Harian Metro: Rap |
Posted: 03 Dec 2010 06:06 AM PST ORANGNYA bertubuh kecil, namun impian yang tersemat di jiwa Noorsyarmilla Jirin atau Mila sangat besar. Ini kerana demi mengembangkan karier nyanyiannya ke luar negara, Mila, 23, sanggup berkorban apa saja termasuk kewangan.
Kini, berkat semangat dan kegigihannya Mila gembira terpilih berentap di separuh akhir pertandingan nyanyian itu pada 11 Disember ini. Bakal berlangsung di Dewsbury Town Hall di Yorkshire, United Kingdom (UK), Mila mengharapkan tuah mengiringinya kerana dia enggan pulang dengan tangan kosong. Bagi gadis kecil molek ini dia mahu berentap hingga ke acara kemuncak. Open Mic UK adalah pertandingan muzik terbesar di UK untuk penyanyi dan artis solo. Lebih 8,000 peserta diuji bakat untuk pertandingan itu tahun lalu. Pemenang utama akan ditawarkan kontrak rakaman dan pembiayaan hampir RM150,000.
Ujarnya, menang atau kalah adat bertanding, yang pasti bersaing di peringkat akhir.
"Saya harus melakukan sebaik mungkin memandangkan peluang ini bukan mudah. Ia sangat mencabar dan saya perlu berusaha gigih. "Jujur, saya akui matlamat sebenar adalah mara ke peringkat akhir. Baru buruan untuk misi ini dirasakan lengkap dan sekiranya dinobatkan sebagai juara, itu satu bonus untuk saya. Justeru, saya takkan pernah berhenti berusaha sehingga berjaya," katanya.
Bertanding di peringkat saringan pada Ogos lalu, Mila berkata selagi belum kemuncak pertandingan ini, jiwanya lara dan resah memikirkan nasib diri. Ini kerana, dia memiliki impian besar untuk diri dan karier. Dalam soal ini, siapa yang tak mahu maju.
MILA jayakan Rhythms...
"Tidak dinafikan penat, tetapi ini juga adalah sumbangan saya kepada negara. Diharap penonton akan terhibur.
"Saya juga diberi peluang menghiburkan penonton dengan dua lagu," katanya.
Baru-baru ini, Mila muncul dalam telefilem Lori Dara vs Duda Popular di Astro. >PROFIL: |
Posted: 03 Dec 2010 06:00 AM PST BAGAIKAN satu tamparan buat Rosyam Nor apabila diasak soalan mengenai sikap bekas bintang ciptaannya yang dikatakan mula berlagak 'diva' dan buat hal selepas berakhirnya program Pilih Kasih musim pertama. Pelbagai cerita negatif mengenai sikap mereka mula dijaja kalangan penggiat dunia seni tempatan.
Pada majlis yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang turut memperkenalkan 16 peserta bertanding, Rosyam secara spontan memberi amaran akan menyingkirkan mereka jika buat perangai dan melanggar disiplin yang ditetapkan.
"Saya minta maaf kepada Datuk Seri Rais. Kalau diminta berbuat demikian pada tahun akan datang saya pasti akan buat. "Kali ini terpaksa pakai Pilih Kasih kerana semua persiapan sudah disiapkan. Pilih Kasih kali ini lebih 'keras' dan mantap kerana banyak perubahan dilakukan supaya lebih menarik peminat. Saya berharap perubahan ini akan bawa besar untuk program yang mencatat rating 1.5 juta penonton.
"Pada saya dari semua yang masuk, empat atau lima orang akan berada di pasaran sudah memadai kerana sekurang-kurangnya menepati matlamat program ini diadakan. Saya harap rakan penerbit yang hadir pada majlis ini bagi peluang mereka berlakon supaya dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |