macam macam hiburan terkini |
- Nadia: Ghairah kejar cita-cita
- Zed Zaidi jadi tauke restoran
- 'Tiada sengketa antara kami'
- Catriona Ross Disuruh Buka Tudung
- Amyza Ganti Misha Dalam 'Sehati Sejiwa'
- Ikram Dinzly Terbawa Watak Ke Luar Lokasi
- Asyraf 'Imam Muda' Belajar Tulis Skrip
Nadia: Ghairah kejar cita-cita Posted: 07 Jan 2011 05:20 PM PST Bagaimanapun, bintang yang mula mencipta nama selepas menyertai rancangan Gangstarz bersama kumpulannya - Luscious - berasa pelik apabila ada yang berpendapat sedemikian. "Seorang penyanyi pop dan R&B wanita pasti kelihatan seksi apabila beraksi di atas pentas. "Sewaktu menyertai Gangstarz juga ramai memberikan komen begitu. Bagi saya paduan suara kami yang mungkin kedengaran seksi. "Sebab itu juga sewaktu menyertai Gangstarz saya namakan kumpulan kami sebagai Luscious (bermaksud lazat). "Sebenarnya ia lahir tanpa dirancang. Bagi penyanyi, seksi timbul daripada penghayatan melodi dan lirik yang didendangkan," katanya menyangkal dakwaan imej itu. Nadia turut menafikan pembabitannya dalam dunia seni berbekalkan imej menggiurkan. Malah, dia tidak pernah terlintas untuk menarik perhatian umum dengan susuk tubuh yang dimiliki. "Menggunakan susuk tubuh bagi menarik perhatian umum bukanlah saya. Sebaik mungkin saya mahu peminat industri seni tempatan menilai saya menerusi bakat. "Bagaimanapun, saya tidak boleh menolak pandangan orang dan seksi itu sendiri subjektif untuk diperkatakan. "Kalau ia dilihat positif saya terima, tetapi jika ia memberikan kesan tidak bagus kepada kerjaya, saya akan tolak," katanya. PENUH GAYA...Nadia menggemari muzik R&B sejak dulu. SERBA BOLEH...turut dikenali sebagai pelakon drama dan teater. Sesudah gagal dalam Gangstarz, Nadia bersama dua lagi anggota kumpulan Luscious, Eenaz dan Ruzana, meneruskan perjuangan mereka dengan menghasilkan beberapa single seperti Khabarkan, Bintang, Rasa Cinta, Diriku Untukmu dan Akanku Jumpa. Namun nasib masih tetap tidak menyebelahi mereka. Bagi meneruskan minat dalam dunia hiburan tempatan, Nadia tampil sebagai pelakon menerusi beberapa drama rantaian popular seperti Emil Emilda, Sinderela, MerahPuteh dan Tari Tirana. Selain itu untuk mengasah bakat nyanyian gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini turut menjayakan pementasan muzikal gah seperti Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee sebagai ekstra. Impian untuk bergelar artis rakaman tidak pernah padam dan akhirnya selepas sekian lama menanti, cita-citanya direalisasikan syarikat rakaman baru, Lakefront Records Sdn Bhd. Menggunakan namanya sendiri sebagai judul album, Nadia cuba mengenengahkan muzik yang diminati sejak dulu. Muncul solo menyebabkan ada yang berpendapat Nadia penting diri kerana sanggup meninggalkan anggota kumpulan Luscious yang lain demi mengejar impiannya sedangkan sebagai satu kumpulan mereka sepatutnya mengharungi susah senang bersama. "Saya dan anggota kumpulan Luscious masih baik. Kami tidak ada masalah. "Bagaimanapun ini impian saya dan peluang tidak selalunya datang. Sewaktu hendak meninggalkan Luscious pun kami terlebih dulu berbincang dan masing-masing faham. Kami sudah mencuba dan belajar daripada kesilapan. Apabila tidak diterima, kami haruslah membawa haluan masing-masing," katanya. Nadia akui dia seorang individu yang begitu ghairah dalam mengejar cita-cita dan selagi apa yang diimpikan belum direalisasikan, dia akan mengejarnya sehingga berjaya. "Eenaz dan Ruzana faham dan memberikan sokongan penuh. Buat masa terdekat tiada rancangan untuk kami bergabung kembali kerana saya harus memberikan tumpuan kepada promosi album sulung ini," katanya. Demi memastikan album dihasilkan dapat diterima pendengar, Nadia turut mengurangkan aktiviti lakonan dan ada beberapa tawaran datang terpaksa ditolak buat sementara waktu. "Itu saja cara yang saya fikir terbaik bagi memastikan album dihasilkan ini dapat diterima. Begitupun bagi menghilangkan rasa rindu pada dunia lakonan saya terima tawaran membintangi teater Cinta The Musical dan sekarang sedang giat menjalani latihan. "Pada saya membintangi teater yang akan dipentaskan Februari nanti memberikan satu kepuasan kerana dapat melakukan dua perkara dalam satu masa," katanya. Mendengar keseluruhan lagu ditampilkan dalam album Nadia, ternyata muzik ditampilkan agak tinggi bagi pendengaran peminat muzik tempatan yang lebih gemarkan pop. Jiwa 'soul' ditampilkan kuat apatah lagi daripada 10 lagu ditampilkan enam daripadanya lagu Inggeris. "Saya memang gemarkan R&B dari dulu. Ia mewakili diri saya yang sebenar. Ia diterbitkan Daniel Veerapan anak kepada komposer Michael Veerapan yang memang terkenal dengan sentuhan R&B dan jazz. "Tidak dinafikan pop mudah diterima seperti apa yang dilakukan Lady Gaga, tapi itu bukan saya," katanya. Begitupun jelas Nadia, ada beberapa lagu Melayu ditampilkan seperti D.I.V.A dan Teman yangagak ringan dan mudah dihayati pendengar. Malah, ia sudah mula diputarkan kebanyakan stesen radio tempatan. "Album ini jujur daripada saya, ia merangkumi perjalanan saya yang berjuang untuk mencapai cita-cita menjadi penyanyi. Ia karya terbaik walaupun ia dilaksanakan dalam keadaan pantas. "Kadang-kadang kita akan melakukan yang terbaik apabila bekerja dalam keadaan tertekan. Saya berbangga dengan album ini," katanya. Jelas Nadia lagi, dia seperti tidak percaya kerana akhirnya impian untuk menjadi artis rakaman menjadi kenyataan. Begitupun berkongsi cerita, kata Nadia, sewaktu majlis pelancaran album diadakan pengarah urusan Lakefront Records Sdn Bhd bertanya, dia kelihatan seperti tidak gembira dengan apa yang diperoleh. "Kadang-kadang apabila kita sudah terlalu berusaha dan ia akhirnya menjadi kenyataan, kita tidak rasa apa-apa kerana semua penat lelah yang dilalui itu sudah mengambil semuanya. Begitupun saya sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat. "Satu lagi saya berpegang kepada prinsip dalam apa juga keadaan jangan terlalu berlebih-lebih kerana bimbang kesan kemudian hari. Saya lebih suka bersederhana walaupun waktu sama terlalu gembira dengan album dihasilkan," ujarnya. >PROFIL NAMA PENUH: Nadia Aqilah Bajuri PANGGILAN: Nadia TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1985 UMUR: 25 tahun ASAL: Batu Pahat, Johor KERJAYA: Penyanyi dan pelakon ALBUM: Khabarkan (Bersama Luscious) dan Nadia Aqilah DRAMA: Emil Emilda, Sindarela, MerahPuteh dan Tari Tirana TEATER: Puteri Gunung Ledang, P Ramlee The Musical, Boy from Oz, A Chorus Line dan King of Pop (Pengarah Muzik). |
Posted: 07 Jan 2011 05:19 PM PST Dari jauh lagi, wakil Rap melihat pelakon Zed Zaidi sibuk menyediakan minuman untuk pelanggan di dapur restoran berkenaan sambil dibantu beberapa pekerjanya. Zed yang juga pemilik nama sebenar, Rozaidi Abdul Jamil, 30, tampil segak dengan pakaian seragam dan bertopi chef cukup ramah dan mesra ketika melayan pelanggan dengan menu di tangannya. Ternyata, bergelar tauke restoran bukan bermaksud Zed hanya duduk goyang kaki saja di rumah dan menyerahkan bulat-bulat kepada pekerja atau empat rakan kongsi perniagaannya. Malah, bintang filem Cuti-Cuti Cinta dan Awan Dania musim baru ini membuktikan dirinya bukan saja bijak merancang masa depan dengan menceburi bidang perniagaan, sebaliknya cekap ketika di dapur. Bukan saja pelanggan, Zed turut menjamu beberapa rakan artis yang sama-sama bernaung di bawah payung syarikat pengurusannya, Aquila Emas Sdn Bhd, Diana Johor, Hafiz Halim dan Amar Delon serta Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa yang turut memberi sokongan kepadanya. Hadir sama, salah seorang rakan kongsinya, Mohd Nizam Morad. Berkongsi minatnya dalam bidang bisnes, anak kedua dari empat beradik ini mengakui meminati bidang berkenaan, sejak dulu. "Saya berasal dari keluarga sederhana dan kami memang dibesarkan untuk hidup berdikari sejak kecil. Kedua ibu bapa juga mendidik kami mencari duit poket sendiri dulu. "Kami dilatih macam askar dan hanya dapat duit poket dengan mencuci tandas atau melipat kain di rumah. Justeru, minat berniaga ini semakin bercambah apabila dewasa dan mula berjinak dengan dunia perniagaan dan menubuhkan syarikat sendiri, Dzed Resources Sdn Bhd, DMB Kembara Sdn Bhd, Bintang Dahlia Sdn Bhd (BDSB). Restoran francais ini juga dibawah BDSB," katanya. Lebih bermakna, kata Zed, dia membuka francais restoran itu daripada duit titik peluhnya dalam bidang seni. "Saya juga mengumpul wang selama lima tahun sebagai modal untuk membuka restoran ini. Pada masa sama, saya mempelajari selok-belok bisnes francais ini sebelum yakin untuk menceburinya. "Idea membuka francais restoran ini tercetus ketika saya melepak bersama rakan di kopitiam. "Pada mulanya, saya merancang membuka restoran lain tapi nampaknya, rezeki saya dan rakan kongsi untuk membuka restoran tempatan ini pula. "Semua rakan kongsi mempunyai pengkhususan tugas masing-masing. Contohnya, saya menguruskan bahagian pengurusan acara dan jokey kerana kami juga menyediakan khidmat untuk majlis hari jadi, sidang akhbar, majlis pelancaran album dan drama artis tempatan. "Restoran ini mampu menampung 250 orang dalam satu masa. Saya sendiri lebih suka membuat temu janji dengan rakan atau orang lain di sini. Setakat ini juga, restoran ini mendapat sambutan sangat menggalakkan dari pelanggan," katanya. Kata Zed lagi, kelebihan restoran itu ia beroperasi selama 24 jam sehari dan julung kalinya di Malaysia. Lokasi restoran ini dipilih kerana ia strategik manakala harga makanan dan minuman yang dijual juga pada harga yang berpatutan bermula dari RM8.90. "Kami juga mempunyai lebih 30 kakitangan dan seorang pengurus. Antara menu yang mendapat sambutan ramai ialah kuetiau, chicken chop, sarapan seperti roti bakar susu, Papa Bun, minuman Papa Cham, longan susu dengan madu dan ais, Ais Krim Papa Mocha, Papa Cendol dengan aiskrim, puding telur dengan ais krim," katanya. Kesibukan menguruskan restoran tidak menghalang Zed yang berstatus bujang ini berlakon dan menyambung pengajiannya di universiti. "Karier seni dan pengajian tidak terjejas kerana saya ada syarikat pengurusan yang menguruskan karier lakonan saya. Pada masa sama, saya juga ada pembantu peribadi yang membantu menguruskan pakaian dan di lokasi penggambaran drama dan filem," katanya. Ditanya kenapa dia menyambung pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Pemangku Timbalan Presiden, Persatuan Seniman ini, dia menunaikan tanggungjawab kepada Seniman. "Persatuan Seniman yang menganjurkan program pendidikan kepada ahli yang juga artis muda untuk menyambung pengajian dan menjadi artis berilmu. "Selain saya, ahli persatuan yang menyertai program pendidikan ini di UUM ialah Zahid AF, Zehra Zamri, Noh Hujan dan ramai lagi," katanya. Zed adalah pemegang Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dalam perkembangan lain, Zed yang juga pelakon filem Senjakala ini baru selesai penggambaran drama bersiri popular Awan Dania musim baru di Australia. Dia bawa watak kapten Iman yang juga kawan Dania lakonan Scha Al Yahya. Selain itu, dia sudah selesai membantu menerbitkan telefilem Along Gedebe terbitan A Aida Production. google: zed zaidi, zed zaidi dan restoran, restoran zed zaidi, gambar restoran zed zaidi, terkini terbaru restoran zed zaidi, lokasi restoran zed zaidi, bisnes restoran zed zaidi, berita restoran zed zaidi |
