Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
ATTACK THE BLOCK Singkap Rahsia Makhluk Asing Posted: 03 Jun 2011 09:35 AM PDT Satu soalan yang seringkali diutarakan oleh para saintis dan ahli falsafah di seluruh dunia sejak sekian lama: apa yang akan terjadi sekiranya makhluk asing ganas mula menyerang kawasan perumahan di Selatan London. Terima kasih kepada Joe Cornish kerana menerusi filem pertamanya ATTACK THE BLOCK, persoalan ini akhirnya terjawab juga. Jawapannya, pertempuran 'buku bertemu ruas' pastinya meletus menerusi watak sekumpulan remaja atau lebih dikenali sebagai 'hoodies' (geng berhud) – yang mana di awal filem, mereka dipamerkan sebagai kumpulan remaja nakal yang menyamun seorang Jururawat pelatih yang naïf lakonan Jodie Whittaker ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Ia satu pertembungan hebat antara kejahatan luaran dan keperwiraan jatidiri yang mana elemen ini telah menarik minat Cornish untuk menjadikan golongan cemuhan masyarakat sebegini menjadi wira dalam tempoh semalaman. "Itulah yang membuatkan saya benar-benar teruja, cerita yang bermula dari seorang remaja yang nakal, gemar menyamun dan sebagainya," ujar Cornish. "Ia sesuatu yang menyeronokkan untuk ditulis, satu cabaran untuk mengubah perasaan empati sepanjang durasi filem." Meskipun ATTACK THE BLOCK yang mana judulnya merupakan satu penghormatan kepada sebuah filem Korea Selatan yang tidak begitu dikenali dengan meluas, iaitu Attack The Gas Station – merupakan sebuah filem sains fiksyen tulen yang mengangkut kiasan dan konvensyen genre ini kepada sebuah blok perumahan yang sarat dengan kehidupan di mana kisah sebenarnya adalah sesuatu yang lazim berlaku dalam hidup kita seharian. "Sekumpulan remaja telah menyamun dompet saya dengan menggunakan kekerasan," terang Cornish menceritakan sebuah insiden yang melibatkan dirinya sekitar tahun 2001. "Saya mengaku saya memang seorang yang penakut, jadi saya serahkan semua barangan berharga yang ada." Ternyata, perasaan itu tidak lenyap begitu sahaja. Meskipun mereka sempat melarikan diri dengan barangan berharga miliknya, namun perlakuan tersebut membuatkan Cornish kesal. "Saya terkejut mengenangkan betapa mudanya usia mereka, dan memikirkan kemungkinan bertembung dengan mereka setiap hari di taman. Malah, ada kemungkinan juga kami berada pada tahap pencapaian yang sama dalam permainan simulator Call Of Duty!" Beberapa bulan selepas itu, dia menonton filem sains fiksyen seram arahan M. Night Shyamalan, Signs, dan ketika itulah munculnya idea unuk menghasilkan filem ini. "Signs mengingatkan saya tentang skrip tulisan John Sayles yang berjudul Night Skies, yang kemudiannya ditukar menjadi ET dan Gremlins," jelas Cornish. "Saya gemarkan idea berada dalam kepungan, di mana manusia di muka bumi sedang ditawan oleh makhluk asing dan ia mencetuskan persoalan di minda: bagaimana sekiranya ia berlaku kepada kawasan kejiranan tempat saya dibesarkan selama ini di Selatan London? Kemudian, saya terfikir lagi, apa akan terjadi sekiranya perkara serupa berlaku pada masa sama ketika saya disamun suatu ketika dulu? Kumpulan samseng tersebut yang asalnya menjadi igauan ngeri penduduk setempat atau tiada kepentingan dalam masyarakat – secara tiba-tiba seluruh tenaga mereka digunakan untuk hal-hal kebaikan. Dari situlah ianya bermula." Sertai peraduan ATTACK THE BLOCK di SINI Tags: ahli falsafah, dompet, empati, gemar, jatidiri, jodie whittaker, joe cornish, jururawat pelatih, kawasan perumahan, kejahatan, kekerasan, korea selatan, makhluk asing, meletus, minat, nakal, perasaan, saintis, seluruh dunia, terima kasih Tags: FilemClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 03 Jun 2011 09:05 AM PDT ALVIN TAY'S STORY Alvin Tay has a great flare for fashion and has made his mark as an established designer. He is known for his famous couture that continues to dazzle the world with excellence and creativity. Alvin Tay Couture designs are always a symbol of timeless elegance and due to his passion he has become a Member of Malaysian Official Designer's Association (MODA). Alvin Tay He showcases his creations under his own unique label comprising of high-end evening gowns, wedding dresses and refined accessories that are known to suit and cater to every woman's taste. Carving a niche in the fashion industry, Alvin won the award for the 'Designer with the most stylish Muse' in 2010. Prior to his fashion voyage, Alvin learnt the ropes of the fashion industry when he enrolled himself into the International Academy of Fashion and Design (IFTC) for two years. Wanting to live out his passion, Alvin Tay entered the doors of the couture industry when he worked with local fashion designers to learn the art of stitching, hand-made embellishments and gorgeous silhouettes. Finally ripe to launch his own line, he designed the ultimate Alvin Tay Couture collection and since then he has not looked back. Known for his incredible attention to detail and exquisite soft, feminine gowns, Alvin's clothes are for women who love drapes and delicate ruffles or accessories that add interest to their garments. Dominating the fashion industry for 19 years, he has diversified his range to cater to all women who are looking for beautiful haute couture. His goal is to transform each dress into an extraordinary piece, turning each woman into the epitome of style. His latest collections at Muse are made especially for the plus-size women. ALVIN'S FLASHCARD NAME: ALVIN TAY Tags: couture collection, couture designer, couture designs, demeanor, epitome, evening gowns, expertise location, fashion designer, fashion industry, femininity, flashcard, hallmarks, iftc, international academy, local fashion designers, silhouettes, size women, timeless artistry, timeless elegance, wedding dresses Tags: Profil Selebriti, Alvin Tay, ProfileClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |