macam macam hiburan terkini |
- Gambar Perkahwinan/Pernikahan Tomok dan Ayu 2011 terkini terbaru
- Perkahwinan Nurul Syuhada Dibuat Secara Tertutup
- Memey terguris kata-kata Abby
- Reza buat kejutan
- (Gambar) Zahrah ceriakan hidup Jimmy
- Sam, Lisa serasi bersama
- Rozita Che Wan Rehat Seminggu Akibat Jatuh Tangga
- Freddie Fernandez Kekal Presiden Karyawan
Gambar Perkahwinan/Pernikahan Tomok dan Ayu 2011 terkini terbaru Posted: 30 Jun 2011 11:52 PM PDT Gambar ini adalah datangnya dari CST production dan ministry of moment: Team CST dan MOM ni memang awesome. |
Perkahwinan Nurul Syuhada Dibuat Secara Tertutup Posted: 30 Jun 2011 06:34 PM PDT Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal. "Kad undangan sudah diedarkan tetapi majlis tersebut dibuat secara tertutup untuk keluarga kedua-dua pengantin sahaja," ujar sumber itu mStar Online, di sini, Khamis. Dalam pada itu, majlis sebelah pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Negeri Sembilan. Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu. Sebelum ini pengacara tersebut memberitahu telah mengenali bakal suaminya sejak dua tahun lalu dan rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lepas. Dia juga pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama. |
Posted: 30 Jun 2011 06:33 PM PDT Begitulah perumpamaan mengenai apa dilakukan pelakon Norman Hakim, 35, apabila berdepan kemelut membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Abby Abadi, 34, dan bakal isteri baru, Memey Suhaiza, 23. MEMEY...tindakannya disalah tafsir. PERJELAS...Norman dan Memey ketika hadir pada majlis di Restoran Riverside. SAMA PADAN...Norman dan Memey bakal bersatu September ini. Sejak bercerai pada Disember 2008, Norman atau nama sebenar Mohamed Nurhakim Zaidon bukan saja perlu berhadapan persepsi negatif masyarakat me�ngenai dirinya dan Memey, malah pelbagai kemelut yang selalu timbul antara mereka berkaitan anak-anak, Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3. Terbaru, Abby meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan Memey membawa dua anak perempuannya menghadiri satu majlis tertutup pada waktu malam, di sebuah hotel di Damansara, pada 19 Jun lalu. Abby mempersoal�kan motif Memey membawa mereka kerana Norman tidak ada bersamanya. Abby mendakwa tindakan Memey itu di luar pengetahuannya dan Memey tidak seharusnya membawa kanak-kanak kecil itu menghadiri majlis pada waktu malam yang khusus untuk wanita dewasa. Pertemuan dengan Norman dan Memey yang hadir dalam satu majlis Merasa Juadah Berbuka Puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin, turut ditanya dengan persoalan itu. Norman dan Memey pada mulanya enggan mengulas lanjut mengenai luahan Abby dalam akhbar kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Ruangan Soseh-Soseh turut pernah melaporkan mengenai kehadiran Memey bersama dua anak-anak Abby dan Norman itu. Memey hanya mampu meluahkan rasa sedihnya kerana tidak menyangka perkara seperti itu berlaku. Memey mengakui menangis apabila membaca kenyataan Abby, tetapi menyerahkan kepada Norman untuk membuat penjelasan. Norman berkata, dia cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kerana itulah tekadnya apabila anak-anaknya lahir. Bagaimanapun, katanya, selepas bercerai, dia mengakui tidak mampu menjaga anak-anak seorang diri. "Mujur ada Memey untuk membantu. Malah, saya bersyukur kerana Memey tidak pernah mengeluh, bahkan begitu sayang dan rapat dengan anak-anak saya. "Pada hari itu, saya sebenarnya menghadiri satu majlis sukan di sekolah Danish bersama Abby (sebelah pagi) dan ada satu lagi acara pada sebelah tengah hari membabit�kan Dania pula. Bagaimanapun, Abby mengatakan tidak dapat hadir kerana mahu ke luar negara. Jadi, saya bawa Memey menemani saya. "Kebetulan pada sebelah malamnya, Memey ada undangan menghadiri satu majlis di Damansara dan saya pula ada penggambaran filem Tanda Putera Negara arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba di Studio Finas, Hulu Klang. "Selepas berbincang, kami memutuskan untuk membahagikan tugas menjaga mereka. Anak lelaki bersama saya ke lokasi manakala dua anak perempuan bersama Memey. Pada petang itu, saya hantar mereka ke Damansara kemudian saya dan Danish pula ke Hulu Klang," katanya. Kata Norman, dia faham Abby berhak meluahkan rasa terkilannya berkaitan soal anak-anak, tetapi tidak seharusnya cepat melatah dan melenting. Sebaliknya kata Norman, Abby harus melihat perkara itu dari sudut positif kerana ada orang yang sudi menjaga anak-anak mereka ketika dia keluar bekerja dan bukannya ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa kerana itu lebih berbahaya. "Kalau saya berada di tempat Abby, saya akan berterima kasih kepada Memey kerana ada orang yang menjaga anak-anak ketika ketiadaan saya. "Bagaimanapun, apabila timbul cerita ini, kesian Memey. Bukan salah dia kerana saya perlukan bantuannya menjaga anak-anak apabila Abby tiada. "Apapun, saya terima apa yang berlaku, tetapi ia bukanlah sengaja untuk menyakitkan hati Abby. Saya juga harap agar hubungan kami tidak sentiasa tegang dengan pelbagai kemelut yang tidak pernah berhenti kerana saya cuba sebaik�nya untuk menjalankan tanggung�jawab sebagai ayah. "Saya juga kesal apabila dikatakan cuai dalam menjalankan tanggungjawab dari segi nafkah. Hakikat–nya, saya sentiasa pastikan kepentingan anak-anak dengan membelikan barang keperluan dapur setiap 20 hari sekali melalui bantuan pembantu rumah yang memberikan senarai barang-barang yang diperlukan. "Saya juga bayar bil air dan elektrik, begitu juga duit belanja sekolah dan pengangkutan anak-anak ke sekolah. Kami juga tidak terikat dengan peraturan tertentu soal penjagaan anak sebaliknya lebih fleksibel mengikut kesesuaian," katanya. Norman khuatir untuk berkahwin lagi? DUA tahun selepas bercerai, baru kini Norman merancang untuk hidup bersama Memey dengan ikatan yang sah. Pasangan yang bertunang pada September tahun lalu, memilih tarikh sesuai untuk melangsung�kan pernikahan pada akhir September nanti. Norman mengakui inginkan kehidupan tenang dan lebih teratur melalui pernikahannya dengan Memey, tetapi jauh di sudut hatinya, menga�kui takut untuk melangkah detik itu sekali lagi. "Saya sendiri membuat keputusan untuk berkahwin demi anak-anak, tapi hakikatnya, saya takut dan bimbang sebenarnya. "Yalah, saya lihat Memey boleh menerima anak-anak saya, malah mampu menjaga mereka dengan baik. Bagaimanapun, timbul juga kebimbangan jika semua itu berlaku hanya sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin nanti keadaan berbeza. "Itu yang saya takutkan kerana anak-anak menjadi keutamaan saya. Ia menjadi tanggungjawab saya sampai akhir hayat dan itulah juga yang selalu saya katakan kepada Memey dan bertanya kepadanya apakah dia bersedia menerima semua keadaan itu. "Bagaimanapun kata Memey, perkara itulah juga yang membuatkan dirinya tambah sayang dan yakin untuk hidup bersama saya kerana melihat saya bertanggungjawab terhadap anak-anak dan yakin mampu juga menjaganya dengan baik. "Mungkin saya bukanlah suami yang baik kerana gagal mempertahankan perkahwinan kami, tapi saya akan cuba memperbaikinya apabila diberi peluang kedua," katanya. Pasangan ini pada mulanya memilih 11.11.11, tetapi sedar ramai yang memilih tarikh itu lalu memilih sepakat dengan tarikh 24 September. Kata Norman, persiapan kini berjalan lancar dan majlis hanya berlangsung di sebelah pihak perempuan saja. "Saya baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem Demi Tuhan Ku Izinkan bersama Eja. Ia satu kisah yang sangat menyentuh perasaan mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi. Filem Tanda Putera Negara pula akan selesai pada 2 Julai ini," katanya. Kata Norman, selepas berkahwin nanti soal penjagaan anak tetap sama seperti sekarang, cuba bezanya mereka akan dijaga ibu yang ada ikatan yang sah dengannya. Norman amat berharap hubungan kedua-dua pihak berjalan dengan baik dan segala pertimbangan perlukan mengutamakan soal anak-anak. |
Posted: 30 Jun 2011 06:29 PM PDT Persembahan bertenaga buktikan dia bukan penyanyi sembarangan BERSUARA segar sambil memetik gitar, dilengkapi dengan vokal baritone dan disulami irama mendayu ketika menyanyikan lagu koleksi ciptaannya, menjadikan Reza Salleh punyai keunikan tersendiri. Ternyata, persembahan yang menimbulkan keraguan ramai peminat muzik, bagaimana jejaka berusia 29 tahun ini terpilih untuk mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), baru-baru ini akhirnya terjawab.Tidak keterlaluan jika dikatakan, persembahannya pada Isnin lalu, cukup menghiburkan penonton yang memenuhi setiap inci ruang tempat duduk dewan. Dari awal hingga ke akhir persembahan, garapan indah kesemua 15 lagu yang dipersembahkan daripada album sulungnya, Realize, ternyata berjaya membuatkan penonton 'jatuh cinta' terhadap suara gemersik penyanyi yang pernah melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia itu. Lagu yang dipersembahkan pada malam yang mengasyikkan itu adalah What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure, Kasih, Stracciatella, For Her, Something Tells Me, Angan-Angan Permata, Soultune, The Night You Know, The Night You Know, Sunsets With You, A Relic Is What I Live In dan Battery. Permulaan persembahan penonton diserikan dengan lagu 50 Down The Way diiringi petikan gitar oleh Reza yang mana kehebatannya bersama buah hati ketika di atas pentas itu memang tidak dapat disangkal lagi. Petikan gitar pertama disulami dengan lirik-lirik indah memanaskan bangku penonton yang baru saja masuk ke ruang dewan. Ditambah sorakan dan tepukan gemuruh yang berjaya memecah kesunyian ketika di awal kemasukan Reza ke dewan, dia semakin bersemangat melontarkan vokal lunaknya. Gemersik muzik daripada alunan instrumen gitar, biola, violin, drum dan bass seakan cukup rasa dan sifatnya membuatkan penonton terus asyik dibuai bunyi-bunyian yang indah. Pencahayaan yang seimbang dan rentak akustik yang dibawakan juga cukup santai dan bersahaja sehingga membuatkan penonton berasa dekat dengan penyanyi berkulit hitam manis itu. Istimewanya, Reza bijak memilih artis undangan untuk berganding menyumbangkan vokal dan skil masing-masing dalam lagu tertentu. Kemunculan istimewa pemain gitar Ad Samad ketika lagu For Her terus menghangatkan dewan gah itu. Gandingan petikan gitar yang bersahaja dan unik berjaya membuatkan penonton tergamam seketika dek alunan petikan gitar yang mengasyikkan. Penonton terus dihujani pelbagai kejutan apabila Reza membawa Liyana Fizi, penyanyi indie yang semakin meniti di bibir peminat muzik tanah air untuk sama-sama menyanyikan lagu Something Tells Me. Penampilan memukau Liyana melengkapkan gandingan mereka dan kelihatan secocok apabila digandingkan. Tambahan, lagu yang dimainkan juga agak 'catchy' dan terdengar usik-mengusik penonton melihat aksi romantis pasangan itu. Turut diundang bersama adalah pemain saksofon, Bonnie Raitt yang bersemangat berpadu tenaga meniup alat muzik itu untuk mengiringi lagu I Can't Make You Love Me di hujung nyanyian Reza Salleh. Zalila Lee meneruskan kehangatan malam itu