Adsense

Isnin, 27 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rezeki konsisten

Posted:

Rezeki konsisten

Rezeki konsisten



TIDAK dinafikan persaingan akhir yang membabitkan keempat-empat peserta pada malam final Maharaja Lawak pada malam Jumaat lalu berlangsung dalam keadaan yang cukup sengit kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri untuk muncul juara.

Misalnya, kumpulan Jozan dilihat berada di kelas yang tersendiri sejak bergandingan bersama dalam rancangan Raja Lawak selama empat musim, manakala Sepah pula cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom.

Nabil yang muncul satu-satunya sebagai peserta solo pula tidak boleh diketepikan memandangkan pernah dinobatkan sebagai bintang paling popular dan Jambu yang pada awalnya langsung tidak mendapat perhatian secara tiba-tiba sering tampil dengan aksi yang begitu menghiburkan saban minggu.

Namun, kejayaan Sepah untuk merangkul gelaran Maharaja Lawak adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Pesaing mereka iaitu Jozan sebenarnya dilihat sebagai calon pilihan untuk muncul sebagai juara sejak minggu yang pertama.

Malah, sebelum saingan akhir bermula, Jozan terus mendominasi kedudukan teratas menerusi undian yang diperolehi sebanyak 32 peratus, diikuti dengan Sepah (28 peratus), Nabil (25 peratus) dan Jambu (13 peratus).

Bagaimanapun, jangkaan awal ramai peminat untuk melihat Jozan merangkul gelaran Maharaja Lawak ternyata meleset sebaik Sepah diumumkan sebagai juara, manakala Jozan sekadar muncul naib juara, Nabil berada di tangga ketiga dan Jambu sekadar berpuas hati di tangga keempat.

Ternyata kejayaan Sepah yang dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff) itu tidak boleh disangkal berdasarkan kedua-dua persembahan pada malam tersebut.

Ditemui pada sesi sidang akhbar yang berlangsung selepas acara berakhir, Jeff yang mewakili rakan-rakannya dalam kumpulan Sepah berkata, mereka sebenarnya sangat terkejut dengan kejayaan yang diraih itu.

Menurut Jeff, kumpulannya itu sememangnya tidak pernah meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi untuk bergelar juara memandangkan persaingan ketiga-tiga peserta yang turut memberi saingan sengit.

"Berjaya sehingga ke peringkat akhir adalah satu kejayaan yang cukup besar buat kami. Walaupun merasai sedikit tekanan, namun kami hanya mampu untuk melakukan dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang telah diberi.

"Alhamdulillah, atas berkat doa kami yang tidak putus-putus akhirnya Allah telah memakbulkan doa kami untuk bergelar juara. Pada kami sudah tentu ini merupakan satu kejayaan yang tidak dijangka sama sekali," jelasnya.

Menurutnya, matlamat awal mereka untuk menyertai rancangan Maharaja Lawak ini adalah mahu menghiburkan orang ramai dan sekadar menanam impian untuk beraksi sehingga ke peringkat akhir sahaja.

Ditanya mengenai dirinya yang sempat mengalirkan air mata sebaik Sepah diumumkan sebagai juara, Jeff menjelaskan dia sebenarnya merasa sangat terharu atas kejayaan yang telah diberikan oleh-Nya.

"Adakalanya sebagai seorang manusia biasa, saya tidak nafikan sering lalai untuk melaksanakan segala suruhan yang diwajibkan. Bagaimanapun, kami masih diberikan rezeki untuk bergelar juara dan itu yang membuat saya rasa terharu.


KESINAMBUNGAN cerita dari minggu sebelum final dibawa ke peringkat final yang berjaya mencuri hati peminat mengundi Sepah.


"Lagipun kami berkecimpung dalam bidang komedi ini bukan hendak mencari nama atau populariti, sebaliknya mahu mencari rezeki untuk membantu keluarga memandangkan kami ini berasal dari golongan keluarga yang sederhana," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan Sepah iaitu Shuib yang juga merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah menganggap kejayaan yang diraih ini adalah rezeki untuk isterinya yang kini sedang mengandung empat bulan.

Ujarnya, dia sendiri juga tidak menyangka Sepah akan muncul juara dan sebelum saingan akhir bermula, mereka mencapai kata sepakat untuk melakukan yang terbaik tanpa menghiraukan sebarang tekanan yang dilalui.

"Bayangkan selama empat malam sebelum acara akhir kami tidak dapat tidur yang cukup kerana terlalu memikirkan jalan cerita yang hendak disampaikan. Jadi kami memang rasa sangat tertekan dengan keadaan itu.

"Mungkin ada juga yang akan kurang percaya kalau kami katakan idea untuk kedua-dua persembahan hanya hadir beberapa jam sebelum acara akhir berlangsung. Itulah cabaran yang terpaksa kami lalui dan sangat bersyukur kerana segala usaha kami telah mencapai kejayaan," ujarnya.

Selain berjaya merangkul gelaran Maharaja Lawak, kumpulan Sepah berjaya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan iaitu wang tunai sebanyak RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kecewa

Biarpun diletakkan sebagai peserta pilihan untuk muncul sebagai juara, namun kumpulan Jozan yang diwakili Mohd Yazid Lim Mohd. Aziz (Johan) dan Mohd. Razizan Abd. Razak (Zizan) akhirnya sekadar berpuas hati mendapat tempat kedua.

Mengakui sedikit kecewa dengan kegagalan tersebut, Johan menjelaskan dapat terus bertahan sehingga layak ke peringkat akhir adalah satu kejayaan yang cukup bermakna buat mereka berdua.

"Kalau nak diikutkan perasaan kecewa itu saya sudah rasainya sejak awal-awal lagi kerana persembahan kami yang agak kurang menyerlah. Namun, kami telah berusaha dengan sedaya upaya agar tidak menghampakan peminat yang menyokong kami selama ini.

"Saya rasa kumpulan Sepah memang layak untuk bergelar juara memandangkan persembahan mereka yang konsisten setiap minggu. Walaupun sekadar membawa pulang wang tunai RM250,000, tapi bagi kami ia adalah hadiah yang cukup lumayan," ujarnya.

Sementara bagi Zizan pula, dia sangat berterima kasih kepada para peminat yang tidak jemu-jemu untuk menyokong dan mengundi mereka sehingga dapat beraksi ke peringkat akhir.

Menurutnya, tidak dinafikan memang ada peminat yang kecewa dengan kegagalan Jozan untuk muncul juara, tetapi mereka sudah melakukan yang terbaik dan terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.

Sewaktu kami diumukan sekadar muncul naib juara, saya ada melihat tempat duduk penyokong kami dan terdapat kekecewaan pada riak wajah mereka. Namun, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diperoleh ini," ujarnya.

Sokongan peminat

Merupakan satu-satunya peserta solo yang layak beraksi sehingga ke peringkat akhir, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil mengakui dia terpaksa berhadapan cabaran yang cukup besar untuk bersaing dengan tiga buah kumpulan.

Menurut Nabil, mulanya dia menjangka akan tersingkir pada minggu yang pertama lagi berdasarkan persembahan mantap kesemua peserta yang bertanding dalam rancangan Maharaja Lawak ini.


KUMPULAN Sepah menjadi juara sulung program Maharaja Lawak yang menghimpunkan juara-juara dari program Raja Lawak terdahulu.


"Memang bukan mudah untuk peserta solo seperti saya dapat meneruskan saingan kerana peserta berkumpulan mempunyai kelebihan kerana setiap ahli kumpulannya ada peminat masing-masing.

"Jadi, saya merasakan peminatlah yang banyak berjasa sehingga saya dapat terus bertahan ke tahap ini. Tanpa sokongan mereka, sudah tentu saya tidak akan beraksi di pentas final," ujarnya.

Sementara itu, kejayaan kumpulan Jambu untuk berada dalam kelompok empat yang terbaik merupakan satu kejayaan yang cukup bermakna buat Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).

Meskipun sekadar berada di kedudukan yang keempat, bagi mereka ia adalah satu kejayaan dan kepuasan yang tidak ternilai memandangkan mereka bukanlah antara peserta pilihan pada awal-awal rancangan Maharaja Lawak.

"Memang diakui ketika kami mula menyertai rancangan ini, kumpulan Jambu bukanlah menjadi perhatian ramai. Namun dengan peningkatan persembahan yang ditunjukkan saban minggu, kami semakin mendapat sokongan ramai.

"Walaupun pada awalnya persembahan kami menunjukkan peningkatan dan semakin merosot sejak dua atau tiga minggu yang terakhir, tetapi usaha yang berterusan dan sokongan peminat setia banyak membantu untuk kami untuk layak beraksi di pentas akhir," jelas Taukeh.

Ditanya mengenai kemerosotan persembahan mereka, Yus menjelaskan bahawa salah satu puncanya adalah disebabkan masing-masing sibuk dengan jadual lakonan sehingga membataskan masa untuk mereka bersama.

Dengan kejayaan menduduki tangga yang ketiga dan keempat, setiap peserta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 dan RM50,000 berserta trofi sumbangan pihak Astro.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GIG TV9 himpun band rock

Posted:

GIG TV9 himpun band rock

GIG TV9 himpun band rock

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN pemuzik baharu yang terlibat dalam konsert GIG TV9.


KETIKA ini, saluran TV9 dilihat semakin agresif menganjurkan pelbagai acara menarik dalam usaha mereka untuk menarik lebih ramai penonton terutamanya golongan muda menonton saluran tersebut.

Setelah menganjurkan konsert Be Part Of The Moment sempena sambutan ulang tahun kelima saluran tersebut bulan lalu, kali ini mereka akan menganjurkan pula karnival dan konsert rock GIG TV9 dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DiGi.

Akan berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 Julai ini di I-City Shah Alam, Selangor, penganjuran karnival dan konsert berkenaan bertujuan untuk memeriahkan lagi industri muzik indie yang semakin berkembang ketika ini.

Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin, berkata, pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan seperti persembahan artis indie terkenal, pertandingan Battle Of The Indie Bands dan bengkel muzik.

"Acara ini adalah salah satu acara terbesar yang dianjurkan oleh pihak TV9 pada tahun ini dan ia telah dirancang sejak awal tahun yang lalu.

"Memandangkan sasaran kami adalah kepada golongan muda, maka artis yang akan membuat persembahan juga adalah terdiri daripada artis indie yang cukup popular di kalangan golongan tersebut," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Tambah Sherina lagi, acara yang berlangsung pada hari pertama itu akan dimeriahkan dengan persembahan artis indie tempatan seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewritter dan Projek Pistol.

Sementara pada hari kedua, para pengunjung akan dimeriahkan dengan artis yang mempunyai nama besar dalam persada muzik tanah air seperti kumpulan Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense.

Selain konsert secara besar-besaran, Sherina juga memberitahu satu bengkel muzik secara percuma akan turut diadakan dan hanya terhad kepada 100 pengunjung.

"Sewaktu bengkel berkenaan, kami akan mengundang beberapa individu yang berjaya dalam industri hiburan di negara ini untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang dunia muzik," ujarnya.

Sementara itu, pihak TV9 turut memberi peluang kepada kumpulan indie di seluruh Malaysia untuk mengembangkan lagi bakat mereka menerusi satu pertandingan yang dikenali sebagai Battle Of The Indie Bands.

Untuk pertandingan tersebut, sebanyak lapan buah kumpulan telah terpilih ke peringkat akhir iaitu The Jespers, Oh Chentaku, Pop Konspirasy, Bintang Batu, Broken Riffs, BeforeAfters, Pheelers dan Skudap Skudip.

"Tentang pemilihan kumpulan yang layak ke peringkat akhir, ia dibuat berdasarkan penyertaan yang kami buka menerusi laman web TV9 pada awal bulan Jun lalu.

"Sebanyak 200 penyertaan yang kami terima dalam tempoh seminggu dan pemilihan dibuat dengan cara memilih lagu-lagu yang telah dimuat naik oleh mereka melalui laman web," jelasnya.

Bagaimanapun, hanya lapan kumpulan sahaja yang terpilih ke peringkat akhir untuk bersaing pada konsert rock GIG TV9 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

"Lapan kumpulan yang bertanding itu akan bersaing bagi merebut empat tempat ke peringkat akhir yang akan diadakan pada keesokan harinya dan kumpulan yang muncul juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blake yakin jadi isteri Dicaprio

Posted:

Blake yakin jadi isteri Dicaprio

Blake yakin jadi isteri Dicaprio


BLAKE LIVELY


HUBUNGAN kasih yang terjalin antara dua bintang kelas A Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Blake Lively seperti semakin mendalam. Tak hanya bercuti bersama, Blake juga mengaku dirinya sudah punya firasat bahawa dia akan menjadi isteri DiCaprio!

Kenyataan Blake itu memang cukup mengejutkan. Ini kerana hubungan cinta mereka masih boleh dikata terlalu hijau selepas DiCaprio putus cinta dengan kekasihnya, Bar Rafaeli kurang dua bulan lalu.

"Ketika saya berusia 9 tahun, saya sudah punya firasat bahawa saya akan menyanyi dengan Leonardo DiCaprio," ujar aktres tersebut kepada majalah Now!.

Menurut satu sumber, pernyataan yang diberitahu Blake itu seperti disambut baik oleh DiCaprio yang dikatakan sudah larut dalam asmara bersama aktres yang terkenal dengan drama siri Gossip Girls itu.

"Dia (DiCaprio) benar-benar suka pada Blake. Dia pernah cakap, dia tak pernah merasa seperti ini sebelumnya dan dia juga terkejut. Dia sangat bahagia," ujar sumber tersebut.

Pasangan muda ini memang sering dilihat bersama menikmati liburan romantis di Itali, malah juga telah mengunjungi Disneyland bersama baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.