Adsense

Sabtu, 30 Julai 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Gambar Terbaru Kyla Fairy, nampak matang!

Posted: 29 Jul 2011 10:00 PM PDT



Artis yang mula dikenali ramai pada tahun 2011 ini adalah pelakon bernama Syakila Nisha Jahangir Khan atau nama famousnya adalah Kyla Fairy yang masih berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil. Melihat usianya memang nampak muda, tapi kalau lihat orangnya kelihatan agak matang tue~. Pernah digosipkan dengan Yusry dahulu tapi itu semuanya gosip jerk, sebab Yusry sekarang tengah berbahagia dengan Lisa Surihani.




Gambar Kekasih Miera Liyana

Posted: 29 Jul 2011 09:55 PM PDT


Miera Liyana kekasih

Gambar dibawah didapati melalui laman blog selebriti. Mengikut sumber yang didapati, gambar dibawah ni merupakan gambar Miera Liyana dengan kekasihnya yang bernama, Lash Mokhtar. Lash ni masih lagi menuntut di salah sebuah IPTS di ibunegara dan juga sering berlakon, tapi penampilannya limit sebab masih belajar kan. Nak dijadikan gosip, kini Miera dah punya kekasih, korang diluar sana tue, harap maklum ok.

Miera Liyana seksi-kekasih
Miera Liyana bf ciuman-berkucupan
Miera Liyana bf 2
Miera Liyana bf 1
Miera Liyana bf 3

(GAMBAR) Lisa Surihani Memakai Jersey Harimau Malaya

Posted: 29 Jul 2011 09:51 PM PDT


wah macam nak terkam  ape jer tu lisa...huhuhu

Saya Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia – Safee Sali

Posted: 29 Jul 2011 09:41 PM PDT



KUALA LUMPUR- Penyerang terhebat negara, Safee Sali memohon maaf kepada penyokong Malaysia atas kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014.
Dalam nada yang sedih dan nyata kecewa, Safee memberikan reaksi demikian ketika ditemuramah wartawan RTM sebaik permainan berakhir.

"Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia," katanya.
Beliau melihat pasukan pertahanan telah gagal memainkan peranan yang berkesan dalam perlawanan timbal balik dengan Singapura itu.
Safee merupakan penyumbang gol tunggal Malaysia dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Malaysia bagaimanapun tewas dengan kiraan aggregat 6-4.
Sementara itu, Jurulatih negara, Datuk K Rajagobal meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional pemain negara jiran yang dilihat terlalu banyak berlakon dalam pertemuan itu.
"Setiap kali ada kecederaan, mereka melengahkan masa dan ini mengganggu rentak pemain kita," katanya.
Beliau juga yakin, pengalaman bermain malam ini mematangkan para pemain dan membawa pengajaran penting kepada pasukan negara.

Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia

Posted: 29 Jul 2011 09:37 PM PDT



KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

p/s:harap tidak lah menjadi seperti cerita 2 alam....