Adsense

Ahad, 26 Jun 2011

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley

Posted: 26 Jun 2011 07:59 PM PDT

GAMBAR ANAK JIMMY SHANLEY

Inilah wajah anak pertama Jimmy Shanley, Zahrah Shanley yang selamat dilahirkan pada hari Jumaat lalu (24 Jun 2011). Comel je nengok'nya.

Menurut Jimmy Shanley yang kami petik dari mStar Online:-

Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.

Seperti yang kami tuliskan pada post sebelum ini, semoga dengan kelahiran Zahrah Shanley ini, hubungan Jimmy dengan isteri akan kembali pulih.

+ Ditulis oleh Encik One

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Tahniah!) Jimmy Shanley Sudah Bergelar Ayah

Posted: 26 Jun 2011 06:19 AM PDT

GAMBAR ANAK PERTAMA JIMMY SHANLEY

Belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Jimmy Shanley kerana sudah bergelar ayah. Ini kerana, isterinya, Nursuhaila Eliani sudah selamat melahirkan anak perempuan pada 24 Jun (Jumaat) lalu di Putra Medical Center, Sungai Buloh.

Tapi sedihnya, semasa kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, dia tidak berada di sisi isterinya. Mungkin waktu tu Jimmy sibuk dengan jadual kerja yang padat atau Jimmy langsung tidak *ah! malas la nak cakap.

Kami doakan semoga dengan kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, hubungannya dengan isteri akan kembali pulih. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Oh ya, nama yang diberi kepada anak pertama Jimmy Shanley tu ialah Zahrah Shanley.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.