Adsense

Selasa, 27 September 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


SAFEE PULANG KE TANAH AIR HARI INI

Posted: 26 Sep 2011 10:54 PM PDT


CARDIFF CITY – Penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Sali akan pulang ke tanah air hari ini selepas menjalani latihan selama dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mac- kay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales tersebut yang bersaing dalam Liga England.


Safee yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya berkata, tempo permainan di England lebih pantas.

Penyertaannya dalam sesi lati- han dengan Cardiff City menda- pat liputan meluas akhbar tempatan, malah beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf Safee semalam ketika pasukan tersebut menentang Leicester City.

Safee tidak beraksi pada perlawanan tersebut.

"Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia berada di tahap yang sangat berbeza," katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City semalam.

Safee yang berasal dari Sela- ngor menyifatkan latihan yang dilaluinya sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain Cardiff City.

"Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. Insya-Allah, saya harap dapat kembali untuk bermain dengan pasukan ini pada masa depan," katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isteri yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh kelab berkenaan.

Safee yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock sebagai 'David Beckham Malaysia' akan bermain untuk skuad kebangsaan Malaysia pada aksi persahabatan menentang Australia di Sydney pada 7 Oktober depan.

Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun. – Bernama