Adsense

Selasa, 22 Februari 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


APA RAHSIA STEPHEN RAHMAN HUGHES...?

Posted: 22 Feb 2011 06:17 AM PST

Pelakon kacak Stephen Rahman Hughes yang pernah membintangi sebuah filem Hollywood bertajuk Highlander: The Source, pementasan untuk Bombay Dreams di London dan pernah memegang watak utama sebagai Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang serta bakal muncul dengan sebuah filem blockbuster terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa Mac ini dikatakan berkahwin secara rahsia.

Stephen mengahwini koregrapher tarian Anjali Mehra di Tuscany, Itali pada bulan puasa September 2010 yang lalu. Namun perkahwinan tersebut menimbulkan banyak persoalan dan teka-teki apabila segelintir peminat Stephen keliru dengan agama dan keturunannya.

Tambahan pula apabila beberapa keping gambar perkahwinan pelakon itu tersebar dengan jelas menunjukkan tiada adat Melayu mahupun Islam dilangsungkan. Kerana jika diamati, kelihatannya Stephen seperti seorang 'non muslim' meskipun mempunyai nama 'Rahman' ditengahnya. Allahualam!!

"Saya berkahwin di Tuscany, Itali. Bukan mahu berahsia tapi tiada yang bertanyakan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Stephen mengakui hidupnya kini bertambah bahagia setelah berkahwin dengan Anjali Mehra dan dia juga berjanji akan memperkenalkan isterinya kepada media Malaysia dalam majlis tayangan perdana filem itu 25 Februari nanti.


Berikut adalah sedikit info tentang Stephen Rahman Hughes yang dipetik daripada WIKIPEDIA:

Stephen Rahman-Hughes (sometimes credited as Stephen Rahman Hughes) is an English actor who currently stars as DCI Vikesh Dasari in ITV's Emmerdale. He has previously starred in Bad Girls, Doctors and Dream Team. Stephen is a half English/Welsh and a half Malay.

In 2006 Stephen starred as Hang Tuah in the Malaysian musical production of Puteri Gunung Ledang. The musical was staged in Malay, and because Stephen is not fluent in that language, he had to learn his lines phonetically. In 2010, he starred in a comical Radox shower gel advert as an Bollywood image-obsessed actor called 'Abhi Mumtaz', who then reveals his extraordinary hairy back.

Stephen is a vocalist in the recently formed male opera group, Teatro, a group formed with 3 British members and 1 American.


Klik untuk imej besar...













(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

BOB LOKMAN PILIH PAS...

Posted: 21 Feb 2011 09:54 PM PST

Pelakon dan pencipta lagu popular Bob Lokman mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli PAS di hadapan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah baru-baru ini. Bob telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih 30,000 pemuda dari seluruh negeri. Dianggarkan Kontinjen Negeri Kedah menghantar lebih dari 7,000 ahli, termasuk negeri Terengganu dan Selangor yang turut menghantar ramai kontijen ke Himpunan itu.


Klik untuk imej besar...








(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011