Harian Metro: Rap |
Posted: 07 Jan 2011 07:35 AM PST SEKSI dan keseksian mula sinonim dengan penyanyi dan pelakon sedang mencipta nama, Nadia Aqilah Bajuri atau Nadia, 25. Bagaimanapun, bintang yang mula mencipta nama selepas menyertai rancangan Gangstarz bersama kumpulannya - Luscious - berasa pelik apabila ada yang berpendapat sedemikian.
"Sewaktu menyertai Gangstarz juga ramai memberikan komen begitu. Bagi saya paduan suara kami yang mungkin kedengaran seksi. "Sebab itu juga sewaktu menyertai Gangstarz saya namakan kumpulan kami sebagai Luscious (bermaksud lazat). "Sebenarnya ia lahir tanpa dirancang. Bagi penyanyi, seksi timbul daripada penghayatan melodi dan lirik yang didendangkan," katanya menyangkal dakwaan imej itu. Nadia turut menafikan pembabitannya dalam dunia seni berbekalkan imej menggiurkan. Malah, dia tidak pernah terlintas untuk menarik perhatian umum dengan susuk tubuh yang dimiliki. "Menggunakan susuk tubuh bagi menarik perhatian umum bukanlah saya. Sebaik mungkin saya mahu peminat industri seni tempatan menilai saya menerusi bakat. "Bagaimanapun, saya tidak boleh menolak pandangan orang dan seksi itu sendiri subjektif untuk diperkatakan. "Kalau ia dilihat positif saya terima, tetapi jika ia memberikan kesan tidak bagus kepada kerjaya, saya akan tolak," katanya. Sesudah gagal dalam Gangstarz, Nadia bersama dua lagi anggota kumpulan Luscious, Eenaz dan Ruzana, meneruskan perjuangan mereka dengan menghasilkan beberapa single seperti Khabarkan, Bintang, Rasa Cinta, Diriku Untukmu dan Akanku Jumpa. Namun nasib masih tetap tidak menyebelahi mereka. Bagi meneruskan minat dalam dunia hiburan tempatan, Nadia tampil sebagai pelakon menerusi beberapa drama rantaian popular seperti Emil Emilda, Sinderela, MerahPuteh dan Tari Tirana. Selain itu untuk mengasah bakat nyanyian gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini turut menjayakan pementasan muzikal gah seperti Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee sebagai ekstra.
"Saya dan anggota kumpulan Luscious masih baik. Kami tidak ada masalah. "Bagaimanapun ini impian saya dan peluang tidak selalunya datang. Sewaktu hendak meninggalkan Luscious pun kami terlebih dulu berbincang dan masing-masing faham. Kami sudah mencuba dan belajar daripada kesilapan. Apabila tidak diterima, kami haruslah membawa haluan masing-masing," katanya.
"Eenaz dan Ruzana faham dan memberikan sokongan penuh. Buat masa terdekat tiada rancangan untuk kami bergabung kembali kerana saya harus memberikan tumpuan kepada promosi album sulung ini," katanya.
"Pada saya membintangi teater yang akan dipentaskan Februari nanti memberikan satu kepuasan kerana dapat melakukan dua perkara dalam satu masa," katanya.
"Tidak dinafikan pop mudah diterima seperti apa yang dilakukan Lady Gaga, tapi itu bukan saya," katanya.
Malah, ia sudah mula diputarkan kebanyakan stesen radio tempatan. "Album ini jujur daripada saya, ia merangkumi perjalanan saya yang berjuang untuk mencapai cita-cita menjadi penyanyi. Ia karya terbaik walaupun ia dilaksanakan dalam keadaan pantas. "Kadang-kadang kita akan melakukan yang terbaik apabila bekerja dalam keadaan tertekan. Saya berbangga dengan album ini," katanya.
"Satu lagi saya berpegang kepada prinsip dalam apa juga keadaan jangan terlalu berlebih-lebih kerana bimbang kesan kemudian hari. Saya lebih suka bersederhana walaupun waktu sama terlalu gembira dengan album dihasilkan," ujarnya. >PROFIL |
Posted: 07 Jan 2011 07:28 AM PST SERAMAI 23 artis popular era 60-an akan berkongsi pentas menjayakan konsert pop yeh yeh berskala besar yang dianjurkan buat kali kedua dan berlangsung di Stadium Bandaraya, Johor Bahru bermula jam 8 malam ini. Antara artis terbabit ialah Datuk A Rahman Hassan, A Halim, Rahman Onn, Zainal Omara, Shahrin Shah, Halim Ismail, Zam Zam, Datin Azizah Mohamad, Afida Es, S Maryam, Fatimah M Amin dan Roziah Latiff.
Pengerusi kelab terbabit, A Rahman berkata, dia sendiri berasa teruja untuk membuat persembahan pada malam ini.
"Pihak kami juga mengalu-alukan semua peminat dan artis 60-an untuk sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan lagi acara istimewa ini," katanya.
"Lagu popular yang akan disampaikan ialah Tak Mengapa yang juga lagu wajib yang sering disampaikan dalam mana-mana persembahan. Selain itu ialah lagu Untukmu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |