macam macam hiburan terkini |
- Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia
- Maharaja Lawak: R2 Kembali, Man Tersingkir
- Harun Salim Bachik Tidak Tergugat Dengan Pelawak Muda
- Shila Amzah Mahu Kuasai Semula Bahasa Mandarin
- Siapa Jem? Komedi Romantik Terbaru Di Astro Ria
Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia Posted: 21 May 2011 04:34 AM PDT Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja. "Semalam, arwah mengalami masalah pernafasan dan muntah-muntah. Bila ibu dibawa ke klinik, doktor meminta saya dan adik beradik yang lain menghantarnya ke hospital kerana kandungan gula dalam badannya tinggi. "Disebabkan masalah itu, jangkitan berlaku di paru-paru pula. Dalam pukul 10 malam tadi, ibu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu. Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya. "Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dab mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masih masak cili api dan saya masakkan untuknya," tuturnya. Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43. Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak. |
Maharaja Lawak: R2 Kembali, Man Tersingkir Posted: 21 May 2011 04:33 AM PDT Menurut Man, dia sudah menjangkakan penyingkiran akan berlaku pada dirinya kerana mengakui, persembahan lawaknya tidak sehebat peserta=peserta lain yang bertanding. "Sebenarnya dari awal pertandingan lagi saya dah boleh agak siapa yang akan mara ke peringkat akhir. "Lagipun saya sedar persembahan saya tidaklah sehebat mana, ditambah pula dengan ketiadaan masa yang secukuonya untuk berlatih kerana mempunyai komitmen penggambaran drama. Apa pun, saya bersyukur kerana berjaya sehingga ke tahap ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang. Pada malam pertandingan tersebut, Man telah mendapat markah terendah sebanyak 29 peratus (%) dan dua lagi peserta yang mendapat markah terendah ialah kumpulan Balas (43%) dan Nabil (49%). Seperti minggu lalu, kumpulan Jambu mendapat markah tertinggi sebanyak 59%, diikuti dengan Jozan (57%), Sepah (52%) dan R2 (50%). Pada malam itu, ramai yang terkejut dengan markah nabil yang tersenarai dalam tiga peserta terendah. Bagaimanapun kata Ahmad Idham, markah tersebut tidak memberi kejutan terhadap pihak juri kerana melihatkan prestasi persembahan lawak nabil yang semakin menurun. Bagi kumpulan R2, kemunculan semula selepas diundi masuk sebanyak 51,134 undian menerusi akaun Facebook Maharaja Lawak memberi perjuangan baru buat mereka yang tersingkir pada minggu ketiga sebelum ini. Minggu hadapan, peserta ditugaskan untuk membuat persembahan bersama dengan pelawak profesional yang akan dipilih oleh pihak juri sendiri. Selain Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Saiful Apek turut menjadi juri bagi progran tersebut. Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat. |
Harun Salim Bachik Tidak Tergugat Dengan Pelawak Muda Posted: 21 May 2011 04:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik tidak berasa tergugat dengan kemunculan pelawak-pelawak muda kerana dia percaya setiap pelawak itu mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Malah, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu tidak menganggap barisan pelawak muda hari ini sebagai satu cabaran atau halangan untuknya terus bergiat aktif dalam bidang seni. "Kehadiran pelawak muda pada hari ini adalah satu perkembangan yang sihat dan baik untuk industri hiburan. Saya tidak anggap mereka adalah ancaman, cabaran atau halangan pada periuk nasi saya. "Saya percaya setiap pelawak itu, tidak kira yang lama atau baru punya keistimewaan masing-masing," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini. Tambah Harun, kehadiran pelawak-pelawak muda bukan saja mewarnai dan memeriahkan industri, malah mereka adalah pemangkin semangat untuknya meningkatkan mutu lakonan dan komedinya. "Sebenarnya, saya sangat menggalakkan kemunculan barisan pelawak pelapis ini. Kehadiran mereka dapat merancakkan lagi dan memberi lebih banyak pilihan pada dunia komedi tanah air. "Mereka ini adalah pemangkin semangat dan motivasi saya untuk berusaha lebih gigih dan menampilkan mutu komedi yang lebih baik," jelasnya. Menyentuh perkembangan kerjaya, Harun yang popular menerusi drama Rumah Kedai dan sitkom Gado-Gado pada satu ketika dulu akan kembali dengan sitkom muzikal terbaru iaitu S.Y.O.K bermula 27 Mei ini pukul 9 malam di TV1. "Sudah lama tidak terbabit dengan sitkom sebenarnya. Saya terima tawaran ini kerana mahu mencabar diri untuk melakukan sitkom muzikal. "Sitkom ini cukup istimewa kerana ia sesuatu yang baru dan berlainan. Saya akui bukan mudah sebenarnya untuk berlawak dan menyanyi pada masa yang sama tetapi ia menyeronokkan," katanya. Selain sitkom tersebut, Harun juga sedang sibuk di lokasi penggambaran filem terbaru, Kil di bawah sebuah produksi baru. Selepas itu, pelawak yang pernah popular dengan lagu Banjir ini akan membintangi filem muzikal berjudul Hoore Hoore arahan Saw Teong Hin pula. |
Shila Amzah Mahu Kuasai Semula Bahasa Mandarin Posted: 21 May 2011 04:32 AM PDT Katanya, dia dalam perancangan untuk menghasilkan lagu dalam bahasa Mandarin kelak. "Insya-Allah, saya sedang berbincang dengan pihak penerbit lagu dari China untuk proses rakaman. "Saya memang boleh berbahasa Mandarin kerana pernah belajar selama tiga tahun ketika menuntut darjah 1, 2 dan 3 semasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lee Robber, Gombak. Cuma saya perlu lebih menguasai bahasa tersebut dengan mengikuti kelas bahasa Mandarin tidak lama lagi," kata Shila kepada mStar Online, Khamis. Antara selebriti yang hadir ke meraikan Winnie Sin (tiga dari kanan) di Hotel Le Meridien adalah Azhar (kiri), Shila, Syafinaz, Jaclyn dan Maria. Shila ditemui ketika menjayakan persembahan sempena Malam Gala Ulang Tahun ke-4 Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini. Majlis bertemakan warna jingga tersebut turut meraikan ulang tahun perkahwinan ke-20 Pengarah Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin dan suaminya, Sin Cheang Loong serta sambutan hari jadi Winnie ke-41. Anak kepada penyanyi ND Lala ini menyampaikan sebuah lagu bahasa Mandarin berjudul Forever Love yang dipopularkan oleh penyanyi Taiwan, Wong Lee Hom. Selain Shila, penyanyi lain yang turut menjayakan persembahan di majlis itu adalah penyanyi Hong Kong, Maria Cordero, Jaclyn Victor, Syafinaz Selamat, Deja Moss dan Mohd Azhar Osman (Juara Bintang Idola Berita Harian 2010). "Saya diundang khas oleh Winnie Sin untuk menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Lalu saya memilih lagu Forever Love kerana lagu itu bermaksud kata hati seorang suami kepada isterinya yang sesuai yang ditujukan kepada pasangan suami isteri itu. "Tambahan pula saya menyukai suara Wong Lee Hom yang merdu dan pandai menggubah lagu sendiri," ujarnya yang bakal tampil dengan single terbaru berjudul Patah Seribu ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri. Dia yang menggayakan gaun petang rekaan Riffai juga bakal menyiapkan muzik video untuk lagu tersebut selain sibuk mempromosikan album 3 Suara kolaborasi dengan Jaclyn Victor dan Ning Baizura, menjadi duta minuman Tinge dan produk kecantikan Safi Balqis. Bercerita tentang album 3 Suara, Shila agak teruja apabila lagu Beribu Sesalan yang dimuatkan dalam album tersebut dicalonkan di Muzik Muzik di TV3. Mereka bertiga juga telah merakamkan muzik video lagu tersebut di Jakarta Selatan pada bulan lalu dan bakal menjayakan persembahan Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada Julai ini. |
Siapa Jem? Komedi Romantik Terbaru Di Astro Ria Posted: 21 May 2011 04:31 AM PDT Untuk episod pertama, drama bersiri ini akan ditayangkan pada jam 9.30 malam manakala untuk episod yang seterusnya akan bermula pada jam 9 malam. Drama 13 episod arahan Samby Dinesh ini bakal menyaksikan lakonan mantap Jazzy Rashid, Miera Liyana, Siti Elizad Saifuddin, Amran Ismail, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Nazim Othman, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid. "Kami mempertaruhkan pelakon wanita sebagai watak utama kerana cerita ini memang diterbitkan di bawah slot wanita. "Ia mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang lari ke bandar setelah kecewa akibat tidak jadi kahwin. Dia mula menjadi tumpuan media dan ditawarkan menjadi deejay radio untuk segmen cinta," kata wakil Astro, Raqim Ahmad. Tambahnya: "Kami memilih pelakon baru kerana mereka tidak dikenali, mempunyai banyak tenaga dan mampu memberikan lakonan semulajadi. "Selepas kejayaan beberapa drama bersiri komedi romantik seperti Renjis, Rona Roni Makaroni, Awan Dania dan Dottie, penonton lebih cenderung menonton drama yang sarat dengan mesej dan menghiburkan." Siapa Jem? mengisahkan seorang gadis berusia awal 20-an bernama Jem (Jazzy Rashid), yang telah lama menyimpan impian untuk mengahwini teman lelakinya iaitu Sani (Amran Ismail). Sani ialah teman lelaki Jem yang amat dihargai dan disayangi oleh Jem walaupun mendapat bantahan daripada ahli keluarganya. Ini kerana Sani tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia selalu berangan-angan hendak menjadi penyanyi dan selalu meminta wang daripada Jem. Malangnya, semua perancangan Jem itu sia-sia sahaja kerana pada saat-saat akhir, Sani membatalkan perkahwinan itu atas alasan yang dirahsiakan. Amerizal (Nazim Othman) iaitu seorang wartawan muda yang sedang mengintip sepasang selebriti yang dikatakan mempunyai skandal. Amerizal bertembung dengan Jem sehingga menyebabkan tugasnya terbengkalai. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |