Adsense

Jumaat, 1 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Jimmy tidak akan ceraikan isteri

Posted:

Jimmy tidak akan ceraikan isteri

Jimmy tidak akan ceraikan isteri



KUNJUNGAN Kosmo! ke kediaman keluarga mertua Jimmy Shanley untuk merakamkan gambar-gambar anak sulungnya Zahrah Shanley yang ketika itu baru berusia lima hari disambut baik oleh Jimmy, isterinya Nursuhaila Eliani, 25, dan juga keluarga mertuanya meskipun kemelut rumah tangga mereka masih belum berakhir.

Ketepikan semua sengketa, kini, dengan kelahiran puteri sulung buat Jimmy dan Suhaila dan cucu ketiga dalam keluarga Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kasim pada 24 Jun lalu secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh, semua pihak cuba memberi yang terbaik kerana tidak mahu Zahrah yang masih belum mengerti apa-apa menerima kesannya.

"Pertama kali saya dukung Zahrah, satu perasaan yang tidak pernah saya rasa muncul dalam diri. Saya menangis dan gembira dalam masa yang saya, satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan.

"Selepas kelahiran Zahrah saya ketepikan segala ego hanya untuk memberi kehidupan yang sempurna buatnya.

"Dia perlukan ibunya dan saya sebagai ayahnya, saya tidak mahu mementingkan diri sendiri dan tidak berlaku adil kepada anak saya. Biarlah saya bahagia menjadi seorang bapa kalau saya tidak dapat bahagia menjadi seorang suami. Tetapi dengan kelahiran Zahrah, saya mengharapkan hubungan kami pulih seperti dulu," ucap Jimmy.

Bergilir-gilir jaga anak

Jimmy yang sebelum ini tinggal berasingan sejak isterinya hamil kini telah kembali ke rumah ibu mertuanya semata-mata mahu menjaga sendiri Zahrah.

"Saya sudah dua hari tidur di sini bersama Zahrah, saya dan ibunya bergilir-gilir menjaganya siang dan malam. Sebelah malam, Zahrah akan tidur dengan saya dan saya menikmati momen terpaksa berjaga tengah malam untuk beri anak susu dan salin lampin.

"Zahrah tidak banyak meragam, dia hanya akan merengek bila nak susu dan salin lampin, selebihnya dia akan tidur. Dia memang anak yang baik," ujar Jimmy sambil tersenyum bangga dengan puteri sulungnya.

Jelas Jimmy lagi, disebabkan ketika isterinya hamil dia tidak dapat mengikuti sebarang perkembangan Zahrah, dia nekad untuk bekerja hanya pada hari Ahad di Gala TV, Astro Awani selama satu jam selebihnya, Jimmy akan berada di rumah menjaga Zahrah.

"Selama sembilan bulan Zahrah di dalam perut ibunya, kami langsung tidak bersua, hasrat saya untuk mengambil gambar perut ibunya membesar setiap bulan juga tidak kesampaian. Jadi, apabila Zahrah lahir saya mahu berada di sisinya setiap masa dan merakamkan perkembangannya.

"Kalau boleh saya tidak mahu ketinggalan dan tidak sabar menantinya menyebut perkataan pertama, langkah pertamanya dan macam-macam lagi.

"Saya besyukur dan berterima kasih kepada isteri saya kerana melahirkan seorang anak perempuan yang sempurna dan sihat. Saya yakin selepas ini saya akan menjadi lebih kuat untuk mengharungi ujian yang datang," balasnya.

Walaupun Jimmy dan isterinya masih di dalam krisis, tegas Jimmy, dia tidak sesekali menceraikan isterinya kerana dia sendiri takut akan penceraian setelah menyaksikan sendiri pasangan yang bercerai di depan matanya ketika menghadiri sesi kaunseling di mahkamah syariah.

"Saya tidak pernah memfailkan permohonan untuk bercerai, sebelum ini saya ada ke mahkamah untuk sesi kaunseling dan bila saksikan sendiri satu pasangan bercerai, saya rasa sedih. Bila saya sudah ada anak, lagi saya tidak mahu perkara itu berlaku pada saya dan isteri.


JIMMY di samping Zahrah dan ibu mertua, Datin Muniroh Kassim.


"Sebelum berkahwin, saya sudah berjanji dengan keluarga mertua untuk menjaga isteri dan bertahan dengan segala ujian yang datang, jadi sudah tanggungjawab saya untuk memastikan kerukunan rumah tangga kami. Keluarga mertua tidak berputus asa untuk menjernihkan hubungan kami, kenapa saya perlu berputus asa," katanya.

Tuturnya lagi, buat masa sekarang, dia tidak mahu menganggu isterinya kerana baru sahaja melahirkan anak, badannya juga masih lemah serta hormonnya masih lagi tidak stabil.

"Biarlah dia berehat, kami sama-sama menjaga Zahrah kerana apa yang penting adalah apa yang terbaik buatnya. Masalah antara kami ditolak ketepi dulu, masing-masing ada kesilapan dan sama-sama perbaiki diri.

"Tanyalah pada mana-mana pasangan yang telah berkahwin, hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya, baru kita lebih mengenali pasangan dan menjadikan saya lebih matang. Baik buruk dia, dia adalah isteri saya, baik buruk saya, saya adalah suaminya, jadi saya doakan yang terbaik untuk hubungan kami," Jimmy meluahkan harapannya.

Apabila ditanya, adakah tindakannya sebelum ini yang lantang menyuarakan masalah kepada pihak media memberi kesan kepada hubungannya dan isteri.

Jawab Jimmy, keputusannya untuk memberi kenyataan berhubung masalah rumah tangganya adalah untuk mengelakkan spekulasi yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab menjadi bertambah parah.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi iktibar kepada orang ramai di luar sana. Dalam perkahwinan, kita harus sabar dan tidak mementing diri sendiri, ya memang sebelum kelahiran Zahrah saya ada terfikir untuk mengambilnya dan menjaganya sendiri.

"Tetapi bila lihat wajahnya, saya tidak mahu menjadi seorang bapa yang kejam, memisahkan seorang anak daripada ibunya. Saya harap apa yang berlaku pada saya menjadi iktibar pada orang lain tidak lebih daripada itu," ujarnya.

Simbolik nama Zahrah


KASIH bapa. Jimmy amat bersyukur dengan kelahiran zuriat sulungnya ini.


Nama Zahrah yang membawa maksud zahir yang cantik diberi oleh Jimmy. Sebenarnya ia merupakan nama gabungan arwah ibunya Azizah Mohd. Yusof dan ibu mertuanya Muniroh Kasim.

"Memang saya yang pilih nama ini, sebelum itu saya ada berbincang dengan keluarga mertua dan mereka bersetuju dengan nama yang saya pilih. Saya juga merasakan nama Zahrah memang sangat sesuai dengan anak saya," kata Jimmy lagi.

Meskipun anaknya masih kecil, sudah bermacam-macam perancangan yang dibuat untuk puteri kesayangannya itu.

"Saya mahu dia bersekolah di sekolah kebangsaan bukannya sekolah swasta kerana saya mempunyai zaman persekolahan yang hebat, jadi saya mahu anak saya turut merasainya. Kalau boleh saya juga mahu dia menjadi seorang atlet tenis kerana di Malaysia kita belum ada atlet tenis yang benar-benar bersinar.

"Harapan saya, selain dia menjadi pengikat kasih saya dan isteri, saya mengharapkan Zahrah menjadi anak yang solehah kerana anak yang akan mendoakan saya apabila saya sudah tiada di dunia kelak," jawabnya yang inginkan anak seramai lima orang termasuk anak kembar.

Ibu mertuanya yang turut meluahkan rasa syukurnya atas kelahiran Zahrah dalam masa yang sama gagal mengawal air matanya apabila mengenangkan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh anak bongsunya dan menantunya itu.

"Saya gembira sangat bila lihat Zahrah lahir, tidak tahu nak cakap macam mana. Saya harap dengan adanya Zahrah hubungan mereka suami isteri akan kembali pulih. Sepanjang hidup saya, inilah masalah dan dugaan yang terbesar pernah saya hadapi.

"Sebagai ibu dan nenek, saya ingin yang terbaik buat mereka, kita cuba pelbagai cara, tunaikan umrah dan apa yang boleh saya lakukan adalah mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat," kata Muniroh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarian hip hop jadi pop

Posted:

Tarian hip hop jadi pop

Tarian hip hop jadi pop

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


MOHD. RAZMAN GHAZALI dan isteri, Helta Suraya Putri Pertama gagal menonjolkan elemen tarian hip hop.


MINGGU lepas di bawah tema Milenium konsep hip hop, empat peserta yang dibimbing oleh Kapten Belalang dan empat peserta di bawah bimbingan Kapten Ray telah berentap.

Meskipun kebanyakan daripada mereka tidak biasa dengan tarian hip hop, nampaknya mereka telah cuba yang terbaik bagi mengelakkan diri masing-masing tersingkir.

Bagaimanapun, peserta di bawah bimbingan Kapten Belalang dilihat bagai hilang arah kerana ramai antara mereka menarikan tarian yang menyimpang jauh daripada tema yang diberikan dan dilihat gagal menonjolkan elemen hip hop sebaliknya lebih terarah kepada elemen pop.

Disebab gagal menonjolkan tarian hip hop dan busana yang tidak bersesuaian, pasangan Mohd. Razman Ghazali dan isterinya Helta Suraya Putri Pertama telah disingkirkan dengan peratusan merah terendah iaitu 40 markah berbanding dengan pasangan Nita dan adiknya Umar yang memperoleh markah tertinggi dalam kumpulan Belalang iaitu 52 markah.

Razman dan isterinya telah dapat mengagak yang mereka bakal disingkirkan memandangkan emosi dan tenaga yang diberikan ketika melakukan persembahan dengan lagu iringan Senyum dendangan Najwa gagal memikat hati juri.

"Saya sedar bahawa kami tidak memberikan persembahan yang bertenaga memandangkan emosi saya ketika latihan dan waktu persembahan tidak stabil dek pemergian arwah adik saya pada minggu sebelum kami memulakan latihan hip hop.

"Malam ini sepatutnya saya hadiri tahlil tetapi saya terpaksa meneruskan perjuangan dalam pertandingan ini. Saya sudah buat yang terbaik dan akur dengan keputusan juri dan juga undian orang ramai," ujar Razman sambil dipersetujui oleh isterinya.

Jurureka tari mereka iaitu Mark Young disoal mengenai pemilihan busana dan gerak tari yang menyimpang jauh daripada tema hip hop.

"Saya ada buat kajian. Hip hop bukan sekadar tarian yang biasa kita lihat serta pakaiannya tidak semestinya seluar besar, malangnya juri tidak melihat semua itu, saya terimanya dengan hati yang terbuka," kata Mark Young yang ditemui pada Sabtu lalu.

Juri tetap Vanidah Imran dan Joseph Gonzalez membuat kesimpulan bahawa kebanyakan peserta Mari Menari musim kedua adalah lebih baik daripada musim pertama kerana ramai antara mereka mempunyai latar belakang tarian yang kukuh dan ada antara mereka merupakan penari profesional.

"Mereka semua penari yang baik, cuma minggu ini saya lihat tarian hip hop memang sukar untuk ditarikan jika kita tidak biasa dengan tarian itu. Cabarannya adalah menarikan tarian hip hop dengan lagu yang bukan hip hop," kata Vanidah.

Joseph pula melihat pasangan Nita dan adiknya antara penari terbaik dalam program Mari Menari dan tidak mustahil jika mereka meneruskan tarian yang konsisten mereka bakal mara ke peringkat final.

Juri jemputan minggu lalu, Norman Abdul Halim yang disifatkan sebagai juri kedekut markah melihat kebanyakan peserta gagal menonjolkan elemen hip hop seperti yang diharapkannya.

Kumpulan di bawah bimbingan kapten Ray yang bersiaran pada hari Ahad pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan Siti Akmal Azlin dan suaminya Mohammad Hedzer.

Membuat persembahan dengan lagu Raja Gelek nyanyian One Nation Emcees mereka gagal memberikan persembahan yang menarik dan hanya mendapat markah sebanyak 36 markah.

Jika pada hari Sabtu, The Fabulos Cats muncul membuat persembahan, pada hari Ahad, kumpulan yang baru ditubuhkan di bawah bimbingan juri jemputan, KRU iaitu kumpulan VIP tampil ke lantai Mari Menari mempersembahkan lagu hits mereka, Lagu Sedih.

Enam pasangan Mari Menari di bawah kelolaan kapten Ray dan Belalang akan meneruskan cabaran Mari Menari.

Program realiti TV yang dikendalikan oleh Lisa Surihani dan Awal Ashari itu bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, pukul 9 malam, hanya di Astro Ria (104).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ferrera kahwin

Posted:

Ferrera kahwin

Ferrera kahwin


AMERICA FERRERA dan suaminya, Ryan Piers Williams.


DIA mungkin telah memainkan karakter wanita hodoh dalam drama bersiri popular Ugly Betty, namun pada hari perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini, pelakon America Ferrera kelihatan begitu anggun.

Ferrera mengahwini kekasihnya Ryan Piers Williams yang telah dikenali sejak dia menuntut di University of Southern California selepas mereka bertunang pada Jun 2010.

Menurut laporan majalah People, bekas pemenang anugerah Emmy itu telah berkahwin dalam satu majlis sederhana tetapi intim yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat baik mereka.

Antara teman artis yang dijemput hadir termasuklah bintang Vanessa Williams, Rebecca Romijn dan suaminya Jerry O'Connell serta Blake Lively.

"Dia memakai gaun pengantin cantik rekaan Amsale's Christos yang dipadankan dengan subang daripada Fred Leighto pada majlis itu. Dia nampak sangat berseri," ujar salah satu sumber yang menghadiri majlis pelakon berusia 27 tahun itu.

"Kami memang telah diciptakan untuk hidup bersama," kata Ferrera tentang percintaan mereka yang kini sudah diikat dengan tali perkahwinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.