Adsense

Isnin, 15 Ogos 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kahwin Tahun 2012 Hanya Salah Faham – Yusry KRU

Posted: 15 Aug 2011 06:16 PM PDT

LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU KAHWIN

Nampaknya, berita yang mengatakan bahawa Yusry dan Lisa Surihani akan berkahwin pada tahun 2012 seperti yang kami sampaikan di sini kurang tepat dan ianya berlaku disebabkan misunderstanding. Ekoran daripada itu, pihak Yusry telah mengeluarkan kenyataan bagi membetulkan berita yang telah tersebar luas itu.

Berikut adalah kenyataan tersebut:

YUSRY KRU DAN LISA SURIHANI KAHWIN

Kepada Yusry dan Lisa Surihani, kami meminta maaf kerana turut menyebarkan berita tersebut. Maklumlah, kami begitu excited mendengar perkhabaran gembira itu. Tambahan pula, ianya dikatakan ekslusif. Tapi sedihnya, ia hanyalah misunderstanding. Apa-apa pun, kami harap dari misunderstanding ini ianya akan jadi kenyataan.

Psstt: Inilah jadinya bila janji sehidup semati ditunaikan

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Fida Dan Mamat (Sepah) Mengaku Jalin Hubungan Serius

Posted: 15 Aug 2011 03:27 PM PDT

Setelah beberapa ketika Mamat (Sepah) dan Fida bermain tarik tali apabila diajukan pertanyaan berhubung gosip yang timbul yang mengatakan mereka ada hubungan istimewa atau dalam erti kata lain bercinta, akhirnya mereka mengaku juga yang mereka sememangnya sedang menjalinkan hubungan serius. Malah, sudah menunjukkan bunga-bunga cinta.

GAMBAR PERTUNANGAN FIDA DAN MAMAT SEPAH
Bagai pinang dibelah dua je tengok diorang ni

Menurut Fida, dia mula terpikat dengan Mamat setelah melihat sikap Mamat yang cukup menghormati serta bertanggungjawab terhadap orang tua dan keluarganya sendiri. Kalau kami ditempat Fida dan melihat sikap Mamat macam tu, kami pun terpikat juga tu. Huhu..

"Kami mula rapat dan mengenali hati budi masing setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang KL iaitu sebelum dia menyertai Maharaja Lawak lagi.

"Selain sukakan sikapnya yang suka merendah diri, saya juga terpikat dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Contohnya, selepas kumpulannya bergelar juara dalam Maharaja Lawak, dia terus balik ke Johor berjumpa orang tuanya.

"Terus-terang, hubungan kami memang di tahap serius. Bohonglah kalau saya cakap kalau dah berkawan rapat ini saya tak terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius lagi,"

Sementara itu, Mamat yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nur Syuhada dari kumpalun Butterfly pula memberitahu, sikapnya berubah dan dia menjadi seorang yang lebih penyabar selepas berkawan dengan Fida.

"Terus-terang Fida adalah satu-satunya perempuan yang rapat berkawan dengan saya. Saya banyak kongsi cerita susah dan senang bersamanya walaupun kami berdua saling sibuk dengan tugas masing-masing.

"Saya serius berkawan dengannya dan saya dapati sikap saya mula berubah menjadi baik selepas berkawan dengannya dan saya lebih bersabar dalam apa jua keadaan bila melibatkan dirinya.

"Kalau nak ikutkan saya setiap kali saya menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana wanita, saya akan bawa dia berjumpa dengan orang tua saya. Tapi, dengan Fida, saya tak sempat pula nak bawa lagi,"

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah Fida punca hubungannya dengan Nur Syuhada atau lebih dikenali dengan Ada putus, Mamat Sepah dengan sekerasnya menafikannya.

"Saya tak mahu cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah pun berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.

"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ianya bukan berpunca daripada Fida,"

Kepada Fida dan Mamat, kalau betul korang serius dan ingin mendirikan rumah tangga (macam terlebih sudah la pulak, huhu), kami doakan agar hubungan anda berdua berkekalan dan semoga apa yang anda berdua rancangan akan terlaksana serta dipermudahkan olehNYA.

Kredit: Portal Murai

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.