Adsense

Jumaat, 3 Jun 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar pertunangan Adzriefaiz dan Pasangannya Suliza Ismail

Posted: 03 Jun 2011 10:05 AM PDT

Pengacara dan personaliti TV3 bernama Adzriefaiz selamat bertunang dengan pasangan beliau iaitu Suliza Ismail di kediaman beliau di Seremban pada sabtu lepas ( lama juga baru dapat info Thanks Budiey ) sebab menjadi sumber "Post" ZoOM malam ini.

Majlis yang berlangsung sederhana bertemakan warna putih dan diserikan lagi dengan hantaran tunang oleh kedua-dua pasangan ini. Menurut info pasangan ini merancang perkahwinan pada 25 Disember 2011.

Semoga hari bahagia itu akan tiba, dan semoga berbahagia.






Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

X Top Model Search 2011

Posted: 03 Jun 2011 09:45 AM PDT

Sekadar Hiasan

Satu lagi program hiburan yang menjadi hidangan pengiat seni dalam dunia fesyen, dengan adanya program sebegini mungkin lebih ramai bakat sebagai seorang model akan dicungkil. Dan yang paling menarik program pencarian model tempatan ini melakukan pembaharuan terhadap gadis-gadis biasa menjadi seorang "Supermodel" terkenal seperti Amber Chia dan ramai lagi.

Hadiah juara program ini juga cukup menawan kerana bakal membawa pulang RM100 ribu  serta berpeluang menjadi model dipentas antarabangsa ketika menjadi pelajar.

Diantara kriteria yang digunakan untuk mengadili pelajar program ini adalah X Shot, X Eco Fashion, X Walk, X Character, X Creative, X Challenge dan X Smart.

Majlis pelancaran x Top Model 2011

Peringkat akhir akan berlangsung di Sunway Piramid Petaling Jaya Selangor pada 23 Julai 2011 bertemakan "Fashion On Ice".
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Kutipan Filem Kongsi | Sinopsis Filem Kongsi | Trailer Filem Kongsi

Posted: 02 Jun 2011 09:30 PM PDT

Walaupun sesetengah pihak tidak yakin dengan filem Kongsi yang telah ditonton selama 3 minggu di 100 pawagam seluruh negara. Tetapi semua itu hanya omong kosong kerana kini penerbit, pelakon, pengarah serta krew pengambaran sudah pasti boleh tersenyum kerana setakat ini filem kongsi sudah mengutip RM8 JUTA !!!!!

Filem yang menelan belanja RM1.82 Juta ini ( tidak termasuk promosi ), bercorak komedi dan ganas namun penuh dengan pengajaran.

ZoOM : berapa ribulah filem ni bayar/repair kereta Evo Polis tu erkkk !!! Apa KOmen Anda ?


Sinopsis Filem Kongsi :
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Pengarah
Farid Kamil

Penulis: Farid Kamil : (Lakon layar)
Farid Kamil : (Scriptwriter)
Fadzil Zahari : (Cerita Asal)
Fadzil Zahari : (Scriptwriter)

Lakonan:
Shaheizy Sam : Tumulak (Pelakon Utama)
Fizo Omar : ASP Shariff (Pelakon Pembantu)
Yana Samsudin : Inspektor Olla (Pelakon Pembantu)
Azad : Mikail (Pelakon Pembantu)
Bront Palarae : Kimpedu (Pelakon Pembantu)
Putri Mardiana : Yati (Pelakon Pembantu)
Krew :
Ollynn : (Pengarah Seni)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)

Diantara Babak didalam Filem Kongsi :








Trailer Filem Kongsi :



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now