Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Eira Syazira Muncul Dengan Album Pertama Di Hati Ini Posted: 30 Jun 2011 07:26 AM PDT Eira Syazira Di Hati Ini Semuanya bermula apabila EIRA SYAZIRA (27) menyanyikan lagu tema untuk drama siri, CINTA BALKIS. Dari situ, nyanyian yang mulanya sekadar hobi buatnya, kini, menjadi sebahagian lagi karier dalam hidup EIRA SYAZIRA, selain bidang lakonan. Kemunculan album 'DI HATI INI,' berkonsepkan POP BALLAD, membuktikan penantian selama lebih setahun berbaloi apabila impian EIRA SYAZIRA selama ini dapat direalisasikan. Album 'DI HATI INI,' memuatkan lima buah lagu iaitu DI HATI INI, NOUREL AIN, SEMEMANGNYA, SISI DUKA dan BUKAN MIMPI KESIANGAN dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD. Berbicara mengenai album ini, EIRA SYAZIRA menceritakan pada mulanya nyanyian hanya untuk menghabiskan masa lapangnya. Namun, apabila diminta untuk menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri CINTA BALKIS, ianya benar-benar telah mengubah perjalanan hidupnya. "Apabila video klip 'ISTANA CINTA,' lagu tema drama tersebut dimuatnaik ke dalam Youtube, ianya mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Lebih dari 150 ribu pengunjung telah melihat video klip berkenaan dan mereka amat menyukainya," tambah EIRA SYAZIRA lagi, "Ditambah pula dengan sokongan peminat, telah memberikan saya kekuatan untuk terus menceburi bidang nyanyian," katanya. Status sebagai pelakon, tidak memberikan kelebihan kepada EIRA SYAZIRA untuk menceburi bidang nyanyian. Seperti individu lain, dia juga perlu menjalani ujibakat. EIRA SYAZIRA menceritkannya, " Pada awalnya saya telah pergi ke sesi ujibakat yang diaturkan oleh syarikat rakaman dengan bertemu ADNAN ABU HASSAN. Semasa menanti jawapan, ianya agak gementar. Akhirnya, ADNAN ABU HASSAN memberikan 'lampu hijau,' dan memberitahu saya mempunyai tona suara yang unik." Dengan sibuk dalam bidang lakonan, proses penghasilan album 'DI HATI INI,' agak perlahan. Ianya mengambil masa hampir setahun lebih untuk disiapkan. Namun, ianya ada hikmah tersendiri apabila dalam masa yang sama, EIRA SYAZIRA telah mendalami ilmu seni suara bersama guru vokal yang tidak asing lagi iaitu SITI HAJAR ISMAIL. Selain untuk memantapkan persembahannya nanti, dia juga telah mempelajari teknik tarian dengan Cikgu SHAZLAN, antara koreografer terbaik dalam industri. Dua buah lagu, iaitu DI HATI INI dan SISI DUKA, telah menjadi lagu tema untuk drama bersiri USTAZ AMIRUL yang disiarkan di TV3, baru-baru ini, menjadikan satu kelebihan buat album 'DI HATI INI.' Selain itu, sentuhan pengubah dan penulis lirik yang cukup berpengalaman seperti ADAM AHMAD, ADNAN ABU HASSAN, OTHMAN MOHAMAD, SYAZWAN SHUHAIMI dan HABSAH HASSAN, membuatkan lagu-lagu di dalam album ini mampu menarik minat pendengar. Album 'DI HATI INI,'nyanyian EIRA SYAZIRA, bakal berada di pasaran bermula Jun 2011 dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD. Selain itu, lagu-lagu yang berada di dalam album ini sudah mula ke udara di stesen-stesen radio tempatan. MENGENAI FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD Bermula dari detik itu, FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD tidak lagi menoleh ke belakang apabila menerbitkan album serta terlibat dalam penghasilan drama-drama tempatan. Antara artis yang pernah mencipta nama di bawah FGM ialah Adam Ahmad,Zaiton Sameon, Eddie Hamid, Liza Abdullah dayangku Intan, Kumpulan Bubble, M. Rizal, Normala Omar, Hail Amir, Urgent, Citra, Jitu, D'Semenggos dan ramai lagi. Buat masa ini, FG Music & Film (M) SDN BHD sedang memasarkan album-album artisnya seperti Nizam, Asha Fayyed, Buah Tangan (album kompilasi), Azad Jazmin, Emeer (Juara Program O La-la TV9), kumpulan Online juga album 'Di Hati Ini,' nyanyian Eira Syazira. Dalam pada itu, FG Music & Film (M) Sdn Bhd juga dalam proses rakaman menerbitkan album kompilasi untuk Adam Ahmad juga Zaiton Sameon, yang juga akan berduet untuk sebuah lagu baru. Album khas 'tribute' untuk Allahyarhamah Datin Rafeah Buang yang mana lagu duet beliau dengan dato' Ahmad jais akan dinyanyikan semula oleh bakat baru, Zura Ayu, iaitu lagu Selasihku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan. Selain itu juga, FGM akan menghasilkan sebuah kompilasi lagu-lagu Hari raya nyanyian artis-artis naungan serta sebuah lagu baru ciptaan Eddie Hamid, dinyanyikan oleh Zaiton Sameon, untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. Tags: adnan abu hassan, amat, balkis, Cinta, duka, Eira Syazira, hati ini, hikmah, hobi, karier, lampu, m sdn bhd, mimpi, pop ballad, ribu, selama, sisi, tona, video klip, youtube Tags: Album, Eira SyaziraClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Drama Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham & Fouziah Ghous Posted: 30 Jun 2011 07:03 AM PDT Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham Dan Fauziah Ghous Pada 3 Julai Di TV1 KUALA LUMPUR, 29 Jun – Seringkali cinta berjaya membutakan mata seseorang daripada melihat kebenaran yang hakikatnya terbentang di depan mata. Kerana cinta juga sesorang itu sanggup mengetepikan rasa curiga yang bersarang di jiwa. Namun bagaimana pula kiranya seseorang itu merasakan diri terdesak mendapatkan cinta sejati? Apatahlagi lelaki yang ditemui sebelum ini gagal menepati ciri-ciri pemuda budiman yang ikhlas dalam cinta. Sementelahan menjadi suami yang bertanggungjawab membimbing ke jalan yang kebenaran. Slot Panggung Ahad minggu ini menampilkan gandingan lakonan hebat Zamarul Hisham dan Fauziah Ghous dipertemukan dalam drama bertajuk Terlebih Sudah pada 3 Julai 2011, jam 10.00 pagi di TV1. Drama turut dibintangi pelakon hebat Khatijah Tan, Shahrol Nizam Noor, Aishah Md Desa dan Marsha Londoh ini mengisahkan seorang gadis bernama Nadira yang memang tidak betah hidup tanpa cinta. Sejak alam remaja, dia sudah mula punyai teman lelaki silih berganti. Namun belum satu pun yang mampu menjadi cinta agungnya. Dia nekad untuk 'bersara' dari bercinta untuk beberapa waktu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk merealisasikan impiannya itu. Dalam keluarganya, Nadira pula kaya dengan cinta dan kasih sayang dari ibunya, Marni, seorang ibu tunggal. Dia membesar dengan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi. Nadira bahagia sebegitu namun pada masa sama situasi tersebut dapat melupakannya daripada kesepian dan terdesak mendampingi lelaki sebagai calon suami. Nadira bertemu dengan Idham. Hubungan berjalan baik dan Idham yang baru bercinta melayan Nadira seperti puteri. Walau bagaimanapun Marni, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Idham kerana dia merasakan Idham terlalu obses dan terlalu mengambil berat terhadap Nadira. Ini menakutkan Marni dan risau akan keselamatan Nadira terutama apabila Nadira memutuskan untuk berkahwin dengan Idham. Rupa-rupanya Idham mengalami gangguan emosi dan masalah mental. Namun masih adakah cinta di hati Nadira? Sanggupkah dia sabar dan terus menerima Idham sebagai lelaki yang istimewa di hatinya? Saksikan babak menarik drama ini hanya di TV1. Tags: Bernama, bersara, budiman, cinta sejati, ciri ciri, fauziah, gandingan, gangguan emosi, hebat, kasih sayang, kebenaran, kesepian, Khatijah Tan, mampu, marni, marsha londoh, nadira, puteri, teman lelaki, Zamarul Hisham Tags: Drama, Fouziah Gous, Zamarul HisyamClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |