Adsense

Selasa, 22 Februari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


ABPBH2010: Bahang Shah Alam

Posted: 21 Feb 2011 02:46 PM PST

Hip

Hampir 5,000 pengunjung silih berganti penuhi SACC Mall

BAHANG Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 cukup terasa dengan bermulanya siri jelajah pertama ABPBH di SACC Mall, Shah Alam, pada Sabtu dan Ahad lalu yang menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Orang ramai yang hadir silih dan kebanyakannya enggan berganjak selama hampir empat jam di ruang legar SACC Mall ini kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri penampilan secara eksklusif 23 artis, personaliti TV dan radio yang juga finalis ABPBH 2010. Bukan sahaja boleh mendengar celoteh mereka, tetapi pengunjung juga turut disajikan dengan pelbagai persembahan yang menghiburkan. Daripada persembahan nyanyian sehinggalah kepada telatah lucu daripada setiap finalis menjadikan bahang kemeriahan dalam SACC Mall ini cukup dirasai.

Seawal jam 10 pagi, ribuan peminat sudah membanjiri pusat membeli belah di Shah Alam ini dan tidak berganjak sehinggalah kelibat penyanyi Anuar Zain yang juga finalis Penyanyi Lelaki Popular, Zizan (Artis Komedi Lelaki Popular/ Pengacara TV Lelaki Popular), Shaheizy Sam (Pelakon TV Lelaki Popular/ Pelakon Filem Lelaki Popular) dan Scha Alyahya (Pelakon TV Wanita Popular/ Pelakon Filem Wanita Popular) muncul pada lewat petang.

Shahiezy Sam antara yang muncul paling awal pada acara ini, mengakui pada mulanya dia sangat berdebar-debar dan terkejut dengan kehadiran ramai pengunjung.

"Saya tidak pernah menghadapi pengalaman seperti ini, pengalaman berhadapan dengan terlalu ramai orang. Kalau dalam set penggambaran, cuma dengan beberapa krew saja, tetapi pada hari ini, saya berdepan dengan ramai orang.
"Tapi ia menyeronokkan. Saya perlukan masa untuk berbual dengan mereka (peminat). Mungkin kalau ada masa yang panjang sedikit, saya boleh mengawal diri saya daripada perasaan malu-malu ini," katanya.

Kemunculan Sam dengan diiringi oleh Lisa Surihani menyebabkan suasana di ruang legar menjadi riuh. Ditambah pula dengan gelagat dan celoteh daripada penyampai radio HotFM seperti Fara Fauzana, Kieran dan AG serta calon Artis Komedi Lelaki Popular, Along menjadikan suasana semakin gamat.

Finalis lain yang turut menghiburkan pengunjung ialah Adira (Penyanyi Wanita Popular/ Artis Baru Wanita Popular), 6ixth Sense (Artis Duo/ Berkumpulan Popular), Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular), Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular), Daus (Artis Baru Lelaki Popular), Nurul Elfira Loy (Artis Baru Wanita Popular), Along (Artis Komedi Lelaki Popular) dan Raja Azura (Pelakon Komedi Wanita Popular/ Pengacara TV Wanita Popular/ Penyampai Radio Wanita Popular).

Elfira yang sentiasa tersenyum di bilik menunggu, turut berdebar-debar apabila menanti gilirannya dipanggil ke pentas.

"Saya ok. Memang sambutan peminat sangat baik. Cukup menyeronokkan," katanya.

Artis lain, Alyah (Penyanyi Wanita Popular), Maulana dan Sharnaaz Ahmad (Artis Baru Lelaki Popular), Angah (Artis Komedi Lelaki Popular), Didie Alias (Artis Komedi Wanita Popular), Liyana Jasmay (Pelakon Filem Wanita Popular), Ally Iskandar (Pengacara TV Lelaki Popular) Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular/ Penyampai Radio Lelaki Popular), Fara Fauzana (Pengacara TV Wanita Popular/ Penyampai Radio Wanita Popular), Linda Onn (Penyampai Radio Wanita Popular), Dean dan AG.

"Saya tak sangka sambutan peminat di sini begitu menggalakkan dan tidak menyangka begitu ramai yang datang sejak awal pagi lagi. Saya akan mengikuti siri jelajah ini lagi tetapi di Kuantan dan Pasir Gudang saja.

"Kalau boleh nak pergi semua lokasi jelajah tetapi sebab saya sekarang sibuk dengan album terbaru dan ada komitmen lain jadi saya akan turut serta di dua lokasi ini saja," kata Anuar Zain.

Lebih menambah keseronokan peminat apabila mereka dipelawa naik ke pentas untuk menyertai acara bersama artis termasuk adegan atau aksi di pentas serta menjawab soalan-soalan kuiz diberikan.

Pengunjung bertambah teruja untuk menyertai acara yang diadakan kerana mereka bukan saja mendapat hadiah malah turut berpeluang menaiki kereta Nissan Grand Livina dan Nissan Teana, kedua-duanya tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama finalis ABPBH 2010.

"Peminat di sini memang sporting dan berani naik ke pentas untuk bersama-sama artis dalam acara yang diadakan. Saya tak sangka baru lokasi pertama sambutan begitu ramai dan memang seronok.

"Selain di sini, saya akan mengikuti siri jelajah ABPBH ke Sungai Petani, Kuantan dan The Mall sebab saya ada tugas lain jadi tak boleh pergi semua tempat," kata Zizan.

Malah, pengunjung yang menyertai acara bersama artis turut menerima hadiah sumbangan Gulati's dan HotFM yang juga penaja bersama dan stesen radio rasmi ABPBH 2010 selain cenderamata daripada ABPBH 2010.

Peminat cukup sporting

Bukan saja golongan muda belia, malah golongan berusia turut menyertai acara bersama artis tanpa segan silu, bahkan artis-artis yang hadir tidak menyangka sambutan peminat di SACC Mall di luar jangkaan serta 'sporting'.

"Memang best dan sangat terkejut melihat sambutan peminat di sini dan berharap peminat di lokasi lain akan bertambah ramai kerana inilah masanya untuk kita (artis) mendekati peminat disamping mendapatkan undian daripada mereka.

"Selain di sini, saya akan turut serta dalam jelajah ini ke Kuantan, Sungai Petani dan Pasir Gudang," jelas Fizz Fairuz.

Selain gelagat Zizan dan Fizz Fairuz di pentas, gelagat Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku dan Along (Raja Lawak) sentiasa menghangatkan pentas sebagai pengacara dengan aksi mencuit hati mereka, malah mereka seolah-olah mendapat kekuatan apabila peminat tidak berganjak melihat aksi mereka di pentas sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi.

"Walaupun kali pertama di calonkan dalam ABPBH dan pertama kali menyertai siri jelajah ini, saya tidak menyangka begitu ramai sekali peminat yang sanggup datang ke sini bertemu dengan artis dan inilah peluang saya untuk lebih rapat dengan peminat.

"Kesempatan sebegini juga saya akan ambil untuk mendekati peminat-peminat di Kuantan, Sungai Petani dan Pasir Gudang nanti," kata Sharnaaz Ahmad.

Namun, bagi peminat di lokasi lain mungkin tidak dapat bertemu dengan Ally Iskandar kerana kesibukan tugasnya dan ketiadaan masa untuk turut serta dalam siri jelajah ABPBH 2010.

"Saya hanya berpeluang untuk turut serta dalam jelajah ini di sini saja kerana kesibukan tugas dan jadual tugas yang ketat," katanya.

Lokasi kedua siri jelajah promosi ABPBH2010 yang bakal menyaksikan kemunculan hampir 20 finalis dalam anugerah ini nanti ialah di Kuantan Parade, Kuantan pada 26 dan 27 Februari ini. Pada 26 Februari diadakan uji bakat Bintang Idola Berita Harian (BIBH).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ABPBH2010: Cinta baru Fasha

Posted: 21 Feb 2011 02:42 PM PST

Hip

Impian buka perniagaan sendiri terlaksana hasil simpanan berlakon

TIDAK dapat dinafikan, kisah cinta dan pelbagai kontroversi berkaitan dengan dirinya sedikit sebanyak membantu peminat lebih mengenali pelakon wanita ini. Malah tidak salah jika dikatakan Fasha Sandha antara bintang yang tidak kering dengan pelbagai cerita hangat, namun terus kekal antara nama yang menjadi sebutan ramai sehingga kini.

Saat ini, tatkala peminat rancak bercerita mengenai kisah cintanya yang sudah berkubur bersama Jejai, seperti mana disiarkan kebanyakan media massa, pelakon 4 Madu itu tampil mengaku mempunyai cinta baru. Maklum saja, wanita cantik dan ternama seperti Fasha mungkin tidak berdepan masalah untuk mencari pengganti. Bak kata pepatah moden, petik saja jari, sepuluh yang datang berlari.

Namun, bukan cinta lelaki yang menggembirakan Fasha detik ini. Sebaliknya dia mengaku segala kasih sayangnya ketika ini dicurahkan buat perniagaan salun rambut dan kecantikan yang baru saja beroperasi mulai 21 Februari. Tiada masa untuknya melayan duka di dada, apabila perniagaan yang baru hendak bertapak itu banyak menuntut perhatian daripada si empunya diri.

Akui Fasha, Chinta Hair Salon & Beauty yang menjadi buah hatinya kini sebenarnya sudah begitu lama diidamkan. Cuma, peluang untuknya menunaikan impian itu baru kini dapat dilaksana, setelah keyakinan diri dan persediaan dari segi kewangan dirasakan mencukupi.

Menurut pelakon yang mencipta nama menerusi drama Natasha ini, impian mempunyai perniagaan dalam bidang kecantikan sudah terpasang dalam dirinya sewaktu dia menjayakan iklan komersial syampu jenama terkenal bersama Datuk Siti Nurhaliza, kira-kira enam tahun lalu.
Dedah Fasha juga, dia lebih senang mengusahakan perniagaan secara bersendirian daripada mempunyai rakan kongsi kerana bimbang berlaku pergaduhan pada kemudian hari.

"Melihat pengalaman rakan artis lain yang bergaduh bersama rakan perniagaan mereka tidak lama selepas perniagaan dibuka, saya rasa lebih baiklah saya mengusahakan Chinta Hair Salon & Beauty ini secara sendiri," katanya kepada Hip.

Bintang yang turut dicalonkan ke peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular itu berkata, perniagaan ini dibuka dengan menggunakan wang yang disimpan hasil lakonan dalam drama bersiri Chinta, tahun lalu.

"Saya langsung tidak menggunakan wang terbabit untuk perbelanjaan harian, sebaliknya menyimpan kesemua bayaran yang diterima hasil lakonan dalam drama itu untuk perniagaan ini. Atas sebab itulah juga saya menamakan salun ini Chinta," katanya.

Kata pelakon drama Samson dan Delilah yang bakal muncul dengan filem Dari Kerana Mata pada Mei ini, berkat doa peminat yang sentiasa menyokong karier seninya, hasrat membuka perniagaan itu terlaksana juga kini.

Jaminan masa depan

SELAIN penjagaan rambut, katanya, salun terbabit turut menyediakan perkhidmatan penjagaan wajah. Seramai empat kakitangan berpengalaman membantunya menjayakan salun berkenaan, yang beroperasi di kawasan Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menyedari dirinya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang itu, nasihat dan pandangan daripada rakan yang berjaya dalam perniagaan menjadi sokongan buatnya.

"Saya mempunyai ramai rakan yang mempunyai bisnes sendiri. Jadi, merekalah yang membantu memberikan nasihat berhubung perniagaan ini. Tidak perlulah saya sebutkan nama mereka, paling penting mereka boleh membantu tatkala saya memerlukan sokongan moral seperti itu," katanya yang turut menerima dorongan keluarga.

Fasha juga menjelaskan, perniagaan berkenaan dibuka sebagai jaminan masa depan apabila tiba masanya dia tidak lagi aktif berlakon.

"Ketika ini, saya bersyukur kerana tawaran membintangi drama dan filem masih mencurah-curah. Namun sampai bila saya mahu aktif berlakon? Jadi, inilah antara persediaan saya untuk masa depan," katanya yang memilih bidang kecantikan kerana berasakan dunia itu begitu dekat dengan dirinya sendiri.

Di samping rawatan rambut dan wajah, Fasha juga mengadakan bengkel solekan dan kecantikan yang dikendalikan bersama rakan baik yang juga jurusolek terkenal, Deqsha.

Pada 5 Februari lalu, bengkel pertama menyaksikan 15 peserta mengambil bahagian, membuatkan Fasha yang akan terbabit dengan penggambaran drama 5 Tahun 5 Minit di Paris pada 10 Mac ini lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dua kali sebulan itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.