macam macam hiburan terkini |
- Ana Raffali Menang AJL25, Gondol RM35,000
- Ayu Raudhah Mula Edar Kad Kahwin
- Syamsul Mahu Berhenti Mengarah
- Di Mana Cacatnya Konsert J2011-Legenda?
- Buah-buahan Hijau Pilihan Raja Farah
- Razali Hussin Kini Penternak Lembu
Ana Raffali Menang AJL25, Gondol RM35,000 Posted: 09 Jan 2011 07:02 PM PST Dengan kemenangan Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Ana Raffali telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000. Tolong Ingatkan Aku telah berjaya mengalahkan 13 buah lagu lain iaitu Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja). Turut bertanding adalah lagu Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan). Barisan pemenang yang memenangi AJL25. Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Drama King ciptaan Taja serta lirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000. Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000. Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunai RM10,000). Datuk Siti Nurhaliza turut membuat persembahan 'interlude'. Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri. Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak. Pertandingan yang bertemakan Music Mapping atau Pemetaan Muzik ini dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Tiga pengacara AJL25 iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail. Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain dalam persembahan interlude selain M.Nasir, Nash, dan Francissca Peter sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS. AJL25 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri FaridRidzuan. |
Ayu Raudhah Mula Edar Kad Kahwin Posted: 09 Jan 2011 07:01 PM PST Ayu, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, akan diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tarikh itu pukul 3.30 petang, selepas Solat Jumaat. Menurut Ayu, seramai 600 hingga 700 orang akan diundang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama. "Antara tetamu yang diundang termasuklah beberapa rakan artis tetapi mereka belum membuat pengesahan kerana faktor jarak yang agak jauh dari Kuala Lumpur," katanya yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki. Bercerita lanjut tentang persiapan menjelang perkahwinan, Ayu akui fikirannya agak runsing setelah memikirkan ada beberapa perkara yang belum diselesaikan. Di tambah pula dengan jadual lakonan yang padat, dia terpaksa mencuri masa pada waktu malam untuk mencuba pakaian pengantin. Katanya lagi, tunangnya, Zaquan juga sibuk dengan sesi latihan bola sepak. Jadi, sebab itu mereka sukar mencari masa luang bersama–sama. Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz. Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober 2010 dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor. |
Syamsul Mahu Berhenti Mengarah Posted: 09 Jan 2011 07:00 PM PST Bukan sahaja masyarakat, bapanya sendiri Datuk Yusof Haslam turut meletakkan harapan tinggi terhadap anaknya itu sehingga memberi tekanan buat Syamsul. Namun, itulah balasan yang harus diterima oleh Syamsul dek kerana kejayaannya memperoleh anugerah berkenaan selain menjadi harapan besar buatnya untuk menjadi lebih kreatif dalam setiap pembikinan filemnya nanti. Sepanjang sesi fotografi yang diadakan bersama Syamsul di sekitar Menara Star, Khamis lalu, pemuda berusia 26 tahun ini juga tidak tenang memikirkan respons penonton terhadap filem seram pertama arahannya iaitu Khurafat, yang bakal ditayangkan pada 13 Januari ini. Kata Syamsul, sejak bergelar pengarah, fikirannya hanya diisi dengan idea-idea filem sahaja sehinggakan dia lupa yang umurnya masih muda dan perlukan untuk hidup bersosial seperti orang lain. "Selain keluarga dan teman rapat kotak fikiran saya hanya berfikir tentang filem sahaja. Malah, hobi saya turut dikaitkan dengan filem seperti menonton wayang. "Mungkin kerana saya sudah memberi fokus sepenuhnya terhadap filem, saya tidak ada benda lain yang perlu dibuat selain melakukan perkara-perkara yang membabitkan filem. "Kadang-kala jika saya tidak ada apa-apa urusan, saya akan memandu kereta berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur (KL) sambil memikirkan idea-idea baru," tuturnya. Korban zaman remaja Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur itu, mungkin kerana cara didikan yang diberi oleh ayahnya, membuatkan dia selesa dengan kehidupannya yang hanya berada dalam dunia perfileman sahaja. "Saya gembira memiliki ayah yang memberi petunjuk kepada saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak akan berjaya seperti sekarang. "Malah saya juga tidak kesal kerana tidak dapat merasai keseronokan zaman remaja saya. Memang diakui, sekali sekala saya cemburu dengan rakan-rakan yang dapat meluangkan masa melepak sambil menonton bola ataupun meraikan majlis-majlis hari jadi. "Setiap perkara yang kita inginkan perlu pengorbanan bukan? Jadi saya korbankan sedikit zaman remaja saya dan fokus kepada karier. Saya ada sasaran sendiri di mana apabila usia saya sudah mencecah 35 tahun, saya akan berhenti mengarah mahupun berlakon. Cukup sekadar menyalurkan idea sebagai penerbit filem. "Kemudian saya ingin memberi perhatian kepada keluarga pula. Mana tahu, mungkin saya akan berkahwin pada umur saya 35 tahun? Perancangan ini dibuat sebab saya tahu kesibukan saya sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi saya kepada keluarga. "Kadang kala, saya kasihan juga tengok ayah yang masih lagi bertungkus lumus menyiapkan skrip walaupun sudah berusia. Tapi pada masa sama juga saya kagum dengan kudratnya itu. "Tapi, saya tak nak jadi sepertinya. Sebab itu saya korbankan masa muda saya dan nikmati masa rehat di usia tua jika saya dipanjangkan umur," tuturnya. Kisah sate kambing Umum tahu, bukan mudah untuk menghasilkan sebuah karya filem yang hebat lebih-lebih lagi membabitkan filem aksi. Semua itu memerlukan ketabahan dan kecekalan dalam diri seseorang itu. Begitu juga dengan Syamsul yang perlu melalui perit getir menghasilkan setiap karyanya. Dan pada satu tahap, Syamsul tidak dapat melalui dugaan dan cabaran tersebut sehingga dia terdetik untuk berhenti daripada dunia perfileman. "Sepanjang berkarya, filem Evolusi KL Drift 2 adalah filem yang paling mencabar dalam hidup saya. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis dalam filem itu di mana saya pernah kemalangan kerana melakukan aksi pada satu babak. "Kemudian selepas penggambaran, saya mengambil masa yang agak lama untuk suntingan kerana bergaduh dengan ayah. Waktu itu saya terlalu kecewa sehinggakan tiada fikiran positif dalam diri saya. "Sampaikan saya bercadang untuk berhenti dan ingin membuat perniagaan lain iaitu menjual sate kambing kerana tidak boleh menerima tekanan lagi. "Mungkin pada ketika itu saya tidak matang sepenuhnya lagi, saya agak sukar untuk mengawal tekanan yang dialami. Selepas berfikir semula, rasa rugi pula bila mencuba perniagaan baru kerana saya perlu bermula dari bawah semula. "Dan kerana pengalaman perit getir yang dilalui ketika penghasilan filem Evolusi KL Drift 2 ini jugalah saya merangkul dua buah trofi pada FFM25 dan ASK25 baru-baru ini," katanya. Bersyukur dengan segala kejayaan yang diperoleh hasil daripada didikan ayahnya, bagi Syamsul dia bukanlah seorang yang digelar 'anak bapak' di mana dia mengikut cara kerja yang dibuat oleh ayahnya itu. Namun, Syamsul menggunakan kemudahan serta didikan yang diterima untuk menjadi pengarah dengan cara tersendiri tanpa bayangan ayahnya yang sudah berpengalaman menghasilkan filem sejak tahun 1990-an. "Saya bersyukur kerana punyai ayah yang sudah ada nama dan pada masa yang sama dia mengajar saya setiap pengalaman yang dilalui. "Tapi kami memiliki fahaman dan idea yang berbeza, sebab itu kami sering bertelingkah bila melibatkan kerja. "Benar saya belajar daripadanya tapi pelajaran yang saya terima itu saya ubahsuaikan mengikut saya yang tersendiri. Kadang-kala geram juga bila dia marahkan saya sama seperti dia marahkan pekerjanya. "Tapi biasalah, sebagai seorang ayah dia tahu kemampuan anaknya. Rasanya kalau dia tidak bertegas dengan saya, mungkin saya akan jadi malas. Dia suka mencabar saya dan saya pula pantang dicabar dan akan sahut cabaran itu," tuturnya sambil tersenyum mengenang kembali gelagat ayahnya itu. Sisi kelakar Syamsul Menyingkap sisi karakter lain yang dimiliki pengarah ini, Syamsul mempunyai karakter kelakar yang ramai orang tidak tahu. Kata Syamsul, karakter itu lebih ditonjolkan kepada keluarganya sahaja serta teman yang rapat dengannya. Pada masa yang sama, turut diakui, dia agak sensitif jika melibatkan orang yang disayanginya seperti keluarga, kekasih dan teman rapat. "Ramai yang menganggap saya seorang yang sombong tapi sebenarnya saya suka berjenaka dan mengacau adik beradik saya. Malah dengan kekasih juga saya suka mengacau dan seorang yang "sempoi". "Saya juga seorang yang sensitif jika melibatkan orang yang saya sayang. Tetapi lain pula apabila berhadapan dengan kekasih, saya akan bersikap tegas. "Hubungan saya sebelum ini banyak mengajar saya dan bila saya tak suka kelakuan teman wanita saya itu, saya akan beritahu. Saya akan layan kekasih sebagaimana saya menjadi suami nanti," katanya yang ingin mencari seorang kekasih yang menerima pendiriannya serta akan memakai tudung apabila kahwin kelak. |
Di Mana Cacatnya Konsert J2011-Legenda? Posted: 09 Jan 2011 06:59 PM PST Tidak dinafikan, kekuatan vokal Jamal sememangnya hebat tetapi soal pemilihan lagu dilihat mencacatkan sedikit kehebatan Jamal Abdilah. Jika dibandingkan dengan kejayaan konsert yang pernah dilakukan sebelum ini seperti Jamal… Kembara Seniman (2009) dan One Night Only With Jamal Abdillah (2006) pasti ramai yang menjangkakan konsert yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya sempena tahun baru 2011 kali ini lebih hebat. Kelainan yang cuba dipersembahkan melalui rangkaian lagu-lagu Jamal dari koleksi lagu-lagunya yang tidak begitu hits itu membuat persembahan selama dua jam tidak begitu menyerlahkan kehebatannya sebagai Raja Pop Malaysia. Konsert dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan Eddie Marzuki itu terbahagi kepada tiga segmen. Bagi segmen pertama, penonton didendangkan dengan alunan lagu-lagu dalam koleksi album Jamal Abdillah bersama Medley lagu-lagu hits. Keseluruhannya Jamal menampilkan kira-kira 23 buah lagu popular daripada album-albumnya terdahulu. Antara lagunya yang popular ialah Seniman Menangis, Sepi Seorang Perindu, Cinta Yang Terbiar, Takdir Penentu Segala, Sepi Seorang Perindu dan sebuah lagu baru iaitu Sueraya. Kehebatan persembahan berkenaan agak merudum apabila Jamal membariskan lagu-lagunya yang kurang hits seperti Cinta Selayang Pandang, Kalipso Tropikana, Kelukaanku Kerana Mu, Antara Yakin Dan Curiga dan Sikapmu Meragukanku. Manakala, Datuk Ahmad Nawab turut membuat penampilan khas pada segmen kedua apabila turut mengiringi Jamal dengan iringan lagu-lagu bersama tiupan saksofon. Sementara bagi segmen ketiga, nostalgia lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan penyanyi kegemaran Jamal seperti Tan Sri P. Ramlee, M. Bakri, S. Affendi, Ismail Harun, Eddy Silitongga dan Datuk Ahmad Jais. Bagaimanapun, strategi susunan tiga segmen tersebut sedikit sebanyak turut menjadikan momentum persembahan kurang menarik perhatian para penonton sepanjang persembahan berlangsung. Seharusnya Jamal perlu mengambil kira peminat yang gemarkan lagu-lagu hit yang sinonim dengan namanya seperti lagu Seroja, Kekasih Awal Dan Akhir, Kepadamu Kekasih dan Di Sudut Kamar Hatiku. Selain itu, sepanjang persembahan, Jamal dilihat seperti berada dalam kegelisahan dan telah melakukan sedikit kesilapan seperti terlupa lirik, namun begitu ia bukan perkara besar kerana sering berlaku pada penyanyi-penyanyi lain juga. Keliru Perkara tersebut diakui Jamal kerana lagu yang dibawanya pada malam itu kurang dinyanyikan dan terdapat lirik yang lebih kurang sama sehingga membuatkan dia keliru. Bagaimanapun, kemerduan suara penyanyi ini sememangnya tidak dapat dinafikan dan ia mampu menarik peminat setianya untuk datang ke setiap persembahan yang diadakan. Suara yang tidak pernah jemu didengar itu masih mempunyai aura tersendiri yang boleh menghangatkan konsert tersebut. Selain itu, apa yang mencacatkan persembahan ialah rentak penari-penari iringan yang seolah-olah kurang melakukan latihan juga mengganggu konsentrasi penonton terhadap nyanyian penyanyi itu. Pentas yang kurang menarik juga turut menurunkan keterujaan penonton. Sedikit menghampakan penataan cahaya khas berkonsepkan PANI yang tidak menjadi atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Apa kata Jamal? Jamal beramah mesra dengan peniup saksofon, Datuk Ahmad Nawab. Ketika ditemui selepas konsert berlangsung, Jamal mengakui pemilihan lagu dibuat bagi memberi kelainan dari konsert sebelum ini. "Saya memilih untuk menyanyikan lagu-lagu yang tidak biasa didengar kerana mahu penonton yang datang tidak bosan dengan lagu biasa saya bawa. Walaupun tidak biasa didengar dan diputarkan di radio tapi saya percaya peminat-peminat saya tahu lagu-lagu tersebut. "Lagu-lagu itu adalah lagu terbaik dalam album cuma tidak dipopularkan sahaja. Saya ambil risiko untuk nyanyikan lagu-lagu tersebut juga sebagai percubaan," ujarnya yakin setiap lagu tersebut mempunyai tarikan tersendiri. Apa yang pasti, bagi peminat setia penyanyi legenda ini ialah selagi lontaran suaranya kedengaran jelas dan merdu pada halwa telinga mereka itulah yang terbaik. Pada malam tersebut juga, tiupan saksofon Datuk Ahmad Nawab mengiringi lagu Seniman Menangis dan Jeritan Batinku merupakan momen paling menarik dalam persembahan tersebut. Gandingan mantap itu dilihat menjadi klimaks kepada konsert pembukaan tirai 2011 ini. Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani pemilihan lagu-lagu dalam persembahan berkenaan bertepatan dengan kehendak Istana Budaya yang mahu konsert ini berbeza dari yang sebelumnya. "Kami memang menggalakkan agar pada konsert kali ini Jamal dapat buat kelainan berbanding dua konsertnya yang lalu. Kita terima sebab dia datang dengan kertas kerja berbeza dari sebelum ini. "Dari segi jualan tiket konsert kali ini lebih memberangsangkan. Untuk konsert empat hari 80 peratus tiket sudah terjual.Kami menganggarkan ia akan meningkat pada malam persembahan," katanya. Konsert J2011 Legenda itu berlangsung di Istana Budaya bermula 7 Januari sehingga 10 Januari ini. Ia merupakan persembahan yang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat milik Jamal iaitu Bintang Channel Sdn Bhd. Ia merupakan penghargaan Jamal buat peminat setianya yang tak pernah jemu menyokong kerjaya seninya sejak memenangi Bintang RTM pada tahun 1979 lagi. Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual dengan harga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305. |
Buah-buahan Hijau Pilihan Raja Farah Posted: 09 Jan 2011 06:59 PM PST Sebab itu dia mengaku mementingkan kecantikan dalaman dan menyarankan kepada semua wanita supaya menitikberatkan perkara tersebut. Pengambilan air setiap pagi setelah bangun dari tidur menjadi amalan utama pelakon drama Kau dan Aku ini. Sebelum minum dua teguk air sekadar untuk membasahkan tekak, dia akan berselawat terlebih dahulu. Selain itu, isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria ini turut mempraktikkan tip selalu senyum di depan cermin untuk meredakan tekanan. Farah berkata ibunya, Farizah Abu Samah banyak mempengaruhinya dari segi pemakanan dan penjagaan kulit. Raja Farah dan Ayu Raudhah bersama-sama produk penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine. "Ibu saya sentiasa memantau apa yang saya makan dan pakai. Dia menasihatkan saya supaya tidak minum air sejuk bagi mengelak urat mengembang. Jadi, saya banyak minum air panas dan suam. "Selain itu, dia galakkan saya makan banyak sayur-sayuran. Saya suka makan sayur kangkung tetapi dia kata sayur itu boleh menyebabkan perut menjadi sejuk. Jadi, saya makan lobak merah dan tomato dengan mengisarnya terlebih dahulu. "Saya juga mengambil buah-buahan berwarna hijau seperti pir dan epal serta mengelak memakan buah berwarna kuning seperti mangga dan pisang kerana ia mampu menambah selera makan. Jadi kalau makan roti dan epal sahaja pun dah cukup mengenyangkan," katanya yang mendapat tip agar memakan buah-buahan daripada aktres Erra Fazira. Baru-baru ini kecoh sebentar apabila ramai yang mengatakan badan Farah sedikit berisi. Farah akui badannya cepat naik, jadi sebab itu dia perlu mengamalkan diet dengan tidak mengambil nasi pada setiap Isnin sehingga Sabtu. Tetapi setiap Ahad, baru dia akan makan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Sebut tentang diet, Farah menasihatkan agar sesiapa yang ingin menjaga badan supaya dapat mengawal pengambilan makanan untuk mengurangkan berat badan. "Kita perlu mengikut peraturan makan iaitu enam kali sehari tetapi makan dalam kuantiti yang sedikit. "Misalnya saya makan pada setiap pukul 8 pagi, 10 pagi, 1 petang, 4 petang, 6.30 petang dan 10 malam. Jika tidak ikut semua pun, sekurang-kurangnya saya akan makan semasa pukul 10 pagi dan 1 petang manakala pukul 10 malam pula saya makan buah-buahan," tambahnya yang akan bersanding dalam laut di Pulau Perhentian, Terengganu pada Mac atau April tahun ini. Sebelum itu, Farah akan mengadakan majlis resepsi pada Februari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Jadi, sambil menanti dua resepsi itu, Farah mengikuti pakej rawatan muka dan badan Beautiful Bride oleh AsterSpring sejak beberapa bulan lalu sebelum majlis pernikahannya pada 12 November lalu. "Setiap bulan, saya akan mengikuti program yang dianjurkan oleh AsterSpring iaitu rawatan body massage dan scrub selama setahun. Seminggu sebelum nikah, saya juga membuat rawatan muka dan badan. "Saya mencabar diri untuk mengurangkan berat badan saya supaya saya nampak cantik dalam pakaian pengantin. Saya gemar melakukan ORP Immersion Chamber iaitu satu kaedah rendaman yang dapat membakar sehingga 600 kalori dalam masa 30 minit selain membantu membuatkan saya segar selepas setiap sesi. "Sementara rawatan muka Hydramax Gamma memberikan keserian yang saya idamkan," katanya kepada Mingguan mStar di pusat kecantikan AsterSpring, Suria KLCC, baru-baru ini. Selepas berkahwin, Farah akui banyak perubahan yang dilakukan terutama mengurangkan makanan berminyak dan mengelakkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, Farah mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam. Paling minimum, dia akan berlari selama 30 minit selain melakukan senaman lain pada setiap Sabtu dan Ahad. |
Razali Hussin Kini Penternak Lembu Posted: 09 Jan 2011 06:58 PM PST Dia yang baru sahaja melancarkan perniagaan ternakan lembu Dzas Cattle Farm ini menganggap usahanya itu sebagai langkah awalnya berjinak-jinak dalam bidang tersebut. "Ladang ternakan lembu ini dibuka selepas puasa hasil modal saya bersama dua lagi rakan niaga. Kami mula urusniaga pada raya haji dan Ahamdulillah kini semakin berkembang. "Pada awalnya kami ada 16 ekor lembu dan sehingga kini sedah mencapai lebih 100 ekor lembu. Buat masa ini saya hanya tumpukan kepada jual beli lembu sahaja, tapi kami dalam perancangan untuk jual dalam bentuk daging," katanya. Jelas Razali, idea membuka ladang ternakan lembu datang selepas mendapat beberapa maklumat tentang perniagaan tersebut. "Saya suka berniaga, namun sebelum memulakan perniagaan saya cari perniagaan yang betul-betul boleh mendatangkan keuntungan dan untuk jangka panjang. "Selepas kumpul maklumat dan dapat rakan yang berminat untuk melabur barulah saya betul-betul yakin dengan bisnes ini," katanya. Dalam pada itu, turut mengakui tidak boleh terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki sebagai artis yang tidak menentu, terutamanya untuk bekalan hari tua. Razali bersama teman rapat ketika majlis perlancaran ladang lembu miliknya "Kita lihat ramai artis yang buka perniagaan kerana memikirkan jangka masa panjang. Kita tidak boleh bergantung kepada hasil lakonan sahaja sebab kita sendiri tidak tahu sampai bila akan berlakon. "Saya rasa dari sekarang dah mula kumpul harta sedikit dan bekalan untuk hari akan datang," ujarnya yang bakal menyambut hari lahir ke 35 pada 16 Januari ini. Sementara itu, dari segi kerjaya sebagai anak seni, dia sedang merancang untuk menlahirkan sebuah single baru pertengahan tahun ini. "Saya masih minat menyanyi dan masih mendapat jemputan untuk persembahan nyanyian, justeru itu saya ingin buat sebuah lagu yang boleh saya nyanyikan kerana sebelum ini sering menyanyikan lagu orang lain. "Lagu tersebut saya buat sendiri namun belum mempunyai masa untuk buat rakaman," katanya yang mengakui tahun 2011 merupakan tahun kemunculannya semula sebagai penyanyi. google: razali hussin, razali hussin blog, razali hussin facebook, razali hussin blog, razali hussin twitter, razali hussin myspace, razali hussin hot, razali hussin seksi, razali hussin panas, kontroversi razali hussin, terkini razali hussin, terbaru razali hussin, razali hussin 2011, razali hussin bela lembu, razali hussin penternak lembu |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |