Adsense

Khamis, 4 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rowan Atkinson (Mr. Bean) Kemalangan Kereta McLaren F1!

Posted: 04 Aug 2011 11:13 PM PDT

Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean telah mengalami kemalangan semalam bersama kereta sports  McLaren F1 yang dibelinya dengan harga £650,000 (Pound Sterling) di Cambridgeshire, London. Insiden ini berlaku apabila Rowan Atkinson gagal mengawal stering keretanya dan menyebabkan dia terlanggar pokok dan tiang lampu. Ajaibnya, pelakon yang popular dengan filem Mr. Bean dan Johnny English ini hanya mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Untuk pengetahuan, kereta McLaren F1 ini adalah antara "supercar" dan ini adalah kali kedua beliau mengalami kemalangan dengan kereta yang sama dan kejadian pertama berlaku pada tahun 1999. Gambar selepas ini.

Kereta ini mampu bergerak dari 0-60 mph dalam masa 3.2 saat dan mampu memecut sehingga 230 mph. Bayangkan kelajuannya dan Mr. Bean telah terselamat dalam kejadian ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

“Mizz Nina Sudah Start Masak, Kacak!” – Noh Hujan

Posted: 04 Aug 2011 05:15 PM PDT

Sebulan selepas bergelar pasangan suami isteri, Noh Salleh, atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan kini amat teruja apabila isterinya, Shazrina Azman (Mizz Nina) sudah mula memasak untuk hidangan mereka bersama. OHBULAN! sempat menemuramah Noh Hujan yang berseri wajahnya apabila menceritakan pengalamannya sebagai seorang suami.

"Best'lah sebab sekarang ada orang yang masak, ada orang tunggu. Dulu, sahur atau berbuka makan mana yang sempat je. Aku baru 3 hari balik daripada honeymoon. Sekarang, Mizz Nina sudah start masak, kacak!

"Setakat ini, Mizz Nina playsafe, masak yang simple-simple dulu. Antara lauk pauk yang dia masak seperti ayam kicap, ada sambal belacan & sebagainya. Ada yang terlebih masin, tapi okay lagi la," jelas Noh Hujan sejurus selesai rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam, malam tadi.

Mengenai persiapan raya, Noh menyatakan mereka berdua akan menyambut hari raya di Kuala Lumpur, dan kemudiannya ke Miri & Kuching.

"Mengikut perancangan, aku & Mizz Nina akan menyambut hari raya pertama di Kuala Lumpur. Kemudian, kami akan mengambil penerbangan di tengah malam untuk ke Miri & Kuching pula. Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang perancangan persiapan raya.

Noh sempat bercerita mengenai aktiviti seninya bersama Hujan selepas raya nanti. Dan pada masa yang sama, Noh juga bekerjasama dengan DJ popular tempatan untuk menghasilkan lagu baru Mizz Nina yang berentak elektro.

"Mengenai aktiviti band, Hujan akan mengadakan persembahan sempena Borneo Tour selepas raya nanti. Namun, tarikh yang spesifik masih belum diumumkan lagi.

"Aku ada produce lagu untuk Mizz Nina dengan kerjasama Goldfish & Blink. Malah, aku juga telah melancarkan hasil kolaborasi bersama DJs ini melalui lagu Bila Seharusnya, baru-baru ini."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.