Adsense

Jumaat, 3 Jun 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pertahankan kedudukan

Posted: 02 Jun 2011 04:35 PM PDT

Hip

pix_gal0
Grey Sky Morning percaya populariti aliran muzik indie

PENGGIAT seni pernah meramalkan, jangka hayat kumpulan indie tidak akan bertahan lama dalam aliran muzik arus perdana.

Fenomena dibawakan kumpulan bawah tanah atau underground terhadap industri muzik tanah air dijangka hanya bertahan untuk tempoh dua tahun. Seperti dijangka, populariti kumpulan indie semakin suram sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti pada 2009, ketika itu banyak nama-nama baru muncul untuk mencuri peluang di atas kebangkitan muzik bawah tanah. Bagaimanapun kehadiran kumpulan indie baru ke arus perdana kini semakin berkurangan.

Manakala kumpulan indie sedia ada yang memasuki arus perdana dua tahun lalu terus berusaha mempertahankan kedudukan supaya kewujudan mereka tidak dilupakan peminat.

Grey Sky Morning (GSM), kumpulan berasal dari Klang, Selangor yang wujud pada 2004 atas tiket bawah tanah mula melebarkan sayap ke gerbang arus perdana atau mainstream pada tahun 2009.

Terdiri daripada lima anak muda Yatt (bass), Ojex (gitar utama), Ery (dram), Ewan (gitar kedua), Ejan (vokal) dan Ammar (keyboard), GSM juga sudah dapat menjangkakan usia kumpulan indie tidak akan lama.
Pemain dram GSM, Ery berkata, apabila muzik dikorporatkan, penggiat muzik indie harus bersedia untuk berdepan dengan tarikh luput. Ini bukan perkara baru tetapi sudah berlaku kepada irama hip hop, dangdut, rap dan irama Malaysia.

Kena ikut kehendak pasaran

BAGI memastikan nama GSM dapat terus bertahan, kumpulan yang dikenali dengan karya rancak seperti lagu popular mereka Cinta Gila dan Pancaroba ini mencuba rentak lagu lebih perlahan untuk single terbaru mereka berjudul Hilang Rasa Cinta.

Menurut Ery, apabila sudah memasuki industri arus perdana, mereka tidak boleh buat lagu untuk syok sendiri sebaliknya perlu memikirkan kehendak pasaran.
Katanya, lagu Hilang Rasa Cinta adalah percubaan pertama GSM dalam menghasilkan lagu berentak perlahan.

Walaupun berentak perlahan, lagu itu masih tidak lari dari tema muzik GSM. Jika dihayati betul-betul, peminat akan dapat mendengar elemen muzik kami.

"Percubaan kami dalam menghasilkan lagu berentak berbeza daripada trademark GSM nampaknya menjadi, apabila Hilang Rasa Cinta muncul nombor satu di carta Radio XFM. Itu sesuatu yang amat membanggakan buat kami. Biarlah lagu kami lebih dikenali berbanding diri nama kumpulan ini, itu sudah memadai dan cukup menggembirakan kami. Lagipun kami selesa dengan di mana kami berdiri sekarang.
Tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

"Kami memang sudah menjangka arus muzik indie tidak mampu bertahan lagi, ketika baru-baru memasuki arus perdana, boleh dikatakan setiap bulan ada saja nama kumpulan baru yang muncul. Tetapi dalam keadaan sekarang, sukar untuk melihat kumpulan baru timbul macam dulu. Itu menunjukkan petanda yang kurang baik kepada muzik indie," kata mereka.

Satu yang mengecewakan mereka apabila melihat penerimaan peminat terhadap artis berkumpulan tidak sehebat artis solo.

Katanya, peminat kita seolah-olah seperti sudah di 'sekolahkan' dengan cara begitu, jadi tidak hairan kenapa artis solo lebih mudah untuk pergi jauh berbanding penyanyi berkumpulan.

Namun begitu, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat GSM. Sebaliknya mereka akan terus berusaha untuk mengukuhkan nama kumpulan itu, melihat ada rakan searus yang meraih peluang membuat persembahan di majlis anugerah dan melakar nama di luar negara menyebabkan terbit juga rasa cemburu.

"Kami tidak berputus asa walaupun GSM mungkin tidak mendapat peluang besar seperti kumpulan indie yang lain. Kalau kami hendak berdengki sekalipun, kami berdengki secara sihat. Kami tidak mahu bermusuh, kalau boleh kami mahu belajar daripada kejayaan rakan seperjuangan untuk memantapkan nama GSM.

"Kami pernah ke Jakarta mengikuti menjayakan program pertukaran budaya. Konsep program itu seperti festival rock, sepanjang tiga hari di sana ada pengalaman menarik yang kami timba. Kami dapat melihat betapa bersatunya pemuzik di sana, mereka saling menyokong antara satu dengan yang lain.

"Apabila pulang ke sini ia menyebabkan kami mahu lebih mendekati rakan-rakan yang lain bagi mengeratkan lagi hubungan kami," kata kumpulan yang bernaung di bawah Fantasia Music City (FMC).

Ditanya kenapa mereka memilih untuk bernaung di bawah FMC, GSM berkata mereka memang ada menerima beberapa tawaran daripada syarikat lain ketika lagu Cinta Gila mula menjadi siulan tetapi disebabkan FMC memberikan perjanjian sama rata membuatkan mereka tertarik menerima tawaran syarikat itu.

Malah mereka juga kini sedang dalam proses merangka lagu untuk dimuatkan dalam album kedua GSM.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan merajuk

Posted: 02 Jun 2011 04:30 PM PDT

Hip

Yana

Yana

Kritikan pedas tidak patahkan semangat Yana arah filem

CANTIK, berbakat dan berilmu. Itulah kata-kata yang sesuai dikaitkan dengan pelakon berbakat besar, Yana atau Norliana Samsudin.

Pembabitannya dalam pentas hiburan selama sembilan tahun boleh dianggap sederhana sahaja. Bagaimanapun, ramai mula membuka mata sejak lakonannya sebagai Wawa yang memperlihatkan sisi komedi dalam dirinya menerusi filem Adnan Sempit tahun lalu sehingga memberi impak dan permulaan baru dalam karier seninya.

Mengakui namanya agak lambat panas jika dibandingkan dengan rakan artis seangkatan dengannya, Yana tidak sesekali merasa ralat dan ternyata kesabarannya kini terbalas.

"Rezeki saya agak lambat berbanding rakan lain, antaranya Irma Hasmie yang sama-sama menceburkan diri dalam arena lakonan ketika itu. Lagipun agak sukar memberikan komitmen kerana saya perlu melakukan tiga kerja termasuk pengajian di UiTM, bertugas sebagai editor di syarikat produksi filem dan berlakon pada masa sama.

"Hanya selepas tamat pengajian, barulah saya dapat memberi komitmen dalam lakonan. Sehinggakan saya terkejar-kejar menghadiri upacara konvokesyen dan dalam masa sama perlu bergegas ke set penggambaran Adnan Sempit," katanya.
Bercerita mengenai dunia pengarahan pula, Yana yang pertama kali mengarah menerusi filem Selamat Pagi Cinta pada 2008 sehingga muncul sebagai pengarah filem wanita paling muda ketika itu menafikan dakwaan dia merajuk selepas mendapat kritikan pedas mengenai filem arahannya itu.

" Bukan putus asa untuk mengarah semula. Sepatutnya saya merancang untuk mengarahkan filem kedua tahun ini, tetapi kerana jadual lakonan yang padat memaksa perancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu. InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya mungkin mengarahkan filem kedua pada tahun depan," katanya dengan nada bersungguh-sungguh.

Mengenai filem terbaru lakonannya, selain Kongsi yang baru ditayangkan di pawagam, Yana tidak sabar menunggu maklum balas penonton di atas kemunculannya di sisi Shaheizy Sam dan Intan Ladyana dalam filem Bini Biniku Gangster.

"Karakter saya dalam filem ini sangat berlainan berbanding filem lakonan saya yang lain, yang mana watak saya dalam filem ini lebih serius dan lebih banyak aksi serta menghiburkan," katanya.

Yana turut berharap penampilannya dalam filem arahan Ismail Bob Hashim yang dijangka ditayangkan akhir tahun ini diterima dan mendapat maklum balas positif peminat filem tanah air.

Menyentuh karier nyanyian, Yana yang bermula dalam hiburan tanah air sebagai penyanyi ini mengakui rezekinya dalam bidang nyanyian belum membuahkan hasil. Namun, gadis cekal ini terus untuk menambat hati peminat.

Terbaru, Yana bakal muncul dengan album runut bunyi filem dalam berjudul Aku Ada, Kau Ada yang turut menampilkannya sebagai pelakon utama bersama Shaheizy Sam.

Dia akan muncul menyanyikan tiga lagu yang mana salah satu daripadanya duet bersama Sam. Peminat kedua-dua bintang ini pasti ingin mendengar gabungan suara mereka yang pertama kali digandingkan.

Akan datang, Yana yang pernah menggenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 ini bakal muncul dengan filem Lapan Jam diikuti Aku Ada Kau Ada dan Adnan Sempit Dua yang ketika ini penggambarannya sedang giat dijalankan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.