Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Santai di Concorde Hotel Kuala Lumpur Posted: 02 Jul 2011 08:53 AM PDT Santai di Concorde Hotel Kuala Lumpur Pernahkah anda terfikir untuk bersiar-siar di pusat ibu kota dan tidak pulang ke rumah tapi bermalam di salah sebuah hotel berbintang di Kuala Lumpur? Andai jawapan anda 'ya', cubalah ke Concorde Hotel Kuala Lumpur. Hotel berbintang empat yang sudah lama bertapak di ibu negara kita ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang ingin berada di tengah-tengah segala aktiviti menarik di sekitarnya. Hotel yang menjadi salah satu landmark setiap kali tiba di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana berada benar-benar di hadapan stesen monorel Bukit Nanas dan tidak berapa jauh juga dari stesen Putra LRT Dang Wangi. Ini memudahkan para tetamu yang bermalam di hotel ini untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di Kuala Lumpur. Dari Concorde Hotel KL jarak ke tempat-tempat seperti Jalan Bukit Bintang yang terkenal dengan pusat membeli-belah Pavillion tidak sampai lima minit dengan menaiki monorel. Selain itu, Menara Berkembar KLCC juga hanyalah beberapa minit perjalanan dari hotel ini. Berbekalkan 570 bilik yang dihias indah, hotel ini menjanjikan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa buat pengunjungnya yang rata-rata terdiri daripada warga asing. Baru sahaja menjalani proses pengubahsuaian serta renovasi tidak berapa lama dahulu, seni reka dalaman hotel ini kelihatan lebih cantik dan kontemporari bersesuaian dengan peredaran gaya serta zaman. Bilik-bilik yang dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru ini juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, di mana bilik Superior berharga RM248++ semalam, bilik Deluxe RM288++ semalam dan bilik premier pada RM398++ semalam sahaja. Untuk pengetahuan umum, Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson juga pernah bermalam di Presidential Suite Concorde Hotel Kuala Lumpur semasa beliau mengadakan konsertnya di sini pada Oktober 1996 dahulu. Jadi sekiranya anda bermalam di Suite ini, anda masih dapat melihat peninggalan beberapa objek yang pernah digunakannya dan juga beberapa kenangan lain penyanyi tersohor dunia itu seperti gambar-gambar, keratan akhbar dan sebagainya. Seperti hotel-hotel lain, Concorde KL juga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti dewan serbaguna dan juga bilik-bilik mesyuarat bagi penganjuran pelbagai aktiviti. Ia juga terkenal dengan tempat-tempat makan, khasnya Melting Pot Cafe yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung buat menjamu selera tanpa mengira waktu (pilihan hidangannya sangat hebat) serta Spices restaurant yang menyediakan menu fine dining atau sajian eksklusif antarabangsa. Hotel ini juga sangat terkenal kerana satu-satunya Hard Rock Cafe Kuala Lumpur terletak di dalam bangunan yang sama dan berada di sebelah lobi hotelnya. Ini memudahkan para pengunjung untuk menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta antarabangsa yang sering berpanggung di situ. Selain Hard Rock Cafe, para tamu juga dapat menikmati minuman atau makanan sambil berhibur di Crossroads Lounge di lantai bawah. Bagi yang sukakan makanan Jepun, sebuah restoran Jepun, Uzen juga ada di sini.Jangan lupa juga untuk mencuba kolam renang serta gimnasium kalau mahu beriadah! Pendek kata semuanya ada di Concorde KL dan semua ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Jika anda punya peluang serta masa, singgahlah ke sini. Anda pasti tidak akan menyesal dan mahu datang lagi! Tags: bukit nanas, ciri ciri, concorde hotel kl, concorde hotel kuala lumpur, hotel kuala lumpur, jalan ampang, jalan bukit bintang, jalan sultan ismail, kuala lumpur hotel, membeli belah, menara berkembar, minit, monorel, pengetahuan umum, putra lrt, santai, seni reka dalaman, shamshiri, siar, terkenal Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Program Apa Kata Wanita Kupas Isu Perkahwinan Posted: 02 Jul 2011 07:06 AM PDT Apa Kata Wanita Ahad Ini Kupas Topik Rapuhkah Perkahwinan Pasangan Muda Hari Ini? Kahwin muda… perkahwinan tanpa pengetahuan asas berumahtangga… sesuai atau tidak? Berapa umur paling sesuai berkahwin di zaman ini? Persoalan tersebut sememangnya popular di kalangan masyarakat kita. Malah ianya kini sudah tidak asing lagi apabila mendengar kalangan anak muda yang mengambil keputusan berumahtangga pada usia yang muda. Topik ini juga pernah dibincangkan dalam beberapa program bual bicara yang mengupas buruk baiknya mengambil tindakan berkahwin di usia muda. Bukan semua berkesudahan dengan situasi yang buruk dan begitu juga sebaliknya. Ada yang bercerai malah tak di nafikan ramai juga yang usia perkahwinan mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. Ia berlaku kepada semua tidak kira di kalangan artis dan personaliti mahu pun orang biasa. Justeru program Apa Kata Wanita minggu ini, 3 Julai 2001 (Ahad) di TV1 berkongsi tajuk "Aduh, Manisnya Seketika…" : Rapuhkah perkahwinan pasangan muda hari ini? Perbincangan hangat isu ini pastinya menarik perhatian kerana turut mengundang barisan panel iaitu peguam syarie, Tuan Amir Bahari, pasangan selebriti Zulkifli Zain dan Normala Omar di studio berkongsi isu ini. Program yang menampilkan Zamzarina Zambri sebagai penerbit dan perantaranya ini ternyata memberikan peluang kepada semua penonton berkongsi waktu tayangannya yang terbaru di mana telah di pinda daripada hari Sabtu kepada setiap hari Ahad, jam 2.00 petang. Pemilihan waktu siaran yang baru ini dilihat lebih strategik dan sekaligus memenuhi permintaan ramai penonton rancangan ini yang mahu ia disiarkan pada Ahad berbanding hari Sabtu. Beberapa pengubahsuaian yang dilakukan nyata bersesuaian dengan konsep asal rancangan bual bicara untuk seisi keluarga ini. Apa Kata Wanita yang memasuki tahun ketiga siarannya pada tahun ini turut diulang siar pada Jumaat, jam 2.00 petang. Menariknya penonton turut berpeluang menyertai Kuiz iTECH dan memenangi hadiah Mini Notebook tajaan DELL. Tags: anak muda, asal, bahari, bercerai, bicara, isu, itech, kahwin muda, keluarga, malah, mini notebook, normala, nyata, pada tahun, penerbit, pinda, sekaligus, siar, usia, zulkifli Tags: TV1Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |