Utusan Online - Hiburan |
Posted: Lisa Surihani & gila babi
EH, ramai betul yang terkejut bila dengar pelakon cantik Lisa Surihani tersasul menyebut perkataan "gila babi" ketika mengacarakan program Mari Menari pada minggu lalu. Kata Lisa, "gila babi" yang dimaksudkan itu hanya untuk menggambarkan betapa hebatnya salah satu persembahan peserta Mari Menari pada malam tersebut. Bagi Joyah tak ada apa yang nak dibisingkan kalau setakat menyebut "gila babi" sebab rasanya masih banyak lagi perkataan lain yang teruk yang sering kali diungkapkan oleh kebanyakan anak seni kita tapi orang lain tak dengar. Bukan apa, banyak sangat media baru yang dok sensasikan cerita tersebut sampai menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Joyah anggap bila Lisa dah sedar kesilapan tu dah okeylah. Kalau tak ada insiden macam ni, mungkin Lisa terlepas pandang. Bila dah berlaku macam ni baru jadi pengajaran dan akan diingati sampai bila-bila. Apa yang membuatkan Joyah kagum dengan Lisa apabila dia berjaya mengumpulkan lebih sejuta peminat di rangkaian sosial Facebook. Bukan calang-calang artis mampu lakukan. Hebat bukan? | ||
Posted: Ngangkung kutip RM3.6 jutaJOYAH pasti saat ini produser David Teo memang tengah senyum panjang dengan kutipan filem Ngangkung yang mencecah RM3.6 juta dalam tempoh enam hari. Hebat sungguh filem keluaran David yang memang pecah panggung tiap-tiap kali masuk panggung. Walaupun Joyah masih belum berkesempatan nak tonton filem pasal nombor ekor ni, Joyah pasti ramai yang dah ketawa pecah perut dengan gelagat Shaheizy Sam, Angah, Azad Jazmen dan ramai lagi pelakon yang ada dalam filem ini. Ramai yang memuji filem ini memang lawak. Bila buat filem lawak, orang mesti nak pergi tengok sebab tak ramai orang kita yang nak fikir berat-berat bila masuk panggung. Inilah masanya orang nak redakan tekanan kerja dan macam-macam lagi. Itu alasan yang Joyah selalu dengar. Pada Joyah tak kisahlah apa sekalipun alasannya, sebab buat filem ni menuntut pengorbanan yang tinggi. Bagi orang bisnes filem merupakan lubuk duit untuk menjana kekayaan. Tapi bagi orang seni filem tempat untuk mengekspresi bakat yang ada di samping memartabatkan filem itu sendiri. Macam filem 2 Alam juga. Joyah tak pasti apa yang dah jadi. Dengar cerita kutipan filem tak sampai RM1 juta pun. Apa jadi pada produser dia? Terus senyap jual ubat kurus sahaja ke? Bagi Joyah produser dia banyak duit, boleh buat apa sahaja. Carilah orang yang betul-betul boleh mengarah kalau nak jadi produser yang hebat. Kalau syok sendiri alamatnya tak ke manalah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |