|  Sensasi  | 
| Filem Romantik Komedi:Sekali Lagi di pawagam 30 June 2011 Posted: 26 Jun 2011 09:38 PM PDT BINTANG Keseluruhan: 3.5 Plot: 3 Lakonan: 3.5 Efek Khas: 2.5 Sinematografi: 3.5 Tonton Filem ini jika anda suka: I Am Sam, Cinta. "Sekali Lagi", sebuah lagi filem  terbaru terbitan Metrowealth Picture Sdn.Bhd.(MIG) yang diterajui oleh  producer filem terkenal David Teo kali ini menampilkan pengarahan dari  sutradara baru aitu Hashim Rejab yang sebelum ini terkenal melalui hasil  pengarahnya melalui drama terbitan MIG dan juga pengarah ke-6 dibawah  skim 10 Pengarah Muda MIG. Pada 15minit pertama, dari segi  "First Impression" ketika menonton filem sulung Hashim Rejab ini, jalan  ceritanya tidak terlalu membosankan oleh kerana penonton akan terhibur  dengan persembahan watak dari Shaheizy Sam yang sungguh berbeza dari  watak-watak yang pernah dilakonkan oleh Sam. Chemistry watak ibu  & anak lakonan Lisa Surihani dan Mia Sara yang pernah ditonton  melalui drama "Adamaya" terbitan MIG masih lagi dapat dirasa &  disampaikan dengan sempurna oleh kedua-dua bintang ini. Filem MIG kali ini boleh dikatakan  amat berbeza dari filem yang pernah di terbit dan diarahkan oleh  pengarah-pengarah yang berbeza, walaupun terdapat feel dan  element kliseMIG yang dapat dipertontonkan. Namun dari sudut  teknikalnya, kali ini peningkatannya lebih tinggi dari filem bergenre  Romantik Komedi yang pernah di hasilkan oleh MIG. Harus dipuji juga dari sudut  pemilihan watak yang di persembahkan, watak Shila yang di lakonkan oleh  Lisa Surihani lebih menunjuk kematangan lakonan Lisa kali ini. Boleh  dilihat juga bagaimana Lisa mampu mengadaptasikan feel dan chemistrynya  apabila digandingan bersama Bront Palarae dan juga Shaheizy Sam.  Kombinasi Mia Sara dan Shaheizy Sam juga tidak kurang hebatnya, ini  mengingatkan Chen-chen kepada watak "Sam" dan "Lucy" yang dilakonkan  oleh Sean Penn dan Dakota Fanning melalui filem "I Am Sam" pada tahun  2001. Secara keseluruhan, jalan ceritanya amat ringkas dan menarik. Tidak terlalu berat mahupun rumit walaupun terdapat berberapa babak yang agak mengelirukan akan tetapi "twist" penceritaannya yang ringkas membuatkan penonton tidak dapat menjangkakan babak seterusnya. Dengan formula 1.5Juta peminat  Lisa Surihani, 800ribu peminat Shaheizy Sam dan Mia Sara di facebook,  pertaruhan David Teo kali ini  pasti mampu menarik perminat ketiga-tiga  bintang ini.... "Sekali Lagi" akan mula ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2011.. | 
| You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