dengan petikan gitarnya yang rancak diselang selikan dengan alunan suara Reza dalam lagu Putera Jaya hingga semua penonton yang hadir memberikan sorakan dan tepukan gemuruh menambahkan lagi kehangatan dewan yang agak sesak itu. Garapan muzik pada malam itu sememangnya cukup indah. Ditambah dengan barisan pemuzik yang berbakat besar, menjadi pilihan Reza untuk sama-sama berganding menjayakan konsert akustikanya yang dianggap satu penghormatan besar oleh DFP kepadanya sebagai pendatang baru dalam industri muzik tanah air. Antara barisan pemuzik adalah Melina William (bass), Nor Hanafi Nor Hadi (gitar), Stephanie Chan (drum), Sharon Chong (keyboard), Savy Ho (violin), Lim Jae Sern (violin), Lau Yew Hann (biola dan Florian Antier (cello). Keceriaan penonton seakan terhenti seketika apabila Reza bersama band dan koir daripada Filharmonik Selangor itu terus berlalu ke belakang pentas tanpa meluahkan sebarang kata-kata sebagai penutup tirai. Masih tidak mengenal erti puas, penonton kembali menyorak nama penyanyi yang pernah menghasilkan lagu untuk Yuna dan Najwa itu untuk kembali beraksi di atas pentas. Namun anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini bijak mengawal keadaan dan masuk ke panggung dengan bersahaja sekali gus menunjukkan sifatnya yang matang. Bagi menghargai sokongan dan kehadiran peminat yang tidak putus-putus memberikan sorakan dan tepukan pada malam itu, Reza merakamkan detik-detik manis penonton yang berada di dewan itu dan pantas muat naik gambar yang diambil ke laman sosial facebooknya. Mempersembahkan lagu terakhir pada malam itu, Encore: Smoke City, Reza kelihatan tidak puas untuk beraksi lagi di pentas yang pernah menampilkan Mia Palencia, Rachel Guerzo, Noryn Aziz dan kumpulan Akasha. Rata-rata pengunjung yang keluar dari dewan berprestij itu tersenyum puas terhadap persembahan yang disifatkan sebagai satu persembahan yang cukup memuaskan hati semua mata yang menonton. Reza Salleh yang cukup segak mengenakan suit berona hitam pada malam itu dilihat seolah-olah berpengalaman luas dalam persembahan pentas. google: reza salleh, reza salleh facebook, reza salleh blog, reza salleh twitter, reza salleh myspace, album reza salleh, single terbaru reza salleh, reza salleh 2011, gambar terbaru terkini reza salleh, berita terkini terbaru reza salleh, profile reza salleh, bio reza salleh, biodata reza salleh, foto terkini terbaru reza salleh, album terbaru reza salleh |
(Gambar) Zahrah ceriakan hidup Jimmy Posted: 30 Jun 2011 06:26 PM PDT KETIBAAN kami di rumah banglo dua tingkat milik keluarga mentua Jimmy Shanley pada Rabu lalu, disambut deretan kereta mewah. Beberapa wakil media menjangkakan tentu ramai tetamu yang bertandang untuk menziarah si comel, Zahrah Shanley. Bagaimanapun, sebaik kaki melangkah ke kediaman yang dihiasi perabot mewah milik usahawan kosmetik Datin Muniroh Kassim, banglo mewah itu ternyata sunyi. Datang bertandang ketika itu hanyalah kakak ipar Jimmy. Kami dipelawa Jimmy ke bilik tetamu, tempat dia dan buah hatinya menghabiskan masa bersama. Sudah dua hari kata Jimmy, dia menginap di bilik itu bersama Zahrah. Malah bilik yang dihiasi perabot dari tema warna keemasan itu dipenuhi pelbagai barangan si kecil. Sebuah almari putih yang diletakkan di tepi pintu bilik itu pula menempatkan pelbagai barangan Zahrah, terutama baju pelbagai gaya yang dibeli oleh neneknya. Kata Jimmy yang kelihatan ceria sejak bergelar bapa, dia tidak mahu melimpahkan Zahrah dengan kemewahan. Dia sendiri membeli barang-barang untuk puteri comelnya yang lahir pada 24 Jun lalu mengikut kemampuan. "Tumpuan saya hanyalah keada Zahrah. Segala masalah yang berlaku antara saya dengan isteri buat masa ini tolak ke tepi dulu. Saya seronok dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Sejak Isnin lalu, saya tidur di rumah mentua kerana ingin berada dekat dengan anak. "Sudah dua malam saya tidur dengan dia. Zahrah tidak menyusahkan. Dia tidak banyak ragam, kemungkinan dia faham masalah antara ibu dengan bapanya. Saya dan isteri bergilir-gilir menjaga Zahrah, ibu mentua juga banyak membantu. Kadang kala dia akan menemani saya menjaga Zahrah, ibu mentua juga menjadi orang tengah antara saya dengan isteri. "Kalau ada perkara yang ingin saya sampaikan kepada isteri, dia akan sampaikan. Mungkin selepas ini, Zahrah pula akan menjadi orang tengah. Saya berharap kehadiran Zahrah dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri," katanya. Kebetulan dia kini hanya terbabit untuk program Gala TV Plus di saluran Awani pada setiap petang pada hujung minggu. Justeru, dapatlah dia meluangkan banyak masa menjaga si kecil itu. Mungkin selepas isterinya habis tempoh berpantang, Jimmy berhasrat membawa pulang anaknya ke kediaman sendiri. Bagaimanapun, dia akan membawa pulang Zahrah secara baik kerana faham keluarga isterinya juga berhak ke atas bayi itu. Malah, Jimmy juga sanggup berkorban berulang alik dari rumahnya ke rumah mentuanya semata-mata untuk anaknya itu. "Kami akan sama-sama menjaga Zahrah. Tidak adil kalau saya mengambil Zahrah daripada ibunya walaupun jika diikutkan isteri perlu mendengar cakap suami. Walaupun ada masalah dengan isteri, kalau boleh saya tidak mahu mengheret Zahrah dalam masalah kami. Saya mahu dia membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayahnya. "Saya tidak mahu Zahrah hidup dalam keluarga yang porak peranda. Saya akan sentiasa mendoakan dia supaya menjadi seorang anak solehah," kata Jimmy yang menyerahkan nasibnya di tangan takdir. Biarpun diuji dengan ujian maha hebat ini, belum pernah lagi terlintas di hati bekas pengacara Trek Selebriti untuk mencari suri hidup yang lain, sekalipun ibu mentuanya tidak mempunyai halangan jika dia mahu berbuat demikian. Walau apa sekalipun yang terjadi, dia tidak akan berpisah dengan isterinya Suhaila Elaini kerana katanya perpisahan bukanlah jalan kepada penyelesaian masalah. "Saya perlu berfikir secara dewasa, hanya kematian yang akan memisahkan kami," kata Jimmy. Sementara itu, Muniroh yang setia menemani menantu dan cucunya ketika sesi fotografi ini ternyata seorang yang cukup 'sporting'. Sesekali dia mencelah ketika sesi temu bual, lagak mereka bagaikan seorang sahabat karib yang bebas untuk berkata apa saja. Katanya, sehingga kini, dia tidak berhenti daripada mencari penawar bagi memulihkan masalah rumah tangga anaknya. "Saya tidak nampak perkara ini datang dari hati dia. Pada waktu sama, kita juga kena percaya benda misteri. Saya akan terus berusaha untuk mengubati masalah anak saya. Saya percaya setiap penyakit pasti ada ubatnya, jadi saya yakin satu hari nanti masalah ini dapat diselesaikan," katanya. |
Posted: 30 Jun 2011 06:23 PM PDT Bukan hanya menjadi kegilaan peminat tetapi juga rebutan para produser di negara ini yang mahukan mereka berdua berlakon dalam filem masing-masing. Ternyata nilai bintang (star value) yang dimiliki oleh Lisa Surihani dan Shaheizy Sam telah meletakkan mereka di puncak tertinggi ketika ini. Sehinggakan ada khabar angin yang berhembus lembut mengatakan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam antara pelakon yang dibayar cukup tinggi untuk sesebuah filem. Apatah lagi, ditambah pula dengan gelaran Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang dimenangi mereka tahun lalu menguatkan lagi perkhabaran itu. Dengan populariti mereka itu juga, ia mampu menarik perhatian peminat filem tempatan untuk menonton filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab yang mula ditayangkan semalam (30 Jun). Harga Shaheizy Sam KALAU disingkap kembali diari seni Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa Sam ini, dia tidak mengecapi populariti dalam masa yang cukup singkat. Dia bermula dari bawah, merangkak perlahan-lahan sehinggalah dia berjaya membina namanya sebagai salah seorang aktor popular negara. Kredibiliti lakonannya juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Berilah apa sahaja watak kepadanya, dia tidak pernah gagal membawakannya dengan baik. Jika tidak, mana mungkin trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23 menjadi milik mutlaknya tahun lalu yang dimenanginya menerusi filem Evolusi KL Drift 2. Namun, ada suara-suara sumbang sudah kedengaran apabila mereka mula mempersoalkan kemunculan Sam yang begitu kerap di layar perak. Sehinggakan ada yang berkata dengan kekerapan itu telah menjejaskan sedikit lakonan Sam apabila hampir kesemua watak yang diberikan kepadanya hampir sama. Untuk tahun 2010 sahaja, Sam sudah membintangi lima buah filem berbanding hanya tiga sahaja pada 2009. Sementara itu, dianggarkan sebanyak lima buah filem lakonannya menanti giliran untuk ditayangkan di pawagam sehingga penghujung tahun ini iaitu Adnan Semp-It 2, 8 Jam, Bini-Biniku Gangster, Aku Ada...Kau Ada??? dan Songlap. Sambil melemparkan senyum, Sam menjawab segala pertanyaan itu dengan tenang dan memberitahu dia cukup sedar akan perihal itu. "Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu mengecewakan sesiapa dan dalam masa yang sama, saya akui sudah mula berasa penat untuk berlakon kerana tidak cukup rehat. "Bukan itu sahaja, untuk menghayati sesuatu watak itu, saya memerlukan persediaan yang cukup rapi. "Inilah harga yang perlu saya bayar menjadi seorang aktor dan kalau mahu merungut pun, tidak boleh kerana ini adalah jalan yang saya pilih," jelasnya dalam nada penuh diplomasi. Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd. Samad itu ditemui pada majlis tayangan filem Sekali Lagi anjuran DiGi di TGV Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Mahu berehat Demi menjaga portfolionya sebagai seorang aktor, Sam memberitahu dia kini mula memikirkan untuk berehat seketika dari dunia lakonan bermula tahun depan. "Saya tidak mahu cepat berasa bosan dan saya bimbang peminat serta penonton juga akan berasa seperti itu. Saya juga bimbang jika terlalu penat, ia akan memberi kesan kepada mutu lakonan saya juga. "Dalam masa yang sama, mungkin saya mahu mencari peluang lain dengan menerbitkan filem sendiri bersama kakak saya, Zizie Ezette. "Semuanya sebagai persediaan masa depan kerana dunia seni ini ibarat roda. Bukan selalu kita di atas dan apabila sampai satu tahap, kita akan berada di bawah juga," kata Sam yang memulakan karier lakonannya seawal usia 13 tahun menerusi filem pertamanya, Sama Tak Serupa pada tahun 1995. Barangkali ramai yang tidak tahu, rupa-rupanya Sam tidak gemar untuk menonton lakonannya sendiri di layar perak. Bukan mahu mendabik dada, tetapi kata Sam, adalah menjadi lumrah untuk anak seni sepertinya yang tidak pernah berasa puas dengan setiap lakonannya. Pelakon filem Kongsi dan Ngangkung ini juga memberitahu dia lebih selesa penonton dan peminat menilai hasil kerjanya berbanding dirinya sendiri. "Saya memang tidak suka mencari kelemahan sendiri dalam mana-mana filem atau drama yang saya bintangi. "Jika berkesempatan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem lakonan saya tetapi jika saya merasakan ia sudah mula menjatuhkan keyakinan saya, barulah saya akan berhenti menontonnya," jelasnya yang kini sibuk di lokasi filem Ngongkrong. Serasi dengan Lisa Menyentuh mengenai lakonannya dalam Sekali Lagi, Sam yang berusia 29 tahun itu memberitahu watak Arman banyak dipengaruhi oleh anak saudaranya. Kata Sam, sebagai Arman yang mengalami gangguan otak selepas pembedahan tumor sehingga berperwatakan seperti seorang kanak-kanak, dia sendiri mengkaji bagaimana pemikiran dan personaliti anak saudaranya itu. Ditanya mengenai keserasiannya dengan Lisa, aktor yang pernah menjadi bualan kerana lakonannya dalam drama Pa'e pada tahun 1998 itu, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon jelita itu. "Kami sudah lama berkenalan sejak dia berusia 14 tahun lagi manakala saya pula ketika itu baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. "Jadi, apabila digandingkan kali pertama dalam Sekali Lagi, saya tidak mempunyai masalah untuk berasa selesa dengan dia. Tetapi, dalam masa yang sama, saya tidak menafikan ada juga rasa gementar," katanya berseloroh sambil memandang ke arah Lisa di sebelahnya. Sekali Lagi uji Lisa SEBELUM ini, Lisa Surihani atau lebih mesra disapa sebagai Lisa itu begitu sinonim dengan aktor kacak, Farid Kamil. Empat filem yang dibintangi mereka iaitu Lagenda Budak Setan, Semerah Cinta Stilleto, V3 Samseng Jalanan dan I'm Not Single telah meletakkan mereka sebagai pasangan layar lebar yang cukup serasi. Apabila digandingkan kali pertama dengan Sam, aktres berusia 25 tahun itu mengakui gementar untuk berdampingan dengan aktor pujaan ramai itu. Walaupun sudah lama mengenali Sam, tetapi perasaan itu tetap berbeza sewaktu di lokasi penggambaran filem tersebut. "Sewaktu dengan Farid, saya memang tidak mengenalinya dan keserasian itu mula terbentuk apabila di lokasi. Tetapi, dengan Sam, saya perlu menjaga hatinya kerana bimbang tindak-tanduk saya membuatkannya tidak selesa atau janggal. "Dalam masa yang sama, portfolio Sam sebagai seorang aktor terkenal juga membuatkan saya gementar untuk berdampingan dengannya. "Dalam erti kata lain, filem ini memang memberikan cabaran yang berbeza dengan filem-filem lain yang pernah saya bintangi apabila watak Sheila ini merupakan seorang ibu tunggal," jelas Lisa yang mula mencipta nama menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2007. Sayang dengan Mia Sara Keserasiannya dengan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha juga membuatkan Lisa tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Mia Sara yang menjadi anaknya dalam filem Sekali Lagi. Mula digandingkan menerusi drama rantaian, Adamaya sekitar dua tahun lalu, Lisa dan Mia Sara dilihat cukup serasi di mata peminat. Kerana itulah, ada ketikanya, Lisa perlu menjadi begitu berhati-hati sewaktu adegan bersama Mia Sara kerana menyedari sensitiviti kanak-kanak comel itu. "Sebagai ibu dalam filem ini, saya perlu kawal emosi saya kerana tidak mahu hatinya cepat terusik dan terasa. "Jadi, kalau mahu melepaskan rasa marah dalam adegan membabitkan saya dengan Mia Sara, saya perlu melakukannya dengan membaling kerusi. "Selepas habis adegan itu, saya akan cepat memujuknya dengan mengatakan semua itu hanya lakonan dan saya tetap menyayanginya," cerita Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed yang akan muncul dengan filem Ombak Rindu penghujung tahun ini. |
Rozita Che Wan Rehat Seminggu Akibat Jatuh Tangga Posted: 30 Jun 2011 06:20 PM PDT Menurut Rozita, disebabkan kejadian tersebut ligamen kakinya itu koyak menyebabkan dia tidak boleh bergerak. "Saya baru sahaja pulang daripda penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Masa menaiki tangga, saya tergelincir menyebabkan saya terjatuh. "Pada awalnya saya fikir hanya jatuh biasa tapi ketika hendak tidur kaki mula sakit yang teramat sangat," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Tambahnya, dia segera menghubungi abang kandungnya untuk ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini, bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. "Semasa hendak mendapatkan rawatan itu, kaki saya terlalu sakit dan saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung oleh abang saya untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital. "Semasa doktor buat pemeriksaan x-ray dia hanya mendapati ligamen kaki saya hanya terkoyak. Nasib baik ia tak patah," katanya yang memberitahu kakinya masih lagi dibalut pada ketika ini. Katanya, disebabkan kecederaan tersebut dia diberi rehat selama seminggu dan terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran drama. "Doktor kata ia tidak teruk tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh. "Saya terpaksa membatalkan beberapa sesi fotografi dengan beberapa majalah dan tangguhkan beberapa penggambaran drama dalam masa seminggu ini," katanya. Rozita bakal memulakan penggambaran untuk drama khas Hari Raya iaitu Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung. |
Freddie Fernandez Kekal Presiden Karyawan Posted: 30 Jun 2011 06:19 PM PDT Mesyuarat kali ini dihadiri kira-kira 200 orang ahli bagi pemilihan jawatankuasa untuk penggal 2011-2013. Menurut Freddie, kehadiran ahli Karyawan dalam jumlah tersebut membuktikan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap perjuangan persatuan itu. "Kehadiran kira-kira 200 ahli pada mesyuarat ini sudah membuktikan bahawa mereka semua yakin pada perjuangan persatuan walaupun kami berdepan pelbagai fitnah dan serangan daripada pihak luar. "Berdasarkan sokongan yang diperoleh untuk AGM kali ini, saya yakin barisan AJK untuk tempoh tiga tahun akan datang adalah lebih perkasa berbanding sebelumnya. "Saya berharap agar barisan jawatankuasa yang dipilih ini akan dapat bergerak bersama-sama melaksanakan segala tanggungjawab dan perancangan untuk memperjuangkan hak-hak ahli dalam industri ini," katanya yang ditemui sejurus berakhirnya AGM12 yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini, Khamis. Selain Freddie, turut mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden adalah pelakon Radhi Khalid selepas mendapat 67 undian menewaskan Datuk Mat Noor. Datuk Freddie Fernandez kekal Presiden Karyawan untuk tiga penggal berturut-turut tanpa bertanding. Penyanyi veteran Datin Paduka Julie Sudiro pula kekal sebagai Setiausaha manakala pelakon dan model Mahzin dipilih sebagai Bendahari selepas mendapat 56 undian. Turut dilantik sebagai barisan AJK adalah penyanyi Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis, Fazli Zainal, komposer S. Atan dan pelakon Din Maidin. Freddie turut menambah, Karyawan juga bakal melantik lima lagi AJK dalam masa terdekat untuk menarik lebih ramai golongan artis menyertai persatuan itu dan membantu pelaksanaan perjuangan mereka. Dalam pada itu, Freddie turut bersyukur kerana desas-desus ancaman pihak luar untuk mengganggu mesyuarat berkenaan tidak berlaku dan majlis berjalan dengan lancar dan selamat. "Kami telah bersiap sedia dengan melaporkan ancaman itu kepada polis. Ada 10 polis dan pasukan Rela berkawal di sini untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. "Nampaknya ancaman yang kita terima itu tidak berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat," katanya. Selain sesi pemilihan AJK baru persatuan berkenaan bagi penggal 2011-2013, AGM12 turut mencapai matlamatnya dalam mengesahkan minit mesyuarat penggal sebelum ini, pembentangan laporan kewangan persatuan yang telah diaudit dan menerima laporan pelaksanaan kerja persatuan. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |