Adsense

Sabtu, 30 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Bilakah Khairul Fahmi & Elia Putus Tunang?

Posted: 30 Jul 2011 11:03 PM PDT

Seluruh Malaysia kecoh dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai pertunangannya bersama Elia yang putus di tengah jalan, hari ini. Baca artikel asal Khairul Fahmi & Elia Putus Tunang.

Satu persoalan. Ramai yang tertanya-tanya bilakah Khairul Fahmi memutuskan tali pertunangannya? Adakah sebelum atau selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari? Andai kata sebelum perlawanan, jelas sekali Khairul Fahmi dapat memberikan fokus yang terbaik tanpa diganggu dengan masalah peribadinya bersama bekas tunang. Apatah lagi, Khairul Fahmi merupakan satu-satunya pemain yang tampil cemerlang menyelamatkan Malaysia daripada terus dibolosi gol.

Cuba bayangkan, jikalau Khairul Fahmi tidak fokus dan dihantui dengan pelbagai masalah peribadi yang melanda. Tak dapat nak bayangkan betapa kecewanya harapan 28 juta rakyat Malaysia, termasuk 85000 penyokong Harimau Malaya & Nora Danish yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, tempoh hari.

Setakat ini, tiada pengumuman atau sebarang kenyataan di Facebook atau pun blog bertemakan sidang media yang dibuat oleh Elia, Jejari Runcing. Adakah Elia kini sibuk merakamkan single terbarunya berjudul Penawar Rindu & Duhai Hati?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Khairul Fahmi & Elia Putus Tunang

Posted: 30 Jul 2011 10:35 PM PDT

Metro Ahad hari ini mengegarkan Malaysia dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai krisis hubungan pertunangannya bersama Elia. Ikuti laporan asal daripada Metro ahad selepas ini.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.