Adsense

Isnin, 27 Jun 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Isteri Jimmy Shanley telah selamat melahirkan anak perempuan

Posted: 26 Jun 2011 06:06 AM PDT


Petikan dari beutifulnara.com

"Menurut makcik merah yang paling merah di dunia ini, Redmummy, isteri Jimmy Shanley telah selamat melahirkan anak perempuan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Menurut Redmummy lagi, Jimmy telah dapat berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Zahrah Shanley. Mungkin akibat terharu, Jimmy menangis kegembiraan menatap wajah anaknya.

Apa pun semoga kelahiran anak Jimmy Shanley dan isteri akan menjernihkan kembali hubungan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Nanti Abang Nara akan update gambar anak Jimmy Shanley jika ada. Terima kasih kepada Redmummy untuk info ini. Kalau dia tipu maka Abang Nara pun tipulah jugak. Hehehehe."

Update:

Gambar anak jimmy shanley dan isterinya;  kredit kepada ohbulan




gambar anak jimmy shanley, bayi jimmy shanley, nama anak jimmy shanley, nama bayi jimmy shanley, gambar terbaru anak bayi jimmy shanley, jimmy shanley 2011, gambar anak jimmy shanley terbaru terkini


Gambar terbaru terkini lisa surihani 2011

Posted: 26 Jun 2011 06:03 AM PDT



Zarina belajar urus sendiri

Posted: 26 Jun 2011 05:56 AM PDT


TANPA syarikat rakaman yang menyokong kerjaya seninya, Sharifah Zarina Wan Hassan, 30, terpaksa bergerak sendiri termasuk menghantar cakera padat single terbarunya kepada stesen radio. Dengan pengalaman barunya itu, barulah dia tahu pahit getir kerja seorang perhubungan awam (PR) untuk memasarkan produk artis mereka.

Kalau diterima stesen radio, senanglah kerja tetapi kalau ditolak kerana alasan kualiti lagu dan sebagainya, susahlah jadinya. Kini, turun naik tangga stesen radio sudah menjadi perkara biasa kepada Zarina. Pun begitu dia bernasib baik kerana sejak mula melangkah dalam arena seni suara sehingga sekarang, suaminya, Buswani Abdullah, menyokong minat dan kariernya.














Belanja sebanyak RM12,000 untuk membeli dua lagu daripada Ajai yang menjadi single terbarunya, Dalam Dakapan dan Suratan Yang Menyakitkan dikeluarkan Buswani. Apabila menggunakan duit sendiri, kenalah buat betul-betul.

"Lima tahun menyepi, saya mahu memberikan yang terbaik buat peminat dan tak kisah berhabis untuk dapatkan khidmat komposer terbaik. Alhamdulillah, suami begitu menyokong karier nyanyian saya dan tidak berkira mengeluarkan duitnya asal saya boleh terus berada dalam bidang ini.


"Tetapi saya dan suami belum mampu untuk mengambil pengurus atau pembantu peribadi untuk membantu saya. Sekarang barulah saya tahu susah apabila semua kena buat sendiri tetapi dengan apa yang saya lalui ini, masa akan datang ia akan jadi mudah dan orang pun tak boleh hendak kelentong saya.



"Sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, saya tiada masalah dengan sesiapa termasuk wartawan, jadi tidaklah susah untuk mendapatkan kerjasama pihak media. Saya juga kenal dengan PR lain, kalau ada yang tak tahu, saya tanya mereka. Sebab itulah perlu menjaga hubungan baik dengan semua pihak kerana kita tak tahu masa depan kita macam mana.

"Jika sebelum ini ada orang yang mengaturkan janji temu dengan wartawan, carikan baju dan sebagainya, sekarang saya kena cari sendiri. Bayangkan kalau saya bermusuh dengan orang, tentu tak ada yang mahu memberikan kerjasama.

"Insya-Allah jika sambutan terhadap lagu itu bagus dan saya pun banyak mendapat undangan mengadakan persembahan, mungkin saya akan fikirkan untuk mendapatkan pembantu tetapi hendak mencari yang jujur itu susah. Mungkin secara sambilan dulu. Setakat ini, saya boleh buat sendiri kerana anak-anak pun semakin besar dan ada pembantu rumah," katanya.

Bercakap mengenai singlenya itu, jelas Zarina, lagu Dalam Dakapan agak kurang mendapat sambutan kerana ia berentak laju iaitu corak muzik yang jarang sekali dinyanyikannya. Lagu itu ke udara Januari lalu dan pada Mac, ia mulai perlahan.

"Saya cuba membawa pembaharuan tetapi nampaknya peminat tak berapa suka.
Mereka lebih suka saya menyanyikan lagu balada seperti lagu Langit Ketujuh. Saya perlu juga ada lagu rentak laju untuk membuat persembahan di pentas.

"Oleh itu untuk single kedua, saya mempertaruhkan Suratan Yang Menyakitkan. Ia juga dijadikan lagu tema untuk drama Si Jundai yang mengisi Slot Legenda, TV3. Drama 20 episod itu mula disiarkan minggu depan. Saya pun tak tahu macam pihak produksi drama itu tahu mengenai lagu itu. Apapun saya harap lagu itu akan diminati ramai kerana ramai yang puji lagu itu sedap.

"Saya harap dengan bantuan stesen radio, lagu itu akan disukai ramai. Saya merancang untuk buat klip video tetapi kalau lagu itu tidak diputarkan di radio, sia-sia saja saya membuatnya. Kos pembikinannya bukan murah apatah lagi saya penyanyi lama, mesti hendak buat yang terbaik. Selepas lima tahun tidak aktif menyanyi, tahun ini saya mahu buat kemunculan semula dan memberi impak kepada dunia nyanyian," katanya.

Sebelum ini, Zarina dan suaminya, mengusahakan restoran nasi ayam penyet tetapi rezeki mereka dalam perniagaan makanan itu tidak panjang kerana pelbagai masalah dihadapi.

"Sayang sangat kecewa apabila terpaksa menutup restoran itu. Suami suka berniaga dan sejak dulu lagi dia buat katering secara kecil-kecilan. Apabila ada pihak yang menawarkan untuk mengambil alih restoran itu, kami menerimanya dengan tangan terbuka. Tetapi sepanjang tiga tahun mengusahakannya, ada saja masalah termasuk dengan pekerja.

"Bila ditegur mereka terus tak datang kerja. Setiap hari hendak pergi berniaga, rasa takut kerana bimbang siapa pula yang tak datang kerja hari ini. Orang kepercayaan pun tak boleh diharap. Dek kerana terpaksa menumpukan kepada restoran itu, saya tak boleh benda lain kerana suami masih dengan kerja tetapnya. Mujur dia tidak berhenti kerja, kalau tak bila sudah jadi begini, tentu kalut dibuatnya.

"Tak mahu terus menanggung beban dan tekanan terpaksalah kami menjual perniagaan itu kepada orang lain. Dapatlah pulangan balik. Suami sangat sedih di mana hari terakhir urusan jual beli restoran itu, dia tak datang ke premis dan sayalah yang menguruskannya.

"Selepas bersetuju untuk mengambil alih restoran itu dulu, kami berdua sanggup belajar buat bakso terutama bebola daging di Indonesia. Kami mahu menghidangkan yang terbaik untuk pengunjung. Menariknya di sana ada akademi belajar buat bakso yang dinamakan Akademi Bakso.

"Suami saya beli mesin buat bakso dan dia masih simpan. Siapa tahu suatu hari nanti, kami akan membuka restoran semula. Kami belajar daripada pengalaman lepas," katanya.

Sekarang selepas 'melepaskan' restorannya itu kepada orang lain, barulah Zarina dapat bergerak bebas dan aktif menyanyi semula.

"Ketika menguruskan restoran, saya tiada masa buat kerja lain tetapi bila mengingatkan yang perniagaan itu untuk masa depan kami sekeluarga, saya sanggup berkorban. Pun begitu, apabila sudah jadi macam-macam, lebih baik lepaskan saja," katanya.

Gimik murahan Marsha

Posted: 26 Jun 2011 05:53 AM PDT


KETERUJAAN Marsha untuk menjual lagu baharu serta keghairahan media untuk mengejar skop berita melahirkan satu berita palsu yang tersiar di muka depan akhbar. Susulan daripada berita yang tersebar luas itu, barulah terbit kenyataan sebenar daripada pihak artis terbabit, kononnya berita itu hanyalah gimik dan mereka geli hati kerana bahan gimik itu dianggap serius sehingga terpampang di muka depan akhbar.

Bermain nakal dengan status perkahwinan seperti yang dilakukan Marsha Milan Londoh, 26, kononnya sudah berkahwin secara senyap-senyap, Ahad lalu, cukup untuk memberikan satu justifikasi akan kedangkalan akal siapapun di antara kita, artis bahkan media sendiri.

Apabila sudah riuh sekampung, padahnya, barulah pelakon Kum Kum The Series itu memohon maaf bahawa semua itu salah faham dan satu tindakan yang langsung tidak disengajakan.

"Semua itu salah faham dan tindakan langsung tidak disengajakan," kata Marsha bagi menjelaskan kenyataannya.

Sambil menafikan kenyataannya sebagai satu tindakan terancang dengan niat untuk mencipta kontroversi. Marsha mengakui bahawa dia menulis beberapa status di laman sosial Twitter miliknya tentang perkahwinan berkenaan.

Hakikatnya, perkahwinan olok-olok itu hanya babak dalam muzik video lagu baharunya, Bila yang menjalani penggambaran di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada Ahad lalu. Klip video berkenaan mengisahkan Marsha menjadi seorang pengantin.

"Bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat naik di laman sosial Facebook.

"Saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi," katanya yang menyifatkan kontroversi itu satu pengajaran buatnya sebagai seorang selebriti.

Sensasi Bintang: Ada yang beranggapan tindakan Marsha memain-mainkan media dan itu satu tindakan kurang bijak.

MARSHA: Mulanya perkara itu hanyalah antara saya dengan pengikut di laman Twitter. Memang ada saya menulis tentang perkahwinan tapi saya tak pernah tulis bahawa saya sudah berkahwin dengan sesiapa dan bila. Bila ada pihak media telefon, saya kata semuanya akan dijelaskan dalam satu kenyataan tapi memang saya tak sangka ia akan jadi isu besar.



Jika selepas ini, anda digelar miss gimik atau miss propa, bagaimana?

Saya sudah tidak ambil peduli dengan apa yang orang luar akan fikir pasal saya, sebelum inipun saya sudah dikecam macam-macam.

Tidak takut hilang kepercayaan peminat atau media selepas ini?

Itulah yang sedang saya fikirkan sekarang. Apa-apapun dan siapapun saya, periuk nasi saya ditentukan juga oleh peminat, kalau tiada peminat susah juga. Begitu juga dengan media. Tapi, saya kena terus pandang ke hadapan, apa yang sudah berlaku tetap berlaku, untuk masa akan datang, saya belum tahu lagi.

Dengarnya Marsha sudah berbaik dengan bekas kekasih dan dalam proses untuk menamatkan zaman solo?

Saya masih bujang dan belum berkahwin, hubungan dengan si dia juga okey. Tapi sebab insiden itu, ramai yang bertanya sendiri kepadanya. Fasal kahwin, lambat lagi agaknya, sekarang belum fikir lagi.

Apakah semua ini berlaku kerana keterujaan melampau Marsha untuk meraih publisiti murah terhadap lagu baharu itu?

Boleh dikatakan begitulah. Saya tertekan sebenarnya tetapi dalam tertekan begini ada juga hikmahnya, orang semakin ambil tahu apa yang menariknya lagu Bila itu. Pernah sekali, dalam masa sejam sahaja, klip video pembikin lagu itu dilihat oleh 371 pengunjung di Internet.

Siapa orang paling terkejut apabila anda didakwa berkahwin?

Adik-beradik dan keluarga saya. Saya lupa hendak beritahu mereka sebelum berita itu tersiar. Adik saya telefon dan tanyakan kesahihan berita tapi keluarga saya okey, mereka faham dan tak ambil serius soal itu.

Apa pengajaran yang mungkin boleh dijadikan sempadan?

Apa-apapun, saya kena jadi orang lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Kena fikir masak-masak dulu.

Nabihan galas lima watak

Posted: 26 Jun 2011 05:52 AM PDT


SEBUT sahaja nama Nabihan Yaacob dalam kalangan penggiat teater Melayu, pasti ramai yang masih kabur dengan nama tersebut.

Biarpun dia berketurunan Melayu, tetapi Nabihan, 27, lebih dikenali dalam kalangan peminat teater berbahasa Inggeris.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur itu pernah menjadi penggerak kepada beberapa buah teater Inggeris termasuk Ismail: The Last days, Indicinelive, A Midsumer Night's Dream dan Single Worded Title.

Walaupun menjadi pelakon teater tidak mempopularkan dirinya seperti menjadi penghias layar filem mahupun drama, Nabihan optimis terhadap kerjaya yang dianggapnya memberikan kepuasan.

Kata gadis berkulit putih itu, dia memasuki dunia lakonan teater bukan mengharap popular semata-mata tetapi bidang itu membuatkannya bebas dengan kehidupan sendiri.

"Saya meninggalkan kerja sebagai eksekutif di syarikat swasta pada 2008 semata-mata untuk memberi perhatian kepada teater.

"Saya meminati teater kerana ia tidak menyekat kebebasan diri saya seperti bekerja di pejabat yang terikat dengan tugasan rutin," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Berbicara soal impian, Nabihan yang pernah berlakon teater bahasa Melayu berjudul Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli itu bersedia untuk berlakon dalam persembahan yang menggunakan dialek Kelantan.

Bukan kerana tidak menggemari teater dalam bahasa Kebangsaan tetapi katanya, dia kurang yakin untuk menuturkannya di atas pentas.

"Dalam pertuturan harian di rumah, saya sering menggunakan bahasa Inggeris dan dialek Kelantan.

"Bukan saya tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi ketika di pentas saya akan tersasul menggunakan dialek Kelantan.

"Kadang-kadang ada antara kawan-kawan yang geli hati dengan pertuturan saya. Jadi saya rasa lebih selesa untuk berlakon dalam teater Inggeris," kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.


NABIHAN selesa berbahasa Kelantan dan Inggeris dalam percakapannya.

Nabihan yang kini tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya pernah menetap di Amerika Syarikat dan Australia sebelum terjun dalam bidang tersebut kira-kira tiga tahun lalu.

Wanita yang kedua-dua orang tuanya berasal dari negeri Cik Siti Wan kembang itu pantas mencipta nama biarpun baru setahun jagung bergiat dalam teater.

Dia yang berkebolehan bermain piano dan menggesek biola itu berharap diberi peluang membintangi teater dalam dialek Kelantan.

"Apa yang menarik dalam teater dalam dialek Kelantan adalah saya boleh melakukan addlip dan tidak terlalu terikat dengan skrip.

"Lagipun saya sangat fasih dalam bahasa tersebut. Jadi tiada masalah untuk saya melakonkan watak seperti dalam bahasa Inggeris," katanya.

Nabihan menghargai buah tangan arahan Norzizi Zulkifli yang menggabungkan naskhah Shakespeare berjudul Meet Summer Nights Dream dan Mak Yong dalam dialek Kelantan berjudul Titis Sakti.

Dalam perkembangan terbaharu, Nabihan bersama tujuh lagi rakannya bakal mementaskan teater berjudul Shakespeare Demystified: Julius Ceaser di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC).

Nabihan berperanan memegang lima watak termasuklah sebagai lelaki dalam teater yang akan dipentaskan pada 29 Jun hingga 3 Julai ini tersebut. Antaranya adalah sebagai Portia, Cobbler, Strato, Metellus Cimber dan penduduk kedua.

"Teater ini amat sesuai ditonton oleh remaja yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kerana ia akan memudahkan mereka untuk memahami kisah Julius Ceaser daripada buku teks kesusasteraan Inggeris," katanya ketika sesi fotografi bersama Kosmo! di KLPAC baru-baru ini.

nabihan, nabihan facebook, nabihan blog, nabihan twitter, nabihan bogel, nabihan seksi, nabihan hot, nabihan 2011, nabihan gambar, gambar nabihan, gambar terbaru terkini nabihan, nabihan kontroversi, drama nabihan, nabihan profil, nabihan bio, nabihan biodata

Jambu bertahta dihati

Posted: 26 Jun 2011 05:41 AM PDT


BUNGA tawa dan kelucuan menjadi selingan dalam sesi temu bual bersama duo Jambu baru-baru ini. Selebihnya nada mereka berbaris serius, menunjukkan bahawa kumpulan Jambu duduk pada suasana dan ketika yang benar. Kata Yus, mereka ini pelakon watak kelakar, seperti istilah khalayak, pelawak.

Gelombang Jambu pernah sampai ke radius yang lebih luas, mereka pernah mencipta stail dan fenomena sendiri. Lawak-lawak pecah perut mereka banyak yang boleh menjadi bahan hipnosis untuk membawa penonton masuk ke dalam lawak luar dimensi.

Di awal kemunculan, demam merah jambu di mana-mana, tanda ada peminat setia di mukim tersendiri. Mengambil peluang kedua yang diberikan umum dengan serius, Jambu memberi dan terus memberi jenaka pada setiap minggu Maharaja Lawak disiarkan. Tidak mahu mensia-siakan waktu kerana bukan hanya mahu dilihat maharaja di gelanggang sendiri, Jambu serta Taukeh ada misi dalam menggeletek hati umum.

Itu kuasa dua lelaki merah jambu itu, seorang pernah bergelar Juara Raja Lawak musim pertama manakala seorang lagi hanya mampu berada di tangga keempat pertandingan yang sama.

Kalah undian menang di hati

Sayangnya Jambu hilang momentum. Dua tiga minggu sebelum final Jumaat lalu, ramai menyifatkan termometer komedi mereka menunjukkan kemerosotan. Sedang elok menjadi peserta kegemaran ramai serta pihak juri, Jambu pudar sentuhan. Menjelang keputusan diumumkan, mereka menjadi finalis tercorot, di tangga keempat daripada empat finalis lain.


TAUKEH puas hati walaupun Jambu di tangga keempat.

Mahkota Maharaja Lawak serta hadiah utama wang tunai bernilai RM350,000 akhirnya menjadi milik Sepah manakala Jambu hanya redha dengan hadiah bernilai RM50,000 untuk dikongsi dua.

Hadiah tempat kedua bernilai RM250,000 milik Jozan manakala satu-satunya peserta solo Nabil, di tempat ketiga membolot hadiah RM150,000 secara mutlak.

"Kami tidak kecewa tapi siapa tak terkilan, sedikit rasa terkilan itu tetap ada bila sudah kalah begini. Apa yang penting, kami (Jambu) sudah mencuba dan mempersembahkan apa yang terbaik. Kami kalah di pentas ini tetapi rasanya kami menang di jiwa peminat kami. Saya yakin peminat Jambu juga tidak patah hati dengan persembahan kami semasa malam final," beritahu Taukeh sehabisnya Maharaja Lawak mengakhiri persaingan.

Mengakui berpuas hati dengan tugasan kedua berkonsepkan muzikal pada malam final, Yus akui, reputasi Jambu kurang impak untuk tugasan pertama yang bertemakan bebas. Dia juga menangis gembira apabila Sepah diumumkan juara.

"Memang saya sudah agak Jambu akan berada di kedudukan ini, saya juga jangka Sepah akan menang. Bila ramai yang kata Jambu merosot sejak beberapa minggu terakhir, saya juga akui perkara itu. Dapat berada di kalangan finalis Maharaja Lawak pun sudah satu kemenangan buat Jambu," katanya tenang.

Buat lawak mesej bonus

Regu merah jambu mewakilkan dua lelaki berwajah persis gengster, seorang berbadan gempal dan seorang lagi berfizikal sederhana, berkulit sawo matang. Bukan jejaka jambu, ironinya, mereka cuba menjadi jambu dengan pakaian warna merah jambu yang menjadi uniform mereka.

Rata-rata yang baru jatuh cinta atau sudah lama tersulam rasa dengan jenaka Maharaja Lawak terbuka perspektif.


JENAMA Jambu yang dijana dalam Maharaja Lawak akan dikekalkan oleh Taukeh dan Yus.

Selama ini ada yang menganggap jenaka hanya satu sisi hiburan yang kecil, ada juga yang menganggap itu hanya sisipan. Maharaja Lawak membuka satu gerbang lebih besar ke dalam dunia jenaka.

"Apabila mula berjenaka, ia bermaksud penonton sudah separuh terhipnosis. Ini sebahagian daripada elemen psiko. Kalau mereka berjaya memberi respons dengan gelak, maksudnya mereka sudah terhipnosis. Wujud perasaan suka, ini sudah menunjukkan kepandaian pelawak tersebut. Apa lagi kalau satu Malaysia ketawa bersama. Ini sudah menunjukkan sisi bijak pelawak. Itu adalah bonus," ujar Taukeh apabila dipetik faktor intelek dalam membikin jenaka.

Mengangguk dan mengiakan sahaja hujah Taukeh, Yus banyak berdiam. Sepertinya dia tidak memerlukan banyak dialog untuk membikin lawak, wajah serius serta mimik muka sahaja mampu untuk menggeletek mangsa.

"Dulu saya pemain teater, saya melakonkan watak lawak. Memang saya berwajah serius tapi kalau dalam jiwa itu ada komedi, tetap seseorang itu boleh jadi pelawak," seloroh Yus mengakui dirinya lelaki daripada spesies 'cute' kerana banyak memiliki sisi sensitif dan mudah terasa.

Liyana Jasmay - Tak jual mahal

Posted: 26 Jun 2011 05:40 AM PDT


Liyana Jasmay pentingkan filem bermutu dmei mempertahan namanya sebagai pelakon

BARANGKALI kerana saiz tubuhnya kecil, kredibiliti Liyana Jasmay sering dibayangi penampilan keanak-anakannya hingga ada segelintir pihak kurang mengambil serius siapa sebenarnya gadis berjiwa besar ini. Namun, jika diberi peluang menyelami apa yang terbenam di dasar hatinya, khalayak akan melihat keutuhan semangat gadis berusia 23 tahun yang tidak gentar diancam kemerosotan populariti.
Pernah dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22, manakala menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 juga mengangkat Liyana sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.

Bagaimanapun, gadis kelahiran Kuantan, Pahang itu tidak terlalu terdorong untuk mengejar dan mempertahankan takhta yang pernah menjadi miliknya. Sepanjang tahun ini, baru sekali Liyana ke lokasi untuk menyempurnakan sekuel Papadom 2 dan situasi itu tidak sedikit pun membuatkan dia gentar.

Bukan jual mahal tetapi kata Liyana, keutamaannya kini ialah produk berkualiti yang memberi jaminan untuk dia bertahan lama dalam industri.
"Untuk apa muka keluar di sana sini tetapi semua itu tidak membawa saya ke mana-mana. Saya tidak mahu hal itu terjadi kepada saya," kata Liyana menjelaskan pendiriannya.

Mungkin ada beranggapan Liyana cuba menutup peluangnya sendiri daripada berkembang, apatah lagi pembabitannya sebagai pelakon masih belum diuji pelbagai watak mencabar. Liyana mengakui hakikat itu, namun pendirian diambil bukan sekadar menurut kata hati.
Sebaliknya, Liyana turut mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang jauh lebih berpengalaman kerana enggan tersalah percaturan.

Liyana menjelaskan, kehadirannya dalam arena lakonan membawa misi yang berbeza daripada pelakon wanita lain kerana tidak mahu selamanya bergelar aktres dan selesa pada tempat yang sama. Sering juga katanya, orang beranggapan bakat lakonan seseorang itu akan diasah dengan latihan yang berterusan tetapi Liyana mempunyai pandangan sebaliknya.

"Jiwa dan nyawa sesuatu watak yang dilakonkan itu harus datang dari dalam diri. Mengawal pergerakan saraf dan olah tubuh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Disebabkan itu, saya sering mengingatkan diri kuantiti lakonan bukan menjamin kualiti dan kemantapan persembahan yang mahu saya persembahkan kepada khalayak.

"Industri sendiri sudah membuktikan perkara itu. Lihat saja nama seperti Sofia Jane, Umie Aida, Soffi Jikan dan Khir Rahman. Mereka tidak selalu berlakon tetapi sehingga hari ini industri menghargai dan mengangkat bakat mereka," katanya.

Liyana juga mengakui, industri filem di negara ini perlu berlaku adil dan memberi peluang kepada ramai anak muda berbakat untuk menghasilkan karya mereka. Bergaul dengan mereka yang berwawasan membuka mata pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Castello itu kepada pelbagai perkara baru.

"Ramai anak muda yang memiliki banyak idea bernas, malangnya langkah mereka terhalang kerana kekangan kewangan selain tidak diberi kepercayaan untuk mengetengahkan karya sendiri. Barangkali juga belum masanya kerana ketika ini, ramai pemain industri cuma memikirkan mengenai bisnes. Bukan tiada pengkarya yang mahu mengangkat nilai seni, cuma kita perlu tahu di mana haluan yang ingin dituju.

"Kita tidak boleh pantas menilai atau menjatuhkan hukum jika ada yang cuma mencari hiburan kerana mereka juga perlukan survival untuk terus berkarya," katanya.

Memberi contoh Syamsul Yusof sebagai pengarah muda yang berjaya dalam dunia showbiz, Liyana berkata, industri perlukan lebih ramai bakat baru seperti jejaka itu untuk terus maju.

Barangkali apa yang diimpikannya itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini, tetapi Liyana percaya, sedikit waktu lagi industri perfileman tempatan akan mengalami perubahan besar.

"Saya melihat diri saya sebagai wanita kuat kerana saya berdepan cabaran besar apabila memasuki sebuah dunia yang didominasi lelaki.

Ketika ini, saya cuma menerima segala idea dan menyerap segala kepandaian orang lain tetapi pada masa sama, membentuk acuan mengikut cara saya sendiri. Berikan saya sedikit masa untuk memperkukuhkan kedudukan dan mantapkan segala kekurangan, baru saya bersedia berkongsi segala-galanya dengan peminat," katanya.

Bukan lagi Liyana dulu

ENTAH kenapa, tingkah laku gadis yang petah melontarkan bicara ini sering disalahertikan oleh segelintir masyarakat yang seperti sentiasa mencari kesalahannya.

Malah, gurauan Liyana dengan pelakon, Fizz Fairuz di laman sosial Twitter, turut menjerat dirinya dalam kancah kontroversi sedangkan perbualan mereka itu jelas membayangkan ia sekadar senda gurau.

Liyana nyata terkesan dengan andaian membuta tuli segelintir pihak, lantas membuatkan dia semakin berhati-hati menyusun perkataan supaya tidak mengguris perasaan orang lain. Cukup sudah apa yang berlaku dan isu itu kata Liyana, tidak perlu diperbesarkan lagi kerana seluruh jiwa dan raganya kini disandarkan kepada filem, Tolong Awekku Pontianak yang menemui penonton bermula 7 Julai ini.

Cuma memegang watak pembantu, Liyana akui, dia sanggup menerima tawaran diberikan kerana ingin kembali bekerjasama dengan James Lee yang pernah bersamanya dalam produksi Histeria.

"Saya selesa dengan kerjanya. Biarpun ramai yang mempertikai apabila dia mengambil keputusan memasuki dunia komersial tetapi bagi saya, tiada salah dia mencuba.

"Kerja pengarahan seninya cukup bagus, malah saya senang bekerja dengan pengarah dan pasukan kerja yang sentiasa mengharapkan yang terbaik," katanya yang bergandingan dengan Sazzy Falak, Zahiril Azim dan Nurul Wahab dalam Tolong Awekku Pontianak.

INFO: Liyana Jasmay

Nama Komersial: Liyana atau Nana
Tarikh Lahir: 28 Mac 1988
Tempat Lahir: Kuantan, Pahang
Kerjaya: Pelakon, model, penyanyi
Pengiktirafan: Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 dan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009
Filem: Castello, Syaitan, Papadom, Histeria, Kami The Movie, Malaikat Maut, Gadoh, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-Pari, Niyang Rapik, Histeria, Misteri Jalan Lama, Khurafat & Senjakala
Drama: Kami, Cinta Si Rempit, Laila Sari, Puaka Niyang Rapik dan Ponti Anak Remaja
Album: Aku Tak Percaya Cinta