Harian Metro: Rap |
Posted: 14 Aug 2011 04:29 AM PDT LUPAKAN saja kontroversi yang pernah melanda dirinya kerana dia hanya insan biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama seperti orang lain. Bukan saja kontroversi, dia juga ingin mengelak daripada terlalu banyak menjaja cerita peribadi hingga peminat terlupa perkembangan karier seni yang diceburinya, sejak 11 tahun lalu. Selepas menyepi seketika dari persada hiburan, penyanyi yang juga pemenang tempat ketiga, Malaysian Idol musim kedua, Farah Asyikin kembali lagi untuk menyemarakkan persada seni tanah air. Dalam pertemuan dengan Rap pada sesi fotografi khas, sempena Ramadan di Studio Balai Berita, Bangsar, baru-baru, pemilik nama sebenar, Farah Asyikin Zukkifli, 32, mengakui dia memang tidak suka dikenali ramai dengan cerita peribadinya semata-mata.
Berkongsi cerita mengenai Ramadan pula, kata Farah, tahun ini, dia pastikan mempunyai lebih banyak masa berbuka dan bersahur bersama keluarganya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. "Setakat ini, saya sudah dapat beberapa kali berbuka puasa bersama keluarga di rumah. Ia memang mengeratkan hubungan kekeluargaan sedia ada. "Antara juadah berbuka kegemaran saya ialah Ayam Panggang, Air Mata Kucing dan kuih Bingka Ubi yang juga air tangan emak yang memang pandai memasak lauk-pauk. "Selain itu, saya juga sempat menunaikan solat sunat Tarawih bersama adik di masjid berhampiran kediaman kami di Taman Tun Dr Ismail," katanya. Lebaran yang juga hari kemenangan umat Islam turut diraikan secara sederhana oleh Farah dan keluarganya. "Persiapan raya kami juga sangat sederhana saja sama ada baju mahupun juadah hari raya. Selalunya, saya beli baju kurung yang sudah siap pada saat akhir dan kuih raya kegemaran yang pasti terhidang di meja pada pagi raya ialah Coklat Chips. "Saya juga beli kuih dari kawan-kawan yang juga rakan artis iaitu Elyana yang menjual coklat. Saya juga selalu buat persiapan pada saat-saat akhir. "Seperti tahun sebelumnya, saya akan beraya bersama keluarga di ibu negara. Ditanya soal pengganti pula, Farah mengakui, dia masih belum mempunyai teman istimewa bagi mengisi kekosongan hatinya lagi. "Hati saya masih belum terbuka untuk bercinta mahupun berkahwin lagi. Saya memang mempunyai ramai kawan tapi semuanya tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, biarlah fokus saya pada karier nyanyian dulu kerana saya juga perlu memikirkan masa depan," katanya. Bernaung di bawah MC Voices & Stars Sdn Bhd BAGI memastikan karier seninya lebih teratur, Farah kini bernaung di bawah payung pengurusan baru, MC Voices & Stars Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu. Ia ditubuhkan bersama rakan kongsinya yang juga pemilik syarikat, Datuk Bernie "Sebelum ini, saya hanya bergerak sendiri dan berbeza kini karier seni lebih teratur kerana ada pengurusan yang mengatur semuanya. "Saya pula betul-betul ingin buat 'comeback' dan mengurangkan daripada bercerita terlalu banyak cerita peribadi lagi. Pihak pengurusan juga yang bertanggung-jawab menjaga imej saya dari hujung rambut hingga hujung kaki sekarang," katanya. Mengenai perkembangan karier seni pula, Farah yang mengungguli anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 bakal merakamkan lagu raya ciptaan komposer Taja (Meet Uncle Hussain) tidak lama lagi. "Sebenarnya sudah lama saya nak buat lagu raya tapi baru sekarang ia menjadi Sebagai penyanyi, Farah berharap, lagu raya baru itu akan menjadi 'evergreen' seperti lagu lamanya yang masih meniti di bibir peminat sampai hari ini iaitu lagu Kembali Lagi Di Sisimu yang masih diputarkan di stesen radio tempatan sampai hari ini. "Selain itu, saya juga bercadang memberi nafas baru pada lagu Kembali Lagi Di Sisimu. Saya juga buat susunan vokal yang lain kerana dulu suara saya masih kebudak-budakan lagi. "Saya juga merancang untuk jual lagu ini secara 'download' nanti. Dari segi album penuh pula, saya merancang buat single demi single terlebih dulu dan selepas itu barulah bikin album penuh pula," katanya. PROFIL: NAMA SEBENAR: Farah Asyikin Zulkifli |
Posted: 14 Aug 2011 04:19 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KONSERT mega penghibur terkenal 80-an, Francissca Peter atau Fran bertemakan Keunggulan 33 Tahun di Istana Budaya sudah enam bulan berlalu, tetapi siapa sangka ada sesuatu yang berlaku hingga pengarah muziknya, Datuk Ramli MS mahu menyaman penganjurnya yang masih gagal melunaskan bayaran untuk persembahan dua malam iaitu 5 dan 6 Februari lalu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |