Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Posted: 13 Jan 2011 08:24 PM PST MEMBAWA RANCANGAN REALITI TV KE TAHAP BARU. AMERICAN IDOL, MUSIM KE-10, EKSKLUSIF DI 8TV. Sebuah rancangan mencari "bakat" tidak seperti yang lain! Di dalam era di mana ramai yang mahu mencuba nasib dalam rancangan realiti untuk mendapat kemasyhuran, tidak peliklah walaupun sudah dalam tahun ke-10 "Idol Mania" masih hidup dan menjadi tumpuan ramai. Untuk menghangatkan lagi keadaan sempena Tahun Baru ini, American Idol musim ke-10 akan menyiarkan rancangannya di 8TV! Sebuah rancangan yang boleh menarik segala beban kegembiraan dan kesedihan dalam satu masa, American Idol akan meluangkan masa mencari mereka yang ingin membuktikan mereka mempunyai bakat dan lebih lagi! Ia sebuah rancangan yang memberikan peluang yang sama kepada semua untuk membuat impian menjadi kenyataan. Rancangan realiti ini mengikuti calon penyanyi muda dari siri audisi pertama mereka yang penuh dengan adegan yang memalukan kepada perjalanan seorang bintang yang penuh dengan harapan. Daripada beribu yang yang hadir mengaudisi diri di Amerika Syarikat, hanya sepuluh finalis sahaja yang terpilih dari panel-panel hakim selebriti. Musim ke-10 juga merupakan musim yang pertama memasukkan audisi talian, di mana calon dibenarkan menyerahkan video audisi 40 saat melalui Myspace. Peraturan untuk audisi talian adalah sama, sebagai mana calon akan dinilai sama rata dengan calon secara langsung. Menjelang akhir musim, hanya tinggal dua calon penyanyi sahaja yang akan tinggal untuk bersaing mendapatkan tawaran merakamkan album yang lumayan. Nilai hiburan siri ini jelas semasa dalam proses audisi apabila para hakim menstereotaipkan apa yang baik dan buruk, dan juga ada mereka yang khususnya dianggap perosak dan mesti ditolak! Penonton semestinya akan terhibur dengan kerenah mereka yang lucu, tidak terduga dan kadang-kadang luar biasa. "Ini merupakan sebuah rancangan yang telah menjadi buah mulut orang ramai semenjak musim pertama, dan setelah 10 tahun, orang ramai masih bercakap mengenainya!, kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim. Kim menambah " Ada ramai yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian dan rancangan ini telah membuka pintu kepada mereka yang mempunyai bakat vokal yang mantap dan penuh mengharap. Inilah masa untuk mereka menonjolkan bakat untuk memasyhurkan nama dipersada seni!". Pastikan anda berada di depan kaca TV anda untuk bersama-sama menyaksikan bakat terbaru dilahirkan menerusi American Idol musim ke-10. American Idol musim ke-10 juga bakal menyaksikan kehadiran selebriti-selebriti terkenal Jennifer Lopez dan Steven Tyler sebagai muka baru panel hakim musim ini bersama Randy Jackson. American Idol musim ke-10 akan disiarkan kepada anda mulai 21 dan 22 Januari 2011 setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 10.00 malam dan 10.30malam, secara eksklusif hanya di stesen TV PERCUMA – 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Bausch + Lomb’s renu® FreshTM and renu® SensitiveTM Contest Posted: 13 Jan 2011 07:58 PM PST Renu®ed Bausch + Lomb that's FreshTM & SensitiveTM! I reckon choosing a suitable contact lens multi-purpose solution would solve the problem. But how do you know which one suits your eye best? Without having to buy a whole load of multi-purpose solutions to test, consider Bausch + Lomb's renu® FreshTM and renu® SensitiveTM solutions which are specially formulated to gently draw tears to lenses. This creates a cushion of moisture between the contact lens and the eye. If you have sensitive eyes that are prone to itchiness and redness, its new variant, renu® SensitiveTM is worth trying as it has been designed to be gentle on the eyes as it cleans. At the same time, it provides effective disinfection to ensure the potentially irritating particles are rinsed away. Providing the highest quality of care to your eyes starts with recognising the importance in pratising good contact lens care habits. This starts with basic contact lens care – cleansing and disinfecting. Follow these four simple steps to ensure that your lenses are clean. Bausch + Lomb's new clear bottle design for renu® FreshTM multi-purpose solutions for contact lens care makes it really convenient. The clear bottle allows you to see how much solution is remaining so you can grab a new bottle before it finishes. It is even made of a recyclable plastic material, PET, giving you a peace of mind as you make this environmentally friendly purchase. The renu® FreshTM and renu® SensitiveTM multipurpose solutions comes in two bottle sizes of 355ml and 120ml and is available at leading optical outlets, pharmacies and hypermarkets nationwide. Contest Details Q1: Q2: Sertakan juga maklumat peribadi: Nama: Hantarkan jawapan anda kepada: dengan tajuk email: Bausch + Lomb's renu® FreshTM and renu® SensitiveTM Contest Tarikh tutup peraduan: Winners will be notified by e-mail. Prizes to be collected personally from Sensasi Selebriti. Terms and Conditions
Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |