Adsense

Ahad, 26 Jun 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Wawa Amanda Yang Seksi Dan Menggoda

Posted: 25 Jun 2011 11:31 AM PDT









GEDIK, manja, perasan cantik dan mengada-ngada, itu karakter pertama memperkenalkan wanita muda dari Lahad Datu, Sabah ini sebagai pendatang baru ke pasaran lakonan.
Semuanya gara-gara tergerak hati mengirimkan profil kepada Metrowealth International Group (MIG) untuk mencuba nasib, empat bulan lalu.



Kena pada waktu, dia kemudian mendapat panggilan untuk ditawarkan peluang uji bakat seterusnya mengikat kontrak sebagai artis naungan syarikat yang diterajui David Teo itu.
"Waktu itu saya datang Kuala Lumpur untuk makan angin sahaja. Tak sangka profil yang dihantar mendapat perhatian untuk diberi watak dalam drama bersiri remaja, Klik," katanya sambil beritahu selama ini dia tidak pernah berlakon untuk mana-mana syarikat produksi.
Minat berlakon bercambah sejak di bangku sekolah bahkan ketika di tingkatan empat, pemilik nama Nurhawa Zainal Abidin atau Wawa, 19, terpilih sebagai Pelakon Terbaik dalam satu festival teater Inggeris peringkat negeri Sabah.
"Untuk watak Amanda dalam Klik, mulanya saya risau juga dengan penerimaan orang. Masuk-masuk berlakon sahaja dapat watak mengada-ngada, kena jadi manja padahal saya bukan begitu.
"Saya sendiri menyampah juga masa mula-mula tengok lakonan sendiri. Tapi, syukur, saya dapat respons positif.
"Satu perkara lagi, watak Amanda sangat gemarkan warna merah jambu padahal itulah warna paling saya tidak disukai, entah kenapa tetapi selepas Klik saya mula boleh terima (warna itu)," katanya yang ada digosipkan bercinta dengan pelakon, Ariel Zafril, 23, yang turut berlakon drama yang sama.
Cuba mempersiapkan diri dengan kerenah dunia artis, Wawa tidak terusik dengan khabar itu. Katanya: "Benar saya berkawan baik dengan Ariel, tapi hubungan kami sudah macam adik-beradik sebab kami berlakon drama yang sama.
"Saya kena bersedia daripada sekarang. Paling penting kena pandai jaga diri dan jaga maruah."
Menjadi sebahagian daripada keluarga besar MIG, Wawa percaya keputusan yang diambil mampu memberi ruang kepadanya untuk bergelar pelakon sepenuh masa.
"Saya sendiri masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekaranglah masanya untuk saya berusaha memantapkan skil lakonan," ucap pelakon yang meminati lakonan Erra Fazira dan Que Haidar itu serius.
Percaya waktu itu berputar, Wawa yakin walaupun baru bermula, masa untuk bakatnya mendapat kepercayaan ramai akan tiba.

Gambar Hannah Tan serba panas

Posted: 25 Jun 2011 11:15 AM PDT



Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan personaliti TV, Hannah Tan, anak kelahiran Penang. Bukan setakat penyanyi dan personaliti TV sahaja malah, Hannah Tan juga terkenal sebagai model terkenal dengan aksinya yang cukup tutzzz. Korang lihatlah sendiri yer, malas nak citer panjang lebar, memang ke arah gambar tue juga korang fokus. haha.