Posted: 07 Jan 2011 05:17 PM PST SEJAK disiarkan bermula 23 November lalu, drama Kau dan Aku musim kedua menemui penonton Astro Ria (saluran 104) setiap Selasa, jam 9 malam. Malah, musim ini dianggap lebih menarik kerana tidak tertumpu pada kisah cinta semata-mata. Masih mengekalkan dua watak utama iaitu Akim dan Aril, barisan pelakon musim lalu yang turut beraksi lagi ialah Raja Farah, Farish Aziz, Amar (Anak Wayang), Mimi, Ika Nabila, Anita Baharom, Putri Fateen, Riezman Khuzaimi dan Sabrina Ali. Bahkan, ia dimantapkan dengan gandingan pelakon lain yang berbakat seperti Toni Eusof, Kathy Fauziah, Zulkifli Zain, Lana Nordin dan Mimi Harris. Disiarkan 26 episod, kisah kali ini menyambung warna-warni kehidupan pelajar di Kolej Harmoni. Sesudah ketiadaan Mila kerana melanjutkan pengajian di United Kingdom, muncul seorang gadis bercita-cita besar dan bersemangat tinggi, Elena lakonan Anith. Memiliki vokal yang memukau, Elena juga seorang pelajar yang mudah mesra dan ceria. Oleh itu, dia sangat disenangi ramai termasuk tenaga pengajar. Bagaimanapun, ia nyata tidak disenangi sebahagian pelajar 'senior' kerana beranggapan Elena sebagai ancaman utama mereka. Apatah lagi, dengan statusnya sebagai pelajar 'junior'. Menyambung tradisi musim pertama, drama bersiri turut diselangselikan dengan persembahan muzikal melalui lagu dan bait lirik yang begitu indah untuk diingati dengan elemen romantis, sedih, geram dan lucu yang sudah menjadi rencah hidup remaja. Selain itu, menariknya juga musim kedua ini kerana mendapat sentuhan muzik daripada komposer terkenal yang banyak melakukan skor muzik untuk filem tempatan seperti Cinta dan Papadom iaitu Dr Syed Ahmad Faizal Al-Attas atau Pacai. Apapun, sembilan lagu runut bunyi dimuatkan menjadi latar belakang drama bersiri Kau dan Aku 2 yang turut berkumandang di stesen radio. Tidak dinafikan lagu tema, Kau Ku Temu nyanyian Akim, Aril, Anith dan Hafiz kini makin popular. Akim berkata, dia tidak menyangka lakonannya dalam Kau dan Aku 2 mendapat maklum balas positif daripada peminat yang menonton. Katanya boleh dikatakan, aksi lakonan pada musim terbaru itu ada peningkatan dan kematangan pada watak. "Ini kerana plot cerita yang lebih padat dan tidak terlalu menjurus pada percintaan. Pada musim kali ini, perjalanan cerita lebih ditumpukan kepada pelajar mengejar cita-cita menjadi insan seni berjaya. Kisah cinta pula, hanya sandaran hiburan. "Saya seronok membintangi musim kedua ini kerana bergandingan dengan rakan di AF7 seperti Aril dan Akim. "Kami saling membantu antara satu sama lain. Malah, saya juga ingin menjelaskan bahawa tiada persengketaan wujud antara saya dan Aril. "Kami hanya 'kurang baik' dalam drama itu saja. Manakala, realiti sebenar hubungan kami baik dan tiada masalah. Lagipun, kami sudah macam satu keluarga. Macam mana hendak gaduh dan pada saya itu adalah gosip liar semata-mata," katanya. Menurut Akim, dia dan Aril menjadi 'musuh sementara' saja. Bahkan, berbicara mengenai gandingannya bersama Anith, penyanyi lagu Bengang ini berkata, Anith pelakon berbakat. Selain boleh berlakon, Anith juga mampu menyanyi dengan baik. |
Catriona Ross Disuruh Buka Tudung Posted: 07 Jan 2011 05:16 PM PST Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama. "Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar. "Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar. Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak. "Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini. "Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya. Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada. "Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya, "Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya. Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon. "Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya. Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis. Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. google: catriona ross, catriona ross facebook, catriona ross blog, catriona ross twitter, catriona ross myspace, catriona ross dan anak, gambar catriona ross dan anak, catriona ross dan suami, gambar catriona ross dan suami, catriona ross hot, catriona ross seksi, catriona ross panas, buah dada catriona ross, anak catriona ross, wiki catriona ross, catriona ross bio, catriona ross profil, catriona ross profile, catriona ross biodata, catriona ross bio |
Amyza Ganti Misha Dalam 'Sehati Sejiwa' Posted: 07 Jan 2011 05:14 PM PST Pemilihan Amyza sebagai pengacara baru program tersebut kerana kepetahannya berkomunikasi di mana dia serta suaminya, Khairil Izhar, pernah menghidupkan rancangan itu sewaktu menjadi tetamu undangan pada 24 Jun tahun lalu. Ternyata penampilan pertama Amyza minggu lalu berjaya mencuri tumpuan penonton bersama tetamu undangan Bienda dan suaminya, Kamarul. Mereka menceritakan tentang percintaan, perkahwinan dan kemanisan berumah tangga. Turut di undang sama dalam rancangan itu pakar motivasi Dr. Ahmad Lothfi. Kemunculan Amyza Aznan pastinya mengundang persepsi positif orang ramai yang sebelum ini banyak mengemukakan cadangan supaya program ini dilihat lebih sesuai diacarakan oleh pengacara yang sudah berkahwin kerana isu yang di ketengahkan setiap minggu berkaitan alam rumah tangga. Musim baru Sehati Sejiwa kini bertukar waktu siarannya iaitu setiap Ahad, pukul 2.00 petang dan pastinya ia membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton berpeluang menyaksikan program terbitan RTM itu yang sebelum ini bersiaran pada hari Rabu pukul 3 petang. Program temu bual istimewa khusus untuk tontonan seisi keluarga itu bukan sekadar menampilkan pasangan selebriti bercerita mengenai hubungan perkahwinan yang dimeterai mereka malah turut berkongsi saat sukar berdepan dengan masalah dalam melayari bahtera berumah tangga. Selain itu, Sehati Sejiwa turut diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan. Menariknya program ini, peminat setia pasangan selebriti undangan yang di undang berpeluang membuat panggilan telefon di studio untuk berbual dengan mereka. |
Ikram Dinzly Terbawa Watak Ke Luar Lokasi Posted: 07 Jan 2011 05:13 PM PST Katanya, dia sukar mengawal keadaan apabila terlalu menjiwai sesebuah watak terutamanya watak-watak yang agak berat dan mencabar. "Saya sukar mengawal keadaan, jika saya berlakon watak baik saya mahu kalau boleh beberapa drama yang saya lakonkan dalam masa yang sama juga watak baik. "Kalau watak berbeza saya agak sukar nak dapat membawanya dengan baik sebab saya selalu menjiwai watak itu hingga ke luar lokasi. Misalnya watak Ayoub telah menjadikan saya Ayoub juga ketika di luar. "Saya akan terikut-ikut perangai Ayoub yang suka duduk di rumah apabila berada di rumah dan yang penting ia lebih menginsafkan saya," katanya menceritakan watak itu adalah watak seorang yang baik. Kata Iqram, momentum itu berubah apabila dia mendapat watak-watak antagonis seperti yang dilakonkan dalam filem Apokalips baru-baru ini. "Sebab itu ketika saya dapat watak antagonis, saya lebih suka ambil watak-watak yang sama dalam drama-drama yang saya lakonkan pada masa yang saya. Ini kerana momentum lakonan saya mengikut watak-watak itu. "Oleh itu saya tidak mahu watak yang berbeza-beza dalam satu tempoh yang sama sebab sukar untuk menjiwainya," kata jejaka kelahiran Ipoh, Perak ini. Dalam pada itu, Iqram yang kelihatan susut berat badan mengakui sering ditegur tentang perkara tersebut. Katanya ia adalah disebabkan dia terpaksa membawa tiga karakter penting yang sedang dilakonkan sekarang. "Ramai yang tegur saya kurus tapi saya tidak pula rasa begitu, cuma saya aku ada penurunan beberapa kilogram dari dahulu. Mungkin terlalu sibuk bekerja dan membawa tiga karakter dalam satu masa iaitu karakter diri sendiri, Ayoub dan Nur Firdaus Kencana dalam drama Sakti Delima. Bercerita tentang kahwin, Iqram mengakui memasang impian untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum bersedia untuk membimbing seorang wanita yang bergelar isteri. "Setiap orang ada impian untuk berkahwin, saya juga ingin sebuah keluarga tapi bukan buat masa ini sebab belum cukup bersedia untuk membimbing seorang isteri. "Saya perlu bimbing diri sendiri dahulu sehingga bersedia untuk membimbing orang lain," katanya. google: ikram dinzly, ikram dinzly facebook, ikram dinzly blog, ikram dinzly twitter, ikram dinzly myspace, ikram dinzly wiki, ikram dinzly profile, ikram dinzly profil, ikram dinzly bio, ikram dinzly biodata, ikram dinzly seksi, ikram dinzly hot, ikram dinzly panas, gambar ikram dinzly, foto ikram dinzly, kontroversi ikram dinzly, terkini ikram dinzly, terbaru ikram dinzly |
Asyraf 'Imam Muda' Belajar Tulis Skrip Posted: 07 Jan 2011 05:11 PM PST Menurut Asyraf, dia tidak hanya mahu dilihat di hadapan kamera sahaja, malah mahu mengembangkan dakwah kepada bidang penulisan skrip untuk mendidik masyarakat. "Saya sedang belajar dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip berunsur keagamaan dan cerita-cerita nasihat yang boleh memberi keinsafan kepada penonton. Dia memberitahu projek tersebut merupakan sumbangan kecilnya kepada masyarakat," katanya yang menjalankan projek tersebut bersama sebuah produksi tempatan. Dalam pada itu, Asyraf yang kini mengendalikan program Soal Asyraf mengakui rezekinya semakin bertambah semenjak menjuarai program tersebut, malah tanggungjawab sebagai imam juga dapat diperkembangkan dengan lebih meluas. "Alhamdulillah rezeki semakin banyak lepas dikenali ini, saya dapat jemputan daripada banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi ceramah. "Walaupun saya sudah melepaskan jawatan sebagai imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur, namun dia dapat mengembangkan dakwah ke tempat-tempat lain dan tidak hanya statik di situ," ujarnya yang masih pelajar peringkat Sarjana dalam bidang Syarie di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mengulas kemunculan program Imam Muda musim kedua, tuturnya tiada langsung perasaan cemburu terhadap peserta-peserta yang bakal dilahirkan untuk musim akan datang ini. Jelas Asyraf, mereka memerlukan lebih ramai lagi tenaga Imam muda untuk membantu memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. "Saya gembira dan menantikan kelahiran imam-imam muda baru dari keluaran akan datang ini. Kami di sini memerlukan lebih ramai lagi imam muda yang dapat membantu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada kami sebagai pendakwah. "Tiada apa yang perlu dicemburukan kerana segala punca rezeki adalah daripada Allah saya juga menyeru agar mereka yang hebat-hebat di luar sana untuk tampil menyertai program ini," katanya. Program Imam Muda musim kedua akan memulakan sesi uji bakat bermula akhir bulan ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Manakala program tersebut bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis bermula 25 April 2011. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |