Adsense

Isnin, 10 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Kisah Pemuda Dan Anak Dara Makcik

Posted: 10 Jan 2011 08:27 AM PST

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!


P/s dasar mangkuk ayun tul..... sangap nak tido umah anak dara...

Program Gadis Semasa Sunsilk Di TV3

Posted: 10 Jan 2011 08:11 AM PST

Jika sebelum ini Yuna, Ana Raffali dan si Cikgu Shida kini lahir seorang lagi artis yang dicungkil daripada tuah Youtube yang akan ditayangkan di TV3.


Kali ini program TV3 sebanyak 13 episode akan keudara menemui penonton mengenai kisah seorang gadis daripada Youtube setiap 6 petang hari selasa.



Namun identiti gadis bertuah tersebut masih dirahsiakan, memang suspend kerana dengan bimbingan pakar gadis tersebut akan diajar, dibimbing untuk mencapai impiannya.

Azmeer Tidak Setuju M.Nasir Pilih Ana Raffali

Posted: 10 Jan 2011 07:57 AM PST

Baru Sehari AJL25 melabuhkan tirai dan baru sehari Ana Raffali ditabalkan sebagai JUARA namun ada kisah yang disensasikan oleh ramai orang diluar sana terutamanya mempertikaikan status si gadis berbaju kurung.


Komposer Azmeer tidak bersetuju dengan pilihan Sifu M.Nasir kerana memilih Ana Rafali selaku juara namun beliau memilih seseorang peserta yang hanya diketahui oleh Azmeer. Berikut "Statement" Azmeer mengenai AJl 25.



"Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu," 


Manakala Abang Amy Search pula mengharapkan Yuna yang menjadi Juara




Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.



"Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.


"Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak 'besar'. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya," kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.



"Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.
"Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular," ujarnya lagi.


ZoOm : Apa Kata Anda Adakah anda setuju dengan Komposer M.Nasir....Azmeer..Amy ?