Adsense

Isnin, 10 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kecapi Keanggunan Bersama Minuman Anti-Penuaan Eterna’

Posted: 10 Jan 2011 08:42 AM PST

Kecapi Keanggunan Bersama Minuman Anti-Penuaan Eterna'

Eterna-Poster3

Ooosha.com dengan bangganya memperkenalkan produk Minuman Anti-Penuaan Eterna' yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Dengan kombinasi Kolagen Marin dan Xanthone Buah Manggis, minuman Anti-Penuaan Eterna' akan membantu pengguna mengurangkan kedut, meningkatkan keanjalan kulit, menghidrasikan permukaan kulit dan memperlahankan kesan penuaan.

Dengan konsentrasi 5000mg dalam setiap hidangan, Minuman Anti-Penuaan Eterna' padat dengan kolagen marin yang terkenal sebagai bahan anti-penuaan berkebolehan meningkatkan keanjalan kulit, meningkatkan hidrasi pada kulit, menghidupkan semula kulit berumur, mengurangkan kesan parut dan "stretch marks", dan membantu mengaktifkan kolagen semulajadi kulit.

Minuman Anti-Penuaan Eterna' juga mengandungi Xanthone dari ekstrak buah manggis – satu bahan yang terkenal sebagai anti-radang dan anti-oksida yang membantu melawan radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada kulit anda. Vitamin C juga ditambahkan bagi membantu pengurangan kedut, melembapkan dan melembutkan permukaan kulit.

Eterna' berperisa beri dan sesuai diambil sejuk.

Ambil segelas Minuman Anti-Penuaan Eterna' setiap hari, sebaiknya dengan perut kosong sebelum tidur, selama 15 hari secara konsisten untuk melihat kesannya.

40-HARI TANPA SOAL Ooosha.com

Eterna Web2

Minuman Eterna' boleh didapati secara eksklusif di Ooosha.com berserta dengan jaminan 40-Hari Pulangan Wang Tanpa Soal yang PERTAMA di Malaysia. Jaminan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna dalam pembelian produk dari Ooosha.com. Jika pengguna tidak berpuas hati dengan produk, atas apa sebab sekalipun dan walaupun telah digunakan, mereka boleh memulangkannya (tertakluk kepada syarat pemulangan) dan Ooosha.com akan memulangkan kembali wang anda tanpa soal!!!

Eterna' disenaraikan berserta harga RM 110 (15 x 15gm sachet) di pasaran tetapi boleh didapati pada harga istimewa iaitu RM 100 sahaja (tidak termasuk kos pengangkutan).

PELUANG MEMENANGI APPLE iPAD

Bersempena dengan pelancaran Eterna' di Ooosha.com, anda berpeluang memenangi Apple iPad dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Daftar sebagai ahli di Ooosha.com

2. Jadi pengikut kami di twitter.com/myooosha dan/atau Facebook [Ooosha Zero-Risk Shopping]

3. Kemudian tulis yang berikut sebagai Status Facebook/Tweet di Twitter anda:

Dengan Eterna',umur hanyalah angka.Potongan 10% & peluang menangi Apple iPad bersama [sebut-nama username kami (eg: @myooosha)].Layari http://ooosha.com

- Pastikan anda menggunakan frasa yang sama berserta sebut-nama yang sah dalam status atau Tweet anda (sebut-nama yang sah adalah apabila pembaca boleh KLIK pada sebut-nama tersebut)

4. Hantar e-mail kepada kami di share@ooosha.com berserta maklumat berikut:

- Username anda di Ooosha.com
- Username Facebook dan/atau Twitter anda
- Masa dan tarikh status dan/atau Tweet anda yang menyebut nama kami

5. Anda secara automatik akan menerima baucer diskaun 10% melalui e-mel DAN berdaftar untuk cabutan Apple iPad

Penyertaan terakhir pada 31 Januari 2011.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • CARA BERKESAN MENGANJAL DAN TON BADAN
  • Maya Karin Jadi Duta Produk Minuman Bertenaga
  • Gambar Sekitar Bengkel Kecantikan Bersama Irma Hasmie
  • Jemputan: Sessi Pengenalan di AsterSpring Pavilion
  • Profil Watie Bekas Anggota Elite
  • Puteri Sarah Liyana Minum Apa Tu?
  • Video Sex Skandal Khairy Jamaludin Tersebar di Internet?
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Advertorial: Sanchi Panax Natoginseng
  • Serikan Wajah dengan Beautee Face Ampoule Series
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Astro First Movie On Demand dari Pawagam ke Rumah Anda

    Posted: 10 Jan 2011 08:15 AM PST

    Pada jam 11 pagi tadi, Budiey menghadiri satu sidang media dan pelancaran Astro First di Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Selain penerbit dan distributor filem, Budiey lihat ramai juga selebriti dan pelakon filem turut berada di sana untuk mempromosikan Astro First. Antaranya, Lisa Surihani, Putri Mardiana, Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan ramai lagi.

    Astro First

    Astro First membawa Pawagan ke Rumah Anda

    Perkhidmatan pertama seumpamanya yang membolehkan anda menonton filem tempatan terbaru

    Astro First

    Rakyat Malaysia sudah tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang di kaunter tiket dan mengharungi kesesakan lalu lintas setiap kali mahu menonton wayang di pawagam apabila perkidmatan movie-on-demand terbaru; Astro First kini boleh dinikmati menerusi platform Astro bermula 13 Januari ini.

    Astro First

    Pelanggan Astro akan berpeluang untuk menonton filem-filem terbaru selepas dua minggu ditayangkan di pawagam di kediaman masing-masing pada harga yang berpatutan.

    Astro First

    Ini dia ejen Zalif, dulu PR KRU Studios sekarang ni Zalif nak jadi pelakon sepenuh masa. Nama dia Zalif tapi kitorang panggil dia Pooh sebab dia comel macam anak patung Pooh.

    Astro First

    Astro First, sebuah perkhidmatan movie-on-demand yang pertama seumpamanya bakal disiarkan menerusi Saluran Astro 480 bermula 13 Januari 2011 dengan tiga judul hebat – Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung.

    Perkhidmatan ini menjanjikan harga yang berpatutan, keselesaan serta meningkatkan kualiti masa sekeluarga untuk setiap pelanggan Astro.

    Pelanggan Astro boleh menantikan lebih banyak judul filem terbaik seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, KongSi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya untuk bulan-bulan akan datang.

    Astro First mempunyai tiga kunci kelebihan seperti berikut:
    Senarai filem-filem terbaru terus menerusi Astro First selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.

    Keselesaan – menonton filem-filem terbaru menerusi Astro First di kediaman masing-masing pada bila-bila masa dan seberapa kerap mengikut keselesaan anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Lebih nilai untuk wang – Dengan bayaran sebanyak RM15 setiap judul filem berbanding bayaran sebanyak RM40 hingga RM60 untuk empat ahli keluarga, Astro First ternyata member lebih nilai untuk wang anda. Selain itu, 32 pilihan masa menonton untuk setiap filem memberikan keselesaan untuk menonton mengikut keselesaan anda, sekerap mungkin dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

    Astro First

    Ketua Pegawai Operasi ASTRO, Henry Tan

    Ketua Pegawai Operasi ASTRO, Henry Tan berkata, "Astro mensasarkan untuk membawa hiburan masa depan ke setiap kediaman rakyat Malaysia. Astro First merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya dalam usaha untuk melakar sejarah industri hiburan. Menerusi Astro First, anda kiniboleh menikmati filem-filem terkini yang baru ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia di kediaman masing-masing mengikut keselesaan sendiri.Selepas perundingan demi perundingan denganpihak-pihak pawagam dan syarikat produksi yang terlibat, kini kami sudah bersedia untuk menawarkan filem-filem terkini di pawagam menerusi platform Astro terus ke kediaman pelanggan dengan nilai yang jauh lebih baik.

    Lebih daripada sekadar menawarkan pengalaman menonton filem terbaru kepada tiga juta pelanggan, Astro First juga merupakan misi yang sama penting yakni untuk memperluaskan pengedaran filem-filem dan memanjangkan tempoh menonton yang ditawarkan di pawagam. Astro First juga memberi akses pangkalan penonton yang luas kepada penerbit-penerbit filem tempatan yang selama ini tidak pernah didapati. Menerusi Astro First juga, para pencinta filem yang menetap di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada pawagam kini berpeluang untuk menikmati dan menunjukkan sokongan mereka kepada filem-filem tempatan. Secara ringkas, Astro First bakal merancakkan ekonomi industri filem negara ini."

    Tan turut menambah, "Kami percaya Astro First menyediakan platform untuk mempromosi kandungan kreatif tempatan di kalangan penonton Malaysia secara lebih meluas. Kami yakin dengan kejayaan filem-filem tempatan di Astro First ini kelak bakal menyaksikan pesaing antarabangsa dan serantau untuk turut serta dalam mengubah cara pengedaran filem-filem di Malaysia."

    Astro First

    Tiga langkah mudah untuk menikmati Astro First
    Sangat mudah untuk membeli filem kegemaran anda di Astro First. Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;

    1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.

    2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan. 3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

    Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS.

    Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

    Astro First

    Cuba teka siapa yang bawa motor besar ni.

    Astro First

    Yesss… Dira Abu Zahar. Dia kan memang bikers.

    Astro First

    Erynne Erynna, pelakon remaja yang membintang filem Damping Malam pun ada

    Astro First

    Ehem ehem, Shaheizy Sam & Lisa Surihani pakai sedondon tu.

    Astro First

    Yana Samsudin & Tasya

    Astro First

    Ashraf Muslim yang kacak lagi bergaya

    Astro First

    Putri Mardiana

    Astro First

    Shaheizy Sam yang baru habis pengambaran filem 8 Jam. Dengarnya watak Sam dalam filem ni memang lain dari yang lain.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Mertua VS Menantu Lakonan Erra Fazira
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran April Sekarang!
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Movie Carnival 2008
  • Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari
  • Profile Khairi Zukhairi
  • FILEM SETEM & MARHABAN DI ASTRO DI PAKEJ MUSTIKA
  • Video The Making Of… Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta
  • Phua Chu Kang The Movie
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.