Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Berubah kerana anakSUDAH empat bulan Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd. Radhi Razali menjalani kehidupan di rumah Pengasih iaitu sebuah badan profesional merawat penagih dadah. Rutin hidupnya kini berubah total. Jika dahulu, dunianya hanya bermula selepas matahari tenggelam tetapi kini sebelum matahari naik, Radhi harus bangun seawal pukul 4.30 pagi, solat subuh berjemaah, mengikuti program dan menjalani aktiviti riadah kegemarannya iaitu bermain bola sepak pada waktu petang. Itulah rutin hariannya. Hasilnya, ketika bertemu dengannya di Pengasih pada Rabu lalu, Radhi dilihat semakin berisi, semakin sihat dan wajahnya semakin tenang. Senyuman bahagia tidak berhenti terukir di bibirnya. Ceritanya, sudah beberapa kali dia bergelut untuk keluar daripada masalah penagihannya bagaimanapun dia sering kecundang. Akhirnya hasil dorongan rakan-rakan dan keluarga, dia secara sukarela mendaftarkan diri di rumah Pengasih. "Ketika itu saya berbelah-bahagi sama ada ingin masuk atau tidak kerana sebelum ini saya memang pernah berniat untuk masuk Pengasih tetapi ada sahaja halangan. Namun ada seorang rakan saya yang mencabar saya untuk pulih menyebabkan saya tanpa berfikir panjang terus ke sini. "Saya berfikir, kalau saya tidak masuk Pengasih pada hari itu, saya tidak tahu bila lagi saya akan ke sini. Kehidupan saya rosak teruk akibat masalah penagihan saya. Lima tahun saya hilang daripada dunia seni kerana dadah, rumah tangga saya juga runtuh kerana dadah. Saya tidak larat lagi menjalani kehidupan seperti itu," ujarnya. Tuturnya yang kini berusia 33 tahun, sebab utama dia tekad melakukan perubahan drastik dalam hidupnya adalah kerana anak tunggalnya Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia enam tahun. Radhi enggan masalah penagihannya mengecewakan anaknya yang semakin membesar. "Saya tidak mahu anak saya menjadi seperti saya dan membesar dalam suasana yang tidak baik. Sebab itu, saya mahu berubah. Saya memang seorang yang degil, lihat apa sudah jadi dengan hidup saya. Saya sedar ramai orang yang kecewa dengan saya. Saya sendiri yang cari penyakit ini, jadi hanya saya seorang yang boleh mencari ubatnya," katanya. Tahun lalu, Radhi cuba menghilangkan masalah ketagihan dadah dengan mengikut kumpulan jemaah tabligh, dengan imej berserban, ramai rakan-rakannya terkejut dengan perubahan diri dan menjauhkan diri daripadanya. "Saya cuba beberapa kali untuk keluar daripada masalah, tetapi akhirnya dengan saya sekali hanyut semula. Jadi, saya memilih Pengasih kerana ia sebuah badan profesional, saya bersyukur saya berada di sini daripada penjara atau pusat serenti," luahnya. Salah pilih idola
Mengimbas semula rentetan penjalanan hidupnya bagaimana Radhi boleh terjebak dengan dadah, semuanya bermula selepas band OAG meluncurkan album pertama mereka Old Automatic Garbage sekitar tahun 1997 dia mula mengambil dadah. Jika kebanyakan artis mengambil dadah untuk menghadapi masalah gemuruh ketika di atas pentas, tetapi berlainan pula dengan Radhi yang mengambil dadah tanpa sebab dan mengikut idolanya, Kurt Cobain daripada band Nirvana. "Saya salah pilih idola dan dalam masa yang sama terikut-ikut dengan gaya hidup rakan-rakan lain. Sebenarnya saya tidak perlukan dadah untuk menyanyi di atas pentas kerana ketika album pertama dikeluarkan saya masih bersih daripada dadah. "Persembahan saya ketika ambil dadah dan tidak ambil dadah tiada bezanya. Cuma saya yang sering menciptakan alasan harus ambil dadah untuk menyanyi. Saya tidak perlu dadah untuk menyanyi atau cipta lagu, bagi saya menyanyi dalam keadaan sedar sepenuhnya lagi seronok daripada saya dalam keadaan khayal dengan dadah," ucapnya yang memberitahu idolanya kini adalah Nabi Muhammad SAW. Jika ada yang masih ingat, pada tahun 2001, Radhi pernah membuat kenyataan di sebuah akhbar mengenai masalah ketagihan dadah, bagaimanapun selepas tiada respons dan tidak diendahkan orang ramai, Radhi beranggapan masyarakat tidak kisah dengan masalah peribadinya asalkan dia memberikan persembahan terbaik ketika di atas pentas. "Selepas saya buat kenyataan tentang masalah dadah saya, tiada orang peduli dan orang lupa. Jadi, saya ingat, orang tidak kisah dengan kehidupan peribadi saya asalkan saya berikan persembahan yang mereka mahu, jadi saya terus hanyut dengan dadah," balasnya. Gaya hidupnya yang suka berdikari dan hidup sendiri juga antara penyumbang kepada masalahnya itu. Enggan mendengar nasihat keluarga menyebabkan dia menyesal dengan jalan yang dipilihnya. "Secara jujur, dulu saya rasa saya tidak perlukan keluarga, saya boleh hidup sendiri. Keluarga beri nasihat saya tidak dengar, sekarang semuanya berbeza kerana baru saya rasa saya amat memerlukan keluarga. "Syukur, sepanjang saya di sini keluarga ada datang melawat termasuk anak saya Rifdhi yang kini di bawah jagaan bekas isteri saya, Shazlin Sharif. Anak saya ingat Pengasih rumah baharu saya seperti saya di kolej," katanya yang tidak tahu berapa lama akan menerima rawatan di Pengasih. Outlet RADHI tanpa segan mendedahkan masalah ketagihan dadah kepada media. Meskipun berada di rumah Pengasih, kerjaya seninya tidak terhenti begitu sahaja. Jiwa Radhi masih setia dengan muzik dan kini muzik antara terapi jiwa yang paling berkesan untuknya melupakan dadah. Band OAG masih wujud dan akan terus wujud bersama Radhi, bagaimanapun dirinya yang kini terpisah daripada dunia luar menyebabkan Radhi menubuhkan sebuah band bernama Outlet di Pengasih. Bersama dua anggota lain iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (gitar) dan Hafizi Harun (drum), Outlet ditubuhkan untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dadah. "Outlet adalah band latihan sebelum saya keluar daripada Pengasih, apabila saya keluar daripada Pengasih, Outlet akan diteruskan oleh generasi seterusnya. Di luar saya Radhi OAG, di sini saya hanya Radhi sahaja. "Sepanjang saya di sini idea memang banyak, antara lagu baharu yang saya cipta di sini adalah Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street. Semuanya untuk band Outlet. Saya gunakan Outlet untuk berkongsi kisah mengenai dadah dengan masyarakat," terangnya. Kali terakhir kelibat Radhi di pentas adalah pada Disember tahun lalu untuk konsert Rock The World dan album terakhirnya adalah pada tahun 2006. Berazam untuk kembali ke pentas seni selepas keluar kelak, dia berazam untuk teruskan muzik band OAG dan juga Outlet, malah dia juga dilamar oleh Warner Music Malaysia. "Misi saya adalah untuk teruskan rawatan dan pulih sepenuhnya daripada dadah. Band Outlet akan menjadi sebuah band sosial, kiranya ia merupakan salah satu input saya buat masyarakat. Outlet bukan sekadar band tetapi juga band yang membantu menyedarkan saya. Sebelum saya tolong orang lain, biarlah saya tolong diri sendiri dulu. "Doakan yang terbaik buat saya, terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada saya meskipun saya banyak mendatangkan masalah sebelum ini. Saya berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik untuk keluarga, anak dan juga peminat saya," katanya sebelum meminta diri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Jozan 'mengganas'Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM JOZAN sukses dalam membuktikan kehebatan mereka. JOZAN terus mengungguli gelanggang Maharaja Lawak pada saingan minggu ke-11 dengan meraih sorakan dan ketawa penonton paling gemuruh. Berlangsung di Dewan Jubli Perak di Kuantan, Pahang, gandingan mantap Johan dan Zizan menggamatkan suasana dengan ketawa penonton yang tidak kering gusi melihat aksi-aksi mereka. Berkonsepkan prop, persembahan Jozan malam itu nyata menghidupkan karakter yang dibawa sekali gus mendapat pujian daripada juri Ahmad Idham, Saiful Apek dan Mamat Khalid. Ahmad Idham menyifatkan persembahan yang dilakukan Jozan adalah terbaik dan gandingan itu mungkin melayakkan diri mereka ke pusingan akhir sekiranya mengekalkan momentum sedia ada. Sementara itu, untuk persembahan kedua, mereka terus menggamatkan suasana penonton dengan aksi lawak bersahaja menggunakan dua barang yang diberikan iaitu mesin penyedut hampagas dan sekaki tongkat. Untuk persembahan itu pula, Mamat Khalid melalui komennya berkata, Jozan dapat menggunakan barang-barang tersebut dengan ekspresi penuh komedi untuk menghiburkan penonton. "Idea yang Jozan tampilkan sangat kreatif dan penonton benar-benar terhibur dan berpuas hati dengan persembahan Jozan," katanya lagi. Pujian melambung yang diterima Jozan pada minggu ke-11 itu memberi kelebihan kepada Johan dan Zizan menguasai gelanggang Maharaja Lawak apabila mereka memperolehi markah tertinggi dengan 62 peratus undian. Markah diterima Jozan pada minggu lalu juga lebih tinggi berbanding saingan di Pulau Pinang pada minggu sebelumnya iaitu 55 peratus. BARISAN peserta yang terus bersaing dalam Maharaja Lawak. Kedudukan selepas persembahan di Kuantan pula diikuti Sepah (55 peratus), Nabil (54 peratus), Jambu (51 peratus) dan seperti biasa R2 yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tercorot melalui 33 peratus undian sahaja. Persembahan Jambu dan R2 pada minggu lalu juga sedikit mengecewakan di kalangan sebilangan penonton yang tidak begitu berasa geli hati dengan aksi-aksi mereka. Namun, Jambu bernasib baik apabila aksi Yus dalam persembahan pertama berjaya mencuit hati para penonton dan bagaimanapun aksi gandingan itu bertukar hambar dalam persembahan kedua. "Persembahan Jambu agak biasa dan perlu lebih kreatif serta lebih mencabar. Persembahan kedua pula agak hambar dan kurang menghiburkan, namun bernasib baik kerana penonton tetap bersorak," kata Mamat Khalid dalam komennya. Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, setiap minggu pihaknya akan memberi kejutan yang dirancang buat penonton sebelum pertandingan akhir pada 24 Jun ini. "Minggu ini pun tiada penyingkiran dilakukan, oleh itu para peserta masih mempunyai peluang untuk membaiki serta memantapkan lagi persembahan masing-masing. "Inilah format Maharaja Lawak yang selalu memberikan kejutan buat penonton dan termasuk para pesertanya bagi memastikan ia sentiasa menarik dan terhibur," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Duet Aguilera, LevineCHRISTINA AGUILERA dan ADAM LEVINE PENYANYI Christina Aguilera dan vokalis band Maroon 5, Adam Levine kini sedang menggarap sebuah lagu bersama. Menurut laporan dari laman Aceshowbiz, pelantun lagu Beautiful itu mengaku memiliki hubungan yang baik dengan Levine. "Kami baru saja merakam lagu bersama. Kami memiliki hubungan yang baik," kata Aguilera kepada Us Weekly. Meskipun demikian, dia tidak menjelaskan dengan lebih terperinci tentang projek duet mereka itu. Bagaimanapun, apa yang dikatakan Aguilera memang tidak mustahil. Kerjasama mereka mungkin terjalin kerana kedua-duanya saat ini sedang menjadi juri dalam acara pencarian bakat di Amerika Syarikat, The Voice. Selain Aguilera dan Levine, pemuzik lain yang turut menjadi juri adalah Cee Lo Green dan Blake Shelton. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |