Adsense

Jumaat, 1 Julai 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Gambar Pernikahan & Persandingan Tomok Dan Siti Rahayu

Posted: 01 Jul 2011 08:51 PM PDT

 Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Pasangan Pengantin Baru, Tomok dan Siti Rahayu, Yang Telah Selamat Dinikahkan Pada 1 July 2011 (Semalam).Dengan Hanya Sekali Lafaz, Tomok Kini Sudah Bertukar Status Dari Newboyz Ke Oldboyz... Hehehe.. Tahniah Buat Mereka Sekali Lagi.. Semoga Berkekalan Di Dunia Dan Di Akhirat.. Amin.. Gambar Sila Usha Kat Bawah, Kredit Sepenuhnya Kepada Facebook Hatta Dolmat.













KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.

Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu

Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).- mStar

Suami Lacurkan Isteri

Posted: 01 Jul 2011 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.



Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai 'bapa ayam' untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.

Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.... - Hetro

P/s:Suami Jenis Apakah Ini ?? Dia Lebih Layak DiGelar Binatang...!!! Dem...!!!



facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Tiada Isu Dira & Zizan Kendalikan 'Melodi'

Posted: 01 Jul 2011 04:34 PM PDT

Pelakon dan pengacara Khaidhirah Abu Zahar (Dira), 27, mengakui semakin serasi dengan Zizan (Raja Lawak) mengendalikan program televisyen, Melodi biarpun ada pihak mempertikaikan mereka sebelum ini.

Menurut Dira, sebagai pengacara bersama mereka saling menghormati dan membantu di antara satu sama lain bagi melancarkan penyampaian program kesukaan ramai itu.

"Setakat ini, kami tiada masalah bekerjasama. Selepas tiga bulan mengacarakan Melodi, kami semakin serasi.

"Tidak timbul isu Zizan kurang komited atau tidak fokus sehingga memaksa saya menyelamatkan keadaan pada kebanyakan masa ketika kami bersiaran.

"Biarlah apa pun orang hendak kata tentang saya atau Zizan, tetapi kami tahu di mana kekuatan dan kelemahan masing-masing," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya tentang perancangannya untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga jurugambar, Mohd Helmi Mohd Yusof pada 11 November depan, Dira berkata, jika tiada halangan mereka akan bergelar suami isteri pada tarikh itu.

Katanya, majlis akad nikah itu akan diadakan di rumah keluarganya di Merlimau, Melaka dalam suasana yang sederhana, manakala majlis resepsi pula akan berlangsung di Kuala Lumpur dua hari selepas itu.

"Setakat ini, kami masih lagi sibuk dengan kerja masing-masing. Insya-Allah, jika tiada aral kami akan kekalkan tarikh pilihan itu dalam suasana sederhana.

"Apa pun, semuanya masih terlalu awal dan banyak persiapan sedang dilakukan sedikit demi sedikit kerana kekangan masa kami," katanya.

Menyentuh tentang kerjaya lakonan pula, ibu tunggal ini berkata, rezekinya dalam lakonan kian meningkat sejak mengendalikan Melodi bermula 3 April lalu.

"Apa yang saya perhatikan, tawaran lakonan semakin bertambah sejak mengacarakan Melodi. Saya bersyukur di atas segala peluang dan kepercayaan yang diberikan.

"Saya baru saja selesai penggambaran drama Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima dan filem Papadom 2 (Afdlin Shauki).

"Kalau tiada aral, selepas ini saya akan ke lokasi filem Azazil (Kabir Bhatia) dan Tiga Rasa arahan kawan saya, Bront Palarae pula," katanya.

Lakonan terbaru Dira sebagai isteri keempat bernama Umairah boleh ditonton dalam drama bersiri Tahajjud Cinta bermula 8 Julai ini, pukul 9 malam di TV3. - mStar



facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Simon Cowel, Paula Abdul Diganggu Makhlus Halus

Posted: 01 Jul 2011 04:30 PM PDT

JURI rancangan realiti X Factor, Simon Cowell dan Paula Abdul diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Dallas, Amerika Syarikat.

Bukan sahaja kedua-dua juri ini, malah seorang peserta bernama Reid yang turut menginap di hotel berkenaan mendakwa mengalami gangguan itu.

"Reid tidak tahu bahawa hotel tersebut berhantu tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hotel tersebut.



"Selepas terkena gangguan dia melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak hotel dan daripada situlah dia mengetahui tempat penginapannya berhantu," ujar sumber seperti dipetik Splashnews.com.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila gangguan itu berlaku kepada kedua-dua juri X Factor yang juga berada di sana.

Disebabkan gangguan-gangguan yang diterima pada malam pertama itu kesemua mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke hotel lain.

"Paula terkena histeria kerana air di bilik mandinya terbuka dan tutup dengan sendiri, bagaimanapun Simon pula seperti teruja dengan gangguan itu.

"Dia memilih untuk terus tinggal di hotel berkenaan," ujar sumber tersebut. - mStar

facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.