Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
AIM Anjur Bengkel Pembikinan Album Posted: 22 May 2011 05:41 PM PDT BENGKEL PEMBIKINAN ALBUM OLEH AKADEMI INDUSTRI MUZIK DAN MAJLIS MUZIK MALAYSIA Akademi Industri Muzik (AIM) dengan kerjasama Majlis Muzik Malaysia (MMM) akan mengadakan satu bengkel yang akan menyentuh mengenai pembikinan album. Bengkel ini dinamakan 'A to Z Album Production'. Bengkel pembikinan album ini akan diadakan di Yayasan Seni yang terletak di Jalan Ritchie, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2011. Ianya membariskan tenaga pengajar yang cukup berpengalaman di dalam industri muzik tanahair. Antara barisan tenaga pengajar yang terlibat ialah Cik Jennifer Thompson dari AIM, Cik Helen Yap, En.Othman Masri (Yayasan Seni) dan juga En. Ong Peng Chu (PRISM). Selain dari itu peserta yang menghadiri bengkel ini akan dapat berkongsi pengalaman dan idea dengan artis-artis yang akan membuat penampilan pada hari tersebut. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melahirkan artis-artis dan penggiat seni yang berkualiti demi memastikan indutri muzik tanahair mampu melahirkan artis dan penggiat seni yang mampu mengharumkan industri muzik tanahair dan membantu melahirkan generasi penggiat seni yang berkualiti. Ini adalah penting demi memastikan kita tidak ketinggalan di dalam arus muzik zaman ini. Dengan adanya karya-karya hebat dan berkualiti, kita akan mampu untuk meneroka bukan sahaja pasaran tempatan malahan pasaran luar yang selama ini dikatakan sukar untuk ditembusi oleh artis-artis kita. Di dalam bengkel ini, peserta akan diberi tunjuk ajar mengenai pembikinan sesebuah album dan menghasilkan karya yang terbaik. Peserta juga akan diberi tunjuk ajar mengenai cara bagaimana untuk memasarkan sesebuah album kerana tanpa strategi pemasaran yang sesuai,agak sukar untuk menjual sesuatu album tambahan pula dengan media baru alaf ini yang memberikan seribu satu cara dan peluang untuk mempromosikan sesebuah lagu dan album. Di samping itu peserta juga akan diberikan maklumat mengenai dana yang telah disediakan oleh kerajaan untuk penggiat seni. Bengkel ini bukan sahaja terbuka kepada artis dan penggiat seni,malahan penyertaan dari pelajar-pelajar Institusi pengajian tinggi awam dan swasta juga adalah amat dialu-alukan. Terutamanya bagi pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan muzik. Ini bagi membantu mereka mempersiapkan diri setelah mereka tamat belajar kelak dan dapat membantu mereka di dalam menentukan hala tuju mereka di dalam industri muzik. Adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan pendedahan dan pendidikan berkenaan industri muzik dari peringkat akar umbi lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi penyertaan dari golongan pelajar ini sangat bermakna di dalam membentuk generasi yang celik muzik. Jadi kami menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk segera menghubungi pihak Majlis Muzik Malaysia untuk sebarang maklumat atau untuk mendaftarkan diri di talian 03-4044 1044 atau boleh datang terus ke pejabat kami yang beralamat di No.8c, Tingkat 3, Jalan Pangkur off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur memandangkan tempat adalah terhad demi memberikan penumpuan terhadap setiap peserta. Tags: AIM, album, antara, artis kita, bengkel, cara buat album, cik, Helen Yap, ini, jennifer thompson, juga, kerjasama, mampu, masri, melahirkan, Ong Peng Chu, othman, Othman Masri, Pembikinan, penampilan, pengalaman, prism, recording, sahaja, samping, satu, selama, seni, strategi pemasaran, sukar, tulis lirik, Yayasan Seni Tags: Anugerah Industri Muzik, Berita, AIM, Album, Bengkel, cara buat album, Helen Yap, Jennifer Thompson, Ong Peng Chu, Othman Masri, Pembikinan, prism, recording, tulis lirik, Yayasan SeniClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia Posted: 22 May 2011 05:13 PM PDT Video : Carleed featuring Natasha Hudson – Jika Ku Boleh Ubah Dunia (Trailer) Directed by Atomsk Phuture Phlow Films June 2011 Kartel Records Maa Salamah Carleed! What's good! Cant wait to hear the track & watch the video! Good Luck Carlito!
Single terbaru Carleed ini akan dilancarkan pada bulan Jun ini. Serentak dengan video klip sekali la kot. Lagu ni akan menaikkan nama Carleed sementalah ada penampilan khas dari pelakon sensasi Natasha Hudson yang cun melecun tu. Menonton trailer atau teaser untuk video klip Jika Ku Boleh Ubah Dunia ini, Budiey rasa mahu big LIKE to Carleed. Korang boleh LIKE jugak Fanpage Carleed ni di: www.facebook.com/officialcarleed Kepada korang yang menyokong industri hip hop tempatan, lets spread the word, flood some walls. show some love. share this link yow: Hidup Malaysia hip hop! Tags: anak yatim, Atomsk, Carleed, featuring, films, Gambar, hulu langat, Jika Ku Boleh Ubah Dunia, Lagu, Lirik, lyrc, natasha hudson, Phlow, Phuture, single terbaru, tanah runtuh Tags: Natasha Hudson, Video Muzik, anak yatim, Atomsk, Carleed, featuring, Films, gambar, hulu langat, Jika Ku Boleh Ubah Dunia, lagu, lirik, lyrc, Phlow, Phuture, single terbaru, tanah runtuhClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |