aReaL&Celebrity |
- Johan Dan Zizan Tidak Sebulu ?
- Salih Yaccob Kendalikan 'Salih Yaccob Show, I Follow'
- Tahniah, Hattan Mahu Kahwin, Sedia Terima Bekas Isteri
Johan Dan Zizan Tidak Sebulu ? Posted: 02 Jul 2011 06:48 PM PDT Salam Guys, Terbaca Kat HMetro Online Khabarnya Kumpulan Faberet Aku, Jozan Tidak Sebulu Ketika Mereka Menyertai Pertandingan Maharajalawak Tempoh Hari.. Betul Ke Jozan ?? Aku Tengok Time Korang Membuat Persembahan Kat Pentas Sepanjang Program Maharaja Lawak Tempoh Hari Macam Okey Jer.. Tup Tup Dah Dengar Khabar Angin Macam Nie.. Tambahan Lagi, Zizan Dikatakan Gagal Memberikan Komitmen Untuk Pertandingan Itu Dek Kerana Terlalu Buzy Dengan Mengecara Program Melodi Di Setiap Minggu. So, Zizan Tak Sempat Membuat Persediaan Yang Cukup Untuk Pertandingan Ini.. Mmmm... Tak Tau Lah Sejauh Mana Tentang Kebenaran Gosip Ini, Apapun.. Diharap Korang Berdua Kembali Berbaik Dan Perkara Ini Tidak Berpanjangan.. Lagipun, Kalah-Menang Tu Adat Dalam Setiap Pertandingan, Better Luck Next Time Kot.. Apapun, Korang Terbaek Der.. Hehehe... Haa.. Kepada Yang Belum Ataupun Nak Layan Ulangan Maharaja Lawak, Korang Boleh La Usha Kat Sini.. Sumber Asal: |
Salih Yaccob Kendalikan 'Salih Yaccob Show, I Follow' Posted: 02 Jul 2011 06:04 PM PDT Selepas tiga tahun tidak mengendalikan sebarang program bual bicara, kini pelawak Salih Yaccob muncul dengan program barunya, Salih Yaccob Show, I Follow. Menurut Salih, tag line 'I Follow' diambil daripada slot Sinar Pagi yang dikendalikannya di Sinar FM dan apabila ia semakin dikenali, pihak Astro menerbitkan pula slot tersebut versi program bual bicara pula. "Sebenarnya saya pun tidak sangka bahawa 'I Follow' mempunyai ramai pengikut da ia mampu menjadi fenomena buat pendengar-pendengar setia Sinar FM. "Jadi saya percaya dengan kemunculan Salih Yaccob Show, I Follow, program ini dapat merapatkan lagi peminat-peminat dengan saya menerusi watak-watak yang sering saya bawakan dalam radio seperti Abang Jem, Mak Neng dan Wak Jawa," katanya. Salih Yaccob Show, I Follow membincangkan topik-topik menarik secara santai dan bersahaja bersama tetamu-tetamu undangan bagi setiap episod dan pelakon Nik Sayyidah Fatiha (Mek) turut membantu dalam menjayakan program berkenaan. Ia dibahagi kepada lima segmen menarik dimana segmen pertama dikenali sebagai I Follow iaitu sebuah persebahan pembuka tirai bagi setiap episod. Segmen Betul Tak akan mewarnai segmen kedua program itu dimana Salik akan berceloteh dengan Mek mengenai topik-topik semasa yang dibincangkan yang antaranya seperti Rezeki Ramadhan, Susah Cari Kerja, Tiba-tiba Popular, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan. Selain itu, tiga lagi segmen yang ada pada program tersebut ialah Kembang Sa-Taman, Corat Coret dan Lagu Merapu. "Harap-harap saya dapat menjayakan program ini dengan baik kerana ia satu tigas yang mencabar. Maklumlah, dah tiga tahun tak kendalikan program temubual sendiri. "Bagaimanapun, saya gunakan peluang ini sebalik-baik mungkin untuk menghiburkan penonton. Alhamdulillah, apa yang lebih menyenangkan saya, pihak Astro memberi kebebasan kepada saya dalam mencari idea dan topik-topik yang ingin dibicarakan," katanya. Progrm Salih Yaccob Show, I Follow ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 8 Julai menerusi saluran Astro Warna. - mStar |
Tahniah, Hattan Mahu Kahwin, Sedia Terima Bekas Isteri Posted: 02 Jul 2011 05:51 PM PDT Penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 46, mengakui tidak kisah seandainya ditakdirkan bertaut kembali dengan bekas isterinya Arianie Mohd Abidin selepas enam tahun bercerai. Hattan berkata, dia kini telah bersedia untuk berumah tangga semula tetapi masih belum menemui calon yang sesuai untuk disunting sebagai isteri. "Kesibukan saya dengan perniagaan dan cabang seni menjadi penghalang untuk mencari pasangan. Namun, saya akui sejak kebelakangan ini hubungan dengan bekas isteri menjadi bertambah rapat. "Kami seperti malu-malu apabila berjumpa macam pasangan baru bercinta pula. Namun, tiada apa yang serius kerana kami tidak pernah berbincang apa-apa," katanya yang turut mendapat restu daripada anak tunggal mereka, Adam Eiman sekiranya mereka menjadi suami isteri semula. Jelas penyanyi lagu Mahligai Syahdu ini lagi, antara doa utama yang dipohonnya ketika mengerjakan umrah di Mekah baru-baru ini adalah untuk bertemu jodoh. "Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, saya berdoa agar ditemukan seorang isteri yang baik dan solehah. Kalau diizinkan saya mahu berkahwin pada tahun ini. "Terus-terang saya tidak kisah pun siapa calonnya tetapi masalahnya memang tiada. Seandainya ada jodoh, saya sudah bersedia tetapi seandainya tiada saya reda," katanya. Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Pasangan itu bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hattan dan Heliza bakal bergabung dalam majlis Makan Malam Amal anjuran Yayasan Bina Insan Malaysia pada 17 Julai ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Beralih ke perkembangan terbaru, Hattan dan penyanyi Heliza (AF5) bakal terlibat dalam projek Makan Malam Amal anjuran Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) pada 17 Julai ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Hattan yang teruja dengan projek tersebut berkata, dia menerima tawaran itu kerana terpanggil untuk bersama-sama membantu mengumpulkan dana untuk golongan yang memerlukan. "Saya sememangnya sering terlibat dengan aktiviti sebegini cuma ia tidak dicanangkan. Pada majlis YBIM nanti, saya akan membuat persembahan antara 5 hingga 10 lagu bagi mengumpulkan dana. "Pada usia begini, sudah tiba masanya untuk saya berhijrah pada perkara-perkara kebaikan. Hijrah itu memadailah dalam diri saya iaitu menjaga tanggungjawab sebagai Muslim dan ketua keluarga. "Saya masih Hattan yang dulu dan tidak perlu berlaku perubahan drastik pada imej pula," katanya yang sudah menghentikan bisnes produk Adam kerana lebih menumpukan perniagaan berkaitan dunia hiburan. - mStar P/s:Bagus La Kalau Macam Nie.. Semoga Mereka Di Temukan Jodoh Semula.. Amin |
You are subscribed to email updates from aReaL&Celebrity To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |