OHBULAN! |
Jessica Alba Bersalin Anak Kedua 13 Ogos Lepas. Posted: 15 Aug 2011 07:52 PM PDT
Beliau yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem animasi, "Escape From Planet Earth" bersama Brandon Fraser dan Sarah Jessica Parker turut berkata,
Haven Garner adalah anak kedua Jessica Alba bersama Cash Warren manakala anak pertama mereka iaitu Honor Marie Warren pula sudah berusia 3 tahun. |
Kotak Hati & Footage Drama Uri : Video Klip Terbaru Daripada Band Hujan Posted: 15 Aug 2011 07:28 PM PDT Band Hujan dijadualkan akan muncul dengan video klip terbaru 'Kotak Hati' yang turut memuatkan footage daripada drama Uri (wiki) lakonan Beto Kusyairi arahan Tengku Mona Riza, pertengahan September nanti. "Hujan merancang untuk membuat rakaman Kotak Hati sebelum puasa, tetapi Noh ketika itu pula baru berkahwin. Jadi, kami tundakan sehingga hari ini," kata Hang Dimas, selaku keyboardist & pengurus band Hujan.
"Konsep video agak straight-forward. Kotak Hati akan paparkan footage daripada drama Uri & band shot. 3 projektor akan dipancarkan untuk memainkan adegan drama Uri," jelas Dimas yang ditemui ketika sesi rakaman Kotak Hati di Bandar Sri Damansara, Jumaat lepas. Tengku Mona Riza, selaku pengarah drama Uri & Kotak Hati turut berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja bersama band Hujan. "Ini merupakan kali kedua saya bekerja bersama Hujan. Kali pertama ketika kami merakamkan muzik video tvc komersial untuk sebuah bank. Kerja bersama Hujan amat mudah kerana mereka ni jenis happy go lucky," kata Tengku Mona Riza kepada OHBULAN! "Berlainan untuk video klip Kotak Hati, Hujan telah dicabar untuk menonjolkan emosi serta ekspresi kerana lagu ini berkisarkan cinta yang tak kesampaian. Jadi, mereka memang kena menjiwai & interpretasikan lagu itu dalam bentuk video klip pula." |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |