Adsense

Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Wardina cuti dua bulan

Posted:

Wardina cuti dua bulan

Wardina cuti dua bulan


Wardina


MULA-mula dulu Joyah terkejut juga bila nama Wardina terheret sama dalam kancah politik. Bukan sebab dia masuk parti itu atau parti ini tapi dia dikatakan terlibat menyokong sebuah acara perhimpunan haram yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lalu ada blog yang sudah memanipulasi penyertaan Wardina dalam sebuah majlis baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan oleh parti pembangkang itu yang turut menjemput Wardina sebagai tetamu untuk menyampaikan ceramah keibubapaan.

Kalau ikut penerangan Wardina, dia pun tak tahu menahu yang majlis tu dianjurkan oleh parti pembangkang. Bab ini memang Joyah pelik, sebabnya kalau kita hendak pergi ke sesuatu majlis, kita kenal tahu siapa penganjur, siapa yang jemput kita. Tapi bila Wardina kata dia tak tahu, Joyah kenalah terima dan nasihat Joyah janganlah terus memburukkan Wardina kalau betul dia tak terlibat.

Joyah tak berapa nak berkenan bila golongan anak seni kita ni terheret sama ke kancah politik. Kalau itu jalan yang dia pilih tak mengapa. Ini orang lain punya pasal, tak pasal-pasal orang lain yang kena tempiasnya.

Gara-gara kes itu juga Wardina sudahpun bercuti selama dua bulan daripada menjadi pengacara untuk TV3. Bukan sebab dia dikenakan tindakan disiplin tetapi itu pilihan pelakon Spanar Jaya itu supaya keadaan benar-benar reda dulu. Semoga Wardina mendapat ketenangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seorang Raja dan harmoni bahtera

Posted:

Seorang Raja dan harmoni bahtera

Seorang Raja dan harmoni bahtera

Katarsis Kualong


SULTAN Ahmad Shah bertitah mesra dengan rakyat jelata di bera, pahang.


RABU lalu, saya melalui satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup. Pengalaman yang datang tanpa dirancang, tanpa diundang.

Sementelah berada di daerah Bera, Pahang bagi menyelaraskan program artis sempena Fiesta Bera 2011 minggu depan,

saya turut dipelawa untuk mengikuti rombongan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk melawat ke beberapa kawasan jajahan baginda di Temerloh, Pahang.

Baginda yang mencemar duli ke Bera sekitar pukul 10 pagi, tiba dengan helikopter yang mendarat di Padang Majlis Daerah Bera sebelum kemudian memilih untuk memandu sendiri dengan pacuan empat roda untuk bertemu dengan rakyat jelata.

Sungguh, saya melihat dengan mata dan kepala sendiri, betapa pada usia awal 80-an, baginda masih segar bugar, menjelajah dari satu kawasan jajahan ke jajahan lainnya dengan penuh gagah.

Kelihatannya, baginda begitu bersemangat dalam menyampaikan mesej-mesej harmonis kepada pacal-pacal rakyat di Pahang dan tetamu lain yang hadir.

Memandu sendiri selama beberapa jam, bertitah ramah dengan rakyat dan mendengar adu nasib mereka, baginda begitu prihatin akan soal harmoni dan perpaduan di kalangan rakyat Pahang khususnya dan seluruh negara Malaysia amnya.

Sepertinya pepatah 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' begitu sebati dalam setiap denyut nafas dan rentak langkah baginda.

Melihat kegigihan dan jiwa besar Sultan Ahmad Shah, tercetus di fikiran saya, kalaulah baginda dalam usianya begitu bersemangat sekali menyampaikan mesej berteraskan harmoni, bagaimana dengan kita?

Pernahkah kita bertanya apakah sumbangan kita dalam sama-sama menyokong kepimpinan negara untuk menghantar mesej tentang perpaduan dan keamanan sejagat?

Justeru, perlukah kita sebagai warga negara yang masih muda belia mengkhianati perpaduan negara yang sedang kita nikmati hari ini?

Selama 36 tahun kehidupan, saya membesar dan menyaksikan tanah tumpah darah ini dengan harmoni yang mendamaikan, tanpa sebarang anarki buruk yang membiak.

Justeru, ada sebab untuk saya turut berasa bimbang dengan pelbagai anasir negatif yang semakin bebas membelenggu golongan muda kita akhir-akhir ini.

Sebahagian orang muda kita menganggap, kalau tidak demonstrasi di jalanan, 'tidak rock'. Kalau tidak mencipta anarki, bukan darah muda, kononnya.

Realitinya, kita menuntut sesuatu yang membahayakan untuk masa depan sendiri, untuk masa depan anak-anak dan cucu kita.

Wahai orang muda, jangan cepat terperosok dalam dakyah songsang yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Usahlah menjadi 'kambing hitam' yang akhirnya memakan diri sendiri, jauhkan diri daripada terlibat dengan hal-hal yang boleh menganggu gugat perpaduan bangsa. Tidak selamat sesebuah negara, maka akan kucar kacirlah kehidupan warganya.

Di kesempatan ini, saya petik sebuah puisi buat pencetus semangat.

Puisi pemenang Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena 1989 ini mengingatkan kita bahawa negara ini adalah segala-galanya. Kita tidak punya lain, selain tanah tumpah darah yang diwarisi daripada generasi lampau. Maka, usah sama sekali dipersia-siakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.