Adsense

Isnin, 10 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook

Posted: 10 Jan 2011 10:11 PM PST

Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook

Screen shot 2011 01 11 at 2.04.47 PM Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook

Ini lawak antarabangsa ke apa? Dr. Rozmey kembali mewarnai dunia hiburan dengan idea-idea yang makin pelik & tak munasabah. Terpengaruh dengan khabar angin bahawa Facebook bakal ditutup 15 Mac 2011, Dr Rozmey bercadang untuk membuka sebuah laman sosial bagi mengantikan kekurangan tersebut, dRbook.

Ya, anda yang percaya bahawa Facebook akan ditutup memang 100% kena troll, pwned (Apa itu pwned?). Minggu lepas, konglomerat kewangan dunia seperti Goldman Sachs & sebuah syarikat Rusia membuat pelaburan bernilai $500 juta, dengan anggaran nilai potensi Facebook berjumlah $50 billion. Penganalisis pelaburan juga menganggarkan Facebook bakal bernilai $57 billion menjelang akhir tahun ini.

Screen shot 2011 01 11 at 2.09.12 PM Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook

Menurut jurucakap CNBC, nila Facebook kini melebihi jumlah nilai Boeing, syarikat pembinaan kapal terbang yang terbesar di dunia. Dianggarkan Boeing hanya bernilai $49 billion setakat hari ini.

Logik akal, tak mungkin Mark Zuckerberg (co-founder Facebook) suka hati nak melenyapkan Facebook daripada dunia maya. Bukan apa, kami yakin pasti ada terselit duit-duit mafia yang turut dilaburkan dalam Facebook, cari nahas je!

Tujuan artikel ini ditulis untuk melenyapkan kisah-kisah Facebook yang makin menjadi-jadi.

pixel Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keputusan Undian, Setuju Atau Tidak Anna Raffali Menang AJL 25.

Posted: 10 Jan 2011 07:00 PM PST

Screen shot 2011 01 11 at 10.59.10 AM Keputusan Undian, Setuju Atau Tidak Anna Raffali Menang AJL 25.

Setelah 24 jam undian berjudul "Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali menang, setuju atau tidak?" dibuka, kami menerima keputusan penuh hasil respon orang ramai terhadap keputusan Anugerah Juara Lagu 25. Harus kami ingatkan, keputusan ini dibuat berdasarkan survey terhadap pembaca OHBULAN! yang datang daripada pelbagai pelosok negara, dengan pelbagai pendapat dan pelbagai bidang kerjaya.

Andai Ana Raffali terbaca survey ini, jangan marah atau bengang. Jadikan ini sebagai pembakar semangat, satu benchmark permulaan Ana Raffali untuk menidakkan segala kritikan orang ramai.

Daripada 2391 responden yang menyertai undian, sebanyak 1648 respon mewakili 69% undian tidak bersetuju bahawa Ana Raffali sepatutnya memang AJL 25, kerana lagu lain lebih sedap. Manakala, sebanyak 743 respon mewakili 31% undian bersetuju bahawa Ana Raffali wajar menang AJL 25, kerana lagu dia memang sedap.

p/s: Lagu Tolong Ingatkan aku – Ana Raffali akan lebih sedap kalau anda berulang kali mendengar lagu ini. Sebab itu, kami letakkan video klip Ana Raffali di bahagian video, muka depan.

pixel Keputusan Undian, Setuju Atau Tidak Anna Raffali Menang AJL 25.
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.