan artis seperti Aizat dan Ana Raffali, mereka suruh saya pasarkan single ini. "Apabila keluar dari Monkey Bone, barulah saya buat keputusan untuk keluarkan lagu ini. Punca utama kalau lagu ini gagal diterima, saya tak dipersalahkan mana-mana pihak kerana semuanya saya buat sendiri. Saya gembira dibantu Aubrey Suwito dari sudut susunan muzik," katanya yang pernah muncul dengan album Bebaskanlah pada 2009. "Saya sepatutnya menghasilkan tiga album dengan Monkey Bone tapi apakan daya hanya sempat tampil dengan satu album saja. Bagaimanapun, saya tak kecewa dan tak bergaduh dengan mereka. Apa yang berlaku adalah satu pengalaman terbaik. Banyak ilmu yang saya timba dengan Monkey Bone yang tidak boleh diperoleh di mana-mana. "Album penuh terbaru saya akan menemui peminat sekitar Februari atau Mei tahun depan. Setakat ini, saya sudah simpan 30 koleksi lagu yang semuanya ciptaan saya sendiri. Kalau boleh saya nak cuba terbitkan semua lagu ciptaan saya sendiri kerana ia lebih puas. "Kalau Aizat dan Yuna boleh buat sendiri, kenapa saya tidak boleh mengikut jejak positif mereka. Yang penting saya disokong penggubah muzik yang berpengalaman seperti Aubrey Suwito. Saya selesa bekerja dengan Aubrey," katanya lagi. Shila berkata, dia tidak menyanyikan lagu balada sebelum ini kerana mahu orang melihat perubahannya dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Merasakan detik itu cukup sesuai kini, baru dia tampil dengan lagu balada yang 'mencengkam' seperti gabungan '3 Suara' yang meng�gandingkannya dengan Ning dan Jaclyn. "Pada usia sekarang, saya rasa sudah boleh tampilkan lagu cinta. saya kena kaji konsep lagu saya ikut kesesuaian umur saya. "Saya gembira kerana ramai peminat sukakan lagu Beribu Sesalan. Ia sangat istimewa kerana jarang kita melihat gabungan tiga penyanyi dalam sebuah album. Lagu ini juga mula mendapat sambutan hangat di Singapura. Saya bangga dapat bergabung suara dengan Kak Ning dan Jac. "Sebagai kelainan, saya juga buat versi solo dan muat naik lagu itu dalam YouTube. Ternyata, ia sangat memberangsangkan kerana setakat ini sudah ditonton 40,000 orang," katanya. Kegilaan terbaru Shila ketika ini adalah merakam nyanyiannya secara suka-suka dan dimuat naik dalam Internet terutama YouTube untuk hiburan peminat. Hobi ini katanya berputik sejak lima bulan lalu. Boleh dikatakan setiap masa dia akan berada di laman twitter untuk berinteraksi dengan peminatnya. Memang begitulah cara dan 'trend' terkini bagi ramai artis lain di seluruh dunia. Sementara itu, Shila juga baru selesai menjalani peng�gambaran muzik video lagu Patah Seribu yang diarahkan Michael Ang. Muzik video ini menggandingkannya dengan pelakon meningkat naik, Sharnaaz Ahmad. Banyak pengalaman menarik dilaluinya ketika terbabit dengan penggambaran yang memakan masa selama 18 jam ini. "Jalan cerita muzik video ini menggambarkan mengenai pasangan bercinta. Terus terang saya memang kekok kerana tidak pernah berlakon sebelum ini. Saya pun baru pertama kali jumpa Sharnaaz, tapi mujurlah dia suka usik saya. Jadi, tidaklah rasa janggal apabila sudah lama di lokasi. "Biarpun terpaksa me�ngambil masa selama hampir 18 jam, saya percaya dengan kemampuan Michael untuk buat yang terbaik. Saya suka berlakon tapi keutamaan kini adalah pada nyanyian. Harap-harap peminat suka dengan muzik video Patah Seribu," ujarnya. Berkongsi cerita mengenai buah hati pula, Shila menjelaskan dia masih selesa bersendirian tanpa cinta. Baginya sukar untuk mencari lelaki yang memahami kariernya disamping mempunyai ciri-ciri lain antaranya menghormati kedua orang tuanya. "Selepas 11 tahun dalam seni, saya ada sasaran sendiri dan rasa belum puas dengan apa yang baru saya peroleh. Selain itu saya juga ada tanggungjawab untuk jaga hati keluarga saya dan peminat. Kalau ada kekasih mungkin saya terpaksa lebih menjaga hatinya dan lama-lama kelamaan keluarga dan peminat terabai. "Jadi biarlah dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini, saya akan gunakan masa itu untuk fokus kepada karier sebelum membuat keputusan untuk berpasangan secara serius. Saya sebenarnya tidak suka bercinta lama-lama. "Bukanlah bermakna saya cuba jual mahal tapi inilah situasi sebenar diri saya. Buat masa ini hidup saya tak sunyi kerana setiap hari akan berinteraksi dengan peminat. Selain mereka, saya juga ada kawan-kawan dan paling utama keluarga yang sering menyokong dan bersama setiap masa serta dalam apa juga keadaan," katanya yang turut bergelar duta Safi Balqis Perfect 10. PROFIL NAMA PENUH: Nur Shahila Amir Amzah NAMA KOMERSIAL: Shila Amzah TARIKH LAHIR: 13 Ogos 1990 USIA: 21 Tahun ASAL: Kuala Lumpur KERJAYA: Penyanyi, duta produk PENCAPAIAN: Naib Juara One In A Million 2 (OAIM2) ALBUM: Sha-hila (EMI 2005), OST 5 Jingga (EMI 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor - 2011) SINGLE TERBARU: Patah Seribu (label Urustabil) TALENTS: Coca-Cola, Walls Cornetto, Colgate, duta Tinge & Safi Balqis Perfect 10 |
Cipta rekod makan makanan sarapan pagi paling banyak Posted: 15 Sep 2011 09:43 AM PDT CORBY - Seorang lelaki, Steven Magree mencipta rekod dengan makan makanan sarapan pagi paling banyak, lapor sebuah akhbar semalam. Dia memakan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori iaitu tiga kali ganda daripada yang disarankan untuk lelaki. Sarapan pagi itu mengandungi tiga sosej empat segi, tiga burger daging, tiga telur goreng, tiga kepingan puding hitam, tiga set roti bakar dan roti. Dia turut makan kacang panggang, cendawan, wafel kentang dan kentang. Magree yang berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mampu untuk makan sarapan pagi paling banyak di kafe Hungry Horse di sini, baru-baru ini. - Agensi |
Penternak ikan rakam gambar raksasa Posted: 15 Sep 2011 09:39 AM PDT LEWISTON, Scotland - Seorang penternak ikan, Jon Rowe berjaya merakamkan gambar seekor raksasa di Tasik Loch Ness di Drumnadrochit, Scotland, lapor sebuah akhbar semalam. Dia yakin gambar yang dirakamkannya itu merupakan raksasa Loch Ness yang mempunyai nama jolokan Nessie selepas ia banyak diperkatakan oleh ramai orang. Menurutnya, dia pada mulanya mahu merakamkan gambar pelangi pada waktu pagi dengan menggunakan kamera baru-baru ini. Rowe, 31, berkata, semasa merakamkan gambar itu, dia terlihat satu bentuk yang berwarna gelap dengan terdapat dua bonggol keluar dari permukaan tasik sebelum ia hilang. "Reaksi saya dengan segera menyatakan ia adalah Nessie," katanya. Legenda raksasa Loch Ness bermula pada 1933 apabila satu pasangan suami isteri, George Spicer dan isterinya menyatakan mereka melihat satu haiwan ganjil menyeberang jalan raya di depan mata mereka. - Agensi |
Belut masuki pundi air kencing lelaki Posted: 15 Sep 2011 09:37 AM PDT BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun. Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini. Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk. Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya. "Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor. Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. - Agensi |
Posted: 15 Sep 2011 09:36 AM PDT HIGHLANDS - Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya. Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit. Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak. Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan. Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut. - Agensi |
Gambar wanita kuku terpanjang dunia Posted: 15 Sep 2011 09:33 AM PDT |
Sorok Perkahwinan Dahulu Beri Pengajaran Pada Norman Hakim Posted: 15 Sep 2011 09:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon Norman Hakim, 35, yang menyembunyikan perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi suatu ketika dulu memberi pengajaran besar kepadanya untuk tidak melakukan perkara sama pada perkahwinannya kali ini dengan Memey Suhaiza, 23. Norman berkata suatu ketika dahulu, dia lupa bahawa sebagai seorang selebriti, dirinya adalah milik masyarakat yang perlu berkongsi apa sahaja cerita termasuklah hal peribadi kepada umum. "Saya sedar perceraian saya dengan Abby memberi kesan buruk kerana kontroversi rumah tangga kami. "Tetapi, pengalaman itu mengajar saya. Jika dulu saya lupa yang diri ini adalah hak milik masyarakat dan kali ini saya akan kongsi hal peribadi saya kepada umum terutama bagi benda-benda yang penting seperti perkahwinan. "Apa-apa pun, saya tak mahu membuat perbandingan dengan perkahwinan dahulu kerana apa yang dilalui dalam kehidupan saya merupakan satu fasa kehidupan baru," katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman busana pengantin Norman dan Memey di butik Lord's Taylor, Bangsar Shopping Center, di sini, Khamis. Norman dan Abby pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Bagaimanapun, Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Sehari selepas itu majlis resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan. Norman dan Memey bersama penaja-penaja majlis perkahwinannya. Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia. Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti. Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu. Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong. "Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut. "Sebuah lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000," katanya Tambah Billbora, bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu. Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan. Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000. Antara selebriti yang akan menjadi pengapit pengantin ialah Miera Liyana, Fathia, Julia Ziegler, Eina, Fahrin Ahmad dan Afiq Muiz. Sementara itu, kata Memey, dia dan Norman mula berdebar menanti detik perkahwinan mereka apabila melihat pelbagai tajaan yang diterima dan pada masa sama, para peminat telah membuat pengiraan detik di akaun Facebook mereka. |
Wan Sharmila Mahu Buka Pusat Jagaan Kanak-Kanak Posted: 15 Sep 2011 09:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Wan Sharmila, 29, berhasrat membuka pusat penjagaan kanak-kanak kerana perasaan cintanya kepada golongan itu. Dia bagaimanapun tidak mahu terburu-buru mengejar impiannya itu kerana banyak perkara lain [perlu diberi perhatian sebelum mengambil keputusan membuka pusat berkenaan. "Antara impian saya dalam hidup adalah untuk mempunyai sebuah pusat jagaan kanak-kanak kerana saya suka kepada kanak-kanak tetapi banyak perkara perlu diberi perhatian seperti mengambil kursus dan sebagainya," katanya. Wan Sharmila yang baru sahaja muncul dengan filem pertamanya, "Raja Tak Jadi" memberitahu, selain minat kepada kanak-kanak, perancangan untuk membuka pusat itu juga adalah sebagai persediaan pada masa hadapan. "Kerjaya sebagai pelakon tidak menentu dan itu adalah sebagai persediaan untuk masa hadapan saya dan lebih baik kita buat perniagaan yang kita minat," ujarnya. Dalam pada itu, Wan Sharmila memberitahu dia kini selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri tanpa bantuan pembantu peribadi. "Sebelum ini saya ada pembantu peribadi tetapi saya agak tidak selesa kerana perkara ang boleh saya uruskan terpaksa mengharapkan bantuan orang lain. "Sekurang-kurangnya jika saya lakukan sendiri saya menjadi lebih bertanggungjawab tanpa menyusahkan orang lain," katanya. Sementara itu, menyentuh mengenai kehadiran lelaki di dalam hidupnya, Wan Sharmila memberitahu ketika ini dia lebih selesa bersendirian dan ingin menumpukan kepada kerjaya lakonannya. Katanya, ekoran pengalaman dalam kemusnahan rumah tangga dua tahun lalu, dia menjadi lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. "Buat masa ini saya berkawan dengan ramai orang tapi masih belum ada yang istimewa kerana saya lebih selesa bersendirian dan ingin menumpukan kepada kerjaya lakonan," katanya. Bakal muncul dengan filem "Syaitan Nirrajim" yang baru selesai penggambaran bersama pelakon Nabila Huda dan Fizz Fairuz, dia kini turut sibuk menjalani penggambaran drama sitkom "Naik Lif, Turun Tangga" sebanyak 13 episod untuk siaran TV3. "Alhamdulilah selepas 'Raja Tak Jadi', saya mendapat peluang berlakon di dalam filem kedua, 'Syaitan Nirrajim' dan rezeki semakin baik dalam bidang lakonan. Fokus saya pada kerjaya buat masa ini," ujarnya. |
Lagu Aliff Satar Guna Khidmat Komposer Tempatan Posted: 15 Sep 2011 09:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Satar menjelaskan single terbarunya, Lelaki Seperti Aku diterbitkan sepenuhnya di Malaysia dengan bantuan pemuzik Zimie daripada kumpulan Sofaz. Aliff ketika ditemui baru-baru ini berkata, walaupun ia dicipta oleh Panji Sakti iaitu komposer daripada Indonesia, kerja-kerja rakaman adalah menggunakan khidmat pemuzik tempatan. "Ya benar lagu itu dicipta oleh komposer Indonesia tetapi kami menerima lagu tersebut dalam keadaan 'raw' dan semua proses penerbitan lagu tersebut dilakukan sepenuhnya di sini," ujarnya. Baginya, ia bukan satu isu apabila ada pihak cuba mempertikaikan mengapa artis negara ini gemar menggunakan khidmat komposer luar mencipta lagu untuk mereka. "Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun jadi saya tidak lihat di mana salahnya jika kita ingin bekerjasama. Lagipun muzik adalah bersifat universal," katanya. Sedikit kecewa dengan tanggapan sesetengah pihak mengenai perkara itu, Aliff menjelaskan dia memilih untuk merakamkan lagu Lelaki Seperti Aku kerana iramanya yang 'catchy' dan boleh di dengar oleh semua golongan. Bakal muncul dengan album terbaru pada 23 Oktober depan, buah tangan terbarunya itu bakal memuatkan lapan buah lagu dan selain Panji dan Zimie, penyanyi baru, Amirah Ali turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul There We Go. Selain lagu ciptaan Amirah, Aliff memberitahu dia turut merakamkan sebuah lagu duet nyanyian asal Kelly Clarkson berjudul Timeless bersama penyanyi daripada Filipina, Julia Abueva. "Alhamdulillahlah pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang dibayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada. "Peluang merakamkan lagu duet bersama Julia yang baru mencecah 16 tahun pula cukup mengagumkan," katanya. |
Lisa Surihani 'Tawan' Hati Yusry Dengan Kain Samping Posted: 15 Sep 2011 09:26 AM PDT PETALING JAYA: Hubungan cinta pelakon Lisa Surihani dan pengarah filem Yusry Abdul Halim semakin kuat dan kukuh, namun pasangan itu belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Sementelah hubungan mereka masih baru berputik dan dalam proses saling memahami antara satu sama lain, Lisa pandai memikat hati Yusry dengan menempah kain samping khas. "Yusry tidak gemar memakai baju Melayu dengan samping kerana dia tidak suka membetulkan samping yang mudah longgar dan melindungi poket seluarnya. "Jadi, sebab itu saya memberitahu idea kepada pereka fesyen untuk menjahit samping yang ada zip dan poket khas untuknya. Semuanya ada tiga pasang dan berlainan warna dan corak," kata Lisa di samping Yusry sewaktu majlis rumah terbuka KRU Studios di rumah Norman Abdul Halim di Cyberjaya baru-baru ini. Diusik tentang hubungan cinta mereka yang semakin rancak, kedua-duanya yang tampil baju raya warna sedondon akui sudah beraya di rumah keluarga masing-masing. "Kami tidak pernah menyembunyikan hubungan kami dan saya sudah membawa Lisa berhari raya dan bertemu saudara-mara saya di Gopeng pada Hari Raya kedua lalu. "Begitu juga dengan saya yang ada mengikut Lisa berhari raya di rumah sepupunya di Ampang, Selangor pada malam Hari Raya pertama," ujar Yusry. Tambahnya lagi: "Saya memang serius dengan Lisa dan tidak berdolak-dalik apabila ada yang bertanya tentang hubungan kami. Cuma tentang tarikh perkahwinan yang digembar-gemburkan akan berlangsung pada tahun 2012 adalah tidak benar. "Kami belum merancang apa-apa kerana masing-masing sangat sibuk dan belum sempat berbincang tentang perkara itu. Percayalah, memang tiada agenda tersembunyi…" Menyentuh tentang karier seni masing-masing, Lisa bakal bertolak ke Istanbul pada Oktober ini selama 20 hari dan dijangka pulang pada penghujung bulan itu untuk menjayakan lakonan sebuah filem romantik komedi arahan Bernard Chauly berjudul Istanbul, Aku Datang. Filem terbitan Red Communications Sdn Bhd itu turut dilakonkan oleh Tomok dan Beto Kusyairi dan akan menjalani 100 peratus penggambaran di negara itu. Selain itu, dia sedang menunggu kemunculan filem terbarunya berjudul Ombak Rindu dan Papa, I Love You di pawagam. Sementara itu, Yusry sedang sibuk dengan proses penggambaran filem Vikingdom yang bakal menggunakan khidmat pelakon Hollywood. google: lisa surihani dan yusry kru, gambar lisa surihani dan yusry kru, tarikh tunang lisa surihani dan yusry kru, tarikh kahwin lisa surihani dan yusry kru, gambar terkini terbaru lisa surihani dan yusry kru, gambar raya lisa surihani dan yusry kru, lisa surihani dan yusry kru 2011, filem lisa surihani dan yusry kru, gosip terkini terbaru lisa surihani dan yusry kru |
Norazlina Redzuan Kembali Jadi Pengacara Posted: 15 Sep 2011 09:24 AM PDT PETALING JAYA: Selepas genap setahun meninggalkan kerjaya sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3, Datin Norazlina Redzuan membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan dekorasi. Norazlina atau lebih mesra dengan panggilan Alin berkata, minatnya dalam dunia hiasan dalaman menyebabkan dia menerima tawaran mengacarakan rancangan berkenaan yang diberi nama Intai-Intai Deko. "Ketika ditawarkan untuk program ini saya sangat bersyukur dan teruja kerana dekorasi merupakan antara perkara yang saya minati dan program dekorasi yang ingin dipaparkan ini mempunyai konsep berbeza dari program dekorasi biasa. "Namun begitu pada awalnya saya berasa kurang yakin kerana hampir enam tahun tidak mengacarakan program," katanya ketika ditemui pada pelancaran program majalah dokumentari Intai Intai Deko di Sri Pentas di sini, Selasa. Dalam pada itu, Alin turut menolak pandangan segelintir pihak tentang penglibatan semula selebriti ke dunia penyiaran selepas berkahwin kononnya mempunyai masalah rumah tangga. "Ini adalah kerjaya, pada saya tidak salah jika selepas berkahwin seseorang wanita itu meneruskan kerjayanya daripada saya duduk rumah dan tidak lakukan apa-apa. "Lagi pula suami saya sangat memberi sokongan, selain itu ada juga perkara yang kami boleh bualkan atau bertukar-tukar pandangan tentang bidang masing-masing," katanya. Program Intai Intai Deko merupakan sebuah program gaya hidup yang bertujuan untuk memberi ilham dan inspirasi kepada para penonton dalam menata hias kediaman mereka. Lebih menarik program 13 episod ini turut menampilkan slot istimewa mendedahkan isi kediaman beberapa orang selebriti tanah air serta individu-individu di dalam episod berbeza. Program ini akan mula bersiaran pada Khamis ini pukul 11.30 pagi di TV3. google: datin norazlina redzuan, terbaru terkini datin norazlina redzuan, datin norazlina redzuan dan suami. datin norazlina redzuan seksi, datin norazlina redzuan hot, datin norazlina redzuan bogel, datin norazlina redzuan mengandung, anak datin norazlina redzuan, baby datin norazlina redzuan, datin norazlina redzuan mengacara, datin norazlina redzuan masuk tv, datin norazlina redzuan facebook, datin norazlina redzuan blog, datin norazlina redzuan twitter, gambar terbaru terkini datin norazlina redzuan, foto datin norazlina redzuan |
Watie (Elite) Keliru Mahu Kahwin Joey Posted: 15 Sep 2011 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Watie (Elite) mengakui sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya. Watie turut mengakui amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daudwalaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai. "Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak. "Joey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak," ujarnya. Watie ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 13 episod lakonannya berjudul "Cuak" untuk siaran Astro Ceria di sini, Selasa. Watie berkata Joey mengetahui tekanan yang dialaminya dan tidak pernah memaksa dia untuk membuat sebarang keputusan berkahwin dalam waktu terdekat. "Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya," katanya. Dalam pada itu, Watie memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai segala tuduhan dilemparkan kepadanya kerana sudi lali dilanda pelbagai kontroversi. "Jika saya menjawab segala tuduhan tersebut ia tidak akan berakhir. Pengalaman hampir 17 tahun dalam industri ini menyebabkan saya rasa lebih baik berdiam diri," ujarnya. Sementara itu, Watie turut menafikan khabar angin mengatakan dia dan Joey telah berkahwin sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak tetapi tidak menafikan pernah merancang untuk bernikah pada Ramadan lalu. "Sepatutnya saya dan Joey bernikah pada Ramadan lalu tetapi apabila terbaca satu laporan di dalam akhbar yang menuduh saya bukan-bukan, terus kami batalkan hasrat tersebut. "Tetapi buat masa ini kami masih belum berkahwin dan jika perkara itu terjadi saya akan hebahkan kepada semua," ujarnya. |
Marsha Beransur Pulih, Tolak Tuduhan Bunuh Diri Posted: 15 Sep 2011 09:20 AM PDT PETALING JAYA: Kesihatan penyanyi Marsha Milan Londoh, 26 yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 7 September lalu beransur pulih, namun masih berada di bawah pengawasan pihak hospital. Penyanyi yang popular dengan lagu Ruang Kedua ini juga akan berehat dari segala aktiviti seni buat sementara waktu sehingga dia pulih sepenuhnya. "Setelah menerima beberapa rawatan daripada pihak hospital, Marsha menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin pulih. Beliau sudah boleh makan dan bertutur seperti biasa. Walau bagaimanapun Marsha masih di bawah pengawasan pihak hospital. "Segala aktiviti seninya akan dihentikan buat seketika dan dia akan kembali aktif setelah sihat sepenuhnya dan juga mendapat kebenaran doktor," kata satu kenyataan yang dihantar oleh pihak pengurusan Marsha Londoh Entertainment kepada mStar Online, di sini, Selasa. Kenyataan tersebut turut menafikan spekulasi yang mendakwa penyanyi tersebut bertindak membunuh diri dengan menelan pil akibat mengalami tekanan perasaan kerana putus cinta. Kata kenyataan itu, Marsha telah dikejarkan ke PPUM oleh pihak pengurusan kediamannya di Taman Desa dekat sini pada pukul 11 pagi hari kejadian setelah ditemui pengsan berdekatan tempat letak kereta di kediamannya. Setelah dimasukkan ke wad kecemasan, Marsha diberi rawatan rapi dan dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya stabil. "Pada hari kejadian Marsha berada dalam keadaan tidak sihat dan demam, oleh yang demikian Marsha telah mengambil ubat bagi meredakan sakitnya. "Setelah itu, Marsha keluar rumah sendirian. Dalam perjalanan pulang, Marsha terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dipandunya melanggar pembahagi jalan. Akibat trauma dan kesan ubat yang diambil, Marsha hilang kawalan dan telah jatuh dari tangga berhampiran tempat letak kereta di kediamannya dan telah mengalami kecederaan di bahagian dahi, mata dan bibir," kata kenyataan itu lagi. Pihak pengurusan penyanyi ini turut berharap agar kenyataan yang dikeluarkan ini dapat memberi gambaran jelas keadaan yang berlaku pada Marsha tanpa membuat sebarang spekulasi yang memburukkan lagi keadaan. Penyanyi itu dibenarkan keluar hospital dua hari selepas kejadian. Dia turut dilaporkan akan membuat sidang media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan masalah yang timbul. google: marsha londoh, marsha londoh bunuh diri, status marsha londoh, gambar marsha londoh hospital, terkini marsha londoh, berita marsha londoh nak bunuh diri, mutakhir marsha londoh |
Awal Kurang Senang Hinaan Zarina Ann-Julie Posted: 15 Sep 2011 09:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari,30, memberitahu kurang senang dengan tindakan pelakon Zarina Ann-Julie yang menghinanya dengan kata-kata kurang enak di laman Twitter baru-baru ini. Awal berkata, dia tidak tahu apakah kesalahannya menyebabkan Zarina sanggup mencaci dia serta ibu dan bapanya di laman sosial itu. "Sejujurnya saya tidak mengenali siapa dia (Zarina) dan tidak pernah bertemunya di mana-mana majlis hiburan sebelum ini. Sebab itu saya tidak faham mengapa dia memburuk-burukkan saya di laman Twitter miliknya," kata Awal ketika ditemui pada majlis pelancaran drama "Cuak" di sini, Selasa. Zarina dikatakan mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap Awal apabila mengaitkan penahanan pengacara lelaki itu oleh pihak polis dengan Scha Al-Yahya di sebuah kelab hiburan tidak lama dulu. Antara kata-kata Zarina dalam laman Twitter miliknya. Ia dipercayai berpunca apabila Awal kononnya dikatakan telah menyentuh satu perkara yang menyebabkan Zarina terasa dalam program hiburan Fuhh! terbitan TV3 yang dikendalikan Awal. Sementara itu, Awal memberitahu selepas insiden itu dia telah menonton kembali lima episod terdahulu program berkenaan untuk mengetahui jika ada kata-katanya yang menyebabkan pelakon tersebut terasa. Awal tidak tahu punca sebenar kemarahan Zarina terhadapnya. "Saya sudah tengok kembali lima episod program itu tetapi tiada satu episod pun yang mengaitkannya. Malah saya turut bertanyakan pihak penerbit mengenai hal berkenaan dan mereka juga terkejut," katanya. Awal berkata, Zarina mungkin bertindak sedemikian kerana ingin mencari publisiti murahan selain berusaha mendapat perhatian ramai. Sebagai artis yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni, Awal menjelaskan dia enggan melayan perkara remeh seperti itu. "Saya tidak mengenali dia (Zarina) dan tidak pasti apakah sebenarnya isu dia terhadap saya. Jadi saya rasa saya tidak perlu layan dan cari gaduh dengan sesiapa," ujarnya. |
Safura, Sharonizam Masih Sedih Kehilangan Anak Posted: 15 Sep 2011 09:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Safura Yaacob menganggap kematian anak pertama hasil daripada perkahwinannya dengan pelakon Sharonizam Noor iaitu Nur Aisyah Mariam, 3, sebagai ketentuan takdir dan reda dengan pemergiannya. Safura berkata, ketiadaan Mariam akan membuatkan dia sekeluarga berasa sedih untuk menjalani kehidupan harian memandangkan anak mereka itu seorang yang lincah dan menjadi penghibur dalam keluarga. "Sekarang ini, saya tak tahu bagaimana mahu membiasakan diri tanpa Mariam. Jika sebelum ini, dia selalu meminta saya masak pelbagai jenis makanan dan antara kegemarannya ialah spageti dan minuman Vitagen. "Malah kami sempat menyambut hari jadinya yang beza sehari dengan tarikh lahir suami pada 23 Ogos lalu. Awal-awal lagi dia pesan mahu kek berwarna merah jambu. Alhamdulillah, setakat ini, semua permintaannya kami dapat tunaikan," katanya yang ditemui di rumahnya di Tasek Tambahan Ampang, di sini, Selasa. Allahyarham telah meninggal dunia akibat demam berpanjangan pada Isnin lalu di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 9 malam. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Selasa lalu. Dari kiri: Sharonizam, Firdaus dan Safura. Foto JEFFRI IRAN, UTUSAN Sementara itu dalam perkembangan lain Safura yang sedang mengandung lima bulan ingin menamakan bayi yang bakal lahir itu sama dengan nama Allahrayham jika ia adalah bayi perempuan. "Selepas jenazah disembahyangkan di rumah, saya sempat berbisik pada jenazah Mariam akan menggunakan namanya untuk anak yang bakal lahir ini," ujarnya sambil menitiskan air mata. Sementara itu, Sharonizam pula berkata, dia begitu rapat dengan Mariam selepas Safura melahirkan anak kedua mereka, Yusoff Firdaus yang berusia setahun dan pemergian anak perempuannya itu ternyata membuatkan fikirannya benar-benar terganggu. "Sukar untuk saya gambarkan keadaan kami sekarang ini lebih-lebih lagi, Mariam begitu rapat dan manja dengan saya. "Malah sebelum pemergian Mariam, saya menjaganya sehinggakan kepala saya pening disebabkan tak cukup tidur. Lebih-lebih lagi apabila dia mula gelisah kerana badan kurang selesa, ada sahaja permintaannya yang sekejap ingin tidur dalam buaian, kemudian, mahu tidur di bilik pula. Apa-apa pun, saya terima ujian takdir ini," ujarnya menahan sebak. Selain Mariam dan Firdaus, Safura turut mempunyai dua orang anak iaitu Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |