Adsense

Sabtu, 2 Julai 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Sarimah menunggu cinta

Posted: 01 Jul 2011 09:45 AM PDT

KETAGIHAN beraksi di pentas teater membuatkan Sarimah Ibrahim tidak berfikir dua kali sebaik saja ditawarkan watak baru oleh produser Mak Dara Nyonya.

Jelasnya, rasa puas dan seronok tatkala melontar skrip di depan penonton tidak mampu diterjemah dengan kata-kata.

Bagi Sarimah, peluang menghidupkan sesebuah watak dalam teater begitu indah dan istimewa.

Menghidupkan watak antagonis, Keponakan B dalam teater sentuhan pengarah berkaliber, Rosminah Tahir yang bakal dipersembahkan pada 6 hingga 12 Julai ini, wanita kacukan Melayu-Irish ini begitu seronok tatkala berkongsi kisah dan pengalamannya sepanjang sesi latihan.


"Bukan soal mencari populariti atau wang ringgit yang membawa saya ke pentas teater ini, sebaliknya ia berteraskan minat serta cinta yang sangat mendalam.


"Saya sendiri bagai tidak percaya dengan pencapaian diri sendiri dalam menjayakan teater muzikal Tun Mahathir sebelum ini hingga pihak produksi meletak kepercayaan untuk mengundang saya lagi. Namun itulah rezeki dan suratan yang sudah tertulis.

"Berbeza kali ini, Mak Dara Nyonya adalah sebuah karya yang menceritakan kekuatan, kecekalan dan kesungguhan seorang wanita.

"Lahirnya watak saya sebagai seorang gadis yang rakus mencatur langkah bagi menjatuhkan si baik. Namun ia tidak semudah didengar dan dilihat kerana watak Keponakan benar-benar memberikan cabaran kepada saya.

"Peluang sebegini adalah cukup berharga untuk memimpin saya ke peringkat seterusnya dan tidak hanya berdiri sebagai seorang seni yang bersandar pada tugas mengacara saja," katanya yang terkenal dengan jolokan nama Kak Mah.

Pada sesi fotografi itu, Sarimah hadir berkebaya hijau. Menyarung kain batik dengan tuturnya ramah tamah, dia tidak lekang mengangkat keistimewaan Mak Dara Nyonya. Meskipun belum lagi dipentaskan lagi, yakin Sarimah, ia sebuah pementasan yang sepatutnya ditonton.

Mak Dara Nyonya turut membariskan wajah-wajah popular lain termasuk Misha Omar, Tania Zainal, Zaifri Husin, Khatijah Tan dan Sherry Abdullah. Ia akan mula dipentaskan pada 6 Julai ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mengalih sedikit fokus perbualan, lekas bintang berusia 32 tahun yang pernah popular menerusi lagu Damai dan Kini Kau Tiada ini ingin melarikan diri dari terus terperangkap dengan persoalan mengenai cinta dan kekasih.

Walaupun memahami statusnya sebagai seorang selebriti yang mustahil untuk terlepas dari kisah peribadi, bagaimanapun Sarimah juga pemilik syarikat yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, AVISI Sdn Bhd enggan lagi diselubungi kisah lama yang pernah melumpuhkan perasaannya.

"Biarlah perkara yang lepas terus menjadi sejarah dan nostalgia. Saya tidak mahu menoleh lagi ke belakang kerana bimbang ia akan mengurung perasaan untuk mengorak langkah ke depan.

"Apa yang penting adalah sekarang dan percaturan hari esok," katanya yang mengakui masih berkawan baik dengan bekas suaminya juga jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah yang dikahwininya selama dua tahun setengah sebelum berpisah pada penghujung 2008.

Perlahan-lahan, anak sulung daripada empat beradik yang dilahirkan di kota Dublin, Ireland ini membuka ceritanya. Mengakui ada kalanya dihinggap perasaan sepi, Sarimah bagaimanapun cuba mencari ruang lain agar rasa itu tidak terus melekat.

"Bohong kalau saya katakan semuanya seperti biasa kerana setiap hati wanita yang pernah dihimpit masalah peribadi dan rumah tangga seperti saya pasti akan berasa sunyi dan sedih. Namun untuk apa saya berhenti di situ dan meratap kesedihan yang tiada penghujungnya itu. Lantas saya cuba menyumbat seberapa banyak aktiviti harian yang boleh agar waktu itu sentiasa penuh.

"Jika ada waktu lapang tanpa sebarang penggambaran atau undangan mengacara majlis, saya akan habiskan masa bersama keluarga dan mengunjungi gimnasium. Selebihnya saya cuba bersosial bersama teman-teman namun bukanlah pergi ke kelab kerana semua itu sudah berakhir buat saya.

"Bagaimanapun saya tidak menafikan ada bertemu beberapa lelaki yang ingin mendekati saya. Namun semuanya sekadar kawan biasa dan saya belum nampak sesiapa yang benar-benar boleh memimpin saya ke fasa kebahagiaan. Tidak timbul soal serik atau fobia kerana apa yang pernah berlaku semua itu satu pengalaman yang mendewasakan saya.

"Namun jika ada lelaki yang sesuai dan menjadi pilihan hati, saya pasti akan kembali bercinta kerana itu adalah fitrah dan ketentuan. Senario lama saya jadikan pengajaran untuk membina kehidupan baru yang lebih baik," katanya yang penuh keyakinan.

PROFIL

NAMA PENUH: Sarimah Ibrahim
TARIKH LAHIR: 19 Februari 1978
USIA: 33 tahun
TEMPAT LAHIR: Dublin, Ireland
KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Ijazah jurusan psikologi
PENGACARAAN: Akademi Fantasia, The Biggest Loser Asia, Kata Kau, 1,2,3,Tukar!, Attic Show, Disney Channel, Hits From RIM, Kid@NTV7, Anugerah Juara Lagu 2002, Anugerah Juara Lagu 2003, Entertainment Now!, Prelude Kemuncak AIM, Force pf Nature Concert 2006, Galaksi, Fail Sulit AF, Ikon Malaysia, Ikon Asean
LAGU: Kini Kau Tiada dan Damai
DRAMA: Maka Diciptanya Perempuan, Seiras Hati
FILEM: Puteri Impian 2, Janji Diana, MX3, Gerak Khas 3, Apokalips
TEATER: Muzikal Tun Mahathir, Mak Dara Nyonya
JURUCAKAP PRODUK: Equal, Body Shop dan Reebox
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 2001, Penyampai TV Terbaik Anugerah Skrin 2005, Penyampai TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010

  • Saksikan teater Mak Dara Nyonya di MaTiC Jalan Ampang KL pada 6 hingga 12 Julai 2011. Dapat tiket yang berharga RM32, RM52 dan RM82 dengan layari www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600 dan 017-2004249.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rasuk kutip RM700,000

    Posted: 01 Jul 2011 09:33 AM PDT

    SELEPAS seminggu menjengah 64 pawagam tanah air, filem genre seram Rasuk terbitan Merpati White Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Sri Saheb Production Sdn Bhd baru mencecah kutipan lebih RM700,000.

    Selaku penerbit filem ini, Harvinder Singh berkata, pihaknya juga menganggap kutipan Rasuk: Dendam Syaitan Yang Tak Sudah arahan S Baldev Singh itu adalah sederhana saja.

    "Pihak kami tidak kecewa dengan kutipan minggu pertama filem ini kerana lebih suka melihat dari sudut yang positif. Selain berdepan persaingan dengan filem KL Gangster, Rasuk juga bersaing sengit dengan filem dari luar negara iaitu Transformers yang sudah pun mendapat kutipan RM30 juta di Amerika Syarikat.

    "Saya juga akur dengan hakikat filem genre aksi juga mendapat tempat di hati penggemar filem kita bersandarkan sambutan hebat pada filem KL Gangster dan Kongsi di pawagam tempatan," katanya.


    Apapun, kata Harvinder, pihaknya juga mensasarkan Rasuk yang menggandingkan pelakon Fouziah Gous dan Iqram Dinzly selaku teraju utama itu bakal mencecah kutipan sekurang-kurangnya RM1.5 juta selepas dua minggu tayangan mengikut Skim Wajib Tayang nanti.


    "Saya berharap, peminat filem tempatan di luar sana yang masih belum menonton Rasuk supaya tidak melepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam berhampiran.

    "Pihak kami percaya, Rasuk mempunyai kekuatan dan kelainannya yang tersendiri bagi menarik peminat filem seram ke pawagam sekali gus sama-sama menyokong filem kita," katanya.

    Bagaimanapun, kata Harvinder, filem Rasuk mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat filem seram di Singapura.

    "Rasuk hanya ditayangkan di dua pawagam saja di Singapura, tetapi sudah mendapat kutipan RM50,000 dalam tempoh seminggu. Sambutan yang bagus dari peminat filem itu kerana mungkin kerana tiada filem Melayu yang ditayangkan pada tarikh yang sama.

    "Mengenai kutipan di negara lain pula iaitu Hyderabad (Pakistan), Jepun (dua pawagam) dan Iran (dua), pihak kami masih belum mendapat jumlah kutipan sepenuhnya daripada pihak pawagam di sana," katanya.

    Filem Rasuk yang menjengah pawagam tempatan bermula 23 Jun lalu membongkar misteri banglo Melayu lama yang dibina sejak zaman pemerintahan Jepun.

    Banglo ini nampak indah dan teguh serta penghuninya silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah kehadiran sepasang suami isteri, Arman dan Sari Melati.

    Arman seorang pengarah fotografi dan Sari Melati pula penulis skrip. Misteri bermula apabila Sari Melati yang tidak sengaja mengangkat batu tanda di kawasan rumah berkenaan.

    Selain Fouziah dan Iqram, filem ini antara lain dibintangi Sidek Hussin (watak lelaki misteri), Fauziah Nawi (ibu Arman), Linda Hashim (Melati yang menggoda pada zaman Jepun), Frank Peterson dan Hasni Maulod.

    Sementara itu, pihak MIG pula masih belum dapat jumlah kutipan sepenuhnya filem Sekali Lagi yang mula menjengah pawagam tempatan bermula 30 Jun lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.